Story 7- I Keep Our Promise

91 1 0
                                    

Selepas waktu sekolah aku balik rumah jalan kaki. Untuk sampai ke rumah aku akan lalu sebuah pantai. Selalunya aku akan singgah dulu di pantai menikmati angin laut. Ketika menikmati laut tiba-tiba seekor anjing poodle berlari ke arahku. Aku tersenyum dan bermain seketika dengannya sebelum tuannya datang ambil semula. Aku memang sukakan binatang. Sebab tu aku harap aku dapat bela seekor dirumah. Sebaik saja sampai dirumah ibu dah siapkan makan malam untuk raikan hari jadiku yang ke 12. Seperti yangku jangka, ayah tak bersama untuk raikannya kerana ada pembedahan di hospital. Pekerjaan ayah sebagai seorang doktor bedah membuatkan ayah tak luangkan banyak masa bersamaku. Marah? Aku tak marahkan ayah tapi kecewa sikit kerana hampir setiap tahun ayah takde untuk raikan hari jadiku..
"Selamat hari jadi Jihyo ah~"ucap ibu sambil mengeluarkan cake yang disimpan dalam peti ais. Aku menepuk tangan tapi baru perasan takde lilin. "Mana lilin?"soalku sambil memandang ibu. "Ayah bawa bersama ke hospital.. Apa kata ibu pergi beli lain?"kata ibu sambil mencapai jaket untuk keluar. "Saya pun nak ikut juga."balasku turut mengikut ibu ke kedai berdekatan. Ketika sampai di kedai tersebut aku mengambil lilin dan menyerahkannya pada ibu. Ibu dan aku pulang ke rumah semula untuk raikannya.

"Saya dah balik."kedengaran suara ayah dari tingkat bawah. Aku dah tertidur keletihan dan aku tahu ibu setia menunggu kepulangan ayah yang balik tak tentu waktu. "Jihyo dah tidur?"soal ayah pada ibu. Ibu hanya mengangguk dan tak menyalahkan ayah kerana tak bersama dengan kami..

Keesokannya ketika aku balik dari sekolah, ibu tiada di rumah walaupun aku cari seluruh rumah. Aku ternampak jemuran tak diangkat jadi aku segera mengangkatnya. Ketika mengambil baju jemuran aku ternampak seekor anak anjing baka Golden Retriever sedang bermain dilaman. Aku rasa excited dan meletakkan baju2 tadi ke dalam rumah dan mengejar anak anjing tersebut. Setelah mengejar seketika anak anjing itu berjaya melarikan diri. Aku masuk semula ke rumah dan ayah balik dengan muka sedikit gelisah. "Jihyo ah~ ibu ada dihospital sekarang. Ibu pengsan ketika buat kerja rumah jadi ayah bawa ibu ke hospital."kata ayah membuatkan aku terbangun.
"Ibu tak apa-apa ke? Doktor kata apa?"soalku dengan perasaan yang sangat risau pada ibu.
"Doktor kata ibu tak ada apa-apa cuma kena banyak rehat. Jadi ibu akan tinggal di hospital beberapa hari untuk rawatan lanjut."jawab ayah sambil mengusap kepalaku. Aku tahu ayah bimbangkan ibu dan ayah juga kasihankan aku kerana sebagai kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun yang selalu luangkan masa dengan ibu kena tinggal bersendirian agak sukar. Jadi sebaik saja habis sekolah aku melawat ibu. Ibu merasa sangat gembira melihatku dan ibu juga melukis sesuatu bila boring.
"Ibu tadi saya nampak anak anjing di lamah rumah kita."kata ku pada ibu dan ibu tersenyum.. "Jadi?"soal ibu..
"Dia dah larikan diri.."balasku sambil meletakkan bunga yang ku bawa dimeja sisi kati ibu. "Apa kata kita beli seekor kat kedai?"cadang ibu namun aku menolaknya. "Saya nak anak anjing tu.."balasku sambil membantu ibu melukis..

Sejak ibu ditahan kat hospital, aku mengambil alih kerja ibu dengan belajar memasak sikit demi sikit. Satu hari ketika cuti sekolah aku buatkan sarapan untuk kami seperti biasa. "Nampaknya ibu mesti sunyikan?"soalku sambil memandang ayah. Ayah juga memandangku semula kemudian mengangguk seketika. "Setiap kali saya ke hospital melawat ibu. Ibu akan minta saya duduk lagi bersama ibu 10 minit. Kesian ibu kesunyian."kataku sambilmenghidang roti bakar. Ayah mengambil sekeping roti bakar dan menuju ke laman belakang. Kelihatan sesuatu bergerak2 disemak. "Jihyo ah~ apa tu?"soal ayah sambil menunjuk ke arah semak yang berhampiran dengan tempat sidai baju. Aku menghampiri ke pintu dan ternampak ekor anak anjing semalam sedang bermain di situ. Aku terus membuka pintu dan mendekatinya perlahan2. Anak anjing itu melarikan diri hingga masuk kedalam rumahku. Ayah pula dah naik atas sofa memintaku bawanya keluar. Sebaik saja aku dapat menangkap anak anjing tersebut. Aku ketawa bila lihat ayah menjauhiku kerana takutkan anjing. Ayah segera ke hospital dan aku bersiap untuk melawat ibu.

"Oh.. Kamu da sampai."kata ibu pada ku. Sementara aku membawa sesuatu sambil ditutup dengan kain. Aku tutup langsir untuk mengelakkan jururawat atau doktor nampak apa yang dibawanya. "Kenapa ni? Kamu nak gembira sangat?"soal ibu membuatkan aku lagi tak sabar nak tunjuk.. Aku buka kain tersebut dan menunjukkan anak anjing yang aku kendong. Ibu juga sangat sayangkan binatang macam aku.. hehe.. kami ke taman berdekatan untuk mengelakkan bulu anak anjing itu kena pada pesakit yang alergi pada bulu..
"Nama apa yang sesuai dengannya?"soalku sambil memandang ibu. Ibu berfikir sejenak. Kemudian ibu kata namakannya sebagai socks sebab kakinya terdabat belang putih seakan memakai stoking.. Aku pun gembira dan setuju dengan nama tu. Ibu mengambil Socks dari tanganku dan memeluknya..
"Jihyo ah~ memandangkan kamu ingin membela Socks kamu kena buat 10 perjanjian bersama dengannya. Kalau kamu tak dapat lakukannya kamu kena lepaskannya pergi."kata ibu buat aku terkejut. Hati aku penuh tanda tanya apakah 10 perjanjian yang dimaksudkan.. Ibu menarik nafas dalam-dalam.
"Biar ibu jadi wakil untuk Socks. Jadi ibu akan bagitau satu per satu perjanjian Sock dan kamu."kata ibu sambil memeluk Sock. Aku mengangguk tak sabar nak tau.

Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️Where stories live. Discover now