Conan berlari kearah ayahnya.
"Yeyy! Ayah dah balik!" Jerit Conan keriangan.
Edogawa tersenyum sambil memegang kepala Conan
"Conan..bila dah besar...jadi orang yang berguna.."ujar Edogawa
Conan hairan." Kenapa ayah kata begitu?"
"Ayah mungkin akan pergi..."
Conan segera memeluk ayahnya. Dan..tinggal kabus. Conan terduduk sambil menangis
"Ayah,jangan tinggalkan Conan sendiri..Ayah hero Conan"rintih Conan
"Conan...hargai orang yang kamu sayang selagi mereka hidup..Bila mereka pergi buat selama lamanya..jangan lupakan mereka."
Conan terbangun. Pipinya basah dengan air mata. Dia memeluk dirinya segera.
Puan Eri yang baru masuk kedalam bilik Conan segera memeluk anaknya.
Conan menangis kembali. Bahunya terenjut renjut sambil menahan suara keluar. Dia tak nak ibunya tahu bahawa dia lemah.
Puan Eri dah agak..Anaknya bermimpikan ayahnya...
"KENAPA nak jumpa saya?"
Ai memeluk tubuh sambil melihat persekitaran.
"Saya senpai awak. Tolong hormat sikit"ujar Conan dengan nada mendatar
Ai cuma diam. Dia melihat wajah Conan
"Hah,kenapa nak jumpa saya?"Ai bertanya kembali
"Saya just nak tanya..awak asal dari mana ye?"tanya Conan dengan yakin.
Ai kaku. Nak jawap macam mana ni?!
"Asal sini"Ai terus menjawap
Conan menggangguk. "Ada keluarga tak?"
Ai menegakkan dirinya. "Kenapa awak tanya soalan peribadi ni? Saya nak masuk. Sayonara"ujar Ai lalu masuk kedalam sekolah kembali
Conan tercengang. Ciss,gadis ni. Memang mencabar kesabaran dia. Tapi memang salah diri dia nak tanya soalan peribadi Ai
Conan bergerak kedalam sekolah..
Entah,apa nak difikirkan...
......Conan terbangun dari suatu tempat..Gelap dan sunyi. Cahaya dari atas menerangi dia.
Conan segera bangkit.Mungkin dia akan berjumpa dengan ayahnya..
"Ayah?"
Conan berjalan kearah lembaga yang berdiri tegak seperti menunggu kedatangan Conan
Conan tersenyum gembira.
"Ayah!!"
Edogawa menoleh kekiri. Melihat si kecil Conan bergerak kearahnya.
Betapa gembiranya dia berjumpa dengan anaknya...
"Conan-kun!"Edogawa memeluk tubuh Conan.
"Ayah! Jom balik! Ibu dah tunggu!"ujar Conan
Edogawa cuma senyum."Anakku,orang pergi..takkkan kembali,nak. Ayah cuma berhenti disini..Ayah nak kamu terus melangkah kehadapan"ujar Edogawa lalu hilang menjadi kabus...
Conan mencari kelibat ayahnya kembali..
Dan dia terjumpa kelibat Ai..Conan bangun kembali.. Baru pukul 2 pagi..Mimpi tu...