"Good Morning, everybody!" Sapa Jihyo dengan ramah pada semua rakan2 sekelasnya. Hampir semua pelajar di kelasnya itu membalas sapaannya kecuali seorang yang sedang melamun jauh pandang ke luar. "Hoi!! Morning!" sapa Jihyo sedikit kasar. Namun reaksi yang dia dapat bukanlah seperti yang diharapkan. Lelaki di depannya itu langsung tidak mengendahkan dirinya.
"Kau ni pekak ke? Aku kata Good Morning!" ucap Jihyo masih tak berputus asa meskipun lelaki tersebut buat tak kisah je dengan dia. "Morning, nenek kebayan."balasnya acuh tak acuh. "What? Nenek kebayan? kau ni memang dah lama hidupkan.. Kalau tak sakitkan hati aku tak boleh ke?" soal Jihyo sambil membuntangkan matanya dengan geram. "Yang kau tu nak bersapa dengan aku apahal? Ada aku suruh? Tolonglah kita bukannya rapat pun sampai nak bersapa bagai.." sindirinya mencebikkan bibirnya.
"Argh!!! Kang Heegun!! I Hate You!!" bentak Jihyo segera menuju ke mejanya dengan api kemarahan yang marak menyala. 'Menyesal aku tegur.. menyesal.. tengoklah!! aku takkan tegur kau dah!!'bisik hati Jihyo dengan penuh geram. Heegun sekadar memandang kelibat Jihyo dengan sekilas lalu sebelum menyambung semula pandang ke luar..
Satu sekolah tahu yang Jihyo dan Heegun macam langit dan bumi. Jihyo gadis yang peramah dan sentiasa mesra dengan sesiapa saja. Walaupun kadangkala sedikit kasar. Tapi Heegun pula berbeza personalitinya. Seorang yang dingin dan tak bergaul dengan perempuan. Kedua2nya boleh dikatakan antara yang cemerlang dan popular dikalangan pelajar2 lain. Seperti kisah tipikal yang lain.
Semestinya Peminat Heegun tak suka Jihyo mendekati Heegun. Mereka sanggup buat apa saja untuk menjauhkan Heegun dari Jihyo. Meskipun Heegun tak melayan mana2 perempuan termasuk Jihyo tapi kebimbangan peminat Heegun sangat dalam kerana takut andainya Jihyo berjaya memikat hati Heegun yang keras macam batu. Peminat Jihyo juga pelik dengan sikap Jihyo yang terlebih ramah dengan Heegun meskipun tak dipedulikan.
"Hei.. Jihyo. Aku tak pernah datang rumah kau. Apa kata hujung minggu ni kita ulangkaji kat rumah kau. Bolehkan?" cadang Park Sodam sambil memegang erat tangan Jihyo. "Err.. boleh.. eh.. ttak.. err.. macam mana nak cakap ye? Apa kata aku tanya family aku dulu macam mana." Jihyo membalas dengan gugup. Wajahnya mula berpeluh. 'Tak boleh.. Apa jua sekalipun aku tak boleh benarkan diorang datang kat rumah aku'bisik hati Jihyo. Mindanya ligat berfikir mencari alasan tertentu.
"Hah! Baru aku teringat.. Rumah aku penuhlah sebab family aku dari Pohang ngan Jeju datang. Diorang stay kat runah aku sampai krismas." kata Jihyo sambil menggaru kepalanya tak gatal. "Ye ke? Takpelah kalau macam tu. Apa kata kita ulangkaji kat rumah Sodam.. Kau pun join sekali kan Jihyo. Lagipun exam tak lama lagi." ajak Byul. "Sorry girls.. weekend ni aku ada tutor." balas Jihyo melepaskan keluhan berat. "Untung betul jadi orang kaya.. siap ada private tutor lagi." ucap Byul sambil memuncungkan mulutnya. "Janganlah cakap macam tu.. Yang kaya tu bapa aku bukannya aku.. aku kan sama je macam korang." pujuk Jihyo rasa bersalah pun ada.
"Aku gurau je lah. Tapi next week pastikan kau share apa yang kau study. Nanti boleh lah kita grade sama2." balas Byul sambil mencubit pipi Jihyo. Jihyo mengangguk dengan hati lega.
Jihyo menuju ke bumbung sekolah sambil perhati gelagat pelajar dari atas. "pandai kau menipu." ucap Heegun yang suaranya kedengaran sangat dekat kat telinga Jihyo.Heegun berdiri rapat di belakangnya hingga nafasnya pun boleh terasa. "Kau nak apa? Tepilah!!" balas Jihyo sambil berusaha melepaskan dirinya. Tangan sasa Heegun melingkat di bahunya. Pelukan itu erat tapi Jihyo tetap berusaha melepaskan diri. Wajahnya sudah merah dan hatinya rasa nak meletup dengan situasi tu.
"Stop being so friendly with me or else.." ugut Heegun dengan berbisik. Pelukannya di ketatkan hingga Jihyo rasa tercekik. Kemudian barulah Heegun berlalu. Jihyo menjeling kelibat Heegun dengan penuh benci. "Fine!! I will never talk to you.. Forever!?"kerit Jihyo dengan geram. 'Kenapalah kau benci sangat kat aku.'soalan itu memenuhi hati Jihyo hingga tak sedar matanya mengeluarkan mutiara jernih.
YOU ARE READING
Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️
FanfictionHimpunan ilham aq dalam membuat FF Running Man. Idea memang dah lama ada dan most story kat sini aq dah publish dalam Personal group ff aq. Aq tak tiru idea sape2. Sebab ada story yang aq publish kat sejak tahun 2014 lg. Aku tak paksa korang nak ko...