"Saya suka awak.."kat Jihyo sambil menghulurkan kotak coklat pada seniornya Tony Ahn. "Maafkan saya. Saya tak boleh terima kerana saya tak suka perempuan yang kasar dan blank macam awak."balas Tony Ahn satu per satu membuatkan Jihyo tergamam namun masih mengukir senyuman sedangkan kotak coklat ditangannya remuk digenggam Jihyo. Tony Ahn yang memandang kotak tu hancur terus meminta diri dan menelan air liurnya. 'Baik aku pergi sebelum aku dikerjakan macam coklat tu.'bisik Tony Ahn kembali ke Kelab Drama untuk aktiviti kelab. Jihyo yang juga ahli kelab yang sama memandang Tony Ahn hingga hilang dari pandangan matanya. 'Nampaknya aku dah salah faham dengan layanan senior. Patutnya aku sentiasa sedar diri.'keluh hati Jihyo kemudian melangkah ke kelasnya. Jihyo segan untuk kembali ke kelab kerana luahan perasaannya tadi.
"Jihyo ah~ Jihyo ah~"dari jauh lagi dah kedengaran suara yang menjengkelkan hati Jihyo. Jihyo memandang pelajar yang baru masuk ke kelasnya. "Aku dengar kau kena reject.. Kesiannya kau.. Biar aku pukul dia. Cakap kat aku siapa yang tolak gadis comel macam kau.."ucap pelajar itu sambil menggenggam erat tangan Jihyo namun Jihyo menepis. "Owh.. Baiknya kau Haha.. Kenapa kau tak couple je ngan Jihyo."cadang Rap Monster junior genius dalam kelas diorang. "Tu la kan. Aku nak tapi Jihyo tak nak aku.."Haha membuat muka sedih dan duduk di sebelah Rap Monster. "Woi!! Haha kau jangan nak berlagak baik depan aku eh.. Aku tak suka dan kau lemon jangan suka2 nak pasangkan aku dengan badut sarkas ni."marah Jihyo sambil berlalu pergi. Rap Monster ketawa mendengar Jihyo marah2 macam tu. Sejak kakinya masuk ke kelas senior2nya tu semua orang tak boleh nak panggil dia dengan nama Rap Monster. Lemon juga nama popular dia. "Lemon~ dia marah kita"adu Haha sambil tersengih nakal. "Kau ni Haha. Nama aku Rap Monster la bukannya Lemon."tegur Rap Monster sambil menepuk bahu Haha yang juga kawan baiknya. "Apa bezanya? Sama je bunyi nya. Rap Monster di singkatkan jadi lemon.. Dah la jom Cikgu Han SeungHo panggil kita untuk berlatih persembahan nanti. Rap Monster bangun dan mengekori Haha ke kelab Vokal yang di ketuai oleh cikgu Han SeungHo.
Jihyo melangkah ke padang selepas menukar dengan baju sukannya. Jihyo berlari demi menghilangkan tekanan. Jihyo langsung tak kisah dengan terik mentari membakar kulitnya yang penting hatinya tenang bila berlari. Rap Monster yang memandang Jihyo dan menggelengkan kepalanya. Dari kelab Vokal, ahli kelab boleh nampak sebarang aktiviti yang diadakan di padang. Jadi Rap Monster boleh nampak Jihyo berlari dengan tekun. "Hei lemon.. kau tengok siapa? Bila masa Jihyo ada kat situ?"soal Haha sambil memandang arah yang sama. "Kau ni kan aku dah cakap.. nama aku.."belum sempat Rap Monster menghabiskan ayatnya.. Haha mengangguk2. "Aku tahu Rap Monster tapi nak buat macam mana aku selalu terlupa dan tersasul panggil kau lemon. Nasib la kan.. hehe.. Comelkan Jihyo tu."puji Haha sambil memandang kelibat Jihyo yang masih lagi berlari. Rap Monster memandang gelagat Haha dengan pandangan aneh. "Kau suka dia ke?"soal Rap Moster membuatkan Haha terus berubah sikap dari caring pada dingin. Tiada siapa pun tahu yang Haha memiliki 2 personality yang sangat berbeza. Bagi mereka Haha merupakan seorang pelajar yang sangat sukakan berlakon badboy sebab tu Haha mendapat gelaran bad boy.
