Story 3- A Drop Of Love

245 6 0
                                    

Song Jihyo POV

Selamat datang ke Royal Cafe." ucap seorang lelaki yang kelihatan segak dengan memakai kemeja putih dan berseluar slack hitam. Apron hitam yang panjang itu terikat di pinggang menampilkan karismanya. Aku mengikutnya ke tempat duduk yang kosong. Sementara menanti aku yang sedang membelek menu, mereka menghidangkan secawan teh bunga kekwa. Mataku terpaku melihat pergerakan mereka yang sangat teratur dan lembut itu membuatkan aku terleka sebentar.

"boleh saya ambil pesanan cik muda sekarang?" soalnya dengan nada yang ramah. Aku tergamam seketika. "sa..sa..saya.. Tak tahu nak.. pesan apa.."balasku tergagap-gagap. "kalau macam tu saya cadangkan menu ringan agar bersesuaian dengan teh bunga cik muda."ucapnya sebelum beredar sebaik saja aku mengangguk. 'Semuanya macam mimpi je. Royal Cafe di mana pekerjanya semua lelaki yang kacak bergaya dan lebih menonjolkan imej seperti putera dalam kisah dongeng.'bisik hatiku sambil memerhatikan satu per satu pekerjanya. Aku melihat sekeliling selain diriku terdapat banyak lagi pelanggan perempuan tanpa mengira usia.

"selamat datang ke Royal Cafe!"ucap mereka semua serentak bila loceng pintu utama di buka pelanggan. Aku memerhatikan saja pelanggan yang masuk. 2 budak perempuan yang memakai pakaian tadika. Memang comel. Tak lama kemudian masuk sepasang suami isteri dan masing masing memegang tangan budak2 tadi. "Hai Kevin.."sapa si suami tadi pada lelaki yang mengambil pesanan ku tadi. "Lama tak jumpa.. kita bincang di pejabat.. Jongsuk! Hyunsik! kamu layan Myeha dan Myungha ni."arah lelaki yang dipanggil Kevin pada dua lagi staff yang tak kurang kacaknya. Kedua2 staff itu membawa budak2 itu ke meja yang terletak di belakangku. Aku lihat para pelanggan menjeling budak2 tu dengan perasaan cemburu.

"okay.. Hai Myeha, Myungha.. nama oppa Jongsuk dan ini Hyunsik oppa."ucapnya yang kedengaran agak dekat denganku. "saya Myeha dan ini Myung. Kami kembar."balasnya sambil menundukkan dirinya. Aku menghabiskan minuman dan manisanku. Aku terlupa pula yang aku ada 'dating' ngan bos aku.. Kelam kabut aku mencapai beg tangan dan bangun menuju ke kaunter. Hari ni merupakan hari penting aku tapi oleh kerana permintaan bos aku. Aku terpaksa pakai baju skirt pendek ni. First time seumur hidup aku pakai skirt. Baru berapa langkah aku dah terjatuh. Aduh.. buat malu je. Kenapalah aku mesti jatuh.. kat dalam Royal Cafe pulak tu. Merah padam muka aku membayar bil kat kaunter sementara pelanggan yang lain jelas ketawa mengejek pada aku. Terasa macam serik je nak datang lagi..

"Jihyo!!!"dari jauh lagi nama aku dah kena laung macam ikan kena lelong. Aduhai... satu2 benda jadi. "ye bos."balasku perlahan menghampiri dia. Hari ni merupakan hari pertama aku kerja sebagai PA Bos Lee. Nasib baik lah bos aku ni perempuan kalau lelaki sampai mati pun takkan aku pakai skirt pendek ni. "oleh kerana perjumpaan kali ni dibatalkan. Apa kata singgah rumah family aku untuk makan malam?"ajak bos aku ni. Dia bos aku tapi dalam masa yang sama dia layan aku macam aku ni kawan baik dia je. Baik je orangnya. Maklum lah sebelum ni aku kerja sebagai kerani je kat office dia. Tau2 kena naik pangkat. pelik bin ajaib. Oh ya.. kat tempat kerja aku semuanya lelaki dan hanya aku ngan bos je perempuan. Bos aku ni Ketua syarikat bagi daerah Gyeong-do Gwangju. Hari ni kitorang ke Seoul.

Sebuah rumah yang sederhana besar itu kelihatan agak sunyi dari luar. Tapi bos aku ni terus je meluru masuk maklumlah ini rumah dia. "omma!!"jeritnya macam budak tadika baru balik sekolah. Biar betul bos ni.. Kat office bukan main serius je dia. Sampai staff yang lain [lelaki] panggil dia Singa tua.. kononnya sebab bos ni dah berumur awal 40 an tapi masih bujang. Kena panggil singa sebab garang dan tua pulak sebab.. korang pun tahu kan mestilah sebab anak dara tua. Ish. Jahat betul mulut aku ni pergi kutuk bos sendiri.

Seorang wanita yang kelihatan elegan walaupun dah berusia menyambut anaknya ni dengan pelukan erat. Sekali tengok macam orang buat drama jejak kasih pun ada. "My baby.."wanita itu memanggil bos aku baby? hahaha.. baby tua.. Aku tak sedar yang aku sakan gelakkan bos aku ni bila dengar gelaran my baby tu. Sedap je kepala aku menerima hadiah penyekeh dia. Puan Lee menyuruh bos membawa aku ke biliknya berehat dan berbual2 dalam bilik. Sementara dia sedang menyiapkan makan malam. Kebetulan anak bongsunya juga akan datang bawa kawan. Jadi memang ramai tetamu untuk makan malam di sini. AKu menawarkan bantuan tapi kena tolak mentah2 oleh bos sebab bos kata kalau aku bantu alamatnya hangus dapur tu nanti.. walaupun aku tak suka cara bos aku menyindir tapi memang betul pun sebab aku paling lemah bila melibatkan dapur. Nak kupas bawang pun pakai helmet..

Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️Where stories live. Discover now