Story 4- Last Memories

168 6 0
                                    

"Tidak!!!!!"jeritanku tidak di hiraukan. Rayuanku juga tak diendahkan langsung oleh sekumpulan penjenayah di hadapanku. Aku masih dapat merasakan betapa nyilu nya badanku menerima 'hadiah' dari bilahan pisau rambo itu. Pandanganku kabur dan aku mula merasakan sekelilingku gelap.

Bila aku membuka mata aku berada di rumahku. Aku cuba ingat semula apa yang jadi dan aku periksa badanku nyata tiada apa-apa. 'Adakah cuma mimpi?' bisik hatiku. Aku segera bersiap untuk ke sekolah. Bila aku turun ke meja makan kelihatan keluargaku sedang bersarapan tanpa menungguku. "kenapa tak kejut adik??"soalku pada mereka tapi tiada balasan. Aku lihat mereka sekadar memandang makanan yang terhidang itu dengan pandangan yang sedih.

Kenapa mereka bersedih?'soalku dalam hati. Bunyi loceng berbunyi dan aku segera mendapatkannya. Tapi abangku terlebih dulu membuka pintu untuk tetamu. Alangkah gembiranya aku sebab dapat berjumpa dengan anak buahku yang baru saja berusia 4 tahun itu.

"anyeong..  Samcheon.."sapa Jihyo pada aku. Aku membawa Jihyo ke ruang tamu untuk bermain. "Jihyo nak ke mana tu sorang2?"soal papa ku sambil memanggil Jihyo mendekatinya. 'sorang2? takkan papa tak nampak aku ada sekali? ataupun papa sekadar menyakat?'soalku dalam hati.

"Mama dan papa janganlah sedih lagi. Kita semua tak pernah sangka benda ni jadi. Kalau lah masa boleh di undur pasti saya sendiri akan tangkap penjenayah itu sebelum mereka membunuh Haha."perbualan abangku itu benar2 menyentak hatiku.

Sebab itukah diorang tak jawab soalan aku dan tak nampak aku? sebab aku dah mati?omelku sendirian. Serta merta aku teringat apa yang jadi..

Ketika aku dalam perjalanan pulang dari sekolah. Aku nampak Byul iaitu kawan sekelasku di tangkap dan masuk ke dalam van bercermin gelap. Aku terus mengekori van tersebut tanpa berfikir panjang. Ketika penculik itu sudah tertidur kerana mabuk. Aku segera melepaskan Byul dan menyuruhnya selamatkan diri. Bila Byul sudah melarikan diri. Aku terus melarikan diri malangnya pandanganku gelap kerana kepalaku di pukul dengan sesuatu yang keras. Bila aku sedar semula, aku sudah terikat dalam keadaan cedera parah. Torehan ada di mana2 menyebabkan aku rasa sangat pedih. Aku di belasah sepuas hati kerana menggagalkan rancangan mereka untuk membunuh anak presiden. Jadi aku menjadi galang gantinya.. Nyawa ku di ambil oleh ketua mereka yang kelihatan seperti aku kenal. Sebaik saja dia menikam aku dengan pisau rambo. Aku ditinggalkan begitu saja oleh mereka.

Para penculik itu beredar meninggalkan aku digudang itu. Agak lama juga aku bertahan. Tapi akhirnya aku mati kerana kehilangan banyak darah.

Sayup2 siren polis berbunyi di luar gudang lama itu. Abang sulung ku Jongkok menyerbu tempat tu. Tapi segera mendapatkan aku yang dah tak bernyawa. Jeritan abang yang penuh sesalan itu benar2 bergema di seluruh kawasan itu. Funeral aku di lakukan setelah 3 hari aku di bedah siasat.

Air mataku mengalir, aku sangkakan itu cuma mimpi. Ternyata aku memang dah mati. "pakcik.. pakcik.. tengok ni.. cantik tak?"soal Jihyo sambil menunjukkan lukisannya. Aku mengukir senyuman sambil mengangguk sedangkan mataku sudah berkaca. 'Kenapa hanya Jihyo saja boleh nampak aku'.ucapku sambil mengusap kepala anak buahku itu. "jihyo ah~ cakap dengan siapa tu?"soal Jongkok pada Jihyo. "pada pakcik Haha.." jawapan Jihyo itu menyebabkan seluruh ahli rumah itu tergamam.

"mana pakcik?"soal Yoojin iaitu kakak iparku dan juga ibu pada Jihyo. Jihyo menuding jarinya ke arahku yang duduk berhadapan dengannya. "pakcik sihat?"giliran mama menyoalnya. Jihyo mengangguk sambil mengukir senyuman.

"nenek tak nampak pakcik ke? pakcik ada kat depan Jihyo je."ucapnya sambil bangun mendekati aku. Aku memeluk JIhyo dengan erat. Aku pandang mama dan yang lain menahan sebak dengar soalan Jihyo. Tak lama kemudian Jihyo kena pulang bersama orang tuanya. Jihyo mencium pipiku sebelum pergi. Aku pula mendekati abangku yang ke dua InHo yang sedang menuju ke biliknya.

InHo merupakan pelajar kolej yang sangat cemerlang dan popular di kolej. Boleh katakan setiap bulan pasti dia akan menerima luahan perasaan dari pelajar perempuan. Namun semuanya ditolak kerana dia menyimpan perasaan pada kawan ku Byul. Abangku itu pernah meluahkan perasaannya pada Byul tapi kena tolak mentah2. Byul pula sebenarnya dah menjadi kekasih aku terpaksa memutuskan hubungan kami kerana dia tak nak aku ada masalah dengan keluarga aku..

Hari demi hari aku melalui kehidupanku sebagai roh tapi aku masih tak faham kenapa aku masih berada di situ? Kenapa aku tak terus menghilangkan diri kenapa masih berada di rumah? persoalan itu tak pernah terjawab.. Tanpa aku sedar sudah bertahun aku mati dan roh ku masih di situ.

"pakcik!!"panggil Jihyo dengan nada yang ceria. Jihyo kini sudah pun masuk ke sekolah menengah. Tapi Jihyo masih boleh nampak aku. Mungkin itu kelebihannya. Jihyo juga tahu aku dah mati tapi merasa sangat gembira kerana aku masih di sini. "cantik tak?"soalnya sambil menunjukkan sepasang dress one piece pada aku. "nampak macam orang tua je.."ucapku kerana merasakan dress itu tak sesuai dengan umur Jihyo. "ugh.. biarlah. Kalau saya pakai ni saya akan nampak matang. Lagipun DIA sukakan gadis matang.."balas Jihyo sambil menari2 dengan dress tersebut. "DIA?"soalku sambil memandang Jihyo yang masih menari2 namun sempat mengangguk menjawab soalanku. Aku sebenarnya gembira kerana boleh berbual dengan Jihyo. "Jihyo ah~ pakcik rasa kita takkan berjumpa lagi dah. Jadi selalu lah lepak dengan pakcik Inho."pesanku namun wajah Jihyo yang mulanya ceria itu terus bertukar masam. Seakan benci betul dia dengan abangku yang ke dua itu.

Seperti yang aku jangka.. setelah hampir 10 tahun aku berada di bumi itu. Dah tiba masanya aku pergi sebab seseorang berhajat kan untuk ada last memory denganku. Pastinya orang tersebut ialah Jihyo. Gadis yang berusia 4 tahun dahulu sering kali mengharapkan ada memory terindah bersama ku sehingga dia menjejak kaki ke sekolah menengah. Kini masa untuk berpisah sudah pun sampai. Aku kena pergi jadi aku menggunakan kelebihan yang aku miliki sejak menjadi roh ini iaitu meletakkan satu ruangan yang besar untuk melindungi rumah tersebut. Ruangan itu membolehkan seluruh isi rumah itu melihat aku buat kali terakhir. Alangkah terkejutnya Inho bila nampak aku sedang makan dengan ahli keluarga yang lain. Jongkok juga melayan aku dengan baik sekali. "abang cemburu betul dengan kamu kerana kamu kelihatan sangat muda berbanding abang ni. rambut pun dah beruban."ucapnya sambil menghulurkan peha ayam ke arah mangkuk nasi ku. Aku memandang mereka dan mengukir senyuman. Inho tak jadi menyertai makan malam itu. InHo terus menghubungi seseorang. Papa yang ke bilik Inho untuk panggil makan pengsan di depan pintu biliknya. Suasana menjadi kelam kabut. AKu terpaksa membuang ruangan itu untuk membolehkan abang Jongkok membawa papa ke hospital. Mama yang mendapatkan Inho turut mengajak abangku yang ke dua itu ke hospital. Anehnya abang inho menolak dengan lembut. Malah menyuruh ibu mengikut abang Jongkok. Kak Yoojin masih di rumah itu kerana dia dan Jihyo sudah tidur lena dalam bilik ku.

"InHo.. Kenapa kau buat macam ni?"soalan kak Yoojin yang baru saja terjaga itu benar2 membuatkan wajah abang Inho pucat tak berdarah. Aku pula memandang wajah InHo dari dekat. Sememangnya abangku itu menyembunyikan sesuatu. Aku pandang rantai yang tergantung di lehernya.. 'mustahil' bisikku dalam hati. Rantai yang berbentuk salib di keliling ular itu menyakitkan kepalaku. Yang membunuh aku tu... INHO? Tapi kenapa?

"aku puas!! sebab lepas ni tiada siapa lagi yang tinggal di sisi Byul.. hahahaha.."balas Inho dengan ketawa yang kuat. "nuna dah tau siapa penjenayah yang sebenar jadi nuna pun kena ikut dia ke sana." ucap Inho sekali lagi sambil mengeluarkan pisau rambo yang sama ketika dia menikam aku dahulu. Aku cuba sedayaku untuk menghalang. Mungkin tuhan mahu menolongku jadi petir menyambar eletric sehingga gelap. Aku memunculkan diri di dalam TV. "hyung.. janganlah membunuh lagi. Saya dan Byul tiada apa2."ucapku namun Inho membaling pasu bunga pada tv menyebabkan skrinnya pecah berderai. "aku tak peduli!!!"bentaknya kemudian mengejar Kak Yoojin untuk menamatkan riwayatnya..

Rupanya Kak Yoojin tahu segala2nya setelah mendapat panggilan dari suaminya. Suaminya iaitu abang Jongkok pula mendapat tahu dari papa. Papa kata tangkap Inho sebelum dia melakukan sesuatu yang lebih teruk. Abang Jongkok segera melaporkan hal itu ke balai polis dan menyuruh mereka bergerak dengan segera. Bila mereka sampai di rumah. Inho rebah kerana cedera di kaki. Dirinya di tangkap dan aku juga sudah boleh pergi ke alam lain..

Kisah ini tentang aku yang bernama Haha. Adik bongsu kepada Jongkok dan Inho. Aku menjadi mangsa bila cemburu menguasai hati abangku. Walau apapun yang jadi dia tetap abangku. Aku juga harapkan dia bertemu dengan cinta yang baru.. aku juga boleh di lahirkan semula..

TAMAT
Jangan cari cinta yang sementara
Kerna cemburu akan memusnahkannya
Carilah cinta yang ABADI
Kerna ianya akan berkekalan hingga ke MATI.

Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️Where stories live. Discover now