"Woi gemuk!! Kalau kau lari 100 round pun takkan kuruslah!" jerit Haha dari tingkap kelab vokal. Jihyo memandang Haha sambil menunjukkan penumbuknya. 'dah agak dah.. Haha ni tak ikhlas nak tenangkan hati aku.'bisik hati Jihyo sambil meneruskan lariannya. "Kau tengok tu Rap Monster. Si gemuk ni buat tak tahu je dengan aku. Siap lah dia."kata Haha sambil menghilangkan diri seketika kemudian muncul dengan mini pembesar suara. "Tak payah kuruslah!! Kau bukannya cantik pun.. Dah la gemuk, hodoh pula tu. Tiada siapa nakkan kau lah!!"jerit Haha menyebabkan semua ahli kelab vokal memandang Jihyo di padang. Jihyo yang baru saja tenang terus naik angin. Laju langkahnya menuju ke kelab vokal. "apa masalah kau?"tengking Jihyo sambil menggenggam erat kolar baju Haha. "Eh Jihyo apa ni? Kau suka kat aku eh? Lemon kau tengok ni Jihyo bermanja dengan aku.. sayang kau."kata Haha sambil memeluk Jihyo. Hati Jihyo benci dengan Haha yang sering bertukar2 sikap. Jihyo menghadiahkan penumbuk sulungnya di perut Haha dan memijak kaki Haha. "sayang betul kau kat aku."kata Haha sempat mencium pipi Jihyo membuatkan Jihyo menghadiahkan penumbuk dimukanya. Jihyo pergi dengan hati bengang. Haha sekadar tersengih walaupun pipinya biru kena tumbuk dengan Jihyo.. "Kau ni dah gila agaknya"sindir Rap Moster sambil menggelengkan kepalanya.
Haha akan jadi bad boy bila nampak Jihyo dari jauh tapi kalau Jihyo depan mata wataknya juga berubah sama. Rap Monster sendiri tak faham sikap seniornya itu. "Dah la tu, habis latihan kelab ni aku nak kenalkan kau dengan seseorang."kata Rap Monster pada Haha. "Siapa? Lelaki ke perempuan?"soal Haha dengan perasaan yang teruja. "Perempuan la."kata Rap Monster tapi keterujaan Haha hilang terus. "Perempuan? Hmm.. takpelah. Tiada orang boleh menandingi Jihyo aku."kata Haha yang mengukir senyuman sambil memegang lebam di mukanya. Rap Monster sekadar mengangkat bahu.
Sebaik saja sampai di rumahnya Haha terus ke bilik tanpa singgah ke ruang makan meskipun makanan dah di sediakan. Haha tersenyum2 memandang lebam dipipinya dari pantulan cermin. Susah nak di gambarkan perasaannya pada gadis bernama Jihyo tapi gadis itu bukanlah mudah nak ditarik perhatiannya. Jihyo tak suka dengan lelaki yang tak jujur dan hanya tahu bermulut manis. Kedua2 ciri tu memang ada pada Haha. Haha akan bermulut manis bila Jihyo depan mata dan bersikap tak jujur bila Jihyo jauh dari dirinya. Kadangkala Haha sendiri tak pasti kenapa dia bersikap begitu.
