Matahari dah semakin tinggi. Orang yang ditunggu-tunggu masih juga tak tiba. Starbuck's Cafe semakin sesak dengan pengunjung. Ramai orang meminta untuk bersebelahan dengannya memandangkan yang lain agak penuh tapi nak buat macam mana tempahan itu khas untuk kawan-kawannya. Matanya dah berpuluh kali memandang Jam Swatch Baby-G melihat waktu. Air dah 2 cawan habis diminum. Kawan-kawannya masih juga tak menunjukkan diri. Tepat pukul 1 petang barulah muncul sorang demi sorang kawan-kawannya.
"Hai Lizzy dah lama tunggu?"soal Jongkok orang pertama yang menunjukkan muka. "Tak lah lama sangat. Agak-agak kalau tunggu kucing bertanduk tu sempat kot."sindir Lizzy sambil menjeling ke tempat lain. Jongkok menggaru kepalanya tak gatal. Setahu Jongkok dia datang seperti yang dimaklumkan. Tak lama lepas tu barulah muncul Jihyo, Sukjin, Jaesuk, Haha, Jongki, Gary, Kwangsoo, Dohee, Suga dan Shindong. Kesemua mereka memenuhkan tempat yang kosong dan berbual sesama sendiri seakan tiada perasaan bersalah pada Lizzy yang menunggu mereka sejak pukul 10 pagi lagi. "Wei!! Korang ni janji pukul berapa sekarang dah pukul berapa?"soal Lizzy sambil menunjukkan pada jamnya. Masing-masing memandang jam yang terhias cantik di dinding kedai. "Kau ni kenapa Lizzy? Kitorang semua datang tepat pada masanya. Janji pukul 1 kan. 1 la kitorang sampai takkan pukul 10 pagi pula."balas Haha sambil membetulkan hoodie yang dihadiahkan Suga beberapa bulan yang lepas. "Pukul 10 la.. aku tunggu korang dari pukul 10 lagi.. cuba check balik phone korang. Kan aku hantar pukul 10."arah Lizzy bagaikan ketua dan yang lain semua mengeluarkan handphone masing-masing. Suga ketawa sambil menunjukkan semula mesej yang Lizzy hantar semalam sebagai peringatan pertemuan mereka hari itu.
Korang jangan lupa datang kat Starbuck Cafe di simpang Cheongdamdong pukul 1. Jangan lambat!!
Yang lain turut menunjukkan mesej yang sama. Lizzy kembali check hpnya untuk memastikan mesej tersebut. 'Ish buat penat je aku datang awal2. Kalau tau tadi aku sambung tidur lagi bagus.'bisik hati Lizzy yang memang mata dah semakin berat. Lizzy mendiamkan diri bila sedar dia yang silap. Kawan-kawannya kembali menyambung berbincang tentang destinasi mereka seterusnya.
"Apa kata kita pergi kat hospital lama? Baru rasa seram sebab kat situ banyak roh tak aman."ajak Shindong tapi di tolak mentah-mentah oleh member lain sebab mereka mahukan adventure yang thrill. Kalau setakat Hospital, rumah atau sekolah lama. Idea tu dah lama basi jadi mereka merancang untuk menjelajah hutan yang tak pernah di kunjung oleh pelancong. Di daerah Haenam terdapat satu hutan yang dipanggil The Forbidden Jungle. Jadi mereka ingin mencuba nasib mereka untuk mencari adventure penuh thrill di situ. Lizzy hanya bersetuju tanpa berfikir panjang. Selepas semuanya dah siap makan ke semua mereka bergerak menuju ke sebuah kereta yang disewa khas untuk pengembaraan mereka itu. Lizzy, Dohee dan Jihyo duduk di tengah2 dan lelaki pula di belakang dan tempat duduk di sebelah pemandu. Jaesuk dan Jongkok akan bergilir-gilir memandu kerana perjalanan mereka memakan masa selama 10 jam. Mereka terus bertolak dalam pukul 2 tadi jadi sampai ke destinasi mungkin hari dah makin gelap..
"Korang nak dengar cerita seram tak? Kereta ni radio dah rosak jadi kita tak ada hiburan lain selain suara kita."kata Jongkok setelah berulangkali cuba memasang radio tapi gagal. "Boleh juga.. sape start dulu? Hyung dulu la."Gary tujukan pada Jongkok agar menceritakan sesuatu yang seram.
"Okey kisah ini kononnya terjadi kat suatu tempat yang berdekatan dengan tasik. Kat situ ada satu rumah anak-anak yatim yang dah usang. Anak-anak yatim yang ada di situ asalnya ada 20 orang tapi 10 mati kerana penyakit misteri dan kini tinggal lagi 10.. Kesemuanya perempuan.. Lucy, Alice, Irene, Emma, Jessy, Georgia, Hillary, Lidsay, Kathlyn dan Sara. Kesemua mereka di larang mendekati tasik ketika sorang-sorang. Tapi Jessy seorang yang sangat degil. Lagi dilarang lagi tu dia buat. Satu hari tu, bila semua orang dah masuk tidur. Jessy ni keluar senyap2 pergi ke tasik tu. Jessy ni nak tau apa yang ada kat tasik tu dan kenapa penjaga mereka melarang mereka ke situ sorang2.. Jessy merendamkan kakinya ke dalam tasik dari hujung mini jeti yang ada kat situ. Jessy memandang lama kat tasik tu tapi tak de apa yang muncul jadi Jessy nak balik dan akan heboh kan pada kawan-kawannya yang lain bahwa tasik tu selamat dan tiada apayang perlu ditakutkan.. Tapi baru beberapa tapak Jessy melangkah, kedengaran bunyi rantai berat di tarik dari tasik. Perlahan2 Jessy berpaling.. Hatinya berdebar-debar kerana badannya terus jadi sejuk semacam. Bulan pulak mengambang di iringi dengan bunyi burung hantu sahut menyahut. Jessy menelan air liurnya berulang kali kerana dia dapat nampak bayang dari pantulan cahaya bulan. Namun Jessy tak boleh nak berlari kerana kakinya terpaku di bumi dan tak mampu nak bergerak. Jessy dah menggigil seluruh badan. Matanya memandang rupa benda yang keluar dari tasik itu. Jessy nampak ianya seorang atuk yang dah hancur separuh mukanya. Seluruh badannya bersisik hijau dan matanya bagaikan mata sesumpah yang berwarna merah. Benda itu mengheret rantai yang terikat di kakinya bersama bola besi. Di tangannya terdapat sebilah kapak yang masih tajam matanya.. Jessy menggigil ketakutan. Mulutnya terkunci.. Lambat-lambat benda tu menghampiri Jessy. Sekali hayun je badan Jessy yang berusia 18 tahun tu hancur terbelah dua.. mayatnya di campak ke dalam tasik untuk jadi makanan 'anak2'nya yang sebenarnya mayat2 anak2 yatim yang hilang dan mati kerana penyakit misteri itu. Roh mereka bersemadi di tasik tersebut dan kini 'anak'nya itu bertambah lagi satu. Penjaga yang ternampak kejadian itu segera mengunci semua pintu yang ada dan tingkap yang lain. Keesokannya semua budak2 tu tanya mana Jessy. Penjaga hanya mendiamkan diri. Malam tu pula penjaga dan pemilik rumah anak yatim tersebut tidur bersama anak2 yatim yang tinggal. Mereka berpesan sekiranya dengar bunyi apa-apa jangan sesekali bukakan mata.. Kalau tak mereka semua terima padah. Jadi semua orang menurut je arahan penjaga dan pemilik tersebut.. Tepat pukul 12 malam bulan mengambang ditutup awan, malam menjadi suram. Kedengaran serigala menyalak dari atas gunung..
