Hujan renyai membasahi bandar Tokyo. Ai mengelap rambutnya yang basah kerana mencuci rambut
Dia tersenyum. Kejadian Ichi dan Ariana tidur malam disini menerjah mindanya. Terkejut beruk mereka mendengar jalan cerita bagaimana Ai boleh hilang di tempat kejadian.
Guruh mula bergema di gegendang telinga mereka bertiga. Ai menutup suis lampu supaya bila dia bercerita,nampak keseramannya. EVIL LAUGH
"Ken..kenapa tutup?"gagap Ariana sambil memeluk tubuh Ichi. Ichi juga begitu
"Eheheh. Biarlah. Baru feel bila aku cerita"ujar Ai lalu duduk
Hujan lebat mulai turun. Cahaya kilat menerangi bilik tidur Ai. Ichi dan Ariana berpelukan. Ai ketawa
"Ishh,ceritalah"
"Okey okey. Begini ceritanya..waktu kejadian kebakaran tu,aku dah sedar sebenarnya tapi lemah sebab kekurangan udara. So,aku kaku disana sementara tunggu orang selamatkan aku. Aku dengar ada orang jerit nama aku. Aku tak dapat keluarkan suara sebab lemah sangat. 3 minit lepastu,aku pengsan lagi"
"Dan.. aku terjumpa arwah ayah dan ibu aku. Sebenarnya...roh merekalah yang keluarkan aku dari tempat kejadian dengan secara ghaib"
Mata Ichi dan Ariana terbeliak. "Roh?!"
Pintu bilik Ai tiba tiba diketuk.
"Huahhh!!!"Ichi dan Ariana menjerit ketakutan
Ai ketawa kuat. Heiji membuka pintu dengan sengihan. Sakura menutup mulut menahan ketawa.
Ai tersenyum. Party akhir malam memang terindah baginya. Tapi,sayang..Conan tiada masa itu.
"Conan kata dia ada assignment penting. Tulah tak dapat join"ujar Heiji
Ai terasa sedikit. Adakah Conan tak happy bila Ai sudah ada disini? Huh,biarlah.Mesti dia dengan Sherry sekarang.
Tok..tok..tok..
Ai menoleh kearah pintu utama. Tiada suara cuma ketukan..Pelik..
Lagi sekali,ketukan bergema. Ai teragak agak mahu membuka pintu.
Ai diam seketika. Tiada lagi ketukan tu
Kringg!!! Kring!!!
Ai melompat. Terkejut! Ai mengangkat gagang telefon
"Moshi moshi"
"Aku tunggu di luar" panggilan itu terus mati
Ai mendengus geram. Hishh,siapa ni?! Bruhh
Ai mengikut kata orang itu tapi masih berwaspada. Kot...kot..jelmaan Gin dan Vodka. Ciyahh,takdak makna
Ai memulas tombol pintu. Dia mengeluarkan sedikit kepala untuk melihat persekitaran. Selamat.
Dia keluar lalu menutup pintu. Ehh,ada surat? Ai mengutip surat itu.
Ikut arah panah warna merah
Ai ikut. Ish,takut juga Ichi dan Ariana balas dendam. Kalau korang nak tahu,Ichi berpindah balik kesini. Dia memujuk ayahnya supaya tinggal balik di Tokyo. Nasib rumah banglo mereka tidak dijual.
Kini,Ai berada di luar kawasan apartment. Hujan renyai masih ada(idk macam mana nak buat ayat lol)
Dia ternampak susuk badan yang tinggi lampai. Gulp..Takut benda tu..
Orang itu seperti menunggu seseorang. Siapa....
Ai mendekati lelaki itu. Semakin dekat..kelihatan jelas.
"Conan-kun?"
Conan melihat bawah. Yelah,Ai pendek--".
Conan diam. Ai juga diam. Ehh
"Kenapa kita kat sini?"tanya Ai. Angin sejuk membelai tubuh mereka berdua serta air hujan
"Mungkin..ini kali terakhir aku tengok kau"
Ai mendongak melihat Conan."Hah?"
Conan senyum. "Kali terakhir kau tengok wajah aku.."
Ai diam dan kaku
Tubuh Ai ditarik kedakapan Conan. Payung dilepaskan. Air hujan membasahi mereka berdua
"Daisuki,Ai-chan"
Mata Ai terkebil kebil. Hah?! Conan suka dia?!
"Daisuki..."
Ai cuma diam. Dia juga ingin balas tapi...malunya tahap tinggi sudah
"Pelukan aku terakhir bagi kau dan.."
Conan mendekati wajahnya kearah wajah Ai. Perlahan lahan bibir Conan menyentuh bibir Ai (ni euw)
Conan mencium Ai dan menjarakkan wajah.
"Ciuman terakhir bagi kau"
Ai hampir mahu nangis. Kemana Conan akan pergi? Dia tak sanggup lagi hidup tanpa Conan
Airmata Ai turun. Conan senyum lalu mengesat
"Janganlah nangis..Kau dah tahu aku suka kau jadi gembiralah"ujar Conan
"Kau pergi mana?"tanya Ai dengan nada kecil
Conan memegang wajah Ai yang lembut. "Biarlah ia jadi rahsia"
"Sayonara,Ai-chan"ujar Conan. Dia mengutip payung lalu memberi Ai
Conan memusing kebelakang lalu berjalan meninggalkan Ai
Ai menangis. Payung dilepaskan begitu sahaja. Dia tak sanggup
Ai bangkit lalu berlari laju kearah Conan
Dia memeluk Conan dari belakang. Conan terkejut
Conan memegang tangan Ai yang memeluk pinggangnya. Dia melepaskan pelukan itu
Ai terkedu. Conan berlalu begitu sahaja tanpa menoleh kebelakang lagi.
Ai terduduk. Dia menangis bersama air hujan. Conan...
♣♣♣
Conan mengesat air matanya setelah perbuatan dia melepaskan pelukan Ai amat berkesan bagi mereka berdua
Dia mahukan lagi..tapi..masa tidak menunggu
"Conan,masa untuk bergerak. Ehh,kenapa basah kuyup ni?!"Puan Eri memegang wajah pucat Conan
Conan cuma senyum."Main hujan"
Puan Eri sebenarnya faham. Conan tidak mahu meninggalkan bandar Tokyo dan Haibara Ai tapi..memastikan perniagaan mereka meluas,dia terpaksa mengikut Puan Eri ke Amerika
Conan cuma melihat sepi rumah banglo nya. Sayonara..