Story 10- No Worries I'm Your Nuna

87 2 0
                                    

[10 Tahun Yang Lalu]

Shin Bongsun yang baru balik dari kerja bersama 2 lagi teman serumahnya terkejut melihat seorang budak terbaring di depan pintu rumah diorang. Bongsun dan kawan2nya itu mengangkat budak tersebut dan membawanya masuk ke dalam rumah. Sebaik saja membersihkan luka-luka kecil yang terdapat ditubuh budak itu. Bongsun menyuruh Kwangja dan Jongsuk meletakkan budak tersebut dibilik kosong yang ada di tingkat atas.

Keesokan paginya, matahari mengeluarkan bahangnya membuatkan yang sedang beradu lena terganggu tidurnya kerana kepanasan. Perlahan-lahan matanya dibuka memandang sekeliling yang terasa asing. Kepalanya masih sakit dan cuba mengingati semula apa yang berlaku. Setelah 15 minit berfikir barulah dapat mengingat dengan jelas. Sungguh dia sangat gembira kerana masih lagi bernyawa.
"Owh kamu dah bangun.."sapa Bongsun sebaik pintu dibilik dibuka. Bongsun membawa masuk sarapan dan menyerahkannya pada budak tersebut. "Nama kamu apa?"soal Bongsun dengan nada yang ramah. "Lee Honggi imnida."balas budak tersebut setelah yakin Bongsun merupakan orang yang baik2..

[10 Tahun kemudian]

"Honggi!!! Mana lipstik nuna?!!"jerit Kwangja mencari Honggi yang dah meningkat remaja. Honggi yang bersembunyi dalam almari ketawa sendirian. Kwangja kelam kabut mencari Honggi merata-rata dan terlanggar Jongsuk yang badannya lebih besar dari Kwangja. "Apehal ni?"soal Jongsuk yang cukup geram bila setiap kali hari cuti pasti rumah ni riuh rendah. Kwangja memberitahu Honggi menyorokkan lipstiknya. Jongsuk masuk kat dalam biliknya dan keluar semula sambil menyerahkan sekotak kecil penuh dengan lipstik pemberian orang pada Kwangja. "Dah amik ni.. tak payah nak menjerit macam hantu pagi2 buta macam ni. Aku nak rehat la."marah Jongsuk masuk semula ke biliknya. Kwangja tercengang jap dapat sekotak lipstik dari jenama yang bukan calang-calang. Kwangja kembali ke biliknya dan kelihatan Honggi sedang berbaring di katilnya dan bermain dengan lipstik Kwangja. Kwangja merampas lipstik kesayangannya itu kerana lipstik itu pemberian senior kesayangannya.
"Nuna, kamu nak keluar dating ke?"soal Honggi bila tengok Kwangja berdandan rapi. Kwangja menjeling pada Honggi kemudian mencapai handbagnya dan kasut untuk keluar.. Honggi menghantar Kwangja pergi dengan pandangan matanya. Honggi tersenyum sendiri bila melihat nunanya marah.

Honggi menghelakan nafasnya dan menuju ke balkoni sambil mindanya kembali ke peristiwa 10 tahun yang lepas. Seluruh keluarganya mati dalam keadaan yang mengerikan dan hanya Honggi saja yang terselamat dari kejadian itu. Mujur pembunuh tu tak perasan kewujudannya. Selepas lari dari trauma ngeri itu, Honggi ditemukan dengan 3 orang nuna yang memiliki personality yang berbeza2. Jongsuk nuna bekas ahli gusti professional sebab tu Honggi tak berani cari pasal dengan Jongsuk kerana badannya dah macam ahli bina badan. Kwangja nuna pula seorang yang sangat cerewet dengan penampilannya dan boleh dikatakan setiap hari dia akan gunakan lipstik yang sama. Kononnya itu pemberian Peguam Yoo iaitu senior tempat dia bekerja.. Sebab tu juga Honggi selalu usik dan bergurau dengan Kwangja kerana antara ketiga-tiga nuna Kwangja la satu-satunya nuna yang senang kena buli. Bongsun nuna pula merupakan orang yang sangat bertanggungjawab terhadap penjagaan dirinya. Bongsun lah yang selalu manjakan Honggi darii segala segi. Perbelanjaan sekolah Honggi ditanggung oleh nuna-nuna nya. Kini Honggi bersekolah di Shinhwa High School atas permintaan Bongsun nuna yang mengharapkan Honggi akan dapat hidup yang lebih baik.