Jihyo memandang luar tingkap biliknya dengan helaan nafas yang berat. 'Kenapa lah dia selalu macam tu.'bisik hatinya. Jihyo menutup tingkap dan terus masuk tidur. Tiada siapa tahu hatinya berbelah bagi setiap kali berdepan dengan Haha yang sering berubah2. Tapi apa yang jadi tadi memang membuatkan hatinya benci pada Haha. Keesokannya merupakan hari cuti dan Jihyo mengikut keluarganya ke lapangan terbang demi menjemput abangnya yang akan balik selepas tamat belajar di England. "Oppa!!"jerit Jihyo berlari memeluk abangnya sebaik saja nampak mereka keluar dari balai ketibaan. "Imej apa ni?"soal Jihyo sambil merenung abangnya dengan pandangan pelik. "Ini lah namanya HipHop."balas Gary sambil membetulkan topinya. J-Hope pula memegang jaketnya. Gary merupakan abang kesayangan Jihyo manakala J-Hope adalah kawan baik abangnya dari England. "Kenalkan ini kawan baik abang. J-Hope"kata Gary sambil menunjukkan pada J-Hope. Muka Jihyo mula merah kerana pandangan J-Hope padanya membuat jantungnya berdebar2. "Selamat berkenalan. Saya Jihyo adik Gary oppa."ucap Jihyo sambil menyambut huluran tangan J-Hope. Kemudian mereka kembali ke rumahnya dengan ahli keluarga yang lain. Jihyo menaiki kenderaan bersama Gary dan J-Hope. "Your sister so beautiful."puji J-Hope pada Gary sambil mengangkat ibu jari.
Perbualan Gary dan kawannya menggunakan bahasa inggeris membuat Jihyo mencebik kerana dia tak faham bahasa asing tu."Oppa, J-Hope ni orang England ke?"soal Jihyo pada Gary kerana bimbang kalau tanya terus pada J-Hope. J-Hope akan balas dengan bahasa Inggeris. "Tak lah.. saya orang korea."jawab J-Hope dalam bahasa korea. "Ceh.. aku ingatkan kau orang putih cakap english bagai..umur kau berapa?"soal Jihyo sambil memandang J-Hope. "dia ni junior oppa.umur dia emm.. muda 6 tahun dari kamu"Gary menyampuk membuatkan Jihyo membesarkan matanya. "Mudanya.. J-Hope kan.. kau kena panggil aku nuna la.."balas Jihyo sambil memandang semula ke depan.
"Nuna.. tau tak kat mana BigHit College?"soal J-Hope pada Jihyo yang duduk sebelah pemandu. "Tu tempat nuna study. Kenapa?"soal Jihyo berpaling pandang pemuda itu yang tersengih2. "J-Hope akan masuk kolej tu. Jadi boleh lah dia ikut kamu ke sana lusa. esok masih cutikan."kata Gary sambil menepuk bahu adiknya. "Okay.. tapi malam ni dia tidur mana?"soal Jihyo lagi masih keliru tempat tinggal J-Hope. "Buat sementara ni dia tinggal dengan kita."kata-kata Gary membuatkan Jihyo memandang Gary dan J-Hope bergilir2 kemudian mengangkat bahu tanda tak kisah sedangkan Jihyo malu dengan tetamu lelaki tinggal di rumahnya.
Pada hari kolej, Jihyo bangun lewat dari biasa kerana menyertai abangnya pergi gym atas ajakan J-Hope. Jihyo bukanlah gemuk sekadar berisi sikit namun Gary dan J-Hope dah berpakat untuk mengawal pemakanan Jihyo dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang ideal. "Jihyo ah~ hyung suruh bangun sekarang. Jihyo ah~"laung J-Hope dengan penuh gentleman. Jihyo yang masih separuh sedar berpisat2 memandang kelibat J-Hope didepan matanya. Jihyo mengukir senyuman dan senyumannya berbalas. "Good Morning sis.."sebaik saja mendengar ucapan selamat pagi dari J-Hope. Laju je tangan Jihyo mencapai bantal J-Hope menghalaunya keluar. "Siapa benarkan kau masuk bilik aku hah?! Keluar!!!"jerit Jihyo sambil berdiri. J-Hope tergamam memandang baju tidur Jihyo bercorakk hati lantas berpaling sambil mengukir senyum dalam diam. 'Comelnya~'puji J-Hope kemudian melangkah keluar. "Lepas siap jom sarapan. Gary hyung dah masakkan untuk kita."kata J-Hope sebelum menutup pintu dan mukanya terkena bantal hasil balingan padu dari Jihyo."Aku tau lah!!"jerit Jihyo dah kedengaran sayup2 di ballik pintu. J-Hope melangkah turun dan menghampiri Gary yang sedang menikmati sarapannya. "adik hyung tu betul2 bersemangat pagi ni. lagipun baju tidur dia.."kata-kata J-Hope termati kerana menghirup teh panas untuk melegakan tekak. Gary masih menanti ayat lanjut dari J-Hope. "comel.. rasa macam sebaya dengan saya je."J-Hope mengukir senyuman sambil memandang Gary. 'Nampaknya still tak berubah lagi.'bisik hati Gary.
"Oppa!! Kenapa suru Hope kejutkan saya.. Buat saya malu je dengan Hope."bebel Jihyo sambil mengikat rambutnya sambil menyarung topi sudu. J-Hope dan Gary memandang sesama sendiri. "Hope?"soal mereka serentak dan memandang Jihyo yang dah makan sekeping roti bakar. Tangannya menunjuk pada J-Hope. Gary dan J-Hope ketawa geli hati. Sepanjang mereka belajar kat England belum pernah lagi sesiapa memanggil J-Hope dengan panggilan Hope. "Kenapa?? Eh.. kita dah lewat ni.. Oppa.. basikal semalam dah repair ke?"soal Jihyo bila mengingatkan basikalnya jadi 'mangsa' J-Hope buat aksi stuntman. Gary memberi isyarat ok. "Nanti dulu.. kalau awak naik basikal saya macam mana?"soal J-Hope sambil menunjuk dirinya sendiri. "Saya kayuh awak tunggang belakang je."kata Jihyo sambil mencapai bag dan menyarung kasut converse kesayangannya. "Apa kata saya kayuh awak tunggang. Nanti awak boleh tunjuk jalan."kata J-Hope membuatkan Jihyo terfikir2 seketika sebelum bersetuju. "Kau gelar apa tadi dengan aku? bukan semalam aku dah kata panggil aku nuna ke?"soal Jihyo yang dah memeluk bahu J-Hope kerana basikalnya itu basikal sukan lasak jadi memang takde tempat duduk belakang. "Saya tak nak. Lagipun mungkin nanti saya sekelas dengan awak. Walaupun saya muda tapi saya bijak tau. Awak tak nampak macam tua dari saya pun jadi saya guna bahasa saya awak lah lagi senang."terang J-Hope sambil mengayuh selaju yang mungkin berpandukan arah yang Jihyo tunjuk. "Kalau macam tu baik guna kau aku. Aku tak suka sangat bersaya awak. geli. faham?"soal Jihyo bila fikir semula gelaran saya awak ni lah punca dia salah faham dengan layanan senior Tony Ahn padanya. Jihyo ingin buang kenangan tu jauh2.
Kecoh satu kolej Jihyo datang bersama teman lelaki. Berita itu sampai ke pendengaran Haha. Haha mencebik cemburu dan tengok sendiri teman lelaki Jihyo yang dimaksudkan. Jihyo menghantar J-Hope ke pejabat kolej sebelum membawanya berjalan melawat seluruh kolej. "Besar juga kolej ni. Nasib baik aku suka berjalan jadi tak lah penat sangat."puji J-Hope sambil memandang sekeliling. Kemunculan J-Hope sebagai pelajar pertukaran dari England membuatkan J-Hope agak popular dikalangan pelajar perempuan. Jihyo menghampiri kawan2nya iaitu CL ngan Amber. "Anyway. Did you have a twin name Rap Mons?"soal J-Hope sebaik saja nama CL membuatkan CL terkedu. Tiada siapa di kolej tu tahu hubungannya dengan Rap Monster. 'Siapa lelaki ni?'persoalan itu memenuhi fikiran CL. "How did you know that?"soal CL kemudian mereka berdua berbual dalam bahasa english. "Amber aku benci diorang. Mentang2 terrer english. Sembang tak ingat kita dah."adu Jihyo sambil mencebik memandang CL dan J-Hope. J-Hope yang terdengar kata2 Jihyo itu ketawa sambil meminta maaf. Amber juga ketawa kerana dia pun boleh berbual dalam bahasa english hanya Jihyo yang sedikit lembab berbanding mereka. Jihyo dapat gelaran MongJi dari Teacher JingGoo kerana otaknya serta merta akan kosong kalau disoal sebarang soalan dalam bahasa english.
"Good morning MongJi, Amber, CL and YoungMan."sapa Teacher JingGoo dengan suaranya yang garau. Jihyo dan yang lain turut membalas ucapan cikgu english mereka. "Dah lewat ni kitorang balik ke kelas dulu. Jumpa rehat nanti Hope."ucap Jihyo meninggalkan J-Hope bersama kawan2nya kerana tau J-Hope sekelas dengan mereka. "Siapa lelaki tu?"soal Haha sebaik saja Jihyo melabuhkan punggung ditempat duduknya. Haha yang sepatutnya berada di fakulti berlainan duduk di sebelahnya dengan muka monyok. "Apa yang kau merepek ni?"soal Jihyo sambil menulis nota yang diberikan oleh Professor Jongkok di depan. "Kecoh satu kolej kau datang kolej dengan teman lelaki. betul ke?"soal Haha sambil memandang Jihyo dengan pandangan merajuk. "Kalau betul pun kenapa kau tak puas hati? atau kau menyesal kutuk aku sebelum ni?"sindir Jihyo terus menyalin nota tanpa memandang Haha. "mana boleh macam tu!! aku kan boyfriend kau!! Jihyo ah~ kau tak boleh curang dengan aku.."kata2 Haha itu membuatkan semua tumpuan di tujukan arah mereka berdua. "Jihyo!! DongHoon!! Ini bukan kelab drama!! Kalau tak nak belajar keluar dari sini!!"lantang suara Professor Jongkok dengan tegas. Jihyo menendang Haha hingga lelaki itu terjatuh ke bawah sambil memberi isyarat ok pada Professor Jongkok. Haha terasa dunianya gelap dan diheret keluar oleh Professor Jongkok kerana mengganggu tumpuan pelajarnya.
Waktu rehat merupakan waktu yang sesuai untuk Haha mencari Rap Monster. "Lemon!!! Kau kena tolong aku. Pesaing cinta aku dah muncul.. tolong aku lemon.."rayu Haha sambil memegang tangan Rap Monster yang sedang membaca. Jihyo yang berada tak jauh dari mereka terus mencebik. Dari muka pintu kelasnya kelihatan J-Hope melambai ke arah Jihyo. "Hope!!"jerit Jihyo gembira sambil mencapai barang2nya dan berlalu pergi. Rap Monster cuba melihat siapa di muka pintu tapi terhalang dengan Haha yang buat muka sedih depannya. "Kau tak nak kejar ke? Jihyo baru keluar dengan boyfriend dia."soal Rap Monster sambil menunjukkan pintu kelas. Haha menarik Rap Monster untuk menyiasat siapakah kekasih Jihyo.
Bila nampak saja wajah kekasih Jihyo. Rap Monster mengukir senyuman lebar. "Hey J-Hope what's up man!!"sapa Rap Monster dengan gaya ala amerika. J-Hope juga terkejut. "Suprise to see you here. Early i saw your twin CL. She didn't mention you study right here."kata J-Hope membuatkan Jihyo menarik muka masam. 'cakap bahasa asing lagi.'rungutnya dalam diam. "Hope kau kenal lemon ke?"soal Jihyo dengan nada malas mematikan perbualan 'omputih' mereka. "Kind of.. dia ni kawan baik aku masa kat england tapi masa high school la kalau tak silap aku."terang J-Hope sambil menepuk bahu kawannya tu. "Dia panggil kau apa tadi Hope?? You got much better than mine. Lemon."kata Rap Monster membuatkan kedua2nya ketawa sakan. Haha yang memandang dari jauh hati makan hati. Tak dapat dinafikan hatinya cemburu sangat tengok Jihyo mesra dengan lelaki lain tapi tidak dengannya. "Ahem..ahem.. hai lupa kawan nampak."sindir Haha yang akhirnya menghampiri mereka bertiga. "Sory.. J-Hope kenalkan ini kawan plus senior aku Ha DongHoon. Just call him Haha."Rap Monster kenalkan Haha dengan 'pesaing' cintanya. "So dah berapa lama korang couple?"soalan Haha yang terlalu berterus terang tu membuatkan Jihyo tersedak dan J-Hope mengeluarkan sapu tangan untuk lap muka dan tangan Jihyo yang basah dengan air. Tindakan refleks J-Hope itu cukup memanaskan hati Haha. "Rasanya kau dah salah faham ni. Aku dengan Jihyo.."belum sempat J-Hope menghabiskan kata2nya. "memang kitorang couple. Kau jangan sibuk boleh tak?"marah Jihyo membuatkan J-Hope memandang Jihyo dengan pandangan tak percaya.
"Is it true?"soal Rap Monster tapi bila melihat kenyitan mata dari J-Hope. Rap Monster faham sesuatu. Sebaik saja mendengar jawapan jelas dari Jihyo. Haha terus meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Rap Monster masih meluangkan masa dengan Jihyo dan J-Hope. "Wow.. aku tak tahu kau suka kat aku. Sejak bila tu? Kita jumpa baru 3 hari. Cinta pandang pertama eh?"usik J-hope namun Jihyo sekadar menjelir lidahnya. "Jangan nak perasan. aku saja buat macam tu kalau tak dia akan kacau aku sampai bila2."balas Jihyo sambil tersandar lega. "Kenapa pula dia kacau kau?"soal J-Hope sambil memandang Jihyo dengan pandangn teruja. 'Ada sesuatu yang menarik ni.'bisik hati kecilnya. "Mana lah aku tahu badut sarkas tu nak apa dari aku. Setiap hari ada je nak sakitkan hati aku. Kau bayangkan lah. Kalau aku jauh sebatu dari dia berbakul2 dia kutuk aku. Tapi bila depan mata dia je berubah terus jadi gentleman. Lemon!! Kau tau tak apa masalah dia?"soal Jihyo sambil memandang Rap Monster yang sejak tadi jadi pendengar setia. "Masalahnya ialah.. dia suka kat kau tapi dia tak tahu nak buat macam mana. Dia lembut bila kau dekat tapi kasar bila kau jauh. Hmm.. susah aku nak terangkan."kata Rap Monster membuatkan Jihyo ketawa sakan. "Lemon!! Boleh tak kau jangan reka cerita mengarut macam tu. Kau sendiri tengok macam mana dia layan aku. Kalau betul dia suka kan aku dia takkan buat aku malu, sakit hati depan semua orang tau."tawa Jihyo menjadi reda dan sayu bertandang di hujung nada suaranya. "Tapi aku cakap benda yang betul.."kata Rap Monster tapi Jihyo menggelengkan kepalanya tak mahu percaya. "Leave it to me. I will find way make them together."kata J-Hope sambil membawa Jihyo pergi.
Kelas mereka jadi lebih bising kerana perjumpaan tergempar antara lembaga pengarah kolej. Jihyo dan J-Hope balik ke rumah lebih awal kerana Jihyo tiada hati nak duduk lama2 di kolej tu. 'Masaalahnya ialah..dia suka kat kau..Dia lembut bila kau dekat dan kasar bila kau jauh.. dia suka kat kau..'kata2 Rap Monster terngiang2 di mindanya. Berkali2 Jihyo menafikan tapi semuanya sia2 kerana Jihyo sendiri tak tahu apakah perasaaan sebenarnya pada Haha. Beberapa hari lepas dia begitu bencikan Haha tapi kenapa lepas mendengar luahan dari Rap Monster mindanya bagaikan radio siaran ulangan mengulang kata2 Rap Monster tanpa henti.. Jihyo mengurung dirinya dalam bilik tanpa bersuara apa2.
J-Hope menceritakan peristiwa tadi pada Gary. Gary tersengih kerana nampaknya adiknya itu dah dilamun cinta. Gary dan J-Hope merancang sesuatu dan menghubungi Rap Monster kerana paling rapat dengan Haha. Rap Monster yang berada di apartment nya mengangguk mendengar setiap rancangan dengan teliti. Cuti musim luruh akan tiba dan itu adalah masa yang sebaik2nya untuk mereka melaksanakan rancangan tersebut. Buat sementara ni mereka akan buat tak kisah dan J-Hope terpaksa berlakon sebagai kekasih Jihyo ketika berdepan dengan Haha.
Terasa cepat saja masa berlalu hingga cuti musim luruh tiba baik Jihyo ataupun Haha tak perasan. Kedua2nya terganggu tumpuan ketika belajar dan saling mengelak bertemu sesama sendiri. Tambahan pula J-Hope sering berbual mesra dengan Jihyo bagaikan pasangan tengah hangat bercinta.. Rap Monster menghulurkan 2 keping tiket taman tema yang kebetulan di berikan oleh CL untuk dirinya dan Dara kawan kembarnya tu. Tapi oleh kerana Dara ada perjumpaan keluarga jadi tiket itu di hulurkan pada Haha dan menyuruh Haha untuk mengajak Jihyo keluar. Haha menolak tapi atas desakan Rap Monster menyuruh Haha meluahkan perasaan pada Jihyo buat kali terakhir. Sekurang2nya Haha tak menyesal untuk lepaskan Jihyo sebab Haha dah berusaha sehabis daya. Haha yang mendengar kata2 semangat dari Rap Monster tu terus bersetuju mengajak Jihyo keluar.
Jihyo terjatuh dari katilnya bila membaca mesej Haha mengajak pergi ke taman tema. Kelam kabut Jihyo mencari baju2 yang sesuai. Hampir setengah jam dia berdiri di depan almarinya mencari baju yang sesuai. "Jihyo ah~ turun sarapan.. Oh My god.. apa dah jadi dengan bilik kamu ni?"soal Gary bila melihat baju2 adiknya itu bersepah sana sini."oppa tolong Jihyo. Haha ajak keluar tapi Jihyo tak tahu nak pakai baju apa.."rayu Jihyo pada abang kandungnya itu. Gary mengukir senyum penuh makna. Setahu Gary, Jihyo bukanlah seorang yang kisahkan penampilannya di pandangan mata orang lain. Selama ini adiknya itu hanya mementingkan keselesaan peribadi saja. Gary memanggil J-Hope untuk membantu adiknya dalam fashion.
Jihyo nampak comel dengan memakai skirt dan blaus lengan panjang. Haha yang menanti di pintu masuk taman tema dengan penuh gelisah. Hatinya risau kalau Jihyo tak muncul dan banyak kali berputus asa untuk balik tapi masih cuba pujuk diri sendiri. Bila mellihat Jihyo datang dengan penampilan yang seperti diharapkan hati Haha berbunga2. "lambatnya kau.."rungut Haha sambil mengerutkan mukanya sedangkan hatinya gembira melihat Jihyo tetap datang walaupun lambat."Lebih baik aku datang daripada aku tak datang langsung tau."sindir Jihyo sambil mencebik sedangkan hatinya berdebar hanya tuhan saja tahu. Permainan pertama mereka main ialah langgar kereta. Jihyo teringin nak naik roller coaster. Haha ikut saja kehendak Jihyo walaupun dirinya gayat tinggi. Sepanjang menaiki roller coaster Haha dah pening dan pengsan. Jihyo terkejut dan risau bila Haha tak sedar diri di sebelahnya. "Woi!! Sedarlah!! Woi!!"Jerit Jihyo sambil menggoncang tubuh Haha. Jihyo mengeluarkan sebotol air mineral dan menyapukan pada muka Haha. Haha tersedar sambil terbatuk2. Jihyo tersandar lega. "Kalau kau tak boleh naik cakaplah. Jangan diam je.."marah Jihyo kerana Haha betul2 menakutkannya tadi. "Sorry.. aku memang nak cakap tapi sebab kau teringin sangat nak naik jadi aku diam je la."jawapan Haha membuatkan Jihyo rasa bersalah. Jihyo membawa Haha berehat di pondok yang terdekat. "Aku memang teringin nak naik. Tapi keselamatan kau lagi penting. Kau tau tak kau buat aku jantung aku nak berhenti tadi. Macam mana kalau kau mati nanti. Kau nak tengok frust menonggeng ke?"bebel Jihyo sambil menghulurkan bekalan makanan pada Haha. Jihyo tergamam dengan apa yang dia cakap tadi. Haha juga tersenyum. "Tapi kau dah ada J-Hope. Maklumlah.. dia kan bergaya. Cakap pun ala amerika.. eh.. Jihyo itu bukan boyfriend kau ke?"soal Haha sambil menunjuk J-Hope sedang menikmati makanan bersama seorang perempuan. "mana?"tanya Jihyo sambil mencari2 kelibat J-Hope yang ditunjuk Haha. Jihyo bangun dengan muka terkejut.
"CL?! Sejak bila kau dating dengan Hope?"soal Jihyo bila ternampak kawan baiknya itu makan berdua dengan J-Hope. "alamak kantoi.."bisik J-Hope sambil mengenyitkan matanya pada CL. "Baru lagi.. Kenapa? Kau tak suka ke?"soal CL sambil malu2 memandang Jihyo. "Apa pula aku tak suka. Aku lagi happy kalau korang gembira. Apa kata korang join kitorang."ajak Jihyo sambil di persetujui oleh Haha. "Bukan dia ni boyfriend kau ke?"soal Haha sambil berbisik.. Jihyo ketawa. "Memanglah dia boyfriend aku tapi bukan yang special. Lagipun boyfriend kan maksudnya kawan lelaki. Dia memang kawan lelaki aku. Hari tu aku saja je sebab bengang dengan kau. Ni aku nak tanya kau depan2.. Apa masalah kau selalu buat aku marah hah?! Baik kau jawab."marah jihyo melangkah mendekati Haha. Haha ketawa kecil sambil menapak ke belakang untuk melarikan diri tapi di halang oleh J-Hope.
Haha menarik nafas dalam2 untuk mengumpul keberaniannya. "Okay la. AKu jawab tapi baik kau dengar betul2 sebab aku cakp ni sekali je tau takde siaran ulangan.. SONG JIHYO! AKU SUKA KAT KAU. SUDI TAK JADI GIRLFRIEND AKU?"luah Haha dengan menggunakan semua keberanian yang dia ada. Jihyo ketawa sambil menepuk tangan. Jihyo memeluk Haha sambil membisikkan sesuatu. Dari riak wajah Haha yang ceria tu J-Hope dan CL boleh mengagak jawapan yang Jihyo berikan. Pada Jihyo cinta Haha itu cinta nakal kerana sering mengusik emosinya tanpa kira jauh atau dekat.
Dari sudut lain Rap Monster dan Gary membuat high five kerana berjaya menyatukan Jihyo dan Haha. J-Hope dan CL juga gembira melihat Badboy dan MongJi disatukan meskipun ada yang membantah kata mereka tak sesuai..
TAMAT
YOU ARE READING
Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️
FanficHimpunan ilham aq dalam membuat FF Running Man. Idea memang dah lama ada dan most story kat sini aq dah publish dalam Personal group ff aq. Aq tak tiru idea sape2. Sebab ada story yang aq publish kat sejak tahun 2014 lg. Aku tak paksa korang nak ko...