Conan memerhati gerak geri Ai di dapur. Dia mengintai dari belakang pintu
"Kenapa dia tak layan aku eyh? Pelik pelik"omel Conan
Tapi,kadang kala Conan berasa kesian kepada Ai..Apa yang dikesiankan?
"Apa awak buat kat sana?"
Suara Ai yang lembut mengejutkan Conan. Conan menelan air liur dengan kesat. Kes waktu rehat masih segar dimindanya.
"Erkk,tiada apa apa"balas Conan. Ai segera pergi meninggalkan Conan.
"Chotto!"Conan menyuruh Ai berhenti(chotto means tunggu)
"Apa?"
"Maafkan saya jika ada buat silap dekat awak"
"AMBIL NI!"
Conan rasa menyesal..Ishh,kalau nak Ai maafkan dia,dia perlu ikut segala arahan Ai. Regret it. Regret..
"Buat semua kerja sekolah saya. BWAHAHAHAH" Ai ketawa jahat
Conan mengikut sahaja. Biasalah,Conan pakai otak kiri. Langkah bendul orangnya
Kalau otak kanan,orang yang suka berkhayal dan tidak suka ambil serius seperti Ai. Dua kali lima. Sama je. Jawapannya 10 jugak
"Senang je jawap ni. Meh,saya ajarkan awak kejap"ujar Conan sambil menarik lengan Ai dan menyuruhnya duduk diatas kerusi
Mereka berdua mula rapatkan diri. Dub dab dub dab dub. Dubai!😂Jk jk.
"Easy,right?"tanya Conan setelah memberi penerangan tentang formula itu. Ai menggangguk faham dengan senyuman manis
"Kawaii"gumam hati Conan. Oh shit! Jangan jangan!
Tok..tok.tokk..
Pintu bilik Ai dikuak dari luar. Puan Eri tersenyum.
"Ibu ingatkan Conan masih di sekolah. Kan ada kelas muzik?"tanya Puan Eri
Conan cuma senyum."Kelas Muzik dibatalkan. Esok Conan pergi,bu"ujar Conan
Ai cuma terkebil kebil. Woah,Conan ada kelas Muzik rupanya.
"Buat apa tu?"tanya Puan Eri sambil melangkah kearah mereka berdua
"Ni hah,ajarkan budak ni tentang formula matematik. Senang je ni!"ujar Conan dengan lagak
Ai mencebik. Senanglah sangat. Conan takkan tahu yang dia sudah melihat keputusan ujian Conan tahun lepas. Matematik je yang sering naik turun naik turun.
"Yelahtu. Dah,pergi turun bawah. Minum petang. Ibu nak berbicara dengan Ai kejap"ujar Puan Eri. Conan menggangguk lalu turun kebawah
"Jadi,Ai-chan..Dah selesa disini?"tanya Puan Eri
Ai menggangguk."Arigatou gozaimashita sebab beri saya segala keperluan,makcik"ucap Ai
"Eh,tak payah panggil makcik. Panggil je ibu. Ye,sama sama. Ibu harap lelaki gila kuasa tu tak cari kamu hingga kesini"
....Conan meletakkan tangan kanan diatas dahi manakala tangan kiri diatas perut. Nak buat apa tengah malam ni?
Hmm...Heiji ni macam budak kecil. Tidur awal je kerja. Habitat kot. Lantaklah
Conan keluar dari bilik. Bilik Ai yang berada dihadapannya dilihatnya. Lampu bilik masih on. Tak tidur lagi rupanya
Nak saja dia main buka pintu tu tapi takut kena serangan Ai secara tiba tiba. Nak kaki lahtu...
Conan mendekati pintu bilik Ai..Lama dia berdiri seperti menunggu kemaafan dari seorang gadis yang merajuk
Baru sahaja Conan ingin memulas tombol pintu itu,Ai telah membukanya.
Apa lagi..terkejut.
"Kenapa?"tanya Ai sambil melihat wajah Conan
"Ehehehe. Saja..Kenapa belum tidur?"tanya Conan. Muka dia sudah merah..
"Malas nak tidur awal..Hmm..awak nak tak..ikut saya...pergi buat panaromal di Teitan Elemantary School?"
INI GILA!
Gila berani betul Ai! Conan dari tadi memeluk tubuhnya sambil melihat suasana sepi di sekolah rendah Teitan. Gila seram!
Ai menyuluh cahaya didalam kelas. Conan memegang bahu Ai dari tadi. Seram...
Baru sahaja mereka ingin melangkah masuk kepejabat guru,ada lembaga hitam melepasi mereka
"Ky...."mulut Conan ditekup. Conan hampir menjerit. Apani,gadis lebih berani daripada lelaki? BWAHAHAHA
Conan menarik nafas. Adventure yang meragut nyawa.
Dan,mereka terdengar bunyi tapak kaki..Seperti orang berkawad.
"HUARHHHHH"
"BETUL KE NI?!"
Heiji tak percaya dengan cerita seram Conan
"Betullah! Aku dengan Ai-chan pergi sekolah tu. Seram wei!
Heiji senyap seketika. "Orang berkawad? Hmmm,tak cayalah! Nanti aku tanya adik aku yang sekolah disitu. Kau ni mana boleh percaya sangat"ujar Heiji
Conan mencebik. Suasana pondok bacaan kelihatan lenggang. Ramai pelajar sudah masuk kelas pertama. Kelas 3-1 tiada kelas hari ni..
Conan perasan ada seorang gadis yang duduk berseorangan di taman. Siapa dia?
"Wei,Heiji. Kau tengok kat taman. Ada gadislah.. Tapi tak pernah tengok pun selama ni"ujar Conan
Heiji menoleh kebelakang. Terkejut bukan kepalang! Dia takkan beritahu siapa gadis itu kepada Conan
"Jom kita berkenalan dengan dia. Mungkin kau nak dengan dia ke? Ececeh"ujar Conan
"Ehh,takpayahlah! Kita kat sini je. Kau ni,tak serik serik dengan perempuan. Dia senpai kita tau"ujar Heiji
Conan tak percaya."Macam mana kau tahu?"tanya Conan
Tuew! Heiji bengap sangat! "Adalah orang bergosip"
Conan mencebik. "Aku syak nama dia Suzuki Sakura,kan?"tanya Conan
Heiji menelan air liur dengan kesat. How did he know that girl's name?! Omg
"Kau disini hingga petang ke?"tanya Heiji
"Haah,kelas Muzik. Aku dah dapat not untuk lagu Yiruma. Tapi,Sensei Rina nak aku buat Sad Song piano cover. Terpaksalah aku masuk kelas hari ini nak dapat not"ujar Conan
Heiji menggangguk. "Balik samalah nanti. Petang ni ada latihan bola"
Conan menggangguk. Dari tadi,minda dan hati dia bertanya kenapa Heiji tak bagi dia berkenalan dengan senpai dia? Hmm..
Ai cuma memerhati Conan dari atas.
"Kalau dia tahu...mungkin dia elakkan diri dia berjumpa dengan aku.."