Seketika kemudian kedengaran suara Jongsuk nuna menyanyi di bilik air membuatkan Honggi menelan air liurnya sedikit gerun. Honggi terus bersiap dan mencapai basikal hadiah dari Kwangja nuna untuk keluar bersiar-siar dari duduk rumah. Kalau Honggi ada dirumah bila Jongsuk nuna ada, alamatnya Honggi akan menjalani latihan tentera lagi khas dari komander Jongsuk. Walaupun dah terbiasa dengan rutin macam tu tapi still gerun kerana pemakanannya sejak jejak kaki ke rumah tu dikawal rapi oleh Jongsuk.
Jongsuk yang baru saja selesai mandi keluar mencari-cari bayang Honggi. 'Sah budak tu lari lagi.'bisik hati Jongsuk sedia maklum kehilangan Honggi. Ini bukan kali pertama Honggi menghilangkan diri bila Jongsuk ada dirumah. Dah lebih 10 kali Honggi mengelak dari duduk berdua dengan Jongsuk dirumah. Jongsuk menghela nafasnya. Bukan niat Jongsuk nak terlalu menekan Honggi cuma Jongsuk mahukan Honggi menjadi lelaki yang kuat dan boleh tempuh apa saja yang datang dengan berani. Itu tujuan sebenar Jongsuk tapi mungkin kerana dia terlalu tegas jadi Honggi nampak macam Jongsuk memaksa dirinya bersenam. 'Apa boleh buat.'Jongsuk mengeluh sendiri dan mendapat panggilan dari seseorang yang dirinduinya.. Sebaik saja panggilan itu ditamatkan. Jongsuk menanam tekad dihati untuk melindungi orang yang disayangnya selagi hayat dikandung badan.

Coffee Prince
Kwangja menanti dengan penuh sabar walaupun tekaknya dah mula muak minum kopi 6 cawan tapi demi menunggu seniornya Kwangja still bertahan. Kemunculan seorang pemuda yang muda beberapa tahun dari Kwangja berjaya mencuri tumpuan pengunjung perempuan disitu. Kwangja merasa cemburu bila pengunjung perempuan disitu cuba meraih perhatian dari seniornya. Pemuda itu mengambil tempat duduk di hadapan Kwangja membuatkan pengunjung perempuan disitu mencebik cemburu. Dengan memakai sut hitam, Ahn In nampak kacak bergaya. Kwangja tersenyum bangga bila orang lain cemburu memandang mereka berdua. Yoo Ahn In seorang peguam yang genius disebabkan itu pangkatnya lebih tinggi dari Kwangja walaupun umurnya masih muda.

Pertemuan mereka berdua sebenarnya untuk membincangkan kes yang ditutup sejak bertahun-tahun lamanya. Peguam Yoo diarahkan membuka semula kes itu dan dibantu oleh Kwangja. Sebagai permulaan mereka berbincang tentang barang2 ditempat kejadian dan gambar2 mangsa. Kwangja memerhatikan setiap dokumen dengan teliti. Perbincangan mereka kali ini merangkumi kes pembunuhan secara sengaja dalam sebuah villa bertahun yang lalu. Kwangja mengangguk2 bila seniornya cuba mengulas disebalik kejadian tersebut. Kwangja kembali meneliti profile2 mangsa yang terlibat. Alangkah terkejutnya Kwangja kerana dalam profile tersebut adalah keluarga Lee dan didapati seorang dari anak keluarga itu hilang tanpa dikesan. Kwangja yakin budak yang dimasukkan dalam rekod itu adalah Honggi adik angkatnya.  Kwangja nekad akan menggunakan segala kebolehannya sebagai peguam yang berkaliber untuk menyelesaikan kes tersebut. Buat seketika peguam Yoo kagum dengan kesungguhan Kwangja bila fokus bekerja.

Honggi mengayuh basikalnya menuju ke taman berdekatan. Honggi berbaring pada tempat yang agak redup untuk merebahkan dirinya. Baru saja nak lelapkan mata tiba-tiba telinganya bingit dengan jeritan nyaring gadis. Bila Honggi duduk dan memandang dari arah suara itu, bibir mereka bersatu. Honggi membesarkan matanya. Gadis itu pula melarikan wajahnya kerana terlalu malu. "Maafkan saya."pantas gadis itu berlari sambil mengambil basikalnya yang dah jauh ke depan darinya. Honggi terpinga-pinga sendiri. Honggi balik semula ke rumahnya walaupun masih lagi terkejut dengan insiden yang berlaku.

Honggi hairan basikal yang agak asing dengannya itu berada di tempat yang selalu letakkan. Honggi meletakkan basikalnya berdekatan dengan kereta Jongsuk. Honggi masuk ke biliknya untuk berehat. Honggi terus merebahkan dirinya atas katil dan tak sampai 5 minit dia terlelap. Sekali lagi tidurnya terganggu bila mendengar suara perempuan menyanyi kecil dari bilik airnya. Honggi tahu yang menyanyi tu bukan salah sorang dari nunanya jadi Honggi menghampiri bilik air itu dengan hati berdebar-debar. Baru saja nak buka pintu bilik air tersebut muncul Bongsun memanggilnya untuk turun makan dan ada hal sikit nak bincang. Honggi mengikut Bongsun tanpa membuka pintu bilik air tersebut. Bila Honggi turun diruang tamu, Bongsun, Jongsuk dan Kwangja dah menunggu. Honggi menghampiri mereka dan menanti apa yang akan dibincangkan tapi semuanya masih membisu seakan menunggu sesuatu. "Apa yang nak dibincangkan?" akhirnya Honggi bersuara selepas hampir 20 minit kesunyian menyelubungi. Situasi ni merupakan situasi yang sangat aneh untuk Honggi kerana selalunya ketiga-tiga nunanya itu akan berebut untuk kongsi cerita, pendapat atau apapun. Kali ni mereka bertiga mendiamkan diri bagai patung hidup. Belum sempat mereka menjawab soalan muncul seorang gadis dengan memakai baju hoodie yang memang sangat familiar dengan Honggi. "Kau ni pulak siapa suka-suka hati je pakai baju aku?"marah Honggi yang cukup pantang bajunya dipakai oleh perempuan. Bila Honggi tengok betul-betul muka perempuan tu baru dia perasa perempuan tu lah yang 'kiss' dia tadi dan lari. "Ba..bb..baju.. awak ke?"tergagap perempuan tu menyoal membuatkan Honggi tambah panas. "Taklah baju orang utan.. Woi!! Dalam rumah ni aku sorang je lelaki. Baju tu aku punya.."marah Honggi sambil menjeling geram pada ke tiga-tiga nunanya. Mereka pulak sekadar angkat bahu. "Myung.. Kenapa kamu tak pakai dress yang unnie bagi tu?"soal Jongsuk yang memang sedia maklum dengan sikap Honggi. "Taknaklah.. Baju unnie bagi tu singkat, ketat.. tak selesalah.."balas gadis yang dipanggil Myung itu sambil buat muka. "Owh.. Jadi baju aku ni besar, labuh dan selesa lah?"sindir Honggi membuatkan Myung mengangguk sambil tersenyum. "Kau ingat pakai baju orang tanpa kebenaran itu bagus sangat lah tu?"marah Honggi meninggalkan Myung dan nunanya di bawah dan segera keluar dari rumah tu.

"Kenapa dengan dia tu?? Bukannya Myung ambik terus baju ni. Dah basuh nanti orang bagilah balik. Baju ni bukannya muat dengan dia dah pun. lusuh pulak tu.."komen Myung tak puas hati dengan layanan Honggi. "Myung kamu tak boleh buat perangai macam ni kalau nak tinggal kat sini. Baju yang kamu pakai tu memang baju lama Honggi tapi baju tu merupakan baju kesayangannya. Hanya dia je boleh pegang baju tu. unnie dan kawan-kawan unnie pun tak boleh pegang baju tu. Baju itu ada kenangan yang tersendiri.."terang Jongsuk yang memang jelas rasa bersalah sangat-sangat pada Honggi kerana mereka bertiga tahu kenangan yang dimaksudkan oleh Jongsuk. "Ada nilai sentimental la macam tu? Kalau ye pun baju ni ada kenangan macam tu tak payahlah nak mengamuk tak pasal-pasal. Tak sukalah.."rungut Myung yang memang biasa dimanjakan oleh keluarganya.. Secara jujurnya Kwangja, Bongsun dan Jongsuk cukup tak suka dengan kedatangan Myung kerana membuka semula luka dihati Honggi setelah bertahun tinggal parut. Kalau tak kerana ibubapa Myung yang merayu pada Jongsuk agar ajar Myung berdikari memang Jongsuk takkan sesekali biarkan Myung datang ke rumahnya itu.

'Aku tak kisah kalau kau pakai baju lain tapi bukan baju tu. Baju tu satu-satunya kenangan yang aku ada dari keluarga aku. Kenapalah kau ni muncul dalam hidup aku' marah Honggi dalam hati. Spontan mindanya mengenang kembali peristiwa pahit itu. Airmatanya bergenang dan tumpah kerana terlalu rindukan keluarganya. Kwangja yang keluar mencari Honggi menghampirinya dan memeluk Honggi dari tepi. "Maafkan nuna. Nuna tak tahu budak tu akan pakai baju kesayangan kamu."bisik Kwangja cuba menenangkan Honggi yang dah tenggelam dengan emosi sendiri. Honggi melepaskan semua perasaannya dibahu Kwanja kerana antara ketiga-tiga nunanya. Kwangja dan Honggi tidak memiliki sebarang rahsia antara mereka. Kwangja pun sebatang kara dalam dunia ni. Cuma perbezaan Kwangja dengan Honggi ialah Kwangja tak pernah tahu siapa keluarganya dan Honggi pula menjadi saksi pembunuhan ngeri keluarganya. Setelah puas menangis Honggi meleraikan pelukannya dan cuba untuk bertenang. "Myung tu comelkan."puji Kwangja sambil memandang depan tanpa memandang Honggi yang dah menjeling tajam padanya. Honggi memandang arah yang sama.. Helaan nafas dilepaskan. Buat seketika Honggi rasa hatiinya lapang selapang-lapangnya.

Shinhwa High School
Honggi ke studio muzik seperti biasa untuk berlatih bersama band nya. Honggi merupakan pelajar yang popular disekolah kerana menjadi Vokalis pada band FT Island. Musim kali ni mereka kena berlatih dengan lebih gigih lagi kerana festival Musim Luruh nanti ada pertandingan antara sekolah-sekolah. Selain Honggi terdapat 5 orang lagi dalam band tersebut. Jonghun sebagai leader dan juga gitar utama, Jaejin sebagai gitar kedua, Minhwan sebagai Drummer dan Wonbin sebagai pemain bass. Seunghyun pula merupakan ahli simpanan kerana dia terlalu sibuk dengan belajar. Kebanyakan member band mengambil course yang sama iaitu muzik dan vokal. Sebaik saja mereka habis berlatih, Honggi kembali ke kelasnya memandangkan kelas pertama kali ni Cikgu tak dapat nak datang jadi kelas kedua saja Honggi munculkan diri.

Honggi jalan beriringan dengan Jonghun menuju ke kelas. Alangkah terkejutnya Honggi bila nampak Myung dalam kelas tersebut dan yang membuatkannya tambah berapi ialah Myung sedang bergosip dengan pelajar perempuan lain di mejanya.. "Blah!!"tempik Honggi sekuat hati membuatkan seluruh kelas terdiam memandang Honggi dengan pandangan yang terkejut. Itu merupakan kali pertama Honggi naik angin kerana selalunya Honggi dikenali sebagai peramah, baik hati dan disukai ramai. Myung tersentak sambil menjeling pada Honggi. Myung bangun dan kembali ke tempat duduknya. Jonghun dan Honggi duduk bersebelahan. Jonghun melambai tangan pada Myung tapi Honggi memandang ke luar tingkap.
"Itu pelajar baru kan?"soal Jonghun sambil menunjuk pada Myung. Honggi yang memandang arah yang sama segera mengalihkan pandangannya. Entah kenapa bagi Honggi kalau tengok Myung ibarat memandang pemandangan yang menyakitkan hati. "Aku tahu.."balas Honggi pendek sambil mengeluarkan buku untuk membaca daripada melayan soalan Jonghun leadernya.
Jonghun yang nampak Honggi dah tenggelam dalam dunia buku hanya mengangkat bahu. Jonghun sedia maklum dengan Honggi yang tak akan memberi sebarang reaksi sekiranya disoal kalau sedang membaca. Jonghun menghampiri Myung dan berkenalan. Myung gembira berkenalan dengan Jonghun tapi dalam masa yang sama dia sakit hati dengan layanan Honggi.

Honggi mengayuh basikalnya untuk balik. Tiba-tiba dia ditegur oleh Myung yang turut berbasikal sama. Myung cuba nak berbaik tapi Honggi mengayuh lebih laju. Myung mengejar Honggi dan Honggi tambahkan lagi kelajuan. BUMP!!!! Honggi kemalangan dengan lori ikan yang kebetulan muncul dari arah bertentangan. Myung terkejut dan menjerit. Pemandu lori ikan itu takut lalu melarikan diri meninggalkan Myung dan Honggi yang terbaring di jalan.. "Tolong!!!"jerit Myung berulang kali berharap ada sesiapa yang dengar. Honggi dah tak sedarkan diri di tambah lagi dengan darah yang mengalir dijalan membuatkan Myung bertambah panik. Myung menghubungi kakak sepupunya yang sedang melatih ahli sukan..
"Unnie!! Tolong unnie!! Honggi~ Ke..kemalangan!!"jerit Myung tersekat-sekat. Hati Myung bagaikan di hiris pisau bila lihat Honggi macam tu.

Jongsuk yang berada di gym segera bergerak pulang dan  menghubungi kawan-kawannya yang lain tapi tak dapat. Jongsuk memandu keretanya sepantas yang mungkin sebaik saja sampai di lokasi, Jongsuk membawa Honggi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.. Honggi disahkan koma kerana kehilangan banyak darah. Mereka perlukan derma darah dengan segera. Jongsuk menawarkan diri walaupun sedikit takut dengan jarum. Selepas ujian darah dijalankan baik Jongsuk ataupun Myung tidak sesuai untuk Honggi. Honggi memiliki jenis darah yang agak jarang dijumpa. Jadi orang yang paling sesuai untuk mendermakan darah ialah ahli keluarga kandung Honggi sendiri tapi Jongsuk sendiri tahu yang Honggi hanya tinggal sebatang kara. Peratus untuk selamatkan Honggi adalah 40%. Jongsuk tersandar lemah memikirkan di mana dia boleh dapatkan darah dari jenis yang sama..

Dalam sebuah gudang lama menjadi tempat operasi sebuah organisasi kongsi gelap yang dipanggil Black Dragon. Mereka kini mendapat misi terbaru dari ketua mereka untuk membunuh seseorang. Walaupun target mereka yang terbaru ini hanya seorang dan merupakan orang biasa tapi perancangan mereka sangat teliti. Di tengah gudang kelihatan beberapa ahli sedang berlatih kekuatan, di sudut lain sedang membuat persediaan dengan senjata api, kenderaan dan sebagainya. Di sudut lain pula beberapa ahli sedang berlati menembak. Dari tingkat atas turun seorang yang dipanggil ketua berpakaian serba hitam sambil memegang pedang samurai yang pernah minum darah seluruh ahli keluarga suatu ketika dahulu.
"Ketua!!!" Jerit mereka sambil memberi hormat kemudian melakukan hal sendiri. Ketua itu menghampiri zone persediaan senjata. Membelek2 bom2 tangan yang diimport khas dari luar negara. Ketua tersebut mengambil satu sekadar untuk memegang dan berjalan ke luar gudang. Di luar kelihatan 3 ahli kumpulannya yang terdiri dua lelaki dan satu perempuan. Dari pergaduhan itu lelaki tersebut berebut kan perempuan.. Ketua paling benci melihat situasi itu lantas menarik pin bom tangan dan membaling ke arah mereka tanpa memberi sebarang amaran.. Letupan itu mengejutkan ahli membuatkan semua ahli keluar tengok apa yang berlaku sedangkan Ketua masuk tanpa rasa sebarang serba salah. Ketiga-tiga yang bergaduh tadi hancur berkecai seluruh anggota badannya terpisah. Ketua mengarahkan beberapa lelaki untuk membersihkan dan membuang mayat2 tu ke tong sampah. Mereka tak berani nak bantah tapi terpaksa menurut.

Inilah yang membuatkan ahli kongsi gelap gerun dengan ketua mereka yang akan sesuka hati mencabut nyawa mereka seandainya apa yang mereka lakukan tak kena dimatanya. Sebab itu dia dipanggil 'Death Note.' Disisi ketua terdapat seorang ahli yang senior dan juga merupakan ahli kesayangan ketua kerana kecerdikan, kepantasan dan tak pernah buat silap walaupun dia seorang perempuan..
"Shin!! Macam mana dengan target?"soal Ketua kepada satu-satunya ahli yang sentiasa memuaskan hatinya. "Target dalam keadaan baik. Hanya kemunculan cousin dari kawan serumah buat dia rasa tak selesa."lapor Shin sambil menghulurkan beberapa fail tentang target dan juga kehidupan sehariannya.
"Aku tak terkejut kalau dia tak selesa sebab diakan seorang yang peka. Ambil ni. balik nanti cuba cari jalan untuk umpan target ke tempat yang ditetapkan." arah ketua tersebut pada Shin.. Shin meminta diri lebih awal kerana ada hal.

Hospital kecoh dengan kedatangan Kwanja dan Bongsun. Setelah mendengar apa yang jadi.. Kwangja dan Bongsun marah pada Myung yang dianggap punca benda ni jadi. Myung yang sememangnya dah rasa bersalah melarikan diri tak tahan dengan tuduhan Bongsun dan Kwangja. Buat pertama kali dalam hidupnya Kwangja merasa sangat tertekan kerana dibenci oleh Bongsun dan Kwangja. Bongsun dan Kwangja membuat ujian darah untuk tengok siapa yang boleh dermakan darah pada Honggi. Ternyata hanya Kwangja yang memiliki darah sama dengan Honggi. Kwangja sendiri terkejut mendengar analisis doktor kerana selalunya bila darah yang jarang didapati ni hanya ahli keluarga saja yang boleh mendermakan darah pada pesakit.
Kwangja yang mabuk darah tak sedarkan diri walaupun dah selesai buat pemindahan darah. Katil Kwangja diletakkan bersebelahan dengan Honggi. Kwangja mabuk darah sejak kecil lagi. Selalunya mengambil masa seminggu untuk sedar dari pengsan.

Setelah menanti beberapa hari akhirnya Honggi sedar dari koma begitu juga dengan Kwangja. Bongsun dan Jongsuk memeluk Kwangja kerana berjaya menyelamatkan Honggi dari maut. Orang yang paling gembira adalah Myung. Namun sebaik saja tahu Honggi dah sedar Myung hanya melihatnya dari jauh. Myung kembali ke rumah kakak sepupunya itu dan mengemas barang-barangnya. Myung dah buat keputusan untuk berdikari dengan caranya sendiri dan tidak akan sesekali menyusahkan Jongsuk lagi. Walaupun ibubapanya akan buat rayuan lagi.

Honggi gembira masih boleh berjumpa dengan nunanya tapi dalam masa yang sama dia mencari bayang Myung dari tadi tak jumpa. Akhirnya Jongsuk menyampaikan tentang Myung dah pindah keluar dari rumah tersebut. Atas kecederaan di kepala menyebabkan Honggi kehilangan memori ketika dirinya kecil. Kata doktor mungkin kerana terlalu pahit untuk dirinya jadi memori itu terkunci dengan sendiri. Honggi yang mendengar hanya mengangkat kening dan tersenyum..
Sebaik saja pulih sepenuhnya, Honggi dibenarkan pulang. Honggi melakukan aktivitinya seperti biasa.

"Kwangja~ Kamu sibuk tak petang nanti?"soal Bongsun yang menumpang kereta Kwangja untuk keluar. Kwangja mengangguk sambil tersenyum. "Petang ni aku dah tempah sebuah restoran dekat dengan perlabuhan untuk kita semua jadi aku plan nak ajak Honggi makan sekali dengan kita. Masa tu boleh la kau bagitau dia yang kau ni kakaknya yang hilang dulu. Amacam?"soal Bongsun beria-ia membuatkan Kwangja tak mampu nak menolak. "Kalau macam tu, kau pergi dulu kat tempat tu. Pastu aku bawa yang lain pergi sana."kata Bongsun setelah turun dari kereta di depan pasaraya. Kwangja hanya mengangguk sambil memandu menuju ke firma guaman Yoo..

Petang itu seperti yang dimaklumkan, Kwangja pergi ke restoran yang dimaksudkan. Kwangja berjalan-jalan di sekitar perlabuhan yang diberitahu Bongsun tapi tiada restoran di situ. Kwangja menyangkakan Bongsun tersilap bagi alamat. Belum sempat nak menghubungi Bongsun tiba-tiba bahu Kwangja dipegang. Kwangja menoleh sambil mengukir senyuman manis. "Honggi kamu sorang je ke? Mana yang lain??"soal Kwangja bila nampak lelaki didepannya. Tiba-tiba pandangan Kwangja menjadi gelap dan tak sedarkan diri..

Sebaik saja sedar dari pengsan Kwangsa mendapati berada disebuah gudang yang dipenuhi dengan lelaki.. Kwangja ketakutan mencari-cari kelibat Honggi diantara mereka. "Korang ni siapa hah?!"soal Kwangja walaupun dalam keadaan takut. Lelaki yang ada disitu mengukir senyuman dengan penuh makna. Kwangja berpeluh dingin. Beberapa mereka mengusik Kwangja hinggalah mendengar jeritan Ketua mereka. Serta merta mereka menjauhi Kwangja kerana terlalu takutkan ketua mereka. Kwangja menarik nafas lega bila melihat Honggi. Di sisi Honggi terdapat Bongsun yang berpakaian gangster. Kwangja yang sememangnya lurus tidak mengesyaki apa-apa yang berlaku.