Tiba-tiba pintu utama di ketuk2 berulangkali. Tapi tiada siapa yang berani membuka mata kerana takut. Sayup-sayup kedengaran suara nyaring Jessy memanggil satu per satu kawan baiknya untuk membuka pintu. Emma yang paling rapat laju membuka mata sebaik saja mendengar suara Jessy. Ketukan terhenti angin kuat menderu masuk hinggakan semua tingkap dan pintu terbuka. Bila bulan menjadi suram, penghuni tasik akan mengganggu mereka yang masih hidup secara bertubi. Itu lah yang jadi sebaik saja Emma membuka matanya. Di depan mata Emma, dia nampak satu per satu roh kawan2nya untuk mendera dan membunuh penghuni, pemilik dan kawan2 yang masih hidup. Emma mencari Jessy di seluruh rumah dan ternampak Jessy sedang makan daging mentah dari peti ais. Bila Emma menegur Jessy terus menerkam Emma dan membunuhnya. Darah yang mengalir menjadi minuman mereka dan rumah tersebut di biarkan macam tu tanpa apa-apa berita.. Kematian setiap penghuni itu masih lagi dalam siasatan dan kononnya kini mereka nak tutup kes itu kerana bukti yang mereka dapat semuanya tak boleh diterima akal.. tu je." Jongkok dah bersedia nak bertukar tempat dengan Jaesuk untuk memandu.
Suga, Gary dan Haha cuba nak kejutkan Lizzy, Jihyo dan Dohee tapi sayangnya Lizzy dah hanyut dalam lena yang tak berkesudahan. Jaesuk yang baru saja duduk disebelah pemandu terus merebahkan kerusinya dan tidur.
Jongkok singgah ke kawasan rehat yang berdekatan untuk mengalas perut mereka setelah beberapa jam berjalan. Mereka semua menuju ke salah satu kedai makan disitu. Sementara menunggu pesanan mereka sampai.
"Okey saya pun ada juga kisah nak kongsi..
Benda ni jadi masa hari Halloween. Ada sebuah keluarga ini terlalu miskin untuk meraikannya jadi mereka terperap dalam rumah saja. Keluarga itu hanya 3 beranak. Ibu, kakak dan adik lelaki. Mary iaitu ibu mereka sering bekerja hingga lewat malam. Tinggal Suzy dan Eddy je dirumah. Satu hari 2 beradik ni keluar ketika hari Halloween jadi sana-sini budak-budak ataupun orang dewasa memakai pakaian dan topeng yang menyeramkan. Eddy teringin nak meraikannya juga jadi mereka pulang ke rumah dan mengambil kain lusuh yang terletak di dalam stor. Sebaik saja kain itu ditarik kelihatan sebuah kotak yang terukir cantik berdebu. Eddy dah membawa kain itu keluar dan mengguntingnya menjadikan kostum untuk Halloween. Eddy keluar rumah sendiri dan meninggalkan kakaknya dirumah. Suzy mengambil kotak tersebut. Di tiup debu yang ada di atasnya itu sekuat hati. Sebaik saja meniup debu itu seakan membentuk muka menyeramkan seketika sebelum hilang ditiup angin. Suzy terkejut terlepas kotak itu menyebabkan kotak tersebut terbuka. Isi kotak itu hanya lah satu patung voodoo dan juga benang merah. Suzy ingatkan itu hanyalah mainan jadi patung Voodoo dan benang merah itu diambil dan dibawa ke biliknya. Suzy ke bilik ibunya dan mengambil sikat dimana rambut ibu mereka terselit di situ. Suzy mengambil rambut tersebut dan mencamtumkannya dengan patung voodoo diikat dengan benang merah.
Suzy membawa patung itu keluar dan tunjukkan pada Eddy. Eddy ketawakan permainan kakaknya itu jadi mengambil paku berkarat yang ada dalam bakul candy nya itu dicucuk pada patung tersebut. Suzy marah tapi bila tengok patung tersebut tidak cedera jadi Suzy juga mencucuk patung tersebut berulang kali.. 10 minit lepas mereka bermain, sebuah ambulan muncul di depan rumah mereka dan mengajak mereka ke hospital segera. Suzy menyimpan patung tersebut ke dalam begnya dan mengikut ambulan itu ke hospital. Ibu mereka masih dalam wad ICU kerana mengalami kecederaan parah ditimpa oleh kaca. Suzy tergamam dan menyangka itu hanya satu kebetulan. Suzy mengeluarkan patungnya itu dan mencucuknya lagi bagi menenangkan hati ibunya yang sedang sakit. Harold merupakan kawan sekerja Mary ibu mereka itu terkejut. Setelah ditanya rambut siapa yang dijadikan rambut patung tu. Suzy dengan selamba kata milik ibunya. Harold nak ambil patung tersebut tiba-tiba Suzy menolak badan Harold menyebabkan kawan ibunya itu terpelanting jauh. Suzy berlari meninggalkan kawasan hospital dan menuju ke taman yang berdekatan. Suzy bermain dengan patungnya Eddy pula masih setia menunggu diluar ICU. Suzy mengambil minyak petrol yang tersadai di tepi buaian tersebut dan menyimbahnya pada patung tersebut. Suzy tak mampu nak lawan badannya yang bergerak sendiri. Muncul bebola api yang berterbangan dan salah satunya jatuh pada patung tersebut. Suzy ketawa mengilai memecahkan hening malam. Tak lama kemudian Suzy rebah tak sedarkan diri. Pihak hospital menahannya ke dalam wad. Sebaik saja Suzy bangun keesokan paginya ibu mereka di dapati rentung terbakar secara tiba-tiba sedangkan pembedahan mereka terhadap ibu mereka dah berjaya. Suzy menangis kerana seakan tahu yang itu adalah salahnya. Tamat.."kata Suga membuatkan yang lain menghabiskan minuman mereka sebelum makan pesanan mereka yang dah 5 minit sampai.
"anak-anak ni semua dari mana dan nak ke mana?"soal pemilik kedai tersebut.
