Bab 15 - Penipu

617 47 5
                                    

Plis click the video , sambil baca ! 💕

" Hoii korang buat ape tuh?!! "

Jeritan nyaring dari seseorang mengejutkan aku dan kedua-dua jantan yang bersikap binatang ini .

" Wehh, blah blah! Ade orang datang sini woi! Mati kita nanti! " ujar salah seorang dari mereka . Mereka melepaskan tubuhku dan bertempiaran lari meninggalkan aku yang dalam kesakitan dan ketakutan seorang diri .

" Awak..awak tak apa-apa?? " tanya seorang lelaki yang agak tinggi . Bahagian tubuhku yang terdedah , aku cuba menutupnya dengan kedua-dua belah telapak tangan . Aku tidak larat lagi untuk bergerak . Pandangan aku semakin kelam . Aku berharap lelaki ini adalah orang yang baik . Segera tubuh aku dicempung kedalam keretanya .

Baju sejuk yang berada dikerusi bahagian belakang kereta dicapai lelaki itu dan diletakkan perlahan ditubuhku bagi menutup bahagian yang terdedah .

" Awak tinggal kat mana? " matanya dihala keseluruh wajahku . Meniliti setiap inci wajahku . Aku menggeleng . Memang aku tak tau , aku nak jawab apa ? Dia memandang aku pelik .

" Okay.. sekarang awak bagitau saya, awak tinggal dengan sape?? " tanya lelaki yang berada disebelahku ini lagi .

" Ha..haziq..." perlahan aku jawab . Cakap pasal Haziq , aku benar-benar marah , benci dan sakit hati dengannya . Aku tidak akan pernah memaafkannya !

" Isyraf Haziq?? Eh macam mana awak boleh kenal dia? Ape hubungan awak dengan dia?? " Dia nampak agak terkejut dengan jawapan aku . Mungkin lelaki ini salah satu kenalan Haziq . Tidak sangka , ramai juga kawan-kawannya disini . Melihat aku yang tidak langsung memberi sebarang respon dengan soalannya , dia berdehem kecil .

" Err saya Faris. Em awak? " teragak-agak dia memperkenalkan diri kepadaku . Lagi sekali soalannya tidak aku jawab . Lama aku mendiamkan diri . Kalau boleh aku taknak cakap pape lagi , nak terus balik dan merehatkan diri .

Aku menyandarkan diri di kerusi bahagian depan . Mata aku tutup rapat . Faris sedikit hampa dengan reaksi Elya . Tidak mengapa , dia faham mungkin Elya masih trauma dengan kejadian sebentar tadi . Kereta viva hitam Faris mula dihidupkan enjinnya , dan mula meluncur ke rumah Haziq .

" Elya. "

" Huh? "

" Nama saya, Elya Sofea... " tutur aku perlahan , mata masih aku pejam rapat . Kesian pula dengan lelaki ini . Dia telah menyelamatkan aku , tapi aku melayannya begini . Hm

             --------------------------------

Kereta viva milik Faris memasuki perkarangan kawasan rumah papan Haziq . Perlahan-lahan aku membuka tombol pintu dan menapak kaki keluar dari kereta . Rambut aku selak sedikit ke belakang menghalang luka darah dipipi mengenai helaian rambut depanku .

" Ya Allah Elya?! Kenapa ni nak? Astagfirullahalazim.. " laju emak menonong ke arah aku . Aku berdiri dan diam membisu membiarkan emak memelukku erat . Aku rindu Mummy ! 😭 Faris yang telah keluar dari keretanya , hanya berdiri diluar kereta sambil memerhati kami . Bunyi deruan motor Haziq memasuki halaman rumah emak .

" Ya Allah Elya. Elya pergi mana? Kan abang suruh tunggu dekat situ. Kenapa Elya degil? Puas abang cari Elya merata tempat setiap kawasan. " Haziq menerpa ke arahku . Badanku ditarik kepadanya dan dipeluk . Lantas aku tolak kasar bahunya .

" Dasar penipu! Kau kata, kau nak ambik aku. Mana kau waktu aku ketakutan tadi?! Mana kau waktu aku kebasahan tadi?! Mana kau waktu aku hampir kena rogol tadi?! Mana kau pergi?! Kau sibuk berdating ngan kekasih hati kesayangan kau tuh!! " Aku memukul bidang dadanya , menghamburkan segala rasa sakit hatiku . Perkataan rogol , mengejutkan Haziq yang sedari tadi mendiamkan diri .

" El..Elya hampir kena rogol?? "

" Kenapa?! Kau jijik?! Kalau kau tak tinggalkan aku, semua tu takkan jadi! " Air mataku semakin laju merembes keluar . Tanganku yang masih menumbuk dadanya ditangkap Haziq dan dilekapkan didadanya .

" Abang mintak maaf Elya. Abang tak bermaksud nak tinggalkan Elya. " Haziq mengelap setiap titisan air mataku . Matanya juga semakin merah . Sedikit sebanyak melembutkan hati aku . Sudahlaa hati , jangan kau termakan dengan pujukan rayunya lagi . Semuanya penipu dan dusta belaka !

" Sudahlaa Sayang, maafkan Haziq yee?... " rayu emak kepadaku . Emak mengusap bahuku perlahan-lahan . Tangannya menggeletar , seperti takut dengan aku yang semakin menggila . Yes , memang aku dah gila . Semua gara-gara Haziq .

" Err saya balik dululaa. Erm Elya take care, hati-hati. Jaga diri awak. " Faris yang masih tercegat dipintu kereta segera meminta diri apabila melihat masalah keluarga Haziq semakin rumit . Tidak baik kalau dia mencampuri rumah tangga mereka . Aku memalingkan wajah ke arah Faris .

" Faris, thanks a lot. Awak dah banyak bantu saya.. " Aku harus berterima kasih kepadanya . Faris tersenyum kecil , lalu menghidupkan keretanya dan berlalu pergi meninggalkan halaman rumah emak . Kalau tiada Faris , pasti aku sudah menjadi mangsa kedua- dua lelaki tadi . Aku menggeleng laju , taknak ingat hal tadi . Aku menggosok kepala dan meramas kasar rambutmu . Benar-benar menyeramkan !

" Elya..Elya okay tak? " Haziq mengusap kepalaku . Heh dia ingat aku dah maafkan dia ? Hell , never ! Tangannya aku tepis .

" Berambuslaa penipu! " Aku menjelingnya , lantas memasuki kedalam rumah . Meninggalkan emak dan Haziq yang masih memandang dan memerhati aku . Lantaklaa korang nak pikir apa . Kisah apa aku ?!

            ------------------------------

Tubuhku menggeletar , terasa seluruh tubuh badan semakin sejuk . Aku masih menyelubung didalam selimut dari pulang tadi . Pintu bilik telah aku kunci , tidak mahu diganggu sesiapa lagi-lagi Imam muda tak guna tuh !

" Elya..Bukak pintu ni.. " suara Haziq yang sedang mengetuk pintu dari sejak tadi tidak aku hiraukan . Kepala aku semakin pening , rasa bagai nak pitam .

Klak . Pintu bilik dibuka dari luar . Macam mana dia boleh bukak ? Haih , confirm dia pakai kunci . Eii ! Sibuk je !

" Elya..abang nak cakap sikit.. " Haziq mendekatiku . Lengan aku dipegang . Aku mendecit , marah disentuhnya .

" Eh? Elya panasnya.. " Dahi aku pula disentuhnya . Aku tepis tangannya .

" Elya demam nii.. Eh Elya, kenapa badan menggeletar ni? " Tubuh aku dicempung dan dipeluknya . Pipi aku ditepuk perlahan bagi menyedarkan aku yang semakin mamai .

" H..Haa..Haziq... "

Pandangan aku semakin kelam , dan akhirnya . Kabur . Hitam .







Hihuhihu bukan main korang beremosi ep lepas🙅 . Semua suruh update segera , sorry guys..juya busy 🙆. Sengaja tak update , nak tunggu vote banyak 😅. Kejam tak ? HAHAHAHAH 😂! Tapi disebabkan juyaa ni baik orangnya , kasi belanja laa satu lagi ep 😋 ! Bye bye . Muah muah 💞

#juyathecutest
#juyathebabyboo










Imam MudakuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin