Matahari dah semakin terbenam. Kelihatan Lizzy berlari di dalam hutan yang tebal. Lizzy berlari tanpa menoleh ke belakang. Hatinya bimbang kemunculan 'mereka' akan mengejarnya. Namun kerana terlalu cemas dan kelam kabut Lizzy terjatuh. Matahari sudah menghilangkan diri. Langit semakin gelap. Sebaik saja Lizzy mengangkat kepalanya kelihatan Jaesuk, Sukjin, Gary, Jihyo, Kwangsoo, Jongki dan Haha mengelilinginya. Sayangnya apa yang ditakuti oleh Lizzy dah tiba. Bulan menunjukkan dirinya yang bulat sempurna bersama dengan kelawar terbang sekawan. Lizzy cuba melarikan diri tapi dirinya di gigit bagaikan ayam goreng yang masih panas. 'Mereka' membahamnya dengan penuh rakus. Lizzy menjerit ketakutan.
Lizzy terjaga dari tidurnya dalam keadaan berpeluh. Lizzy bangun sambil memegang kepalanya kerana sakit. 'mimpi yang sama lagi' bisik hatinya. Lizzy selalu mengalami gangguan tidur menyebabkan dirinya terlalu penat dan selalu mengambil cuti sakit. Pihak SBS memberikan Lizzy cuti beberapa minggu dan Lizzy hanya berehat di rumah dan tak berani nak tidur menyebabkan dirinya mengalami Insomnia. Ahli Running Man yang lain turut bersimpati dengannya.
Di Bangunan SBS semua orang gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar. Jadi demi meraikannya Running Man akan membuat rakaman horror special kat Haenam Jungle. Semua pihak akan bertolak segera sementara ahli Running Man yang lain ingin melawat Lizzy terlebih dahulu sebelum bertolak ke sana.
Di Rumah Lizzy, kesemua ahli Running Man berkumpul dan Lizzy menghidangkan minuman untuk mereka. Keadaan Lizzy semakin kurus dan cengkung, mukanya semakin pucat tiada seri. "Lizzy ah kamu apa khabar?"soal Jihyo bila Lizzy sedang membancuh air. "Saya sihat je unnie. Cuma penat je akhir-akhir ni."jawapan Lizzy langsung tidak bersesuaian dengan keadaannya. Jaesuk dan Sukjin mengajaknya ke hospital tapi di tolak dengan baik. "Kalau macam tu kamu berehat la.. Kami semua kena pergi Haenam Jungle untuk episode special."kata Haha sambil melambai tangannya. Mendengar nama 'Haenam Jungle' Lizzy tersentak. " Tunggu dulu.. Oppa kata kat mana tadi?"soal Lizzy sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. "Haenam Jungle!!"balas Gary dan yang lain serentak membuatkan Lizzy terduduk. 'Takkanlah apa yang aku mimpi jadi realiti.'bisik hati Lizzy dengan hati cemas. "Oppa, unnie.. Jangan pergi tempat tu. Tempat tu tak selamat. Haenam Jungle hutan terbiar kan? Tolong unnie, oppa dengar cakap saya. Bagitau semua krew jangan pergi ke situ!! Bahaya.. Tolonglah.. saya merayu.. Saya selalu bermimpi ke sana dan semua mimpi tu adalah mimpi ngeri buat saya. The Forbidden Jungle bukanlah tempat yang sesuai untuk berlibur ataupun membuat pengambaran. Baik oppa minta diorang batalkan sebelum diorang bertukar jadi 'mereka'."rayu Lizzy sambil melutut dengan linangan air mata. Lizzy tau apa kesudahannya kalau masuk ke hutan. Semua yang lain serba salah. Susah untuk mereka percaya kata-kata Lizzy. Namun demi menjaga hati Lizzy, Kwangsoo pura-pura menghubungi Myeok PD untuk membatalkannya. Kwangsoo berlakon seakan-akan kena marah teruk dengan Myeok PD. Kemudian menutup telefonnya. Kwangsoo memandang yang lain memberi signal kenyit mata jadi mereka faham tadi tu hanya lakonan semata-mata. Lizzy yang tenggelam dalam emosi tertidur kerana keletihan. Jongkok mengangkat Lizzy dan letakkannya di bilik tidur Lizzy supaya gadis itu dapat tidur dengan lena. Setelah itu mereka semua beredar menuju ke Haenam Jungle.
"Patut ke kita tipu Lizzy macam tu?"soal Gary membuatkan yang lain mengeluh. Semua orang tau Lizzy seorang yang jujur dan sangat baik. Tapi dalam keadaan Lizzy yang tak berapa sihat tu membuatkan mereka ragu-ragu nak percaya. "Apa maksud Lizzy 'sebelum bertukar jadi 'mereka'?"pertanyaan Jihyo itu tidak ada jawapan dari sesiapa. "Kau tak dengar ke Lizzy cakap apa tadi. Dia kata Haenam Jungle tu The Forbidden Jungle. Mengarut kan? Dah la dengar radio lagi bagus."kata Haha yang duduk di sebelah pemandu memasang radio. Berkumandang lagu 'Boys In Luv' nyanyian BTS. Seketika kemudian channel radio bertukar ke berita radio.
'Berita terkini, kedudukan seorang suspek berbahaya dikehendaki polis telah berjaya dikenal pasti. Suspek-suspek berkenaan dikatakan bersembunyi di sebuah hutan yang terletak di Haenam.'pengumuman siaran langsung dari radio itu cukup mengejutkan member Running Man. Kelam kabut Jaesuk menghubungi Myeok PD dan bertanyakan lokasi. Nampaknya pihak krew dah sampai dan sedang membuat persiapan untuk melakukan pengambaran. Namun selepas mendengar sekumpulan penjenayah bersembunyi di hutan itu. Myeok PD mengerahkan kesemua krew nya mengemas barang2 dan bergerak segera. Malangnya pihak krew itu di serang oleh sekumpulan penjenayah yang terkenal melakukan jenayah2 berat. Kesemua mereka di rompak dan di bunuh. Kwonryeol, Dongwan dan Myeok PD saja yang berjaya keluar dari hutan tu dengan selamat. Ketiga-tiga mereka melarikan diri dengan sekuat tenaga. Kwonryeol menghubungi Jaesuk dan meminta mereka datang untuk menyelamatkan mereka bertiga.
Jaesuk cuba menghubungi pihak polis untuk maklumkan tentang kejadian yang baru saja berlaku di hutan Haenam bergantung dengan maklumat dan saksi dari 3 krew mereka. Anehnya hp masing2 tidak memiliki sebarang line walaupun berada di tengah pekan.
"Korang tak rasa pelik ke? Line takde walaupun kat pekan? Ini bukan hutan.."rungut Haha sambil membelek handphone nya berulangkali. "Kadang2 benda ni jadi juga kan."kata Jongki sekadar menyedapkan hati mereka. Tiba-tiba hp Jihyo mendapat panggilan daripada Lizzy. Semua orang memandang Jihyo dengan pelik. "Hello Lizzy."sapa Jihyo sebaik saja mengangkat telefonnya. "Eonni kat mana ni?"soal Lizzy dengan nada cemas. "Kami kat bandar Haenam. Ada apa Lizzy?"soal Jihyo membuatkan Lizzy terlepas hpnya. Pantas tangannya mendail nombor pihak polis untuk mendapatkan bantuan untuk krew yang2 diserang oleh perompak tersebut. Hatinya menjadi takut kerana ketika terlelap tadi sekali lagi tubuhnya sampai di hutan Haenam dan melihat kejadian yang berlaku itu dengan matanya sendiri. Lizzy tau yang terselamat hanya tiga orang. "Eonnie ajak semua orang balik ke Seoul segera. Tentang Myeok PD dan yang lain saya dah bagitau pihak polis. Eonni kena percayakan saya kali ni. Eonni kena keluar dari Haenam sebelum matahari terbenam.. Eonni..!"tiba-tiba panggilan terputus. Jihyo menyampaikan apa yang Lizzy sampaikan padanya. Jaesuk dah start enjin kereta untuk membawa mereka semua balik ke Seoul. Namun Jongkok berdegil untuk singgah di Haenam dulu dan menyuruh semua ahli member bergerak balik dulu dan dia akan balik sendiri. Tapi Jaesuk segera memilih untuk menunggu sedikit masa lagi untuk mereka berjalan-jalan sebentar. Jihyo dan Sukjin di serang rasa tak sedap hati. 'Macam mana kalau apa yang Lizzy cakap tu betul?'persoalan itu terjadi di minda mereka berulangkali. Jihyo segera menghidupkan enjin kereta dan mengejar kawan2 yang lain untuk bergerak ke Seoul dengan segera. Sukjin menyokong namun Haha dan Jongkok membantah. Akhirnya Jaesuk, Jongki, Gary menaiki kereta dan bergerak balik ke Seoul sementara Haha dan Jongkok tinggal di Haenam untuk beberapa hari sebelum pulang ke Seoul.
Pihak polis berjaya menyelamatkan Myeok PD, Dongwan dan Kwonryeol serta mereka bergerak terus ke Seoul. Namun kerana matahari dah terbenam. Satu-satunya jalan untuk ke Seoul dah ditutup dan mereka terpaksa bermalam di Hotel Haenam dimana Jongkok dan Haha bermalam.
Lizzy menanti di depan bangunan SBS dengan perasaan gelisah. Selagi tak berjumpa dengan ahli running man yang lain hatinya tak tenang. Sebuah van yang sangat familiar dengannya parking betul2 berhadapan dengan tampat Lizzy berdiri. Jihyo keluar dan mendapatkan Lizzy. Tubuh kecik itu dipeluk erat. Kesemua mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat.
"Okay Lizzy. Kami perlu tahu macam mana kamu tahu tentang apa yang jadi pada krew kita di hutan Haenam?"soal Jaesuk dengan tenang.
"Saya nampak.."balas Lizzy membuatkan semua orang mengerutkan kening mereka. "Kamu nampak? Maksud kamu?"soal Jaesuk masih dalam keliru begitu juga dengan yang lain. Lizzy menarik nafas dalam-dalam. Lizzy menerangkan satu per satu tentang kejadian dalam hutan Haenam dan macam mana dia ada kebolehan itu. Jihyo yang dengar bersimpati dengan Lizzy kerana Lizzy menanggungnya sendirian. Lizzy memandang sekeliling dan bertanyakan Haha dan Jongkok. Tapi setelah di beritahu mereka masih ada di Haenam. Lizzy segera mencapai kunci van untuk ke Haenam. Namun di halang oleh Jongki. Lizzy menangis dan berharap kedua2 seniornya itu selamat di sana.
"Hyung.. tempat ni bila malam tiada kedai pun yang buka lampu kecuali gereja kat hujung jalan tu. Pekan ni nampak suram dan menakutkanlah hyung." Rungut Haha sambil menggenggam erat lengan Jongkok. Jongkok turut merasakan hal yang sama. Jadi mereka berdua kembali ke hotel untuk berehat. Alangkah terkejutnya mereka 3 krew mereka bersama 2 orang polis sedang berbual2 kosong di restoran situ. Mereka menghampiri dan menyapa mereka semua. Myeok PD memandang Jongkok dan Haha dengan pandangan pelik. "Maaf.. saya kenal kamu ke?"soalan Myeok PD itu cukup mengejutkan Haha dan Jongkok. "PD-nim, janganlah bergurau. Ni saya lah Jongkok dan Haha."kata Jongkok sambil menepuk bahu Myeok PD menyebabkan Kwonryeol dan Donwan bangun dan menghalang Jongkok dari terus menghampiri Myeok PD. Kedua-duanya merasa pelik lalu kembali ke bilik masing-masing dan berehat. Sebelum mereka masuk ke bilik Jongkok dan Haha menganggap Myeok PD, Kwonryeol dan Dongwan sedang bergurau dengan mereka jadi mereka bercadang untuk jumpa sekali lagi keesokan harinya.
Pada keesokan harinya, Haha terjaga dan berada di sebuah rumah yang usang. Haha terkejut dan bangun mencari jalan keluar. Sebaik saja Haha keluar dari rumah tu di sekelilingnya hanyalah hutan tebal. Haha merasakan seperti pernah datang ke tempat tu tapi dia tak pasti bila.
Haha ketakutan kerana dia seakan dapat merasakan hutan itu bukan tempat yang selamat. Haha berlari ke dalam hutan mencari jalan keluar dari hutan tersebut. Angin bertiup kencang seakan menghalang Haha dari meneruskan perjalanannya.
Jongkok pula masih di tempat yang sama tapi.. Sebaik saja Jongkok keluar dari biliknya kelihatan suasana huru hara dengan jeritan wanita. Jongkok bersembunyi di suatu tempat yang membolehkan dirinya nampak apa yang berlaku. Kelihatan semua penduduk di situ berkumpul di dalam gereja dan gereja itu bergema dengan jeritan sayu perempuan dan lelaki. Dari nada jeritan mereka JOngkok mengagak mereka menjerit kesakitan. Jongkok perlahan2 mendekati gereja itu untuk melihat apa yang jadi. Namun baru saja Jongkok mengintip badannya di tolak kasar oleh seorang lelaki berpakaian kot. Wajah lelaki itu kurang sempurna membuatkan Jongkok terkejut. Jongkok di tolak agar duduk bersama-sama dengan penduduk yang lain. Di depan mata Jongkok kelihatan satu demi satu penduduk itu di seksa dengan cairan lilin yang keluar dari mesin buatan tangan. Mesin itu menyemburkan cairan lilin yang masih panas ke seluruh tubuh badan penduduk sehingga penduduk itu tidak mampu bergerak serta di letakkan dekat tempat duduk gereja sebagai boneka hiasa. 'Diorang ni dah gila' bisik hati Jongkok cuba mencari jalan untuk melarikan diri. Tapi tangannya kini terikat bersama kaki dibelakang. Boleh katakan hendak bergerak pun payah. Jongkok berdebar menanti kerana selepas seorang di depannya adalah gilirannya ke mesin penyeksaan tu. Saat tu kellihatan Lizzy sedang berdiri di pintu gereja memandangnya dengan pandangan sayu. "Oppa~ dah terlambat. Tiada siapa boleh selamatkan oppa lagi. Anyeong oppa.. Semoga bersemadi dengan tenang."Lizzy hilang sebaik saja habis bercakap. Jongkok tersentak. Kemudian perlahan-lahan barulah Jongkok faham maksud Lizzy supaya pergi dari Pekan Haenam sebelum ni. Jongkok rasa menyesal tak sudah kerana tak percayakan Lizzy yang di anggap bagaikan adik sendiri. Jongkok di heret ke mesin tersebut dan sedaya upaya menahan sakit akibat kepanasan lilin tersebut. Setelah selesai Jongkok tau dia masih hidup tapi tak boleh nak bergerak kerana dirinya kini menjadi patung lilin yang sedang duduk di depan piano. Telinganya tak lagi mendengar suara. Jongkok kini merupakan sebuah patung lilin yang masih bernyawa.
Haha berlari lagi namun gagal. Tiupan angin yang kencang membuatkan satu per satu pokok di hadapannya tumbang. Haha berlari kembali ke dalam rumah usang tadi. Mulutnya mengomel memarahi cuaca. Tiba-tiba kedengaran bunyi dari pintu belakang. Haha berdebar dan perlahan-lahan ke belakang untuk melihat siapa. Setelah sampai di situ rupanya pintu itu terbuka tutup kerana angin terlalu kuat. Haha melepaskan nafas lega lalu mengunci pintu belakang. Tapi.. Haha dapat merasakan sesuatu di belakangnya. Mujur Haha sempat mengelak hayunan kapak berkarat itu. Haha berpaling memandang pelakunya seorang perempuan dalam keadaan tak terurus. Matanya hitam mukanya pucat dan berurat hitam. Walaupun hari terang tapi keadaan rupa perempuan itu membuatkan Haha menjerit ketakutan. Sekali lagi kapak itu di hayun ke arah Haha. Nyaris-nyaris menyebabkan kepala Haha terpisah dari badan. Haha berlari ke ke tingkat atas. Namun kerana tangga terlalu usang, tangga itu roboh di tengah2 membuatkan Haha terperangkap nak naik atau nak turun. Haha berkira-kira nak naik tapi perempuan itu melompat tinggi dan dalam sekelip mata saja berada di depan mata Haha. Haha menjerit sekali lagi dan berlari turun ke bawah. Dari luar rumah kelihatan Lizzy berada dicelah2 pokok hutan itu. Haha berlari mendapatkan Lizzy namun sebaik saja dia sampai Lizzy sudah menghilangkan diri. Haha memandang pokok tempat Lizzy berdiri tadi. Terukir 'The Forbidden Jungle' dekat pokok itu menggunakan sesuatu yang tajam.
'Dia kata Haenam Jungle tu The Forbidden Junggle. Mengarutkan?'
"Mengarutkan?' perkataan yang di sebut Haha sebelum ni berulang-ulang di mindanya. Haha terduduk kerana tau dia di mana sekarang. Haha berlari sejauh mungkin untuk menyelamatkan diri. Sepanjang berlari itu dirinya dihantui oleh kata-katanya sendiri.
Bagaikan baru sedar dari mimpi yang panjang, Kwonryeol, Dongwan dan Myeok PD kini berdepan dengan mayat 2 polis yang menyelamatkan mereka semalam. Letiga-tiga mereka bingung tak faham apa yang jadi. Tapi yang mereka tau sesuatu yang tak baik sedang berlaku pantas Kwonryeol mengambil kunci kereta dan bergerak meninggalkan Haenam bersama Dongwan dan Myeok PD. Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri. Minda mereka cuba memikirkan apa yang jadi selepas berpatah balik ke pekan Haenam. Satu pun tak singgah ke memori. Perjalanan mereka berjalan dengan lancar hinggalah sampai ke bangunan SBS. Ketiga-tiga mereka melaporkan kes itu pada polis dan nampaknya polis dah tahu secara terperinci membuatkan mereka bertiga bingung. 'Macam mana polis boleh tahu kes itu lebih terperinci sedangkan mereka bertiga saja yang terselamat dan tak menghubungi pihak polis lagi?'soalan itu berlegar-legar diminda mereka. Lizzy tampil menjelaskan namun masih tidak dapat mengeluarkan ketiga2 krew mereka dari lembah kekeliruan. Ketika semua orang sedang menumpukan perhatian pada krew Running Man yang terselamat. Lizzy terduduk kerana terkejut.
"Kenapa Lizzy?"soal Jaesuk yang berada disisinya.
"Ha..Haha oppa. Dah.. mati"lemah sekali suara Lizzy nak memberitahu info terbaru. Kini baik Haha ataupun Jongkok kedua-duanya dah 'pergi' dari dunia mereka. Kesemua ahli menahan rasa sebak dan bertanyakan pada Lizzy sekiranya mereka ingin mengambil mayat Jongkok ataupun Haha ke Seoul. Adakah Lizzy akan ikut sama? Lizzy mengangguk dengan pantas.
Malam tu Lizzy cuba beranikan diri untuk tidur tanpa mengambil ubat tidur kerana Jihyo bermalam di rumahnya. Tak sampai setengah jam Lizzy terlena, sekali lagi Lizzy mengalami mimpi berada di hutan yang sama. Angin bertiup kencang mengelilinginya di iringi dengan suara halus bernada tegas.. 'Never Come Again' perkataan itu di ulang berkali2 kalau tidak padah menanti. Lizzy tau itu satu amaran supaya jangan datang lagi ke hutan Haenam. Tapi demi mengambil mayat seniornya. "Aku tak takut!! Aku tetap nak ambil mayat senior aku!!"jerit Lizzy membuatkan angin yang bertiup tadi jadi reda. Tapi 10 minit kemudian Lizzy terjaga kerana mendengar jeritan Jihyo. Lizzy nampak Jihyo di heret oleh sesuatu ke lubang dimensi hitam. Lizzy segera cuba mencapai tangan Jihyo tapi gagal. Lubang dimensi itu hilang dan terukir ayat di lantai dengan darah hitam 'It's Just a beginning"
Lizzy menjerit ketakutan. Air matanya mengalir tak berhenti. Lizzy berlari mendapatkan telefon rumahnya yang sedang berbunyi. Namun baru saja mendekati pintunya yang sentiasa dibiarkan terbuka itu tiba-tiba tertutup rapat. Sedangkan semua tingkap tertutup dan mustahil angin luar boleh masuk. Lizzy berusaha untuk membukanya nyata senang je nak buka.
Lizzy mencapai telefonnya dan kedengaran suara Kwangsoo menjerit2 ketakutan. "Oppa!! Oppa!! Kenapa ni?"soal Lizzy namun talian terputus tiba-tiba. Lizzy seakan dapat mengagak apa yang berlaku jadi Lizzy cuba menguhubungi semua orang tapi tak berangkat. Lizzy mencapai kunci kereta Jihyo dan mengambil jaketnya. Tiba-tiba rambut Lizzy di tarik sesuatu ke atas menyebabkan badannya terapung kesakitan. Walaupun badannya tak berapa sihat Lizzy tetap cuba melawan. Akhirnya Lizzy dilepaskan dan sepantas yang mungkin Lizzy memandu kereta Jihyo menuju ke Haenam seorang diri. Kerana Lizzy tau ke mana tempat Jihyo dan yang lain-lain di bawa pergi. Sepanjang perjalanan satu demi satu gangguan datang mengganggu Lizzy. Tapi Lizzy cuba juga untuk beranikan diri. Beberapa jam perjalanan membuatkan Lizzy tertidur keletihan.
Keesokan paginya Lizzy sedar dirinya sudah berada di hutan sedangkan ketika di baru sampai semalam dirinya masih dalam kereta. Lizzy tak pernah sangka akan melalui semua ini sekali lagi. Kali ni bukan lagi dejavu sebab bila Lizzy memandang sebelahnya kelihatan Jihyo juga tergantung di pokok yang sama. Benda yang sama dah berlaku. Lizzy mendongak melihat Jongkok dan Gary berlawan. Air matanya sayu kerana melihat Gary cedera parah ketika Jongkok mencampaknya ke batu. Darah Gary dah mengalir dan di depan mata Lizzy darah itu hilang ghaib. Kedatangan Jaesuk dan Suga bersama leader B.A.P Young Guk menyelamatkan mereka. Lizzy hanya mampu menangis kerana dia tak mampu ubah apa-apa kerana badan nya dan yang lain bergerak sendiri ibarat watak filem berlakon dengan watak yang di tetapkan. Lizzy ingin menghalang satu per satu yang jadi tapi mulutnya terkunci walaupun airmatanya mengalir.
Seperti yang dijangka, di rumah hutan tersebut terdapat beberapa ahli running man termasuk dirinya. Suga BTS, Dohee Tiny-G dan juga ahli B.A.P. Kesemuanya ada. Ketika malam menjelma badan Lizzy bebas bergerak dari 'kawalan'. Jadi Lizzy berlari ke hutan sambil mencapai senapang milik Zelo. Ketika semua orang tidur dengan lena. Lizzy pula berburu 'boneka' hutan sebelum semuanya terlambat. Dalam kegelapan hutan yang di sinari samar-samar bulan kelihatan Gary berdiri dengan gah dan wajah yang menakutkan. Lizzy mengacukan senapang itu pada Gary. Namun sebaik saja tembakan di lepaskan. Gary menghilangkan diri dan tiada tanda dia terkena tembakan tersebut. Kini hanya Gary 'boneka' hutan. Ketika Lizzy berjalan meninjau2 di sekelilingnya. Dari atas pohon yang tinggi, Gary memerhati Lizzy dengan mata hitam berkilat. Pandangannya tak ubah bagaikan helang memburu mangsa. Gary menanti waktu yang sesuai untuk menyerang. Kedengaran sayup-sayup salakan anjing. Lizzy terduduk kerana kini dia berdepan dengan haiwan liar. Dalam hutan yang terbiar haiwan liar jadikan tempat berteduh. Kedatangan Lizzy bersama senapang di anggap sebagai tetamu yang tak di undang. Harimau kumbang sebanyak 4 ekor itu mengelilinginya. Satu per satu terkulai layu kerana terkena tembakan senapang dari Lizzy. Ketika itu Lizzy kehabisan peluru. Gary menyerang dari atas membuatkan Lizzy cedera parah di bahunya. Gary hilang sekelip mata. Lizzy sedaya upaya cuba untuk balik ke rumah tersebut. Lizzy segera balik untuk mengambil sepucuk pistol dan lari semula ke hutan. Walaupun parah Lizzy mengambil pistol itu dan mengacukan ke kepalanya sendiri. Hatinya takut mati tapi memikirkan kawan2nya yang kelak menjadi 'mangsanya' membuatkan Lizzy nekad. Tembakan terakhir di kepala itu membuatkan Lizzy rebah tak bernyawa demi menyelamatkan kawan-kawannya yang lain. Tapi Lizzy terlupa tentang Gary yang masih lagi 'boneka' di hutan.
Keesokan paginya, kesemua orang menjerit sesama sendiri. Masing2 mengambil senjata untuk pertahankan diri. Jihyo dan Dohee mengacukan senapang sesama sendiri dengan badan menggigil ketakutan. Lelaki juga begitu masing2 mengacukan senjata sesama mereka sendiri. Di mata mereka, di depan mereka kini adalah salah satu 'boneka' hutan yang mengacukan senjata kepada diri mereka. Ketika mereka cuba melarikan diri sedas tembakan akan dilepaskan menandakan mereka di larang bergerak sama sekali. Gary muncul di tengah rumah dan menyerang Jaesuk dan Himchan. Jaesuk melepaskan tembakan kepada Gary dan peluru itu mengenai Gary dan HImchan serentak memandangkan mereka berdekatan. Melihat Gary dan Himchan rebah membuatkan Jaesuk menarik nafas lega. Tapi kepala Jaesuk di pukul dengan kayu besbol oleh Jihyo menyebabkan dirinya tak sedarkan diri. Agak lama Jaesuk pengsan bila sedar semula semua rakan2nya kini dah rebah di sana sini. Tiada yang selamat. Kerana terlalu terkejut Jaesuk melarikan diri untuk mencari jalan keluar. Nasibnya baik kerana sebuah kereta yang digunakan oleh penjenayah sebelum ni masih boleh digunakan. Jaesuk memandu kenderaan itu sementara hari masih cerah. Ketika berada di highway ke Seoul. Jaesuk di serang oleh salah sorang krew mereka. Hyungtaek PD menyerangnya dengan sebilah pisau rambo. Namun Jaesuk lebih pantas bertindak. Jaesuk keluar dari kereta yang masih berjalan itu membiarkan kenderaan itu jatuh ke dalam gaung dan meletup. Sedangkan Jaesuk pengsan di tepi jalan sendirian.
2 Tahun kemudian
"Kamu dah sedia? Boleh kita mulakan sekarang."kata salah sorang wartawan yang berada di sesi temu ramah itu. Jaesuk mengadakan sesi temu ramah itu demi menjawab soalan peminat Running yang berada di seluruh dunia kenapa Running Man sejak tahun lepas ahli dan krewnya bertukar orang? Kenapa hanya Jaesuk saja yang masih kekal? Sepanjang 2 tahun itu berbagai khabar angin tersebar tentang hubungan ahli running man sebelum ni tak baiklah dan macam2 lagi. Berat hati Jaesuk nak luahkan apa yang dipendam selama ni. Bak kata orang seberat mana mata memandang berat lagi bahu memikul. Bukan Jaesuk nak bersembunyi tapi kembali menjadi ahli Running Man yang tetap dan kembali beraksi setelah trauma beberapa tahun lepas bukan perkara mudah. Kini Jaesuk akan menceritakan kepada dunia tentang perkara yang sebenar secara terperinci. Setelah 2 tahun menanggung luka yang dalam dan di datangi mimpi2 ngeri itu. Sekarang adalah masanya untuk berkongsikan hal tersebut pada semua..
_TAMAT_
p/s: Ini adalah sambungan dari kisah Never Come. Hope you gonna love it.
YOU ARE READING
Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️
FanfictionHimpunan ilham aq dalam membuat FF Running Man. Idea memang dah lama ada dan most story kat sini aq dah publish dalam Personal group ff aq. Aq tak tiru idea sape2. Sebab ada story yang aq publish kat sejak tahun 2014 lg. Aku tak paksa korang nak ko...