"Aarh!!!"bergema tempat tu dengan jeritan Jongki dan Jihyo. Selepas beberapa minit dalam gelap akhirnya mereka jumpa juga jalan keluar. "Jantung saya rasa macam nak tercabut."rungut Jongki sambil memegang dadanya. "Awaklah teruk. Mana ada orang dating dalam rumah hantu. Mengarut betullah."marah Jihyo sambil memeluk tubuhnya. Jongki dan Jihyo baru saja seminggu couple selepas Jongki luahkan perasaan nya pada Jihyo minggu lepas. Jihyo yang memang meminati Jongki dalam diam terus setuju. Tapi siapa lah sangka Jongki yang memiliki wajah yang cukup handsome ni memiliki tabiat yang pelik. Jongki seorang penakut tapi suka tengok cerita seram dan pergi rumah hantu. Sepanjang seminggu, ini merupakan dating mereka yang ke dua. Sebelum ni Jongki mengajaknya tengok wayang tapi bila tengok filemnya. Jongki memilih cerita dari Thailand bertajuk Phobia genre seram. Sakit kepala Jihyo memikirkannya.
"Awak tak suka ke? Kalau macam tu kita pergi tempat lain. Jom."kata Jongki sambil menarik tangan Jihyo menaiki keretanya dan menuju ke sebuah restoran mahal. Jihyo baru saja nak teruja tambah terharu bila pintu restoran itu terbuka. Dekorasinya penuh dengan belon dan bunga ros pink putih memberikan mood yang sangat romantik. Sebaik saja Jihyo duduk, nyanyian lagu Happy Birthday berkumandang dan kek berbentuk hati serta tertera nama Jihyo di situ. Jongki minta diri untuk ke tandas dulu sementara staff restoran tu membawa hadiah yang besar untuk Jihyo. Bila hadiah itu di buka betapa terkejutnya Jihyo kerana Jongki menghadiahkannya patung halloween yang mengerikan. Musnah terus moodnya yang baru saja gembira.
Jongki yang sedang membasuh tangannya terkejut kerana 'pakcik' di sebelahnya merenungnya dengan pandangan menjengkelkan. Jongki dapat merasakan kemarahan pakcik tu tapi tak tahu kenapa Jongki rasa dirinya kini dah membuatkan pakcik tu naik angin. Pakcik itu menunjuk semula tandas yang dia masuk tadi dan bila Jongki periksa semula barulah Jongki perasan yang ada tisu bersepah dan tak dibuang dengan betul. Jongki segera minta maaf dan membuangnya. Pakcik itu masuk selepas tandas itu bersih dengan menutup pintu dengan kuat. Jongki terkejut tapi masih meminta maaf. Jongki kembali membasuh tangan.
Tapi masuk seorang staff restoran ke dalam tandas yang sama. Jongki terkejut tapi bila staff tu buka pintu tiada siapa di dalamnya. Jongki memandang staff itu dengan pelik bila tengok semula di cermin imbasan dirinya ialah pakcik tadi. Jongki menjerit kemudian melarikan diri.
Bila Jongki kembali semula ke tempat duduknya. Jihyo menjeling dengan perasaan tak puas hati. "Kenapa? Saya ada buat salah ke?"soal Jongki sambil memandang sekeliling. Matanya menangkap patung halloween yang mengerikan tu terletak di sudut pintu masuk restoran. "Wah! Ini awak punya? Cantiknya.."puji Jongki sambil menghampiri patung halloween itu dan membeleknya dengan penuh teliti. Seketika Jihyo terfikir kenapa pula Jongki perangai macam tu kalau dia sendiri yang hadiahkan benda tu pada Jihyo? "Ini bukan awak yang bagi ke?"soal Jihyo dari tempat duduknya. Jongki memandang Jihyo seketika dengan perasaan teruja segera menggeleng. "Saya? Saya mana ada duit nak beli benda ni. Awak tau tak benda ni mahal tau. Bandingkan harga dollar ni saya bawa awak kahwin terus."jawapan Jongki itu sambil membelek2 patung tersebut. Muka Jihyo naik merah bila dengar perkataan kahwin.
Seorang staff menghulur sekeping kad hari jadi pada Jihyo. Jihyo tergamam membacanya kerana tulisan itu sangat familiar dengannya. 'Selamat Hari Jadi Puteriku. Dari Ayahmu.' meskipun ringkas saja tulisan tu membuatkan Jihyo terbangun. "Awak nak main2 dengan saya ke? Jangan bergurau macam ni lah. Saya tak suka!"marah Jihyo sambil berlalu pergi kad yang dipegangnya tadi dibuang dalam tong sampah. "Eh hadiah awak ni.."kata Jongki tapi kekasihnya itu angkat tangan buat tak kisah. "Awak ambiklah saya tak nak."balas Jihyo terus pulang dengan hati sebal.
Ketika di rumah pula ibunya sedang menunggu Jihyo pulang. "Kamu dah balik? Sampai hati kamu balik lewat. Hari ni kan hari ulang tahun kematian ayah kamu."rungut ibunya dengan hati sayu. Matanya berair dengan penuh kesedihan. Ayah Jihyo mati ketika ibunya bersalin kan dia. Ketika itu ayahnya bergegas dari tempat kerja ke hospital sebaik saja mendapat berita isterinya nak bersalin. Malangnya ayahnya itu menjadi mangsa kes langgar lari. Kini Jihyo dah berumur 20 tahun. Selama 20 tahun itu Jihyo tak pernah merasai kasih sayang seorang ayah. Jadi bila hari ni Jihyo mendapat kad dari ayahnya membuatkan Jihyo marahkan Jongki yang cuba permainkan dirinya.
Jongki membawa patung tersebut ke rumahnya. Oleh kerana Jongki hanya tinggal seorang jadi tiada masalah untuknya balik bila2 masa saja. Sebaik saja lampu rumahnya terpasang. Sana-sini dekorasi halloween dan figura2 seram beserta poster2 filem2 yang pernah menggegarkan panggung di seluruh dunia. "Kau tak layak untuk dia!"marah pakcik yang di jumpa kat restoran tadi. "Pakcik! Macam mana pakcik kat sini? Kejap..kejap.. tadi.. Pakcik ni..ha..han.."Jongko tak dapat nak habiskan ayatnya kerana tersekat di kerongkong. "Apa? Hantu? Memang lah! Lembab betul kau ni. Kau ni suka tengok cerita seram kan? Apasal berpeluh pula tengok aku?"renung pakcik itu sambil memandang sekelilingnya kemudian merenung Jongki semula membuatkan Jongki menelan air liurnya dan terduduk.
"Saya minta maaf ibu. Saya keluar dengan Jongki tadi. Saya takde niat nak balik lewat masa hari peringatan ayah. Walaupun hari ni hari jadi saya."ucap Jihyo perlahan membuatkan ibunya memeluknya dengan kesedihan. "Ibu minta maaf kerana tak pernah menyambut hari lahir kamu kerana ibu lebih menghormati peringatan ayah. Maafkan ibu nak."balas ibunya sambil memeluk erat Jihyo. Keduanya menangis dalam pelukan masing2. "Takpe ibu saya faham. Lagipun saya rindukan ayah. Saya tak pernah lihat dia hanya gambar saja yang saya ada."kata Jihyo menenangkan ibunya yang sentiasa dalam dilema bila hari itu tiba. Jihyo sangat memahami kerisauan ibunya tapi dalam masa yang sama dia juga sedih kerana sepanjang hari jadinya Jihyo tak pernah menyambutnya kecuali hari ni.
Jihyo kembali ke biliknya selepas ibunya dah masuk tidur. Jihyo baring di katilnya dengan perasaan sedikiit kesal. Sepatutnya dia menghargai apa yang Jongki lakukan untuknya hari ni. Oleh kerana terlalu marah Jihyo meninggalkan Jongki macam tu saja dan menolak hadiah hari jadinya yang pertama. Jihyo mencapai handphonenya dan menghantar pesanan ringkas pada Jongki. Kemudian dia masuk tidur.
Jongki yang sedang leka berbual dengan teman barunya terkejut dengan bunyi handphone nya. Jongki tersenyum bila membaca mesejj yang baru saja masuk. "Jihyo?"teka pakcik tersebut membuatkan Jongki mengangguk sambil malu2. "Macam mana pakcik kenal dengan Jihyo?"soal Jongki kembali sambung perbualan mereka yang tergantung. "Pakcik ni ahli keluarga dia jadi pakcik nak tunaikan hasrat ayahnya yang tak kesampaian. Kamu pun tahu kan ayahnya dah mati sejak dia lahir."terang pakcik tu membuatkan Jongki membulatkan matanya. Jongki mencapai kad hari jadi yang di tinggalkan oleh Jihyo tadi. "Patutlah dia marah."bisik hati Jongki dalam masa yang bersimpati dengan Jihyo. "Pakcik.."baru saja nak panggil pakcik tu dah menghilangkan diri. Jongki mengangkat bahunya dan memikirkan hal itu berulangkali. "Kesian awak"bisik lagi hati kecilnya untuk Jihyo. Jongki terlelap di sofanya kerana terlalu letih.
"Jongki! Jongki!!"nyaring suara pakcik menyebabkan Jongki membuka matanya yang berat tu. Sebaik saja matanya terbuka kelihatan pakcik menjelma dengan rupa yang sangat menakutkan. Jongki terduduk kerana terkejut. Bila Jongki menggosok matanya berulangkali kelihatan roh pakcik itu terbang sana sini sambil ketawakannya. Jongki mencebik 'Nampaknya aku kena biasakan diri dengan roh tua ni'rungut Jongki dalam hati. Jongki kelam kabut bersiap untuk ke kolej.
"Awak saya minta maaf tau pasal semalam."ucap Jongki sebaik saja bertembung dengan Jihyo di perpustakaan. "Takpe. Saya pun nak minta maaf gak sebab terburu-buru balik. Patutnya saya berterima kasih kat awak."balas Jihyo sambil tersipu malu. "Sama-sama" ucap Jongki sambil meminta diri untuk balik semula ke kelasnya. Tanpa mereka sedari ada yang memerhatikan mereka. Jongki mengukir senyuman sepanjang belajar dalam kelas. Tapi Jongki terasa ada yang cuba mengacau hidupnya. Jongki memandang sekeliling kalau-kalau roh tua tu ada di situ kemudian mengagkat bahu menganggap itu hanya lah bayangan saja.
Jihyo balik dari kolej seperti biasa. Sejak Jihyo couple dengan Jongki, gadis itu sentiasa balik bersama dengan Jongki. Matahari dah semakin menghilangkan diri tapi Jongki masih tak munculkan diri. Bila ditanya oleh beberapa pelajar yang juga sama fakulti dengan Jongki. Nampaknya Jongki dah balik dulu tanpa menunggunya. Jihyo cuba menghubungi Jongki tapi gagal. Jihyo cuba bersangka baik dan menganggap Jongki ada perkara penting yang tak sempat nak tunggunya pulang. Jihyo pulang bersendirian. Sepanjang perjalanan pulang Jihyo langsung tak perasan dirinya diekori oleh seseorang. Jihyo berpaling memandang sekeliling tapi tiada sia[a di sekitarnya..
"Hai Jihyo!"sapa suara garau yang boleh menggugurkan jantung siapa saja mendengarnya. Jihyo mencari pemilik suara tu dan tiada siapa membuatkan Jihyo merasakan angin yang bersuara dengannya. "Aku kat sini Jihyo."katanya lagi kali ni lebih dekat. Jihyo terhenti langkahnya dan memandang kiri kanannya dengan hati berdebar2. Sebaik saja berpaling ke belakang satu roh yang wajah sangat familiar dengannya. "Pakcik ni.."belum sempat Jihyo menghabiskan ayatnya. Roh itu mengukir senyuman dan menghampiri Jihyo membuatkan Jihyo undur setapak. "Ini ayah mu, nak."balas pakcik itu membuatkan Jihyo ternganga. "Mustahil"kata Jihyo sambil menggelengkan kepalanya. "Agaknya aku dah gila kot."kata JIhyo pada dirinya perlahan. Matanya di gosok berulangkali kemudian memandang arah roh tua yang mengaku ayahnya itu. "Betul nak ini ayah kamu. Ayah datang sebab rindukan kamu."kata pakcik itu lagi membuatkan Jihyo menggeleng kepalanya tak percaya. "Kalau betul pakcik ni ayah saya. Kenapa baru sekarang pakcik muncul? Kenapa tak masa saya kecil2 dulu? Kenapa tak muncul saya dan ibu setiap kali hari jadi saya dan hari peringatan ayah. Kenapa baru sekarang?"marah Jihyo dengan hati yang hiba. Ayah Jihyo menerangkan kematiannya yang mengejut itu menyebabkan ibunya terkejut dan juga puterinya itu kehilangan ayahnya pada usia muda. Selepas menerangkan segala-galanya, Jihyo masih tak mahu percaya dengan apa yang dia nampak. Jihyo kembali ke rumahnya melihat ibunya menangis sambil mencium gambar ayahnya.
