Bab 17 - Abang sayang

776 43 3
                                    

Demamku semakin kurang dari dua minggu yang lepas . Selama 2 minggu demam , Haziq setia melayan kerenah dingin dan mood aku yang sentiasa tidak menentu . Kadang-kadang aku agak terharu dengan sikap Haziq yang terlalu baik denganku , tapi ego aku yang terlalu tinggi membuat aku dingin dan membuat tidak hairan dengannya !

Aku memerhati Haziq yang sedang melipat sejadah . Haziq baru sahaja selesai menunaikan solat isyak seorang diri . Aku masih dalam mood ' bendera merah' . Err . Memikirkan Haziq yang menjaga aku sewaktu demam , mengingatkan aku kepada Mummy . Sebelum aku berkhawin dengan Haziq , Mummy sentiasa menjaga aku sewaktu sakit . Mataku mula merah , aku tahan .

Ohh Mummy , I really miss you ! 😭 Macam mana laa keadaan Mummy , Daddy , Mak senah , Abang ? Oh god , imissthemfuckingseriously ! Uwaaa .  Haa kan daa tercarut em . Air mata jatuh setitik demi setitik .

" Heyy, kenapa ni? "  Haziq pantas mendekati aku , takda angin , takda ribut tiba-tiba je menangis ?

" Mum..mummyyy.. " Haziq memeluk bahuku rapat dengannya , sebelum tangan aku melingkar dipinggangnya .

" Haa?? Kenapa dengan mummy? "

" Aku..rindu mummy...aku rindu.. daddy... aku rindu dieorang semua... "  Aku menyebamkan kepala dibahunya .

" Astagfirullahalazim.. ingatkan apalaa tadi.. haihh abang kan ada? Abang sentiasa ada disisi Elya.. "  Ubun rambut aku dielus dan dikucupnya lama .

" Kau lain, dieorang lain. Mana sama.. hurmm.. " Aku merungkai likaran dipinggangnya . Mulut aku sudah muncung sedepang .

" Ape yang lain? "

" Kau lain dari yang lain, kau special sikit.. " Opss ape aku cakap ni ? Aduhhh Elya , jatuh air muka kau ! Eii mulut ni tak tau nak tutup betullaa !

" Ape Elya cakap tadi? Ulang balik? " Mata aku direnungnya , membuatkan hati aku semakin laju bergoncak .

" Err takde apalaa, lupakan. Haziq jom makan? Aku laparlaa. " Aku mula berdiri dan menuju ke pintu bilik . Tombol pintu aku pulas sebelum tangan aku ditarik oleh Haziq .

" Jangan ubah topik boleh? Abang nak Elya ulang balik ape yang Elya cakap tadi.. " Haziq berbisik ditelingaku , sangat rapat . Tangan kirinya dilekapkan dipinggangku . Hatiku semakin berdebar , takut tidak dapat mengawal perasaan yang semakin gelisah didepannya .

" Lepas makan aku cakap, aku betul-betul lapar ni. " Aku cuba mengawal suara yang bergetar dan menolak wajahnya yang terlalu hampir denganku .

" Elya.. Ulanglaa balik ayat tadi.. " Kali ini dia merengek pula . Pelukan dipinggangku , dia ketatkan . Mengada betulla dia ni , baru cakap 'special'  . Entah - entah kalau cakap Iloveyou , boleh pengsan Imam muda ni !

Aku merenung matanya dengan bibir tersenyum nakal , mulut mula bergerak perlahan-perlahan ingin menyebut perkataan yang dia inginkan . Telinga dia dekatkan dengan mulutku . Tak sabar-sabar eish !

" Takda siaran ulangan! " Aku membuka tombol pintu , pantas berlari menuju ke dapur meninggalkan Imam muda yang terpinga-pinga . HAHAHAHAH padan muka . Sungguh aku takboleh benci , menyampah , merajuk lama-lama dengan dia !

                     -------------------------

Boring , bosan ! Boring , bosan ! Sepanjang sakit ni asyik terperap kat bilik ni . Dah macam kayu daa dibuatnya ! Si Imam muda ni pun satu , bukannya nak teman aku . Tak sweet langsung !

Perlahan-lahan aku menapak dan menuju ke ruang tamu . Tekun Haziq menonton rancangan di tv sehingga kemunculan aku tidak dia sedari . Rancangan apa dia tengok ? Oh my , tak habis habis dengan rancangan ni ? Tanyalaa Ustaz ?

Memang peminat setia dia ni ? Dari awal aku datang , rancangan ni jugak yang dia tonton . Lain benar dengan citarasa aku yang lebih moden dari dia , like korean drama , english sweet movie , drama melayu yang meleleh air mata ,  heh biasalaa Diva you alls . Cerita pon mesti laa nak yang gempak-gempak kebaboom right ?

Aku mendekatinya , punggung aku labuh disebelahnya . Lengannya aku capai dan diletakkan kemas dibahuku . Tak tau kenapa , tapi harini rasa nak bermanja-manja ngan Imam muda tersayang . Huehueheu

" Eh elya buat apa kat sini? Elya kat sakit, duduklaa dalam bilik.. rehat. " Nasihat Haziq .

" Eish kau ni bisinglaa. Aku boring tau tak sorang-sorang dalam bilik tu! Kau bukan nak teman aku pun. " Aku mencapai remote menukar kesiaran lain , sorry but aku memang tak minat ngan siaran favourite dia !

" Laa tak cakap, kalau cakap abang daa teman tadi.. yelaa, abang tanak kacau Elya. Elya kena rehat secukupnya. Kalau tak, bila nak sihatnya?? " bebelan dia , masuk telinga kiri , keluar telinga kanan . Memang aku tak dengar langsung . Macam pakcik , makcik dia membebel .

" Shhh, kau ni bisinglaa. Aku nak tengok drama ni. Diam sekejap. "  Aku menekapkan jari telunjuk dibibirnya . Sebelum terasa jari aku dikucup Haziq . Kepala aku toleh memandangnya , haih perasaan ni datang balik . Jari aku tarik kembali dan aku genggam kemas kedua-dua belah tanganku .

" Erm by the way, mana sepupu kesayangan kau eh? Nak dekat dua minggu tak nampak. Selalu bukan main tercongok depan pintu rumah Emak ni?? " Aku menjongket kening . Hairan , minah gedik tu takda , rindu pulak nak tengok muka dia !

" Biarlaa dia. Buat apa tanya pasal dia waktu kite tengah dating ni sayang. Sekarang ni takyah fikir pasal sapa-sapa. Fikir pasal kite je eh? " Jari jemari aku dipegangnya kemas , wajahku ditenungnya lembut .

  Dating ? Sayang ? Kita ? Rasa macam mimpi laa Elya , Haziq sweet sangat harini ! Ape yang paling aku suka dengan hubungan kiteorang , walaupun kiteorang tak pernah lagi melakukan hubungan ehem ehem sesama , tapi kami punya sweet macam suami isteri yang dah beranak pinak . Tak macam novel , drama kawen paksa yang lain , asal paksa je gaduh . Asal paksa je , benci . Eish !

" Alahai sweetnya kau. Kau nak aku terharu ke? Hahaha. "  pipinya aku sentuh dan aku  tepuk perlahan .

" Elya. "

" Hm? "

" Dulu Elya panggil abang, 'I you'. Rasa macam manja sangat. " Rambut aku dielusnya . Rambut depan yang panjang diselitkan ditelinga kiriku .

" So? " Aku masih setia melekapkan telapak tangan dikedua-dua belah pipinya . Rasa romantik sangat buat camni ! HAHAHAHA

" Sekarang Elya panggil abang, 'Kau aku'. Tak rasa macam kasar sangat ke?  Kalau macam ni, abang lagi suka panggilan 'I you' . " Mulutnya memuncung pula .

" Habistu nak panggil ape?? " Aku menggaru kepala yang mula gatal . Eish dialaa ni , naik pening aku ! Dia menggaru dagu , seolah memikir sesuatu .

" Haa! Nak lagi sweet  panggil, 'Abang sayang'  jela eh. Okay sayang?? " Dia memegang pula kedua tapak tangan aku dipipinya . Bibirnya menguntum senyuman nakal yang teramat !

Ahh sudah ! 😩










Wah wah wah baru update😊 , lama tunggu en😣 ? Juyaa pun lama tunggu vote korang 😂HAHAHAHAHAHA okay okay busylaa minggu ni😅 , bulan ni , tahun ni . 🙆Sorry sesangat kalau tunggu update , seriously memang lambat😭 Iknowright ?! Dah dah takyah rindu juyaa😅 , rindu Haziq ngan Elya jee 💕💕💕💕! Hagaggaa 🙊 okay , wait for next chapter ? 😋💋

#juyathecutest
#juyathebabyboo

Imam MudakuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin