Bab 5 -Lupakan

709 39 1
                                    


     Selepas kejadian hari itu , Haziq sentiasa menemani aku ke mana-mana . Shopping , jalan-jalan , pergi makan , berjogging , ehh semua laa dia ikut .

      Dia pun okay je and tak banyak bunyi . Nasib baik masuk tandas pun dia tak ikut ! Ehh 😂
Harini aku jalan-jalan sorang je , because dia kena hantar Daddy pergi Airport .

      Puas dia suruh aku tunggu sampai dia hantar Daddy nanti , sebab dia nak teman aku but aku cakap sokay , aku dah boleh biasakan diri and aku dah besar ! Err besarlaa sangat ! 😅

        And ade satu hal yang korang kena tau , aku ni jenis orang yang tak reti duduk diam . Aku suka berjalan-jalan merelease kan tension , kiranya tiap-tiap hari kut aku keluar .

         Ehh dah pahal pulak kereta aku tiba-tiba berhenti tengah jalan ni ? Eiii ni yang aku bengang , bila keluar dengan Haziq taknak pulak kau buat hal ! Haa marah - marah ! 😒

        Aku cuba menghidupkan enjin kereta Bmwku , still tak berhasil . Aku keluar dari dalam kereta dan duduk bertinggung menunduk memandang jalan tar di tepi kereta aku .

      Itulaa , Haziq dah kata tunggu dia . Kau degil sangat dah besar laa , ape laa .  " Arghhhhh! "  Aku menjerit sekuat-kuatnya .

       Tiba-tiba datang seorang lelaki berkaca mata hitam ke sebelahku . " Cik, tak apa-apa? " lelaki itu memandang aku dengan pelik .

        Dia ?  " Ad..Adam.. " Aku bangun dari duduk bertinggung dan berdiri di hadapannya .

  
          " Lyaa? Elya Sofea? " tanya Adam kembali kepada aku . Ya Allah , kecilnya dunia .

     5 tahun aku berhijrah ke luar negara demi melupakan lelaki di hadapan aku dan sekarang dia boleh berbual dengan aku , seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan .

        Aku mengangguk kecil . Lantas dia memeluk aku dengan erat . Aku tersentak ! " Adam! Jangan sentuh I!! "  Aku menolak kasar badannya .

     Eh eh sedap-sedap dia je peluk aku ? Kau ingat aku ni patung ?! " Why sayang? You not miss me? I miss you dear, 5 years I cari you merata tempat. "  Kata Adam lagi .

       5 tahun jugak kau tinggalkan aku , Adam . Aku masih tak boleh lupakan perkara tu . " Please Adam, lets not talk about this. " Aku cuba untuk menukar topik , taknak pikir hal tu lagi . Penat !

        " Hm okay, as you wish my dear. By the way, kereta you kenapa? Rosak? " tanyanya pula .

    Fuhh , nasib baik dia tak bahas tentang perkara tu lagi . " Em I'm also dont know, maybe enjin problem?? " kataku pula .

      Dia mengangguk-angguk sebelum bergerak ke bahagian hadapan kereta . Sebelum membuka kaberator .

        Lebih kurang setengah jam dia membaiki enjin keretaku , aku hanya berdiri di sebelahnya sambil melihat kerja yang dilakukannya .

        " Okayy, now you can try start enjin kereta you. " Adam memandang ke arah aku sambil mengelap peluh yang menitis didahinya .

      Aku berlari anak ke arah pintu utama kereta dan cuba menghidupkan enjin sekali dan Yes , berhasil !

       " Thanks Adam, kalau takda you taktau ape jadi kat I tadi.. " Aku menguntumkan senyuman lebar kepadanya .

       " Welcome dear. I tau dari dulu lagi I sentiasa jadi Hero you, lagi-lagi Hero dalam hati you right? " Katanya pula . Ehh perasannya , sape suruh kau jadi Hero aku ?! Hero dalam hati ? Euww memang taklaaa !

         Aku hanya diam , tidak angguk dan tidak juga menggeleng . " Kalau you tak keberatan, jom kita pergi minum?.. " Katanya lagi .

    
         " Em sorry, but I.... " Aku cepat-cepat menolak ajakannya . Kalau boleh aku taknak keluar atau bertemunya lagi , tapi cepat-cepat dia menindas ayat aku .

          " Come on lyaa, just for this today lagipun I dah lama tak jumpa you.. You anggap je ni sebagai tanda terima kasih I dah tolong you.. "

         Ohh tolong ade makna laaa niii , memang dari awal aku dah agak dah ! " Hm okayy, tapi sekejap je okayy?. " Aku terpaksa bersetuju kerana dia mengungkit . Haih ..

       Mukanya nampak teruja dengan jawapan aku . " Seriously?! Okayy okay, I'm promise kita sekejap je. Okay you bawak kereta you, I follow belakang dengan kereta I. " Aku mengangguk lagi .


------------------------------------------------------

        Aku mengetuk-ngetuk jari ke cawan kaca berisi air cappucino yang diorder oleh aku sambil mata meliar-liar ke kiri dan kanan . Dia masih memandang aku dengan pandangan yang tajam .

        " Why dear? You nampak macam tak selesa je dengan I? " Tanya Adam dengan matanya yang tak lekang dari memandang aku .

       And Yes , Aku memang tak selesa kau pandang-pandang aku macam ni ! " Hm? No laa, I okay je.." Aku cuba menyedapkan hatinya .

         " You okay? Kiranya you masih suka bila I pandang you macam ni?.. Macam pandangan mata I sewaktu kita bertunang dulu... "  Adam tersenyum manis ke arah aku .

         Kau ingat aku boleh cair dengan senyuman palsu kau tuh ?! "  Please Adam, I dah cakap I taknak cakap pasal perkara tu lagi. " Eii aku mula rasa rimas duduk lama-lama dengan dia kat sini !

       " Perkara what? Pasal pernikahan kita tu? I'm sorry dear, I tau I salah masa tu sebab I percaya cakap Mama yang memburuk-burukkan you. I'M REALLY SORRY! " Dia memandang aku dengan sedih , cuba untuk meminta simpati kepada aku .

       " Lupakan I Adam, I dah maafkan you. I maafkan you sebab batalkan pernikahan kita sewaktu hari yang sepatutnya menjadi hari bermakna buat kita. You dengar je cakap mama you, I taknak you jadi anak derhaka.. " Aku cuba menahan air mata yang cuba menitis .

        " And one more thing, dont call me Dear again because I'm not your Sayang anymore. " Selesai sahaja aku berkata , aku menghembuskan nafas perlahan cuba menenangkan diri .

          " Nooo, you still my dear forever. I tetap nak you jadi milik I sampai bila-bila! " Kata adam dengan nada yang keras .

          Dia menarik tangan aku kasar dan digenggam dengan erat . " Adam! Dont touch me!! "  Aku menarik kembali tanganku dengan kasar sebelum menyimbah air manis yang diorder aku ke wajahnya . Nasib baik air tu sejuk , kalau panas ?😒

        Dia tergamam , orang sekeliling terkejut memandang kami dan ada yang mula membisik sesama sendiri dan tersenyum sinis ke arah aku dan Adam .

        Aku mula berjalan keluar dari cafe tersebut dengan pantas . Serabut ! Aku masih dapat mendengar Adam memanggil- memanggil nama aku , Aku buat tak endah je.

      Air mata yang aku tahan akhirnya menitis jua . Aku perlukan seseorang , Haziq . Yaa Haziq , aku perlukan dia !









Sorry ep kali ni takda haziq . 😛😌
💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞


Imam MudakuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin