Bab 13 -Bendera

720 41 3
                                    

      Pagi itu aku bangun agak lewat kerana kepenatan semalaman . Aku meninjau keseluruhan bilik ini dengan menenyeh mata yang agak katup . Haziq ? Mana Imam muda aku ? Tombol pintu aku buka dan segera melangkah ke ruang tamu .

       Segera aku menapak ke arah dapur . Emak sedang sibuk menyiapkan makan tengahari sehingga tidak sedar keberadaan aku . Tengahari tau ! Aku bangun lambat weh ! 😅

        Perlahan-lahan aku mendekati emak , lantas tubuhnya aku dakap dari belakang . " Opocot mak kau meletop!! "  terlepas senduk emak yang ralit mengacau gulai ayamnya . Seriously , aku memang suka buat orang terkejut !

         Aku sudah terbahak-bahak mentertawakan emak mertuaku . Korang tak tengok macam mana reaksi die duhh ! " Astaugfirullahalazim... Elya, terkejut la mak! "  Emak menampar dan mencuit perlahan lengan aku .

           " Hahaha.. Sory mak, Elya tak buat lagi... " Perlahan-lahan aku berdiri disebelahnya . Aku hanya melihat emak yang memasukkan segala bahan-bahan masakan kedalam periuk . Aku tak pandai masak , so aku tolong tengok jelaa eh .

        " Erm.. Mak, Haziq mana eh? Waktu Elya bangun tadi, takde pun die... " Aku melabuhkan punggung di kerusi makan . Teh panas yang berada dicawan aku teguk . Sedap !

"  Laa.. Haziq ade dekat pangkin luar rumah tu. Berborak dengan si Maisarah, dah lama tak berjumpa macam tulaa jadinya... "

Teh panas yang sedap terasa kelat ditekak aku . Jumpa Maisarah ? Hati aku mula dipagut rasa cemburu . Cepat-cepat aku menghalau perasaan itu .

          " Mak, Elya jumpa haziq kejap yee.. "  Lantas aku meninggalkan emak mertuaku membasuh senduk kayu yang telah terjatuh dilantai tadi . Aku menapak perlahan ke pintu papan utama rumah . Dapat aku dengar suara mereka bergelak ketawa di pangkin luar rumah .

             " Eii apelaa abang nii.. Suka sangat cakap benda mengarut-ngarut. Kalau Mai ni bini beruk, abang suami beruk tulaa! "

           " Erm bolehlaa. Kesian pulak tengok Mai sorang-sorang jadi beruk.. " ketawa mereka meletus lagi . Aku mengepal penumbuk kanan . Ape , dieorang ingat lawak bini beruk , suami beruklaa . Habistuh aku ape ? Anak beruk eii !

               Dengan Mai bukan main bergelak ketawa sana sini . Dengan aku ? Ceramah , nasihat memanjang ! Mereka berborak sakan , sehinggalaa tangan gatal Mai sengaja merayap ke bahu Haziq . Aku tak boleh sabar !  Haziq pun satu , dia biarkan je !

      " Eh Haziq! Erm, Emak cari you.. " Bohong aku .

  Tangan kanan Mai aku tolak perlahan dibahu Haziq . Sengaja aku memaut lengan Haziq . Dapat aku lihat wajah Mai bertukar menjadi keruh . Aku taktau ape yang dia fikir , tapi aku nak dia tahu . Haziq milik aku !

     " Eh sayang? Mak cari abang? Haa yelaa, abang nak pegi cari mak dulu eh.. "  Haziq mengusap perlahan pipi aku dengan tangan kasarnya . Dulu aku kurang suka dia melakukan aku sebegitu , lagi-lagi dihadapan orang ramai . Tapi sekarang aku lagi-lagi suka dia buat camtu . Hati aku macam tumbuh bunga yang mula mekar . And aku happy gudlucky bile die buat macam tu depan Mai .

      Aku mengangguk laju . Tangannya aku alihkan perlahan dari pipiku . " Mai? Abang naik dulu ye.. "  Rambutnya diraup kebelakang sebelum menaiki anak tangga dan berlalu ke dalam rumah . Eh ? Baru aku perasan , Imam muda aku tak pakai songkok dah ? Aku suka die tak pakai songkok 24 jam nampak lagi hensem , but aku tak suka dia tak pakai songkok depan Perempuan lain . Nanti dieorang tergoda , aku yang seksa . Haihh 😭

Erk baru aku teringat , aku masih berdua bersama Maisarah dipangkin ini . Laju kaki aku ingin menaiki anak tangga meninggalkannya . Kekok .

" Eh anak orang kaya, jangan tunjuk berlagak kau kat sini. "

Imam MudakuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin