"Yeay.. Valentine Day tak lama lagi.."Ucap Minji tersengih sendiri. Jihyo memandang kawannya tu sambil menggeleng kepala. "Kau bagi apa kat Gary?"soalan Minji yang tiba2 tu membuatkan Jihyo tersentak. "Bagi apa?"soal Jihyo bingung sendiri. "Hadiah valentine la.." Kata2 Minji sedikit sebanyak singgah dalam mindanya..
Hubungannya dengan Gary hampir setahun tapi mereka tak pernah raikan apa2 seperti pasangan lain. Walaupun Gary banyak menghadiahkan macam2 padanya tapi dia tak pernah membalas. "Tak bagi apa2 pun.." Bidas Jihyo sedangkan hatinya memikirkan hadiah yang sesuai untuk Gary. " tak baik kau buat macam tu. Gary tu macm2 dia bagi kat kau. Bracelet la, beg la, rantai la dn terbaru dia hadiahkan couple ring kan.. Takkan kau tak nak bagi apa2 ke?" Soal Minji kepelikan dengan sikap Jihyo. Bagi Minji, sikap Jihyo sebagai seorang kekasih agak janggal kerana seakan tak mempedulikan langsung Gary.. Kalau pandang sekali imbas hubungan Gary dan Jihyo seperti kawan biasa je.
"Dia yang nak bagi bukan aku yang suruh." Jihyo masih tidak mengalah kerana egonya yang tak berapa ada tu. "memang la kau tak suruh. Kalau kau suruh itu tandanya dia tak ikhlas bagi kat kau. Dia bagi kau hadiah tu sebagai tanda sayang dia kat kau." Bebel Minji tak berhenti.. "Ala.. Dia tahu aku sayang dia sorang je dah la.. Kenapa nak balas hadiah pula? Membazir." Marah Jihyo sekali gus membatalkan niatnya untuk membelikan hadiah pertama untuk Gary. "Suka hati kau la.."Minji menggeleng kepala putus asa.
"Saya dah balik...!"ucap Jihyo dengan suara keletihan. "Sayang dah balik? Sini sikit.." Gamit Gary yang baru keluar dari bilik air tak berbaju. "Oppa~! Miss you so much." Ucap Jihyo sambil menuju ke pelukan Gary. Gary menghadiahkan ciuman kasih di bibir Jihyo. "Sayang nak makan dulu ke mandi dulu?"soal Gary lembut sambil memeluk Jihyo dari belakang. "Ermm.. Nak tido dulu.. Penat la.."rengek Jihyo namun masih tak berganjak..
"Ala.. Oppa masak Bulgogi Spicy ni.. Kalau sejuk nanti tak sedapla.." Kali ni Gary bernada merajuk sambil melepaskan pelukannya.. "Okeyla.. Kita makan dulu.. Then mandi pastu..."belum pun habis Jihyo bercakap Gary menciumnya dengan bulgogi di mulut. "Ha.. Kan masuk. Banyak cakap lagi.." Balas Gary tersengih melihat Jihyo mengunya bulgogi penuh selera..
Begitulah Jihyo dan Gary pengantin baru di rumah tapi jadi kawan di luar. Sejak hari perkahwinan lagi masing2 menetapkan watak itu. Nk bermesra, bermanja dan bercumbu sekalipun semuanya hanya dalm rumah. Bila di luar, Gary akan melayan Jihyo sama seperti hubungan mereka sebelum kahwin.
Kadangalala bertengkar dengan teruk di pejabat tapi bila di rumah dah berdamai.."Valentine ni oppa nak hadiah apa2 ke?" Soal Jihyo sambil membasuh pinggan2 yang bertimbun ni. "Oppa dah dapat hadiah oppa dah.. Tak ingat?"kali ni Gary menyoalnya semula sambil mengangkat kening. "Saya ada bagi hadiah ke? Seingat saya mana ada.." Ucap Jihyo sambil melapkan tangannya pada tuala kecil sebelum mencapai kain bersh untuk melapkan pinggan yang dibasuh tadi sebelum menyimpan dalam kabinet.
"Ada la.. Sayang bagi hadiah terindah dalam dunia ni.."gary menghampirinya dan memeluk badan Jihyo dari belakang. "Ye ke?"Jihyo masih terfikir2 hadiah apa yang dia berikan pada Gary sejak dorang kahwin ni. Satu pun tak ada tapi apa yang Gary maksudkan?
"Cinta oppa.. Hadiah yang terindah Jihyo berikan pada oppa ialah ketika Jihyo menerima cinta oppa, menerima lamaran oppa dan sentiasa sudi bersama oppa. I Love You Song Jihyo till' end of my breath." Bisik Gary penuh romantis.. Badan Jihyo di angkat ke bilik sementara wajah Jihyo dah merah padam menahan malu.
Jihyo hanya mahu kebahagiaan yang di miliki ini berkekalan sepanjang hayat.
🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅Mian story ke 2 a bit short.. Put your comment if u like my story.. Thanks for reading..
YOU ARE READING
Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️
FanfictionHimpunan ilham aq dalam membuat FF Running Man. Idea memang dah lama ada dan most story kat sini aq dah publish dalam Personal group ff aq. Aq tak tiru idea sape2. Sebab ada story yang aq publish kat sejak tahun 2014 lg. Aku tak paksa korang nak ko...