Bab 16 - Merajuk

670 51 5
                                    

Plis click the video , sambil baca ! 🎶 Pst : Lagu fav dari dulu 💕


Lebih kurang seminggu aku demam , Haziq masih setia menjagaku walaupun aku agak dingin dengannya . Bukan agak , terlampau ! Selepas sahaja aku pengsan pada minggu lepas , Haziq terus membawa aku ke klinik . Tuala kecil yang basah dilipat di atas dahi aku sentuh . Haziq yang meletakkannya tadi , sewaktu aku sengaja berpura-pura tidur .

Klak . Pintu bilik dibuka dari luar . Pantas aku memejamkan mata kembali .

" Elya, bangun kejap... " Haziq mengusap lembut bahuku .

" Em? Hmm, nak ape? " soal aku sambil menggosok mata tanda , berpura-pura baru sahaja bangun dari tidur .

" Ni makan bubur yang mak masakkan. Lepas tu boleh makan ubat.. " Haziq membantu aku untuk duduk dan bersandar dihujung katil .

" Em taknaklaa. Aku takda selera. " jujur aku kata , tekak aku benar-benar terasa pahit dan perit . Aku tidak berasa lapar , lagi-lagi dalam keadaan sakit ini .

" Alaa.. Kesian dekat mak, penat-penat dia masak untuk Elya. Makanlaa.. kalau tak, macam mana nak makan ubat? " Haziq masih memaksa aku .

Tapi benar juga , kesian pula emak yang penat-penat memasak . Lagipula sejak peristiwa minggu lepas , emak agak takut untuk berbual denganku .
Haihh . Tangan aku tadah meminta mangkuk bubur tersebut .

" Haa takpa harini, biar abang yang suap Elya. Lagipun Elya tengah demam.. "  ujar Haziq lagi . Bubur ayam itu pula dikacaunya untuk disejukkan .

" Tak payah susah-susah. Aku ni, yang sakit demam je. Tangan kaki aku tak sakit. Bagi sini! " Balas aku kasar . Dia takpayah susah-susah nak ambik hati aku . Dia ingat dengan buat semua ni aku akan maafkan dia ? Heh !

" Aipp.. tak baik lawan cakap suami. Tangan tu duduk diam-diam. " tangan aku yang cuba menggapai mangkuk bubur ditepisnya perlahan .

  Aku mengetap bibir , rapat . Bubur ayam ditiupnya perlahan dan disuakan ke hadapanku . Aku memandangnya kosong , mukanya meminta simpati . Nak taknak aku membuka mulutku juga . Haziq mengjongketkan keningnya . Apahal dia ni ?

" Eii nak suap ke tidak? "

" Baca doa dulu.. " Aku mencerlung mata memandangnya .

Urghhhh .  Aku membaca doa makan . Haziq terus menyuapkan bubur tersebut kedalam mulutku . Disebabkan aku sedang demam , bubur tersebut rasa kosong dan tawar . Takda rasa ape pun .

" Sedap tak sayang? " soal Haziq sambil meniup perlahan bubur disudu .

" Sape sayang kau? Pegilaa bersayang-sayang dengan kekasih hati kesayangan kau tuh! "  Makin tiada selera aku bila teringat wajah Maisarah sepupu kesayangan Haziq itu .

" Ape sayang cakap nii? Abang sayang Elya je tau! Tiada kedua, ketiga dan seterusnya. Janganlaa merajuk ngan abang lagiii. " kata Haziq lagi . Aku mencebikkan bibir . Semua lelaki sama je . Suka mainkan hati perempuan !

" Kalau kau sayang aku, takdanya kau tinggalkan aku haritu. Dah tu bukan nak amik aku, sibuk tinggalkan aku macam pokok kelapa kat situ! " Aku memandangnya tajam . Hati terguris kembali , terasa air mata yang ingin menitis dan aku menahannya .

" Aku tak kesahlaa kau nak dating ngan sape, buat ape. Sekurang-kurangnya, kau ambiklaa aku balik. Aku dah laa tak tau kawasan kampung sini. Aku takut kau tau?! Aku takut waktu aku hampir kena rogol haritu. Aku panggil nama kau, aku tunggu kau. tapi mana kau?! "  herdik aku lagi .

Melepaskan rasa terbuku yang tersimpan . Tidak dapat aku tahan lagi , air mata aku tumpah akhirnya . Perempuan , memang kuat nangis . Mangkuk ditangannya diletakkan dihujung lampu meja , aku ditarik kedalam pelukannya . Buat kesekalian kalinya aku tidak menolak , kali ini aku terasa tenang dan selamat didalam pelukannya .

" Jangan menangis sayang.. Abang mintak maaf sangat. Lepas je abang hantar Mai haritu, Mai suruh abang bawa dia ke klinik kat pekan. Masa tu klinik memang tengah ramai orang, menunggu giliran Mai memang lama. Bila sahaja nak balik, hujan turun dengan lebatnya. Bila teringat Elya, abang memang nak cepat-cepat balik. Tapi..Mai merayu kat abang, katanya dia takboleh kena hujan, demamlaa. Abang terpaksa jugak hantar dia balik dan redah hujan demi Elya. " panjangnya terang lebar . Aku mendengar bait-bait katanya . Dapat aku dengan getaran suara setiap kali dia bercakap . Wajah aku diangkat . Haziq memandang anak mataku , dengan kedua-dua pipiku disentuhnya dan diusap perlahan .

" Abang dah cari setiap kawasan,sudut, tempat. Tapi memang tak jumpa-jumpa Elya. Bila Elya daa balik, abang gembira sangat. Bersyukur banyak-banyak kepada Allah. Elya tau, nak terhenti berdegup jantung abang bila dengar yang Elya hampir dirogol. Abang mintak maaf, janganlaa marah abang sampai macam nii.. "  bibir aku diusapnya pula .

  Aku meneguk air liur ku . Sungguh aku tak dapat melawan perasaan cinta yang semakin datang dihati . Ya , aku dah mula jatuh cinta dengan Imam muda ini !

" Abang call Elya. Tapi takdapat. battery habis ke? " Mangkuk bubur dicapainya kembali .

" Tak bawak fhone. "

" Lain kali bawaklaa handfhone. Bende tuh berguna kalau waktu-waktu kecemasan macam ni.." nasihatnya . Bubur disuapkan kembali . Eii kecik besar je aku pandang Imam muda ni ! Dia yang penyebab aku tak bawak handphone ! Aku mengunyah -ngunyah bubur tersebut dengan penuh rasa geram . 

" Dia yang capai tangan orang sampai tak sempat nak bawak handphone! " marah aku lagi . Dia ni memang suka cari pasal ! Haziq tersenyum kerang busuk , mulut bergerak menyebut perkataan ' sorry ' . Aku menjeling manja .

" Jadi.. Dah tak merajukkan dengan abang?? Maafkan abang eh? "  Mukanya didekatkan dengan wajahku . Mukaku bertukar merah . Malu . Berbahang ! Matanya dikenyit , menggetarkan setiap hati wanita yang melihatnya .

" ELYA TAKNAK MAAFKAN! " Aku menjelir lidah .
















Oyemgiii sweet tak Haziq 😙 ? So Dears reading dah boleh maafkan Isyraf Haziq 🙏? Maafkan laa dia , dialaa satu-satunya Hero yang sweet kat sini🙊 ! Ep kali ni juyaa bagi pendek je🙆 . Vote banyak , update banyak . Okay💞 ? Emuahhh . 💋

#juyathecutest
#juyathebabyboo😂

Imam MudakuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin