Bab 12 -Cemburu ?

791 45 2
                                    

" Haziiiq... " Aku mengejut perlahan Haziq yang sedang lena tidur di atas katil biliknya . " Hurmm? Elya? Kenapa ni?? " suara Haziq yang serak-serak basah kerana baru sahaja bangun dari tidur kedengaran agak seksi di telinga aku . 😛

" Bilik air dekat mana? I nak mandi! Badan I dah melekit habis nii. " rungut aku kasar . Haziq menenyeh perlahan matanya . Masih dalam keadaan mamai .  " Bilik air? Kat sebelah dapur laa sayangg... " balasnya lembut . Dia mula bangun dan menapak perlahan menghampiri aku .

" Aikk? Kat dapur eh? Selalunya...bila I baca cerita-cerita kat novel tuh, bilik air kampung selalunya kat luar rumah? Heh moden jugak rumah you niii. " perli aku . Haziq mengetuk laju dahi aku . " Ouch! Sakitlaa gila! " jerit aku .

" Haa! Tulaa, taksub sangat dengan novel-novel bagai ni. Tak semestinya laa sayang.... " meleret suaranya . Aku menjelingnya tajam sebelum bergerak keluar dari biliknya . Sempat jugak aku menjelir lidah kepadanya . Makin benci aku dengan sikap dia !

******

Aku mencedok nasi kedalam pinggan . Baru sahaja aku ingin meletakkan lauk kedalam pingganku , seseorang berdehem perlahan kepada aku .

Aku memandang emak yang berada bertentangan dengan aku . Emak memandang tepat wajah aku . Takkan laa emak ? Aku menoleh kesebelah . Ouh ! Haziq rupanya . Dia mengangkat pinggannya dan dihala kepada aku .

Nak ape dia ni ? Aku menjongket kening memandangnya . Dia menunjuk jari ke arah nasi . Ouh , nak suruh aku amikkan laa ni . Ada tangan ada kaki amik laa sendiri ! Pemalas betul !

Aku membebel dengan tangan aku yang ralit mengambil nasi kedalam pinggannya . Sengaja aku meletakkan nasi yang tinggi membukit ke dalam pinggannya . Emak sudah terbeliak biji mata melihat nasi tersebut . Aku dengan selamba memberikan kembali pinggannya .

" Emm, terima kasih sayang! Tahu-tahu je abang tengah TERSANGAT lapar. " Haziq tersenyum kelat memandang aku . Ni perli ke ape ni ? Heh . Aku mencedok pula udang masak lemak kedalam pingganku . Tiba-tiba pinggan nasi Haziq yang tinggi membukit tadi tepat berada dihadapanku .

Dia memberikan isyarat lagi kepada aku , dengan tidak puas hati aku meletakkan seekor sahaja udang dan sayur campur yang terlalu banyak didalam pinggannya . Sengaja . Saja nak cari pasal . Aku menghulurkan kembali pinggan buat kali kedua kepadanya . Dia masih tersenyum , kelat . Aku tahu .

Baru sahaja mulut emak ingin bersuara , pantas aku menghalangnya sebab aku tau ape yang ingin diperkatakan oleh ibu mertuaku . " Eh, mak jangan pelik. Sejak Haziq duduk KL ni, dia suka sangat makan sayur laa mak...Betul tak Haziq? " tipu aku .

Aku memberi isyarat mata kepadanya . " Em.. Betul laa tuh.. " balasnya mendatar . Haa ni yang buat aku makin sayang ! Dengan lafaz bismillah aku memulakan suapan .

" Adik, dah lama mak nak tanya benda ni tapi baru sekarang teringat. " Aku dan Haziq memberhentikan suapan , lantas memandang emak dengan penuh tanda tanya .

" Yang adik pakai songkok 24 jam ni dah kenapa? Kalau kat luar mak faham lagi, tapi...takkan sampai dalam rumah nak pakai jugak?? " Aku menahan ketawa yang ingin meletus . Haa amik kau , kan dah kena ! Tulaa aku dah suruh , taknak dengar ! Dia tersengih-sengih kerang busuk memandang emak .

" Alaa mak nii, adik selesa laa pakai songkok nii. Dah terbiasa.. " Dia mula menunduk dan menguis-nguis nasi yang berada dipinggannya . Aikk merajuk ke ?

" Hish adik ni, takkan laa dalam rumah pun nak pakai? Mak tak kira, dekat rumah tak payah pakai. Loyar buruk ke ape? Entah-entah dalam bilik pun adik pakai songkok. Betul ke Elya?? " Emak memandang aku meminta kepastian .

Imam MudakuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin