Pandangan kabur....cuma mampu melihat dua orang sedang berbual tapi tidak jelas kedengaran.
Suasana yang sepi,banyak nyamuk berterbangan..Dan,berasa di kawasan semak.
Conan cuba bangkit dari mimpi. Mungkin ini mimpi ngeri dia. Dia mencubit paha
"Aduhh!!Conan terus sedar. Bukan mimpi?! Hmmph!
"Dah bangun,putera?"
Hana mendekati Conan. Tangan dan kaki Conan diikat kuat dengan tali. Conan berundur
"Lepaskan aku.."ujar Conan
Hana tersenyum." Buat apa lepaskan kau? Bodoh betul penculik tu. Hahahahah!"
Conan mengetap bibir. Kau tu yang baka!
"Memandangkan kau rapat dengan Ai,baik aku ceritakan segalanya kepada kau.."
Mata Conan terkebil kebil. Hah?..
✋✋✋✋✋✋✋✋✋✋✋✋
Ai menyandarkan dirinya didinding simen. Suasana malam yang sunyi di gudang itu membuat dia resah. Dimana Conan sekarang?
Heiji menunggu arahan Ai. Mereka sekarang di tempat Conan dibawa lari..
"Psst,Heiji-san"bisik Ai
Heiji menoleh.
"Saya masuk..bincang dengan mereka..awak akan tahu nanti.."ujar Ai dengan nada berbisik
Pintu gudang tiba tiba terbuka. Mata Ai terbeliak.
"Konichiwa,Ai-chan!"Hana melambaikan tangan kanan manakala tangan kirinya memegang pistol yang dihalakan kearah kepala Conan
Ai menggenggam tangan. "Lepaskan Conan.."
Hana menghembus nafas. "Buat apa aku lepaskan dia selagi hal kita berdua belum selesai?"
"Jadi,lepaskan mereka jelah! Kita berdua yang terlibat dalam hal ni,bukan mereka!"ujar Ai dengan nada tinggi
"Huh,tak payah selamatkan Conan lagi..Dia tak percayakan kau!"ujar Hana.
Dahi Ai berkerut. Apa maksud dia?
"Dia sudah tahu segalanya pasal kau. So...dia takkan percayakan kau lagi"ujar Hana dengan senyuman sinis.
Ai melihat Conan. Wajahnya comot akibat diheret begitu saja..
Conan melihat Ai. Aku masih percayakan dialah! Mahu sahaja dia menendang kaki gadis itu. Arghh!
Ai cuba mendekati.
"Kalau kau langkah setapak lagi,aku tembak kepala Conan!"ugut Hana
"Okay! Sekarang kau nak aku buat apa?!"ujar Ai
"Kau merupakan bekas Ahli Hitam..So,aku nak kau buat ubat yang tergendala oleh ayah kau yang bodoh tu!"ujar Gin
Wtf?! Eeeee,sabar Ai,sabar! "Bahan?"Ai mengalah. Dia mahu semuanya selesai juga
Vodka mengambil bahan dan alat keselamatan untuk Ai.
"Buat dihadapan Conan.."
Ai terkejut lalu melihat Hana. Hana ni nak apa sebenarnya?!
Ai mengikut saja. Dia tidak mahu penyakit mental Hana keluar dan membunuh semua orang dalam ni. Dia pernah membunuh makcik yang menjaga mereka kerana makcik itu memarahi dia dan tak mengikut kata Hana. Shit!
Ai membuat dengan tekun. Segala bahan kimia yang tidak membahayakan kesihatan dimasukkan sedikit. Gin dan Vodka tersenyum puas.
"Nah,ini ubat yang kau nak sangat"ujar Ai sambil menghulurkan ubat tersebut
"Arigatou,Ai...."belum sempat Gin berkata dengan sinis,dia rebah kebumi
Ai terkejut. Vodka juga rebah dengan adanya darah mengalir
Hana meniup asap tembakan dia. Dada Ai berombak kencang
"Hana!! Apa ni?!"Ai menjerit
Hana mengilai ketawa. "Sebelum aku tembak kau,kau duduk dihadapan aku. Sekarang!!!"arah Hana
Argh! Shitt! Ai mengikut arahan. Dia memikirkan bagaimana dia ingin menyelamatkan keadaan
Heiji menelefon polis secara senyap. Ariana cuma duduk. Resah menunggu Ai dan Conan keluar dengan selamat..
"Heiji-san,macam mana?"
Heiji menggangguk. Polis akan tiba tak lama lagi
"Good girl,Ai-chan. Hahahahaha!"
Conan tidak tahan lagi. Ikatan ditangan telah longgar akibat pergelutan tangannya sendiri
Baru sahaja dia ingin mencengkam lengan Hana,Hana sudah jauh terpelanting
Aik?!
"Conan,lari!!!"
Conan lari mengengsot. Dia cuba melonggarkan ikatan ditangan. Hana cuba bangkit
Berjaya! Conan segera bangun lalu berlari kepintu gudang.
Boom!!!
Conan terkejut. Bahu Ai berdarah!
"Lari,Conan!!"Ai masih gagahkan diri
"Baka! Kau ingat aku ni bodoh?!"Hana menghalakan pistol kearah Ai
Ai memegang bahunya. Tangan sebelahnya mengeluarkan cahaya biru. Conan terkejut
Sekali lagi,Ai menumbuk Hana menggunakan cahaya biru tersebut.
Badan Hana sudah lemah. Hana cuba membangkitkan diri
Mulut Ai berdarah akibat pukulan Hana tadi..
Conan sudah berada diluar. Heiji menenangkan Conan
"Tiada benda ke yang boleh selamatkan Ai?!"tanya Conan
"Aku dah telefon polis. 5 minit lagi,mereka akan..."
KEBABOOMM!!
Gudang itu mula terbakar. Mata Conan terbeliak
"Ai!!!!"
Ariana juga terkejut. Dia cuba memanggil Ai
Ai!!!!
Ai masih berada didalam gudang bersama Hana
"Baik aku mati..daripada segala ni..Mati dalam api"ujar Hana
Ai mengetap bibir.
"Jom...Ai-chan..Ayah dan ibu sudah tunggu disana..Pasti mereka merindui kita"
Ai tersenyum. Sakit dibahu masih berbisa.
Gudang itu hampir musnah. Api semakin marak.
Polis dan juga bomba tiba di tempat tersebut
"Polis! Kawan saya ada dalam tu! Dan pejahat cuba membakarkan tempat ni!" Conan segera berkata begitu
"Harap bertenang. Kami telah memanggil pihak ambulans untuk tiba di tempat kejadian"
Api semakin marak akibar angin sejuk malam.
"Haibara Ai!!"
Ai menoleh kebelakang. Jeritan Conan menyebut namanya membuat dia ingin terus hidup tapi...tiada jalan keluar..
"Biarlah aku mati..."
Hana ketawa. Kepanasan sudah mula terkena kulitnya.
"Nikmatnya panas ni..."
Ai tersenyum. Dia rebahkan diri di semak samun gudang itu.
"Gomen,Conan..and..sayonara.."
Mata Ai mula kuyu. Tiada oksigen permukaan lagi setelah asap memenuhi gudang.
Pandangannya makin lama makin gelap..