"Kami dari Seoul pakcik dan kami ingin ke Forbidden Jungle."Jaesuk menjawab dengan ramah. Namun jawapan Jaesuk itu membuatkan pelanggan yang lain segera menghabiskan hidangan dan beredar dari situ. "Tempat tu bukan tempat bermain. Itu tempat larangan nak.. pakcik nasihatkan janganlah kesana. Sesiapa yang masuk tempat tu tak pernah keluar dengan selamat dan kamu takkan jumpa jalan keluar."kata pemilik kedai itu bersungguh-sungguh. "Terima kasih la pakcik. Saya dan kawan2 saya pandai jaga diri dan kami membawa peralatan yang cukup. Lagipun kami semua ni dari kelab Judo di kolej.. Kami pergi dulu pakcik, terima kasih makanannya."balas Jongkok bila semua dah selesai makan. "Kalau macam tu ingat pesanan pakcik ni betul2.. Jangan sesekali berdarah kerana hutan itu hutan bernyawa. Dah banyak jiwa yang dia makan."pesan pakcik itu sambil menggeleng melihat kedegilan budak-budak remaja.
"Apalah pakcik tu. Hutan makan jiwa.. mengarut betul.."kutuk Haha sambil masuk ke dalam kereta.
"Macam mana apa yang pakcik tu cakap betul? Bahaya lah.."Lizzy mula ragu2 dengan destinasi mereka itu. Dohee dan Jihyo menepuk bahunya tanda semuanya akan baik-baik je.
"relax lah. inilah adventure yang kita nanti2kan banyak sikit pengalaman."giliran Sukjin taknak dianggap lemah oleh yang lain.
Hari dah malam, burung hantu dah berjaga dan bulan pula separuh mengambang.Destinasi mereka dah sampai dan mereka dah bersiap sedia untuk masuk ke hutan tersebut. "Woi!! korang jangan lupa pesan pakcik tadi.. Jangan berdarah kalau tak diri sendiri yang padah."tegas Jongkok dan Jaesuk bagi amaran dan peringatan. Kwangsoo dan Haha membuat mimik muka kerana berjalan paling belakang. Kebetulan pula ketika masuk ke dalam hutan tu Kwangsoo terpegang pokok duri yang tajam menyebabkan tangannya terluka. Sepanjang menuju ke tapak berkhemah darah Kwangsoo menitik. Tapi bila di lihat semula ke belakang setiap titisan darah itu hilang tanpa sebarang kesan. Kwangsoo membalut tangannya dengan first aid kit yang di bawa oleh Dohee..
"Okey guys.. first sekali kita bahagi tugas untuk hari esok. Lelaki cari kayu api dan air dan perempuan pula kena masak."Sukjin membahagikan tugas dan semuanya menerima dengan hati terbuka.Suga dan Jaesuk mencari kayu api untuk unggun api malam. Haha dan Sukjin mencari kayu api untuk masak. Gary dan Jongki pula mengambil bahan2 mentah yang terletak dalam bonet kereta. Jongkok dan Kwangsoo mengambil air dalam bekas yang besar.
Di sungai itu Kwangsoo mengambil air dan ternampak pantulan bayang orang lain berdiri dibelakangnya membuatkan Kwangsoo berpaling kerana menyangkakan Jongkok yang berdiri tapi bila tengok Jongkok dah kembali ke khemah meninggalkan Kwangsoo bersendirian di situ. Kwangsoo ditarik ke dalam sungai. Nafasnya semakin berat dan putus begitu saja tanpa sesiapa pun menolongnya. Dohee dan Shindong yang menyediakan bahan2 sebelum menyerahkan pada Jihyo dan Lizzy untuk masak. Dohee terlepas bahan mentah yang dibawanya menyebabkan semuanya kotor dan perlu dibasuh semula. Dohee seakan ternampak bayangan Kwangsoo dalam bahaya. Dohee meninggalkan bahan2nya itu dan bertanya pada Jongkok mana Kwangsoo dengan cemas.. Jongkok kata Kwangsoo masih lagi berada di sungai dan akan balik sebentar lagi. Jadi Jongkok menyuruh Dohee jangan risau. Dohee tak puas hati lalu menuju ke sungai untuk mencari Kwangsoo. Shindong dan Gary mengekori Dohee untuk mencari Kwangsoo. Di sungai itu tiada bayang Kwangsoo dan kerana awan menutup bulan jadi pandangan mereka juga semakin suram. Dohee tetap ke tepi sungai dan ternampak bekas air milik Kwangsoo tapi pemiliknya tak ada. Gary yang mengekori secara senyap memegang bahu Dohee membuatkan gadis itu terkejut dan terjatuh ke dalam sungai. Nasibnya baik tiada luka hanya lebam kerana kakinya terseliuh. Setelah yakin Kwangsoo tiada di situ. Mereka bertiga balik dan Shindong mengangkat Dohee balik ke khemah mereka. Semua orang balik dan meneruskan tugas yang diberi. Haha dan Sukjin yang dah carikan kayu api segera berehat dalam khemah kerana mereka takut nak keluar. Sukjin dah lama dibuai lena sedangkan Haha masih membelek barang2 miliknya dan memikirkan sesuatu. Di luar khemah semua orang berkumpul duduk diunggun api sambil menikmati makan tengah malam. Sesekali kedengaran suara yang lain menyanyi. Khemah Haha dibuka seseorang dan Haha ingatkan itu Kwangsoo tapi dari dalam khemah bayang yang membuka khemah itu takde orang dari luar jadi macam mana khemah tu boleh dibuka. Haha panik dan menarik balik zip khemah itu turun. Sukjin terjaga namun tidur semula.
Ketika semua orang dah dibuai mimpi. Haha ditikam dari luar khemahnya membuatkan Haha rebah dan tak mampu nak melawan. Badan Haha diheret ke tengah hutan. Haha yang kesakitan ditikam di bahagian bahu memandang bayangan suram didepannya..
"Kwangsoo?"panggil Haha bila nampak Kwangsoo didepannya tapi matanya berubah merah kehitaman. Tangannya terdapat pisau rambo yang sering dibawa kemana saja. Perlahan-lahan Kwangsoo menapak mendekati Haha. Haha yang menahan darahnya dari berhenti mengalir berusaha untuk berundur. "Kwangsoo!! Ini hyunglah.. Jangan!!!!!"jerit Haha sekuat hati bila Kwangsoo dah menikam dan merobek lehernya. Banyak darah tumpah ke tanah dan darah itu hilang sekelip mata.
Keesokan harinya, Jihyo, Dohee dan Lizzy menuju ke sungai untuk mandi. Sementara lelaki pula menyediakan sarapan untuk semua orang. Ketika sedang mandi Dohee tidak bersuara langsung. Sedangkan Jiyo dan Lizzy dah bergurau sesama sendiri. Angin bayu pagi meniup lembut arah mereka. Selesai saja mandi mereka menukar pakaian..
"Dohee kamu kenapa tak bersuara pun dari tadi. Kamu tak seronok ke datang sini?"soal Jihyo sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. "Eonni tak rasa ke tempat ni macam ada yang tak kena? Semalam saya mimpi Haha dan Kwangsoo oppa dah mati."sebaik saja mendengar kata-kata Dohee membuatkan Jihyo dan Lizzy terdiam. "eonni pun dapat mimpi yang sama. Mimpi tu sangat menakutkan. Jomlah kita ajak semua orang keluar dari hutan ni."kata Lizzy sambil membalut badannya dengan tuala kerana terlalu sejuk. "Hey relax lah.. Mimpikan hanya mainan tidur.. Jom kita balik khemah. Eonni dah lapar ni.. Jom."ajak Jihyo dan bergerak ke khemah diikuti oleh Lizzy dan Dohee. Ketika di khemah semuanya dah sedia. Mereka sakan berbual sambil makan. "mana Haha dan Kwangsoo?"soal Jaesuk dan Sukjin bila mereka memerhati sekeliling baru perasa kewujudan Haha dan Kwangsoo dikalangan mereka tiada. "Diorangkan kembar suka berkepit dua. Biarlah.. Lagipun diorang pandai jaga diri."kata Jongkok dengan acuh tak acuh. Lizzy dan Dohee rasa tak sedap hati.
"Apa kata kita cari mereka. Saya takut diorang dah mati.."kata-kata Lizzy itu membuatkan semua orang terdiam. "Jangan mengarut boleh tak Lizzy. Mimpi tu cuma mainan tidur je."marah Jihyo membuatkan semua orang memandang Lizzy. "Mimpi? Mimpi apa?"soal yang lain seakan menyembunyikan sesuatu. "Takkanlah korang mimpi Haha dan Kwangsoo dah mati?!"teka Gary membuatkan yang lain terkejut terutama Lizzy, Dohee dan Jihyo. "Macam mana oppa tahu?"soal Dohee yang duduk bersebelahan dengan Suga. "Hyung.. saya ingatkan saya sorang je yang mimpi macam tu jadi saya tak berani lah nak ceritakan kat sesape."kata Gary dengan perasaan yang sukar digambarkan. "Saya pun mimpi benda yang sama."Suga juga mengangkat tangannya begitu juga dengan yang lain. Jihyo hairan mustahil satu mimpi boleh dialami oleh 10 orang secara serentak. "Eonni ini bukan lagi mainan tidur tapi satu petunjuk supaya kita keluar dari sini."kata Lizzy namun baik Jihyo dan kawan2 lelaki menggelengkan kepala mereka. "Kita baru sampai sehari kat sini. Takkan nak balik pulak. Adventure pun belum mula lagi. Kalau macam tu apa kata kita cari Kwangsoo dan Haha untuk buktikan sebenarnya hutan ni tiada apa-apa."cadang Shindong dan kali ni cadangannya diterima. Mereka berpecah kepada 2 kumpulan untuk cari Haha dan Kwangsoo.
Gary, Shindong, Jaesuk, Lizzy, Jongkok satu kumpulan dan Suga, Jihyo, Sukjin, Dohee dan Jongki satu kumpulan..Mereka mula mencari.. Hutan bergema dengan suara mereka memanggil nama Haha dan Kwangsoo. Mereka berjalan tanpa sedar mereka dah jauh ke dalam hutan tebal demi mencari Haha dan Kwangsoo.. Dari pagi hinggalah ke petang. Bayang Haha ataupun Kwangsoo masih tak jumpa. Kumpulan Jihyo berpatah balik ke khemah namun mereka seakan tidak bergerak kemana-mana walaupun dah jauh berjalan. Ketika mereka mencuba lagi barulah sampai ke khemah dan kelihatan Haha sedang membelakangi mereka. "Tengok betul tak aku cakap? Budak ni hidup lagi."kata Jihyo laju je menghampiri Haha sedangkan
yang lain berundur ke belakang kerana mereka boleh nampak darah yang dah kering ditangan Haha. "Eonni jangan dekat dengan dia! Eonnie.."panggil Dohee tapi tak dihiraukan oleh Jihyo.
"Yah~ Donghoon ah.. kamu ni memang melampau menghilangkan diri buat orang lain penat mencari je.."kata-kata Jihyo terhenti sebaik saja Haha berpaling memandangnya. Kulitnya dah pucat tidak berdarah, lehernya rabak dan berdarah. Matanya memandang Jihyo dengan pandangan yang sukar ditafsir. Sukjin, Suga dan Dohee melarikan diri dan mengajak Jongki sekali tapi Jongki nak selamatkan Jihyo. Di tangan Haha ada sebatang kayu yang berpaku.
"Haha kamu buat apa ni.. Ini nuna lah!!"Jihyo mula ketakutan dan sebelum Haha menghayunkan kayu tersebut. Jongki terlebih dulu membaling kapak untuk potong kayu api itu pada Haha. Kapak itu terkena pada bahunya dan membuatkan Haha bertukar sasaran. Kapak itu dicabut seakan tidak meninggalkan kesan kepadanya. Haha menapak menghampiri Jongki. Jihyo mencapai kayu yang ada disitu dan memukul kepala Haha berulang kali sehinggalah temannya itu rebah tak bergerak lagi. Jihyo menarik tangan Jongki mengikut Suga, Sukjin dan Dohee yang dah jauh melarikan diri.
Jongkok menghalang sinaran matahari menggunakan tangannya. Hatinya dah panas kerana tak jumpa orang yang dicari. Namun baik Jaesuk dan yang lain masih tak mahu mengalah sedangkan Jongkok dah menyerah dan berpatah balik ke khemah. Walaupun banyak kali di tegah. Jongkok tetap pergi. Jaesuk, Lizzy, Gary dan Shindong meneruskan pencarian mereka. Seketika mereka tersentak kerana mendengar jeritan Jihyo dan Dohee. Mereka segera berlari mendapatkan kumpulan yang lain. Sementara Jongkok mengomel marahkan Kwangsoo dan Haha yang hilang tanpa bagitau sesiapa. Jongkok tersadung batu menyebabkan dirinya jatuh tersembam. Hatinya lagi bertambah angin. Jongkok bangun dan mengibas bajunya yang kotor.
Tiba-tiba Kwangsoo menghampiri Jongkok sambil mengheret rantai besi yang berat. Jongkok ketawa tengok Kwangsoo yang keding tu cuba angkat benda berat macam tu. Tapi Kwangsoo tidak memberikan sebarang reaksi sebaliknya meneruskan langkahnya menghampiri Jongkok. "Aku tak takut la.. Kau try la buat macam tu teruk kau aku kerjakan."ugut Jongkok seperti biasa. Selalunya selepas dengar ugutan macam tu Kwangsoo akan ketawa dan minta maaf. Tapi kali ini badan Kwangsoo yang disangka bernyawa itu terus bergerak. Angin bertiup kencang menyebabkan pasir masuk ke dalam mata Jongkok. Bila Jongkok sedang menggosok matanya itu Kwangsoo menghayunkan rantai besi itu sekuat tenaganya dan kena pada badan Jongkok menyebabkan Jongkok jatuh sekali lagi. Sebaik saja Jongkok rebah matanya baru boleh dibuka perlahan2 namun semuanya terlambat kerana Kwangsoo memukul kepala dan badan Jongkok dengan rantai besi berulang kali.. Senja semakin berlabuh setelah pasti sasarannya dah tak bergerak lagi. Kwangsoo pun beredar pergi..
"Kenapa korang jerit?"soal Jaesuk pada kumpulan Jihyo. Jihyo menunjukkan pada Sukjin yang berlawan dengan Haha. Jaesuk nak membantu tapi dihalang oleh Jihyo kerana diorang yakin Haha tu dah tak bernyawa. Suga segera menarik Sukjin dari terus diserang Haha. Lizzy yang melihat dah menangis dan memujuk mereka semua untuk keluar dari hutan itu segera. Akhirnya semua orang segera kembali ke khemah untuk mengambil barang masing2. Namun mereka tak boleh terus pergi kerana kunci kereta ada pada Jongkok. Sekali lagi mereka berpecah mencari Jongkok. Puas mereka mencari hingga ke malam tapi tak jumpa Jongkok. Mereka terpaksa kembali ke khemah menanti hari siang barulah selamat untuk keluar hutan. Tapi mereka tak sedar ada yang memerhatikan mereka dengan pandangan menakutkan. Khemah ini dah dikepung oleh 'kawan' mereka yang lain.
Jihyo, Dohee dan Lizzy berpelukan sesama sendiri dan berjaga-jaga. Mata mereka tak boleh nak lelap kerana terlalu takut..
"Aku ngantuk la.."kata Sukjin yang kelihatan semakin pucat kerana kehilangan banyak darah. Shindong membalut luka tersebut dengan first aid kit yang ada. "Hyung kalau mengantuk.. tidurlah.."kata Shindong setelah selesai merawat Sukjin. Sukjin mengukir senyuman dalam lemah. "Kalau.. aku jadi salah sorang macam Haha. Aku.. nak.. korang bunuh aku masa tu juga.. jebal.."lambat-lambat Sukjin bersuara dari nadanya Sukjin sangat lemah. Matanya semakin layu. Bersandar di bahu Shindong sambil diperhatikan yang lain. "Kamu jangan nak merepek la.. Kamu dah selamat dengan kami."balas Jongki sambil memerhatikan Sukjin dah terlena.
Tiba-tiba sekali lagi mereka terkejut dengan jeritan ahli perempuan mereka. Segera mereka keluar. Lizzy dan Jihyo ditarik oleh Jongkok dan Kwangsoo. Jeritan mereka berpanjangan. Jaesuk yang melihat sendiri muka Jongkok yang berdarah teruk tergamam. Jaesuk minta Shindong dan Jongki tinggal dikhemah untuk jagakan Sukjin. Sementara mereka mengejar Kwangsoo dan Jongkok. Dohee yang masih dalam khemah menangis ketakutan. Dohee berlari ke khemah dimana Sukjin, Shindong dan Jongki berada. Perlahan-lahan Dohee memegang tangan Sukjin dan seakan ternampak bayangan Sukjin juga akan menjadi seperti Jongkok dan yang lain. Dohee berundur ke belakang.. Duduk di sudut khemah sambil memegang lampu suluh untuk pertahankan diri bila sesuatu terjadi nanti.
"Kwangsoo!!! Jongkok!! Lepaskan diorang!!"jerit Jaesuk dan Suga kerana kesian tengok Jihyo dan Lizzy ditarik tanpa rasa belas kasihan. Semakin jauh Jongkok dan Kwangsoo semakin parah badan Jihyo dan Lizzy kena batu2 dan duri2 liar. Tiba-tiba Haha muncul menghalang jalan mereka dari mengejar Jongkok dan Kwangsoo. Baik Suga ataupun Jaesuk mereka taknak mengalah. Gary mengikut jalan lain untuk mengejar mereka. Pergerakan Kwangsoo dan Jongkok tadi yang dirasakan lambat kini laju sepantas kilat. Gary mengejar selagi terdaya. Ketika berada ditengah hutan. Jihyo dan Lizzy di gantungkan ke atas pokok. Tali yang menggantung itu mengikat kaki mereka. Gary kelam kabut menyelamatkan Lizzy dan Jihyo. Tapi bukanlah semudah yang dijangka. Oleh kerana mereka digantung kepala ke bawah dan dibawahnya terdapat sebiji batu yang sangat besar. Jadi nak selamatkan 2 orang sekali gus bukan mudah. Gary memandang tali yang diikat ke pokok itu disatukan.. Gary tau dia perlu lakukannya dengan pantas. Tapi ketika tengah berfikir Jongkok sudah berada didepannya. Jongkok mencekik leher Gary membuatkan Gary terkapai2 melawan. Gary cuba untuk mematahkan serangan Jongkok tapi sia-sia. Ternyata bila tubuh badan yang dah dirasuk kekuatannya juga berganda. Jongkok menghumban Gary ke batu besar tadi. Kepala Gary dah luka tapi masih mampu bertahan. Gary bangun dan membuka langkah untuk melawan.
"Haha!! Sedarlah.. Ini kami kawan2 kamu. Haha!!"jerit Suga yang tinggal berdua Jaesuk selepas Gary kejar JOngkok dan Kwangsoo. Haha mengheret kapak dan kepak itu mengeluarkan bunyi yang sangat membingitkan telinga. Haha menghampiri mereka yang bersedia untuk melawan tapi hati mereka ragu2. Tiba-tiba satu das tembakan tepat di kepala Haha menyebabkan Haha rebah dan tidak bergerak lagi. Jaesuk dan Suga terkejut dan memandang penembak tersebut.. Seorang pemuda yang hanya memaki singlet hitam dan berseluar askar menghampiri mereka. Penutup mukanya ditanggalkan menyebabkan Suga dan Jaesuk menarik nafas lega. "Youngguk kan?? Dari kumpulan B.A.P yang kononnya hilang tahun lepas. Apa dah jadi? Macam mana kamu boleh ada kat sini?"soal Jaesuk bertubi2. Sememangnya mereka sangat familiar dengan Youngguk yang merupakan leader idol B.A.P.. Youngguk menunduk hormat. Jaesuk adalah seniornya dalam bidang hiburan.. Suga pula juniornya dari idol berkumpulan iaitu BTS. "Panjang ceritanya hyung.. Siapa lagi ada kat sini? Hyung maafkan saya.."soal Youngguk yang sempat minta maaf pada mayat Haha yang juga seniornya dalam bidang yang sama.
"Apa dah jadi kat hutan ni? Kenapa satu-satu kawan kita jadi macam Haha? Kenapa?"soal Suga yang masih rasa sakit hati bila tengok Haha rebah. Youngguk menghela nafasnya.. "Takpelah.. Sekarang ni baik kita selamatkan Jihyo dan Lizzy dulu. Kalau tak salah diorang ikut jalan tu tadi."kata Jaesuk menunjuk arah dimana Jongkok dan Kwangsoo bawa mereka. Youngguk mengangguk. Ketiga-tiga mereka terpaksa pergi walaupun berat hati nak tinggalkan mayat Haha disitu.
Di Khemah, Jongki dan Shindong dah berdiri melindungi Dohee. Sukjin pula mencapai apa saja yang ada di depannya dan menghampiri ketiga-tiga juniornya itu. Bila tengok Sukjin juga dah menjadi salah sorang dari 'mereka'. Jongki, Dohee dan Shindong berlari selamatkan diri.. Mereka berada diluar khemah dan menutup zip khemah Sukjin. Zip khemah dibuka perlahan-lahan menyebabkan ketiga-tiga mereka menapak ke belakang. Ketika bahu mereka dipegang seseorang mereka terkejut dan berpaling. Terdapat 3 pemuda berpakaian sama seperti Youngguk dan masing-masing memiliki selaras senapang. Sebaik saja topeng yang mereka pakai di tanggalkan barulah Dohee, Jongki dan Shindong mengukir senyuman. Mereka ialah idol B.A.P iaitu Himchan, Jongup dan Zelo. Sukjin yang keluar dari khemah menyerang Dohee. Namun sempat diselamatkan kerana Zelo menembak tepat di kepala Sukjin menyebabkan Dohee menjerit nyaring..
Jeritan nyaring Dohee bergema ke seluruh hutan membuatkan Jihyo dan Lizzy tersedar dari pengsan. Sebaik saja mata terbuka, Jihyo nampak Gary sudah tak berdaya melawan Jongkok. Tiba-tiba satu tembakan dikenakan pada Jongkok. Jongkok rebah dan tak bergerak. Gary yang luka teruk itu dipapah oleh Youngguk yang datang bersama Suga dan Jaesuk.. Setelah meletakkan Gary ketepi Suga dan Youngguk bersedia untuk menyambut Jihyo dan Lizzy. Manakala Jaesuk pula memotong tali yang mengikat diorang. Kwangsoo cuba menyerang Youngguk tapi Gary terlebih dulu menghalang menyebabkan hayunan bersi itu kena tepat pada kepalanya dan Gary rebah tak bernyawa. Jihyo dan Lizzy menjerit dan menangis. Youngguk segera menembak Kwangsoo pada bahu menyebabkan Kwangsoo terduduk seketika. Kemudian bangkit lagi dan menapak ke arah mereka. Youngguk menembak kepala Kwangsoo kerana itu saja jalan untuk musnahkan 'mereka'.
Youngguk membawa mereka ke sebuah rumah yang lama dekat kawasan berdekatan. Sebaik saja sampai disana Dohee, Shindong dan Jongki juga dah sampai. "Macam mana korang boleh ada kat sini?"soal Jaesuk sambil meninjau2 kawasan sekeliling. "Macam mana ada rumah kat tengah hutan macam ni? Tak bahaya ke tinggal kat dalam hutan bernyawa ni?"giliran Shindong kerana memandang rumah tersebut yang kelihatan sangat usang. Youngguk hanya ketawa dan mengajak mereka masuk ke dalam. Rupanya idol B.A.P semuanya masih selamat hanya terkurung dalam hutan dan tiada jalan balik. Setelah semua orang berkumpul di ruang tamu. Himchan dan Youngguk memeriksa seluruh rumah memastikan semua pintu dan tingkap berkunci untuk keselamatan mereka.
Daehyun dan Youngjae pula masak dengan bahan yang sedia ada dan Zelo pula menceritakan bagaimana mereka semua tersadai di Forbidden Jungle selama ni. Menurut Zelo, tempat tu dulu dipanggil Haenam Jungle jadi pihak krew syarikat mereka menjadikan tempat itu untuk latihan fizikal mereka. Sayangnya satu per satu dari ahli krew bertukar menjadi salah sorang dari 'mereka' apabila darah mereka menitis didalam hutan tersebut. Hutan itu menjadi hutan bernyawa bila menjadikan orang yang tumpah darah sebagai boneka semangat hutan. Tiada cara lain untuk selamat melainkan menembak kepala mereka ataupun membakar. Tapi selepas semua krew mereka mati idol B.A.P tak dapat keluar dari hutan tersebut kerana dihalang oleh sesuatu yang tak boleh di lihat dengan mata kasar. Suga yang teringat sesuatu ingin keluar tapi membatalkan niatnya kerana menunggu hari siang baru la dia ada keberanian. Selalunya mereka diserang ketika petang hingga malam.
Lizzy, Jihyo dan Dohee berehat dalam bilik. Manakala lelaki pula separuh berjaga dan separuh lagi berehat. B.A.P idol berjaga dulu dan selepas itu barulah senior mereka mengambil alih. Setiap 3 jam mereka akan tukar giliran. Ketika pukul 4 pagi, tanpa sedar semua orang terlena dan tiada yang berjaga. Tak jauh dari rumah tersebut kelihatan bayang seseorang memerhati dengan pandangan tajam. Kemudian hilang sekelip mata diiringi dengan angin bayu..
Lizzy membuka matanya dan mendapati dirinya berada didalam biliknya sendiri di Seoul. Bukan lagi dalam hutan yang menakutka. Lizzy mencubit dirinya berulangkali dan yakin itu semua hanya mimpi. "Lizzy!! Kamu buat apa ni?? Cepat lah.. Latihan untuk comeback dah mula. Nanti kena denda lagi."panggil UEE salah seorang member After School. Lizzy memandang jam locengnya dan mengukir senyuman gembira.. Lizzy bersiap namun dalam masa yang sama hatinya rasa tak selesa. Pintu biliknya yang terbuka sejak tadi tertutup tiba-tiba membuatkan Lizzy terkejut. Sebaik saja siap, Lizzy melangkah keluar namun Uee yang tadi memanggilnya dah pergi. Lizzy memakai kasutnya dan melangkah keluar rumah.. Lizzy menyapa pengawal keselamatan dorm mereka. Namun pandangan pengawal tersebut sangat tajam dan langsung tidak mengukir senyuman padanya. Lizzy terus melangkah ke tempat latihan yang hanya 500 meter dari dorm mereka. Anehnya dah hampir 1 jam Lizzy berjalan. Tempat berlatih itu seakan semakin jauh. Lizzy duduk ditepi jalan seketika dan menyangka mungkin kerana dia pening jadi pandangannya sekejap2 gelap dan terang.
Youngjae yang baru keluar dari tandas perasa pintu rumah itu terbuka. Youngjae yakin mustahil ada orang dari luar boleh masuk melainkan ada yang keluar. Youngjae menutup pintu namun sebaik saja pintu itu dikunci muncul Gary yang dah menjadi salah sorang dari 'boneka' hutan meluru cuba untuk masuk. Young Jae menjerit kerana terkejut membuatkan lelaki yang tidur diruang tamu terjaga. Mata mereka digosokkan memandang YoungJae masih terpaku didepan pintu. Bila mereka melihat pintu itu tiada siapa pun diluar..
Lizzy berjalan lagi dan ternampak seniornya Gary terbaring di tengah jalan. Lizzy berlari tanpa fikir panjang. Lizzy menjerit minta tolong namun jeritannya itu tiada siapa yang dengar. Gary yang disangkakan pengsan itu mencekik lehernya dan membuatkan pandangan Lizzy pada keadaan sekeliling berubah. Kini dia bukan di Seoul tapi dalam hutan yang menakutkan dan bagaikan mimpi ngeri buatnya. Sebaik saja Lizzy memandang ke depan Gary mencekik dirinya dengan tenaga yang ada. Lizzy hampir putus nafas dan lemah. Di saat itu Lizzy tak mampu nak menjerit minta pertolongan kerana tahu kesudahannya Lizzy akan mati juga. Lizzy mencekik Gary juga untuk melepaskan diri tapi sayangnya ketika nafasnya semakin sempit tangan Lizzy dah lemah dan terkulai layu. Gary mengeluarkan pisau yang sebelum ini milik Kwangsoo dan mengelar leher Lizzy membuatkan Lizzy mati menggelupur. Badan kecik Lizzy ditikam berulangkali tanpa perasaan. Lizzy yang masih nyawa2 ikan terpaksa pasrah apa yang jadi padanya..
Matahari dah meninggi Jihyo dan Dohee baru bangun setelah beberapa hari tak dapat tidur lena. Mereka perasan yang Lizzy tiada bersama mereka. Kedua-duanya tak syak apa-apa. Mereka turun dan membantu yang lain menyediakan makanan.. "Kamu dah bangun.. Mana Lizzy?"soal Shindong sambil membersihkan senapang yang mereka baru dapat. Belum sempat Jihyo atau Dohee menjawab. Muncul pula Jongup dengan sekotak besar yang la. "Ini merupakan barang-barang hasil kajian pemilik rumah ni. Pemilik rumah ni merupakan seorang professor yang percaya pada benda-benda halus. Jadi dia berpindah ke dalam hutan ini untuk mengkaji."kata Jongup sambil membuka kotak tersebut dan mengeluarkan beberapa barang didalamnya. Jaesuk mencapai buku nota yang lusuh itu. Jaesuk membaca dan didalam buku itu tertulis semuanya bagaimana seseorang yang hidup boleh jadi boneka hutan dan juga cara musnahkan mereka. Rupanya buku itu adalah diary Professor Dongwan seorang pengkaji kebanggaan negara.
"Hyung kita kehabisan bekalan macam mana ni?"soal YoungJae setelah semua orang menikmati sarapan. "Owh.. Dekat kenderaan kami ada banyak makanan dan khemah tu pun ada.. Apa kata ambik kat sana.."Suga memberi cadangan bernas itu. Mereka membuat keputusan untuk pergi ketika hari masih lagi siang. Tapi Dohee dan Jihyo kena tinggal di rumah tersebut bersama YoungJae dan Zelo.
Mereka membahagikan kepada dua kumpulan agar cepat balik ke rumah tersebut. Dohee dan Jihyo bermain hide and seek bersama Zelo dan YoungJae. Oleh kerana mereka yakin mereka selamat jadi mereka bermain dalam dan luar rumah itu dengan bebas. Dohee keluar dari rumah itu dan mencari tempat bersembunyi yang berhampiran. Tiba-tiba Dohee terjatuh kerana tersepak sesuatu. Bila Dohee melihat semula ternampak sepasang kaki milik Lizzy dan manakala badannya berada di bawah rumah. Oleh kerana bawah rumah itu gelap jadi Dohee tak dapat nak tengok keadaan Lizzy yang sebenar. "Yah~ Lizzy ah.. Kat sini rupanya kamu.."belum sempat Dohee nak menarik Lizzy. Kedengaran suara Jihyo, YoungJae dan Zelo mencarinya. Dohee mencebik kerana dia takkan mengalah dengan mudah jadi Dohee masuk ke bawah rumah bersebelahan dengan Lizzy. Dohee menarik kaki Lizzy ke bawah rumah tersebut agar tidak dikesan oleh Jihyo dan yang lain. Dari bawah rumah Dohee menahan ketawa dan berdebar2 kerana boleh mendengar derap kaki mereka menghampiri tempat dia bersembunyi. Lizzy yang terbaring dari tadi membuka mata dengan pandangan merah bercahaya. Tangannya mencekik Dohee yang tidak tahu apa-apa. Dohee tak boleh nak memandang Lizzy jadi Dohee mengeluarkan pisau yang diambil dari dapur tadi sebagai langkah keselamatan. Disebabkan Dohee membelakangi Lizzy jadi susah untuk Dohee menikam kepala Lizzy. Jantungnya berdegup lebih laju. Airmatanya dah mengalir ketakutan. Dohee menikam tangan Lizzy dan berlaku pergelutan diantara mereka dibawah rumah tersebut. Dohee berjaya berpaling namun pergelangan tangannya digigit Lizzy hingga berdarah. Dohee terus menikam kepala Lizzy kemudian melarikan diri masuk ke dalam rumah. Tangannya dibasuh dengan segera. Dohee tak mahu mati dan dia sangat taku mati. Jadi Dohee menutup tangannya yang berbalut itu dengan baju lengan panjang..
"Dohee kamu ke mana? Puas kami cari merata tempat."soal Jihyo hairan lihat muka Dohee sembab kerana menangis. Jihyo memeluk Dohee kerana merasakan Dohee sangat memerlukan seseorang untuk memeluknya. Pelukan Jihyo berbalas dan Dohee menangis tanpa rasa malu pada Zelo ataupun YoungJae. Ketiga-tiga mereka panik kerana tak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
"Korang buat apa hah?!"soal Shindong yang dah balik bersama yang lain. Zelo dan YoungJae masing2 mengangkat bahu tanda tak tahu. Jihyo membawa Dohee naik ke bilik dan berehat. "Kereta kamu masih boleh berfungsi. Apa kata kita keluar dari hutan ni?"soal JongUp sambil mengemas bekalan2 yang mereka dapat bersama dengan Suga. Yang lain mengangguk tanda setuju.
"Tapi.. kita ada masalah."Jaesuk berkata sambil memegang lehernya.
"Kenapa hyung?"soal YoungGuk yang bersandar pada dinding. "Kunci kereta ada pada Jongkok. Jadi kita perlu cari dia untuk ambil kunci tu."balas Jaesuk membuatkan yang lain tersandar lemah. "Kalau macam tu biar saya yang pergi.. Saya pasti akan dapat kunci tu."Shindong mengangkat tangan dan memilih untuk pergi seorang sambil membawa selaras senapang bersamanya.
Jihyo menemani Dohee tertidur keletihan. Dalam masa yang sama Jihyo juga terlelap walaupun hari baru menjengah ke tengahari. Shindong pula masih berjalan di dalam hutan mencari mayat Jongkok. Semakin jauh dia jalan hari semakin gelap. Shindong keluar sebelum makan tengahari dihidangkan jadi tenaganya semakin kurang dan kepalanya semakin pening. Mujur Shindong jumpa kunci sebelum hari gelap. Sayangnya Shindong sesat dan kehilangan arah. Kerana terlalu penat Shindong berehat di salah sebuah pokok yang besar. Tanpa sedar malam dah tiba laungan serigala kedengaran.
Mereka yang dirumah mula risau jadi 4 orang keluar mencari iaitu Jaesuk, Youngguk, Suga dan Youngjae. Sementara yang lain jaga Jihyo dan Dohee dirumah kerana diorang perempuan. Sebaik saja mereka pergi kedengaran jeritan Dohee membuatkan Jihyo terkejut. Jihyo menghampiri Dohee yang menutup telinga seakan mendengar sesuatu yang menyakitkan telinganya. Jihyo panik dan minta bantuan idol B.A.P yang ada. Himchan memakaikan Dohee headphone dan memasang mp3 agar muzik itu mampu buat dirinya tenang. Seperti yang dijangka Dohee tertidur semula sementara Jihyo mengusap kepala Dohee dan memerhatikan muka Dohee yang semakin pucat.
Shindong terjaga bila terasa ada sesuatu disebalik semak bersebelahan dengannya. Hatinya berdebar dan mengacukan senapang pada arah tersebut. Tiba-tiba keluar seekor kucing liar. Shindong menarik nafas lega. Shindong bangun perutnya dah berbunyi kelaparan. Bila bahunya dipegang Shindong menutup mata dan terus menembak. Bila matanya dibuka kelihatan Suga, Youngguk dan YoungJae yang sedang memangku Jaesuk. "Kau buat apa ni?? Nampak tak Jaesuk hyung yang kau tembak.."marah YoungJae. Sementara Suga mengambil alih senapang di tangan Shindong. "Dah kita balik ke rumah sekarang.. Bukan bertengkar kat sini."arah Youngguk selaku ketua. Jaesuk yang kena tembakan dibahu itu dipapah oleh Youngguk dan Shindong. "Kamu jumpa tak kunci?"soal YoungJae pada Shindong. Shindong menunjukkan segugus kunci kereta yang dijumpanya dengan senyuman lebar. Sampai dirumah semua orang menghulur bantuan untuk merawat Jaesuk. Sesekali Suga, Himchan dan Zelo bertengkar untuk meletakkan ubat bagaikan budak tadika berebut lollipop. Jaesuk ketawa kerana bila yang paling muda bertekak terasa suasana di rumah itu tidak terlalu tegang sangat.
"Jihyo ah!! Jihyo ah!!"panggil Gary sekuat hati. Jihyo yang terjaga mencapai sikatnya sambil memandang sekeliling. 'Aku kat mana?'bisiknya dalam hati. Bilik yang dia duduki kini terlalu familiar dengannya dan Dohee tidak bersamanya. Kedengaran suara Gary diluar. Jihyo memandang Gary yang kelihatan sihat bagai tiada apa-apa. Hati Jihyo sebak segera berlari mendapatkan Gary. Tapi.. Tiba-tiba terasa bahunya digoncang kuat membuatkan pandangan Jihyo kembali ke suasana rumah suram itu. Jihyo memandang Daehyun yang dah melepaskan bahunya. "Aku tak faham.. kenapa tadi aku rasa aku kat rumah aku dan Gary panggil aku."omel Jihyo perlahan. "Itulah ilusi yang dihasilkan dari memori indah kamu. Jangan takut saya pun pernah kena macam tu. Banyak kali.. dan setiap kali Daehyun akan kejutkan saya.."kata Himchan sambil mengukir senyuman. Jihyo meninjau diluar masih gelap. Jihyo ternampak Gary berdiri di sudut pokok tapi hilang bersama kabus malam. Jihyo mengeluh sendirian.
Keesokan harinya semua orang bersiap untuk gerak. Mereka keluar dari rumah itu dan menuju ke kereta yang jauhnya hampir 4 kilometer dari rumah tersebut. Namun mereka semua tak putus asa walaupun Dohee dan Jaesuk tak sihat tapi mereka tetap teruskan perjalanan. Ketika sampai di kereta Jihyo duduk bersama Jaesuk dan Dohee. Sementara yang lain duduk didepan. Baik Jaesuk ataupun Dohee kedua-duanya terus tidur didalam kereta. Kereta mula bergerak ketika hari mula senja. Semua orang gembira dan menarik nafas lega. Malam semakin tiba. Angin bertiup kencang dan jari Jaesuk dan Dohee tergerak2 mengikut irama pokok yang menari bersama rentak angin. Tiba2 Gary muncul dari depan membuatkan mereka semua menjerit terkejut. Dalam masa yang sama Jaesuk dan Dohee menyerang Jihyo membuatkan Jihyo terkapai2 . Keadaan kereta menjadi kelam kabut dan kerana hendak mengelak dari melanggar Gary kereta mereka dah terkeluar dari jalan dan jatuh ke dalam gaung.. Jeritan mereka semakin sayup bila kereta itu terhempas letupan besar terjadi.. Tiada siapa yang selamat dan tahu misteri Forbidden Jungle masih tinggal misteri.
"LIZZY!!!! LIZZY!!!!!"jerit Haha dan Kwangsoo membuatkan Lizzy tersedar dan memandang sekeliling. Lizzy bangun memeluk Kwangsoo. Semua orang terkejut. Siapa sangka sementara menunggu kawan-kawannya di Starbuck tempat perjumpaan awal mereka. Lizzy seakan melalui semuanya sekali lagi kerana apa yang dilaluinya tadi ialah satu Dejavu yang cukup ngeri buatnya. Seperti yang dijangka semua member Runningman bersama Suga dari BTS ingin mencari adventure seperti yang dikatakan sebelum ni.. Lizzy membatalkan rancangan mereka itu kerana kebetulan pengambaran RunningMan akan dijalankan di MALAYSIA. Masing2 menarik muka masam kerana produser dah janji dengan diorang supaya bagi cuti seminggu untuk camping. Nampaknya terpaksa dilupakan saja. Kesemuanya kembali ke bangunan SBS. Lizzy memandang keluarga RunningMan yang memang penuh dengan kerenah.. 'Kalau masa tu tiba.. boleh ke mereka bertahan dan melindungi?? Aish.. lupakan saja.. Of Course kami semua akan saling melindungi kerana kami satu keluarga.'bisik hati Lizzy dengan ketawa..
TAMAT..
YOU ARE READING
Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️
FanficHimpunan ilham aq dalam membuat FF Running Man. Idea memang dah lama ada dan most story kat sini aq dah publish dalam Personal group ff aq. Aq tak tiru idea sape2. Sebab ada story yang aq publish kat sejak tahun 2014 lg. Aku tak paksa korang nak ko...