"Kenapa ibu?"soal Jihyo sambil memandang gambar ayahnya. Sememangnya gambar itu sangat mirip dengan pakcik tadi. "Tadi ayahmu datang jumpa dengan ibu. Ibu gembira Jihyo dan ibu harap kau ada di sisi ibu ketika dia melawat tadi."kata ibunya sambil mencium gambar suaminya berulangkali. Jihyo ragu tapi cuba mahu percaya itulah ayahnya yang dirindukan sejak dia lahir lagi tapi setelah berpuluh tahun dia membesar baru kini dia muncul terasa seakan tak adil. "Ayah nak apa ibu?"soal Jihyo lagi ingin memastikan kedatangan ayahnya itu dari ibunya. "Ayah kata nak bertemu kamu kerana terlalu rindu. Ayah tak dapat lama di dunia kita sepatutnya ayah dah kembali ke alam sana sejak tahun lepas tapi bila ayah kamu enggan kembali. Pengawal dunia sana memburu ayah kamu. Kalau ayah kamu tertangkap ayah kamu takkan dapat dilahirkan semula. Jihyo ibu harap sangat kamu jumpa dengan roh ayah kamu sebelum dia balik ke sana dan tak kembali ke sini."penerangan ibunya itu sedikit sebanyak membuatkan Jihyo percaya meskipun kedengaran kurang masuk akal. "Tadi Jihyo jumpa ayah."pendek dan perlahan kata2 Jihyo tapi masih boleh didengari oleh ibunya. Ibunya memeluk Jihyo dengan erat kerana akhirnya anaknya itu boleh bertemu dengan ayahnya. Jihyo membalas pelukan ibunya.
"Lepaskan aku!!"jerit Jongki sambil memandang sekeliling. Jongki tak dapat ingat apa yang berlaku. Perkara terakhir yang dia ingat dia berada di dalam kelas. Kedengaran beberapa suara asing berbual dalam bahasa yang dia tak faham. Tak lama kemudian muncul seorang lelaki yang berselubung hitam sambil memegang sabit panjang menghampiri Jongki. Sebaiknya dah dekat dengan Jongki, lelaki berselubung itu menghayunkan sabitnya ke arah Jongki namun terhalang kerana roh ayah Jihyo datang menghalang. Ayah Jihyo terpaksa kembali ke dunia itu sebelum anaknya mempercayai dirinya itu. Jongki menjerit minta bantuan ayah Jihyo. Pertarungan antara ayah Jihyo dan lelaki berselubung itu sangat sengit. Namun dalam pertarungan itu ayah Jihyo sempat membuka ikatan Jongki dan mengarahkan lelaki itu melangkah ke pintu cahaya dan berpesan menjaga anak dan isterinya dengan baik.
Langkah Jongki mati bila berada betul2 di depan pintu cahaya. Matanya memandang ayah Jihyo yang menahan kesakitan. Niatnya untuk membantu terhalang. Tiba2 tali cemeti melilit kaki Jongki dan menariknya kembali ke tengah2 gelanggang. Di situ terdapat satu lagi lelaki yang berbadan besar dengan tali cemeti. Badan Jongki dilibas teruk sebagai tanda hukuman bersubahat kerana menyelamatkan ayah Jihyo dari buruan pengawal mereka.
Jihyo kelam kabut ke hospital sebaik saja mendapat berita dari ibu bapa Jongki tentang keadaan diri Jongki. Jongki disahkan koma selepas pengsan di kolej beberapa minggu lepas. Tanggapan baik Jihyo selama ni terbang macam tu saja. Jihyo yang dah percaya tentang roh tua mengaku ayahnya itu tapi ayahnya itu tak pernah muncul walaupun dah sebulan dia menunggu. Kini Jongki yang lebih sebulan tak berjumpa dengannya itu di sangkakan ada kerja atau hal penting rupanya terbaring di katil hospital dam unit rawatan rapi. Jihyo menggenggam erat tangan Jongki dan memujuknya untuk sedar semula. Ibubapa Song Jongki meminta diri untuk pulang kerana masih ada perkara lain yang harus mereka lakukan. Jihyo mengangguk dan berterima kasih pada ibu bapa Jongki yang dah dianggap seperti ibu bapanya juga. Sejak itu Jihyo menjaga Jongki setiap kali balik dari kolej. Ibunya memahami keadaan Jihyo jadi hanya membenarkan Jihyo menjaga Jongki. Ibubapa Jongki pula terpaksa bertukar giliran dengan Jihyo kerana kerja mereka yang menuntut mereka untuk meninggalkan Jongki. Kedua ibubapa Jongki sangat berterima kasih dengan Jihyo kerana sanggup menjaga anak mereka tanpa bantahan ataupun keluhan.
"Awak bangunlah. Dah 2 bulan awak tak sedarkan diri. Awak tak rindukan saya ke?"soal Jihyo sekali lagi airmatanya mengalir laju. Sepanjang sebulan menjaga Jongki airmatanya sering mengalir meskipun berlagak tabah didepan ibunya dan ibubapa Jongki. Tiba2 tubuh badan Jongki memberi respon mendadak membuatkan Jihyo terkejut lantas memanggil doktor. Doktor memeriksa dan akhirnya berjaya menenangkan Jongki. Menurut doktor Jongki terseksa kalau terus bertahan macam tu jadi akan berbincang dengan keluarga Jongki untuk memutuskan terus bertahan ataupun memutuskan nyawanya mengikut prosuder hospital. Jihyo tergamam melihat doktor itu melangkah pergi.
"Awak tak boleh tinggalkan saya. Awak dah janji nak bersama dengan sayakan. Janganlah mungkir janji."bisik Jihyo dengan suara serak. Jihyo menghubungi kedua ibubapa Jongki menceritakan info doktor tadi. Kedua2nya tak setuju nak memutuskan nyawa anak mereka kerana mereka yakin yang Jongki masih mahu hidup dan ingin berjumpa keluarganya dan Jihyo. Jihyo lega mendengarnya dan tertidur di sisi Jongki dengan hati tenang buat seketika.
Keesokan paginya pula sekumpulan doktor dan jururawat bersiap sedia untuk mencabut segala alat bantuan penafasan dan denyutan jantung Jongki. Jihyo cuba menghalang namun ibubapa Jongki memeluk Jihyo dengan rasa sedih. Jihyo tak faham kenapa ibubapa Jongki buat keputusan macam tu sedangkan semalam mereka bertiga sepakat untuk melindungi Jongki. Di depan mata Jihyo dan keluarga Jongki denyutan nadi Jongki menjadi semakin lemah dan tiada lagi denyutan darinya. Jihyo memeluk ibu Jongki dengan rasa hiba. Kehilangan Jongki satu tamparan hebat buatnya selepas pemergian ayahnya. Ketika doktor2 mengemas barang2 dan ingin memindahkan Jongki ke bilik mayat. Mesin denyutan jantung tadi berbunyi semula dan jantung Jongki berdegup semula membuatkan semua staff hospital terkejut. Doktor memeriksanya dan ketika itulah Jongki sedar dari komanya sambil memandang Jihyo dan keluarganya di sisi yang sedang menangis. "Ini satu keajaiban. Tahniah encik. Anak encik dah sedar dan dia memerlukan beberapa hari lagi untuk rawatan sampingan sebelum dibenarkan keluar hospital."kata doktor tersebut sambil menepuk bahu ayah Jongki. Kesemua staff yang bertugas di bilik Jongki itu menepuk tangan tanda kagum melihat keajaiban depan mata. Jihyo berlari memeluk Jongki dengan erat. "Awak buat saya takut. Saya ingatkan saya dah kehilangan awak."kata Jihyo sambil menangis dalam pelukan Jongki. Jongki ketawa manis. "Tak mungkin saya nak tinggal awak. Saya kan dah janji dengan ayah awak untuk menjaga awak seumur hidup saya."kata Jongki membuatkan Jihyo memandang mata kekasihnya itu. "Awak jumpa ayah saya?"soal Jihyo membuatkan Jongki mengangguk lemah. "Ayah awak seorang yang kuat dan kini ayah awak pergi dengan tenang. Awak kena sentiasa doakan ayah awak agar dirinya sentiasa tenang disana. Lepas graduate nanti kita kawin nak?"soal Jongki dengan senyuman penuh makna. Jihyo tersipu malu dan mengangguk. Lamaran itu disaksikan oleh ibubapa Jongki dan ibu Jihyo. Kedua2 mereka tiada bantahan dan gembira cinta Jihyo dan Jongki bersatu selepas di duga berbagai2 ujian.
TAMAT
YOU ARE READING
Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️
FanfictionHimpunan ilham aq dalam membuat FF Running Man. Idea memang dah lama ada dan most story kat sini aq dah publish dalam Personal group ff aq. Aq tak tiru idea sape2. Sebab ada story yang aq publish kat sejak tahun 2014 lg. Aku tak paksa korang nak ko...