Bab 9 -Nikah

810 42 6
                                    

      

    " Lyaa betul-betul dah malukan kami! Kami semua tak sangka yang Lyaa sanggup lakukan semua ni!! "  jerit Daddy yang sedang berdiri tepat di hadapan aku .

         Semua mata yang berada di ruang tamu menumpu ke arah aku dan Haziq . Aku benar- benar malu ! Aku memandang ke arah Haziq yang berdiri di sisi pintu utama rumah .

           Dia hanya tenang sambil membetulkan songkok di atas kepala . Sempat lagi dia niii ! Aku yang duduk di atas sofa hanya tunduk dan mendiamkan diri .

         " Susah-susah Daddy dengan Mummy hantar lyaa dekat luar negara! Bila balik, bawak perangai buruk tu ke sini!! "  marah Daddy lagi . Terangkat bahu aku dengan tengkingan daddy .

        

           " Dear, ape yang lyaa dah buat ni salah! " Kata abang pula dengan lembut . Dia melabuhkan punggung disebelahku . " Haziq, sepatutnya kau menjaga adik aku. Bukannya kau lagi membuat perkara yang tak baik dengan dia! " Abang memandang Haziq pula .

       " Dato',Datin,Shah, saya boleh jelaskan semua ni. Saya dan Elya tak buat ape-ape. Ni semua salah faham. "  Haziq mula bersuara selepas sekian lama mendiamkan diri .

            Aku tak nak pandang muka dia . Aku marah , benci , kesal dengan dia . Walaupun dia dah tolong aku . Aku cuba menahan air mata yang semakin mengalir .

           " Daddy tak kira, daddy nak korang berdua menikah. Daddy dengan mummy ni ade pangkat darjat, orang lain memandang kami tinggi. Mana daddy nak letak muka kalau perkara ni tersebar!! "   Terang Daddy panjang lebar . Daddy merenung aku tajam .

          What ? Menikah ? " Daddy pliss, lyaa taknak. Lyaa tak buat perkara buruk daddy... Ade orang yang perangkap lyaa... tolonglaa daddy.. " Aku segera menerpa ke arah Daddy  . Aku melutut dan memegang erat kaki kanannya .

            Aku tidak dapat menahan air mataku lagi . Laju air mata aku mengalir diseluruh wajahku . " Abang, tolonglaa lyaa... Lyaa tak salah... "  Aku memandang abang pula untuk meminta simpati . Bahu aku masih terenjut-enjut menahan air mata yang terus mengalir .

             " Haziq! Kenapa you diam?! Jelaskan laa kan semuanya kepada dieorang, I taknak kahwin dengan you!! " tengking aku kepada Haziq pula . Aku merenung tajam anak matanya .

              " Ape pon kebenarannya, kamu berdua kena kahwin jugak! Daddy dah taknak dengar alasan. Kalau lyaa taknak kahwin dengan Haziq, jangan anggap Daddy ni ayah kamu lagi!! Aduhh.... " tiba-tiba sahaja Daddy jatuh terjelepok dan pengsan disebelahku .

          Mummy , Abang , Haziq , Mak Senah segera berlari ke arah daddy yang berada disebelahku . " Shah, pergi call doktor sekarang! Sakit Daddy dah menyerang balik!! "   jerit mummy kepada abang .

        

***********

           " Jangan bimbang, sakit Dato' menyerang kembali kerana dia dalam keadaan agak stress. Cuma saya harapkan anda semua jangan terlalu membuatkan Dato' banyak berfikir. " ucap Doktor lelaki itu selepas keluar dari bilik Mummy dan Daddy .

            Kami semua mengangguk faham tanda mengerti . Abang membawa doktor itu ke pintu utama . Aku , mummy dan Haziq memasuki bilik Master room untuk menjenguk Daddy .

   

          Sayu hati aku bila melihat Daddy yang sedang baring lemah . Semua salah aku ! " Lyaa... " Suara Daddy yang memanggil aku seakan berbisik perlahan .

              " Ye daddy?.. " Aku segera bergerak ke arah Daddy . Tangannya aku pegang dan aku cium lama . Maafkan Lyaa , Daddy ! 😢

               " Kalau kamu taknak Daddy sakit lagi, kamu kahwin dengan Haziq. " Daddy memandang tepat wajah aku . Ya Allah , kenapa kena ungkit benda ni lagi ? Aku taknak kahwin dengan dia !

               " Tapi daddy, lyaa tak....  " belum sempat aku berkata , laju Daddy memotong . " Lyaa memang suka tengok Daddy sakitkan?! Kalau boleh sampai nak daddy mati! Jangan sentuh aku, aku takda anak macam kau!! "  Daddy menarik kasar tangannya yang berada kemas dalam genggamanku .

              Kata - kata terakhirnya benar-benar membuat hati aku calar . " Lyaa, kamu dengar jelaa cakap Daddy. Ni semua untuk kebaikan semua orang jugak. Jangan pentingkan diri sendiri..... " kata mummy pula , setelah beberapa minit mendiamkan diri .

          Aku ni pentingkan diri sendiri ke ? Habistu hati aku sape yang nak jaga ? Aku melihat Daddy yang memalingkan muka , tidak mahu memandangku . Daddy mula benci dengan aku , aku tahu . Aku memandang pula mummy yang sedang menyeka air matanya .

          Aku mengeluh perlahan menahan sebak di dada . " Baiklaaa, Lyaa nak menikah dengan Haziq.. tapi...haziq nak ke menikah dengan lyaa?.. " Aku memandang Haziq pula . Semua mata menumpu ke arahnya .

          Aku bagi isyarat mata kepadanya . Mata aku sengaja mengedipkan padanya . Haziq , cakap taknak ! Cakaplaa kau tak sudi terima aku !  Pliss ! 😢

          " Jangan risau Dato' Datin, saya nak menikah dengan lyaa. Saya nak bertanggungjawab... " Balasnya sebelum tersenyum sedikit .

         Oh God , this boy ! Lain aku suruh , lain dia buat . Bertanggungjawab ? Apa kena Imam Muda ni ? Aku benar-benar ingin pengsan dengan jawapannya !

*******

            Selesai sahaja majlis pernikahan aku dan Haziq , aku terus menyusup masuk ke dalam bilikku . Tetamu juga tidak ramai yang hadir hanya jiran-jiran berdekatan yang dijemput Daddy and Mummy . Ada yang mengucapkan tahniah kepada kami . Thankyouuusomuchhh  uncle aunty ! 😌😒

            Aku tau , ada juga mulut-mulut yang busuk . Mengumpat dan berbisik sesama sendiri tentang pernikahan kami . Tapi kami hanya buat dek saja , malas nak berperang mulut dengan mereka .

               Aku merebahkan badan di atas katil empukku . Aku memeluk erat bantal pelukku . Penat duh ! Ehh Penatlaa sangat , bukan kau buat ape pun Elya !😒 Baru sahaja aku ingin melelapkan mata , seseorang menyentuh lembut bahuku .

          " Elya Sofea, bangun... Mandi bersihkan diri dan solat Isyak dulu... " Aku membuka mata perlahan dan memandang ke wajahnya . Kenapa dia terima aku ? Walaupun dia tau aku tak pernah mencintainya .

            " Hish sibuklaa, nanti-nantilaa I solat. I mengantuk niii. " Aku memeluk kembali bantal pelukku . " Bangunlaa sayang, ke nak abang Isyraf yang mandikan?.. " Bisik dia rapat ditelinga kiriku .

             Segera aku menekup kedua-dua belah telingaku . Berdiri bulu roma aku , bila dia rapat sangat dengan aku . Imam muda ni dah kenapa ?

          

              Mandi ? Abang ? Sayang ? Gilaaaa ! Tawa yang ditahan terburai juga . " Ehh sayang ni dah kenapa? " tanya dia sambil mengerutkan dahinya memandang aku . Aku ni sebenarnya baru nak acah- acah mogok sebulan sebab dia nak kahwin dengan aku , tapi skang tiba-tiba tak jadi pulak nak merajuk . Esok esok jelaa huhu ! 😂

             Aku bangun dari perbaringanku dan duduk bersila dihadapannya . " You laa pandai pulak melawak memalam macam nii. Kelakar laa bila you bahasakan diri you tu abang! "

              Aku mentertawakannya lagi dan menampar laju peha kanannya . Dia mengaduh sakit sambil menggosok laju pehanya lalu memandang aku tidak puas hati .

              Semakin lama , dia semakin mendekati wajahku . Ketawa aku terus mati dengan perlakuannya . Aku dapat rasa desahan nafasnya kerana jarak kami yang terlalu dekat . Jantung aku berdegup laju melihat panahan renungannya . Silap bulan , jantung ni boleh keluar dari tubuh badan ni ,  sebab asyik melting je . Erk 😛

         " Abang cintakan Sayangg... "


💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Imam MudakuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin