Bab 6 -Sayang

746 38 0
                                    


Aku melangkah laju ke arah kereta dan menekan button Kunci On ke arah kereta aku . Belum sempat aku membuka pintu kereta , lengan aku ditarik seseorang .

" Hey, kenapa ni? " tanya dia . Haziq masih memegang lengan aku tapi berlapikkan baju kemeja yang dipakai oleh aku .

" Takda ape. Erm macam mana you boleh ade kat sini? " tanya aku . Macam mana pulak Imam muda ni boleh ade kat sini ? Macam tau-tau je aku tengah cari dia . Grrrr

" Dari kereta awak rosak lagi saya dah ekori awak. Tapi dah ade orang tolong, buat ape saya nak tolong? " Asal aku rasa ayat dia macam hampa semacam ?

" Tak kira laa ade orang tolong or tak, you tetap kena ada bila I susah! " kata aku sambil memandang Haziq yang menyeluk kedua-dua belah tangan di kocek seluarnya .

" Ehh suka hati sayalaa, saya bukannya bodyguard awak sampai nak kena ada dengan awak sepanjang masa. " balas Haziq mendatar sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain .

Asal harini dia dingin semacam ? Pagi tadi okay je . Takkan sebab Adam ? Heh perasan jelaa kau Lyaa , dia bukannya ade perasaan kat kau !

" What wrong with you? Do you have anything problem?? " Aku cuba membuang perasaan kekok antara aku dan dia .

" Takde apelaa, dah jom balik. " Haziq terus berlalu pergi selepas membalas soalanku . Dia kenapa ?

-----------------------------------------------------

Selepas kejadian itu aku merasakan Haziq cuba menjauhkan diri dari aku . Bercakap pun cuma tentang perkara yang penting .

" Hey baby girl, what are you doing? " Abang menegur aku sewaktu aku menonton televisyen di ruang tamu .

" Abang tak nampak ke? Kan lyaa tengah sidai kain niii. " Balas aku dengan nada memerli . Dah nampak aku tengok tv , tanya lagi !😒

" Biar betul sidai kain? Basuh kain pun tak pandai, masak lagi laa. " Dia tersenyum sinis memandang aku . Sempat lagi dia perli aku balik !

" Eii malas laa cakap dengan abang ni, ada je nak balas balik. Lyaa sedarlaa, lyaa ni tak pandai buat pape.. " Aku memalingkan muka , merajuk dengan dia !

Abang melepaskan tawa mendengarkan jawapan aku , sebelum menghampiri aku . " Hey dear, chill laa. Asal moody semacam ni? "

Abang terus duduk rapat disamping aku sebelum memeluk aku erat . " Hurmm takdelaa Lyaa okay je. Abang tak kerja harini?? "

Aku membalas lembut pelukannya . " Abang masuk kerja lambat harini. Erm lyaa dengan Haziq ada problem ke? Sebab abang tengok korang pelik semacam je?? " Ehh macam mana abang tau ?!

" Ehh takdelaa, kiteorang okay je. Pandai-pandai je abang niii.. " laju aku menjawab . Aku malas nak ingat dia , malas nak pikir pasal ni , and malas nak bazir air liur cerita pasal perkara ni ! So the conclusion , Elya Sofea is the lazy person ! 😂

" Hmm its okay kalau taknak cerita. tapi lyaa kena ingat, abang sentiasa ada bila lyaa perlukan seseorang. " Abang menggosok lembut umbun rambutku . Asal abang ni sweet sangat ? Untungnya sape jadi bini abang !😣

Aku tersenyum dan mengangguk laju . " Okaylaa abang nak naik atas dulu, nak siapkan kerja. Take care sweetheart. " Abang bangun selepas menghadiahkan ciuman di pipi kiriku .

" Eii apelaa abang ni, ingat lyaa budak kecik ke?? " Aku menjeling tajam ke arahnya . Abang hanya tergelak sebelum berlari menaiki tangga . Haa larilaa . Kalau jatuh nanti , aku orang first yang gelakkan !

-----------------------------------------------------


Lewat petang aku lihat kereta kesayangan Daddy memasuki garaj halaman rumah .


Cepat-cepat aku berlari ke pintu utama rumah dan bergerak ke arah kereta . Daddy yang baru keluar dari kereta tersenyum memandang aku .


Haziq ? Memang taklaa nak senyum , pandang aku pun taknak ! Muka dia ketat habis , Eii tak suka laa Haziq versi Imam muda garang ni !


" Ni apesal tiba-tiba baik hati jemput Daddy sampai keluar dari rumah ni? " tanya Daddy sambil memandang aku pelik .

Em aku bukannya nak jumpa Daddy , sebenarnya aku nak jumpa Haziq . " Err Lyaa nak jumpa Haziq sebenarnya, ada hal nak cakap sikit. " Aku tersenyum manis memandang Daddy , taknak Daddy merajuk .


Muka Haziq jangan cakaplaa , terkejut habis bila aku cakap nak jumpa dia . Haziq menghalakan jari telunjuk ke dirinya sendiri sambil memandang aku pelik .


Yes YOU ! Aku nak jumpa kau ! " Emm jom Haziq.. " Aku menarik lengannya mengikut aku . Lagi sekali dia tersentak bila aku pegang lengan dia , kaki dia tetap menapak mengikut langkah aku .


Daddy hanya menggeleng -geleng kepala memandang kami . Sorry Daddy , kami memang tak makan saman ! Okay takde kene mengena dengan saman .

Aku membawa Haziq ke kolam ikan kesayangan mama . Tempat favourite aku jugak kalau dengan Haziq .

Dia melepaskan lengannya dari pegangan aku sambil memandang aku tidak puas hati . Eleh aku sentuh sikit je kut . Selalunya perempuan yang mengelak bila kena sentuh , kiteorang ni lain dari yang lain . Erk 😂

Setengah jam kami disitu , tidak bercakap atau bergerak langsung . Memang agak kelakar , tapi itulaa kenyataannya .

Kedua-dua kami terkelu macam takda mulut nak bercakap . Aku pun satu , tadi semangat sangat nak jumpa dia . Last-last aku pun diam tak berkutik .

Dia mula ingin bergerak dari sini , mungkin bosan dengan aku yang dah macam tiang bendera .

" Ehh you nak pergi mane? " Aku menahan dia yang ingin berlalu . " Ohh ada pun mulut, ingatkan dah tak boleh bercakap tadi. " Dia berhenti dan memaling ke arah aku .

" Ehh mestilaa ade mulut, kalau tak macam mana I bercakap sekarang ni? " Aku mengangkat kening ke arahnya pula .

" Takdelaa, sebab saya ingatkan tadi saya berdiri sebelah kayu. Tak bergerak, tak bercakap pun. " balas Haziq dengan nada yang lebih sinis . Eii dia ni dengan abang same je !

" You ni dah kenapa? Tak habis-habis nak perli I! I ada buat salah dengan you ke?!" Aku mula menapak mendekatinya .

" Tak, awak tak buat salah pun. Okaylaa saya nak balik, tak elok kalau.... " Aku segera menindas perkataannya dengan meletakkan jari telunjukku ke bibirnya .


" Shhh. I taknak dengar semua tu, I cuma nak mintak maaf kalau I ada buat salah dengan you. I'm sorry haziq... " Disebabkan ketinggian kami yang berbeza aku harus mendongak memandang ke wajahnya .



Haziq terpana dengan tindakan drastikku sebelum dia memandang lembut ke dalam anak mata aku . Selang 1 minit dia mula tersentak dengan keadaan kami yang terlalu rapat dengan jariku yang masih dibibirnya .

Lantas dia menolak kasar badan aku yang terlalu rapat dengannya . Aku yang tidak tahu apa-apa terus terjatuh ke dalam kolam renang di situ .


Aku...Aku tak pandai berenang !
" Haziq, tolong I...I tak pandai berenang...TOLONG! " jerit aku kepadanya .

Dia memandang aku seketika , mungkin dia fikir aku menipu . Ya Allah , kau tolonglaa hambamu ini !


Dia mula gelisah melihat aku yang masih tidak naik-naik dari kolam renang dan tanpa teragak-agak dia melompat ke dalam kolam renang menyelamatkan aku .

Dia mencempung badan aku dan mengangkat aku yang sudah terkulai dari kolam renang tersebut . Haziq menyentuh lembut wajah aku .

" Saya mintak maaf Elya! Saya tak sengaja, awak bertahan ya?.. Saya...saya sayang awak... " Dia menepuk perlahan pipi aku . Aku dapat lihat air mata menitis dari matanya .


Haziq...sayang aku ? Tak mungkin....dan akhirnya aku pengsan di situ .









Imam MudakuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin