"Buku ni perlu hantar. Lepastu,buku ni beri kepada Ariana. Asyik minta buku je. Kerja rumah tak siap siap"
Bebel Ai. Rasa tidak puas hati kepada geng Ariana. Kerja mereka ialah buat orang lain susah hati.
Sudahlah Ai seorang diri di koridor itu..takut ada benda yang tidak diingini berlaku...uuuuu Hantuuu
Ai terhentak suatu objek keras. Dia rebah. Semakin lama,pandangannya kabur....
CONAN berasa tidak tenang hati. Seperti ada sesuatu yang menimpa kearah Ai atau ibu..Ini yang tak suka..
"Ehem! Kenapa tak main?"Sensei Rina merenung tajam kearah Conan. Conan tersengih.
Conan memainkan key mengikut not. Harap Ai tidak apa apa...
ARIANA memegang pipi Ai. Masih lemah lagi dia ni..
"Waiyoo,bangunlah baka"ujar Ariana
Ariana,seorang pelajar berkacukan Amerika dan Jepun. Kelas 2-1. Pembuli lagitu. Dan,dia akan membuli pelajar yang mendekati Edogawa Conan..Ini peminat gila Conan! OMG
Ai separuh sedar. Kepalanya masih sakit. Pandangannya kabur..
"Hai,Ai-chan. Sedap tidur dalam pengsan? Hahahaha!"Ariani ketawa jahat.
"Aku kat mana ni?"tanya Ai dalam hati..
Dia cuba melihat sekeliling..Seperti makmal fizik? Kenapa dia disini?!
"Apa kau nak?"tanya Ai dengan nada lemah. Ariani tersenyum sinis
"Aku harap benda ini takkan berulang lagi. Aku nak kau jangan dekati Conan lagi! Dia milik aku!"ujar Ariani sambil menunjal kepala Ai dengan kasar.
Ai tersenyum sinis. Dia cuba bangkit.
"Kau rasa perbuatan ini sesuai tak dengan permintaan kau?"ujar Ai
Ariani menoleh."Maksud kau?"
KEDEBUK!
........
Conan melihat Ai. Nak tahu kenapa dia buat begitu
"Kenapa awak buat begitu kepada Ariani? Ceritalah"ujar Conan
Tangan Ai masih sengal. Terlalu kuat menumbuk Ariani di pipi. Tapi,padan muka!
"Awak tak payah tahu..Bukan urusan awak"ujar Ai
"Urusan saya? Ibu berikan saya tanggungjawab untuk menjaga awak di sekolah.Saya sepatutnya tahu masalah ini. Kalau awak degil tak nak beritahu,lantaklah. Saya pergi kelas. Sayonara"ujar Conan lalu pergi meninggalkan Ai
Ai cuma melihat. Patutkah dia beritahu tentang Ariani buli dia? Nope..nanti kes semakin besar...
.....
Ai melihat sekeliling. Gelap..Sunyi...tiada cahaya..
Dimana semua orang? Adakah dia seorang yang ketinggalan?
Ai menuju kehadapan..Ai ternampak suatu cahaya yang amat terang lalu dia pergi kearah cahaya itu
Dia ditarik masuk kedalam! Semua dalam cahaya ni merupakan GHOUL! Ai nak lari dari sana. Kakinya ditarik oleh seorang gadis.
Hana?!
Ai bangun. Dia memegang dada. Mimpi apani?! Ai mengambil nafas yang hampir hilang.. Tercungap cungap dia..ghoul...fuihh seram!
Ai melihat jam..Aiikk,dah pukul 7:30 pagi?! Omg! Ai terburu buru membersihkan diri
"Conan-kun,panggil Ai untuk sarapan. Dari kelmarin dia tak makan"ujar Puan Eri.
Conan ikut arahan itu. Dia masih marah dengan Ai tapi kesian jugak dia. Menahan lapar..
Conan mengetuk pintu bilik dengan perlahan.
Tiada sahutan. Takkan masih tidur? Diikutkan hati,ingin saja dia main buka pintu tu tapi dia masih waras lagi. Kalau main buka,dilabel Hentai baru tau..
Conan ingin mengetuk kembali. Baru sahaja dia ingin mengetuk,kelihatan Ai tergesa gesa ingin keluar
"Oi oi,awak nak pergi mana tu?"tanya Conan
Ai terhenti langkah.. Eh,ingatkan dah pergi sekolah.
"Sarapan dulu. Baru Pakcik Saki hantar kita ke sekolah"ujar Conan dengan nada tenang . Mereka berdua turun kebawah.
"Ohayo,Ai-chan"ucap Puan Eri. Ai tersenyum lalu membalas ucapan itu.
Mereka segera bersarapan kerana sudah hendak pukul 8 pagi
....
"Cepat sikit,pakcik! Dah lambat ni!"ujar Conan
"Baik,nak. Hujan lebat takut jalan licin"ujar Pakcik Saki
"Takpa,asalkan cepat!"ujar Conan
"Awak ni tak pandai sabar ke? Sekolah tu takkan lari punya"ujar Ai dengan tenang
"Takkan lari? Kalau cikgu saya yang garang masuk kelas saya,saya suruh sensei cari awak"ugut Conan
Ai mencebik lalu melihat suasana luar dari tingkap
Mata Ai membulat..
Lelaki itu...
p/s: memandangkan minggu ujian pada hari ni,maybe saya slow update. 😁. Harap vote yeaa