AKU merenung sayu gambar arwah nenek dalam tangan. Pilu hati ini apabila mengingati satu-satunya orang yang aku sayang sudah meninggalkanku. Tinggalkan aku terkapai-kapai seorang diri. Dah sebulan hidup aku sendiri. Nenek meninggal di atas sejadah sewaktu menunaikan solat. Pada ketika itu aku keluar membeli barangan dapur. Ya Allah, pilunya hati apabila mengingatinya.
"Suri.. Dah siap? Ya Allah, budak ni! Kenapa termenung lagi ni? Abang kamu dah tunggu kat bawah tu." Aku tersentak. Habis lari bayangan wajah arwah nenek. Aku hanya terdiam mendengar teguran Nek Jah. Nek Jah merupakan jiran sebelah rumah aku merangkap kawan baik arwah nenek. Sejak ketiadaan arwah nenek, Nek Jah dan cucunya, Hanis yang juga sahabat baikku, sentiasa menemani aku. Aku, Hanis dan Fattah, satu-satunya kawan lelaki aku, membesar bersama-sama di dalam kampung ini. Hanis juga seperti aku. Tak berbapa dan beribu. Tetapi dia ada seorang ibu saudara, yang sekarang bekerja di Kuala Lumpur. Selalu jugak aku tengok Mak Cik Sofia itu balik untuk jenguh Nek Jah dan anak buahnya. Tetapi, sekali sebulan sajalah.
"Nek Jah.." Aku memanggilnya perlahan. Wajah hanya aku tundukkan.
"Kenapa, Suri?" Tanyanya lembut. Persis seperti arwah nenek.
"Suri rasa tak nak ikut Abang Im.." Aku masih lagi dalam nada yang sama. Kelihatan Nek Jah mengeluh. Dia mengusap lembut bahuku.
"Eh, dah seminggu dia asyik datang, takkan tak berkenalan lagi? Suri, Nek Jah tahu ini semua sukar buat Suri. Tetapi sampai bila Suri nak hidup keseorang macam ini? Lagipun, Naim itu kan abang kandung Suri? Bila Suri di sana, pasti pelajaran Suri lebih terjamin, takkan sampai bila-bila nak ambil upah menjahit saja? Kan Suri cakap nak sambung pengajian? Pasti abang kamu boleh tolong.." Aku terdiam. Betul juga apa yang dikata oleh Nek Jah itu. Memang besar harapan aku nak sambung pengajian. Kalau tunggu duit menjahit tu berapa sangatlahkan. Sampai 10 tahun pun tak habis. Tetapi, aku belum cukup kenal mereka itu. Terlalu asing bagi aku.
Aku masih ingat, seminggu yang lepas, ada dua orang lelaki, dalam lingkungan 25-an datang ke rumah aku, mengaku aku ini ada pertalian darah dengan mereka. Seorang kata aku adiknya yang telah lama terpisah. Seorang lagi kata aku adik sepupunya. Ish, sejak bila aku ada abang dan abang sepupu ni? Arwah nenek tak pernah cerita apa-apa pun?!
"Kenapa arwah nenek tak pernah cerita pasal hal itu, Nek Jah? Suri betul-betul tak faham. " Aku memang pelik. Kenapa nenek tak pernah cakap tentang hal ini? Kenapa aku langsung tak tahu. Atau arwah nenek juga tak tahu?
"Arwah nenek kamu memang ada cakap dengan Nek Jah, katanya dia memang nak beritahu kamu sehari sebelum dia meninggal.. Tapi, Allah lrbih sayangkan dia.." Kata Nek Jah dalam nada yang perlahan.
"Nek Jah tahu, kamu memang takkan faham sekarang. Tetapi jangan risau, Naim boleh ceritakan segalanya nanti. Nek Jah nak cerita pun, Nek Jah tak berapa pasti cerita yang sebenar.. Suri jangan risau, mereka orang baik-baik. Lagipun, nanti di rumah sana nanti, ada anak Nek Jah, Sofia namanya. Nek Jah akan minta dia tengok-tengokkan Suri."
"Apa? Mak Cik Sofia kerja kat situ ke Nek Jah?" Mata aku terbuntang. Keciknya dunia ini!
"Nek Jah tahu dari abang kamulah. Nek Jah pun tak sangka, anak Nek Jah kerja dengan mereka. Sudah bertahun lamanya, baru Nek Jah tahu, abang kamu sendiri majikan anak Nek Jah " Sambungnya lagi.
"Anak Nek Jah tak pernah cerita ke?" Kening aku jongket.
"Tak pernah pulak.." Aku mengangguk.
"Dah.. siap cepat, Nek Jah tunggu kat bawah." Aku mengangguk. Setelah selesai memasukkan beberapa helai pakaian, dan barang-barang yang lain, aku berdiri melangkah ke meja tulis untuk mengambil album yang memuatkan gambar kenangan bersama arwah nenek.
"Nanti bila kau dah sampai sana, call aku tau? Hmm, sedih aku kau nak tinggalkan aku." Hanis yang hanya diam sedari tadi bersuara sambil menayang wajah monyok. Aku tergelak kecil.
"Kau ingat comel ke buat muka macam tu?" Balas aku, sebaik sahaja melihat wajah Hanis. Pantas berubah wajah Hanis.
"Eii, kau ni jahatlah!" Dia mencubit bahu aku dengan geram.
"Ish, apa cubit-cubit ni?!" Aku gosok perlahan bahu aku. Si Hanis ni memang tangan macam ketam. Tak padan dengan badan kecik! Hehe, macam kata kat diri sendiri pulak.
"Jangan lupakan aku tau?" Tanyanya lagi.
"Ish, tak adanya aku lupakan kau.. Kau kan sahabat dunia akhirat aku..?" Aku mengukir senyuman. Padahal, hati terasa berat nak tinggalkan tempat ini. Tempat yang melakar seribu satu kenangan dengan arwah nenek. Tempat aku membesar selama 18 tahun.
Ah, kau kena kuat, Suri! Kan Nek Jah dah cakap tadi.. Mereka orang yang baik-baik. Jadi, jangan takutlah! Allah kan ada? Setelah mencapai beberapa lagi barang yang perlu dibawa, aku merenung bilik yang bakal aku tinggalkan ini. Mata aku pejam, merasai suasana bilik itu buat kali terakhir. Langkah aku hayun meninggalkan bilik tersebut.
Kelihatan Abang Im, dan abang sepupu aku, Abang Is sedang menunggu dari tadi. Aku mengeluh perlahan. Sayunya nak tinggalkan tempat ini!
Aku menyalami tangan tua Nek Jah. Aku cium kedua belah pipinya. "Nek Jah, terima kasih sebab selama sebulan ini, baik dengan Suri, jaga makan pakai Suri..Terima kasih, Nek Jah!" Aku bersuara kepada Nek Jah. Nek Jah aku anggap macam nenek aku sendiri. Nek Jah hanya tersenyum sambil mengangguk. Kemudian, aku menapak pula ke arah Hanis. "Nis, Kau pun, terima kasih.." Aku tersenyum.
"Nanti call aku bila sampai, okey? Dan kirim salam aku kat mak sedara aku." Pesannya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Abang Im dan Abang Is juga mengucapkan terima kasih kepada Nek Jah.
Aku merenung rumah yang bakal aku tinggalkan ini dengan kali terakhir. 'Kuat, Suri' hati berkata perlahan. Selepas itu aku masuk ke dalam kereta BMW 4 Series hitam diikuti dengan Abang Is dan Abang Im yang selaku pemandu. Aku melambai kepada Hanis dan Nek Jah. Kemudian, BMW 4 Series bergerak meninggalkan kampung halaman yang menyimpan kenangan-kenang selama aku hidup 19 tahun di sini. Tak sangka, selama ini aku hanya hidup berdua dengan arwah nenek, rupanya aku ada abang! Kembar lagi! Harap kehidupan aku di sana baik-baik sahaja. Amin! Doaku dalam hati.
YOU ARE READING
Akhir Sebuah Pengorbanan
Teen FictionLembaran kehidupan telah membawa Suri Athirah ke liku yang paling tajam. Dalam mencari identiti diri, dia terpaksa berhadapan dengan manusia sekeliling yang mencabar jiwanya. Namun ujian Tuhan itu hebat. -Dan akhirnya Suri Athirah yakin, ada sesua...