"Honggi ah~ lepaskan nuna. Kalau ye pun nak bermain permainan ni tak menyeronokkan pun."kata-kata Kwangja membuatkan ketua yang dipanggil Honggi oleh Kwangja itu ketawa besar. Perlahan lelaki itu menapak mendekati Kwangja. "Dari tadi kau panggil aku Honggi. Aku mirip dengan dia ke?"soal ketua tersebut dengan pandangan yang cukup menggerunkan. "Kenapa Honggi macam ni? Buat nuna takut je.."kata Kwangja sambil tersenyum sambil menyembunyikan rasa takut. "Nama kau Kwangja kan?? Biar aku bagitau kau sesuatu yang menarik.. Aku bukan adik kesayangan kau tu.. Aku bukan Honggi nama aku Jeremy ketua Black Dragon. Tapi kau mesti kenal dengan housemate kau kan Shin.."kata Jeremy sambil menunjukkan Bongsun yang dipanggil Shin. Kwangja ketawa kerana menyangkakan Honggi bergurau dengannya. "Hahaha lawaklah Honggi ni.."Kwangja ketawa geli hati. Jeremy menghampirinya mengacukan pistol dikepala Kwangja membuatkan Kwangja terdiam.
"Tak payah gertak bos. tembak je terus"kedengaran salah seorang lelaki disitu menyuruh Jeremy terus menembak Kwangja. Tembakan bergema tapi yang mati bukan Kwangja. Lelaki yang bersuara tadi dah mati disisi kawan-kawannya. "Jangan nak ajar aku apa yang aku patut buat.. Faham!!!?"bentak Jeremy membuatkan semua ahlinya mengangguk..

Dirumah Honggi diserang rasa tak sedap hati. Honggi cuba menghubungi Bongsun tak dapat. Kwangja pun tak dapat. Honggi menggunakan sistem GPS untuk mengesan dimana Kwangja berada.

Kwangja menahan rasa sakit bila berulang kali kena tampar dengan Jeremy. Bongsun pula mengalihkan pandangannya supaya tidak berasa simpati pada Kwangja. Jeremy merupakan orang yang berdendam dengan keluarga angkat Kwangja sebelum ni. Kwangja diseksa sepuas hati. Dirinya ditampar, dipukul dan ditendang. Kwangja menangis menahan sakit. Akhirnya Bongsun menghalang Jeremy dari terus mendera Kwangja dengan mengajak Jeremy untuk makan.

Honggi kini berdiri diluar gudang setelah mengesan kedudukan Kwangja. Honggi masuk ke dalam gudang dengan muka penuh rasa marah. Walaupun gerun dipenuhi dengan orang yang tak dikenali. Honggi menghampiri Kwangja yang berada ditengah-tengah itu lalu melepaskannya. "Tolong.. jangan sakiti aku lagi.. tolong.. aku merayu.."rayu Kwangja dengan penuh rasa sakit dan takut. Hati Honggi menjadi sayu.. "Nuna ini Honggi.. Biar Honggi bawa nuna keluar dari sini."kata Honggi sambil memapah Kwangja untuk keluar tapi dihalang oleh yang lain. Bongsun yang nampak situasi terkejut dan bangun. Jeremy yang sedang menikmati makanannya turut bangun dan keluar.. "Hero dah sampai!!"kata Jeremy sambil bertepuk tangan. Jeremy mengarahkan orangnya mengambil Kwangja dari Honggi. Honggi menghampiri Jeremy dengan rasa terkejut kerana lelaki itu sangat mirip dengan dirinya. "Kenapa kau culik nuna aku hah?"marah Honggi sambil menolak badan Jeremy. Jeremy hanya ketawa diperbuat begitu. "Honggi kau tak kenal aku ke? Aku lah Jeremy.."Jeremy memegang bahu Honggi seolah-olah pernah kenal dengan Honggi sebelum ni. Honggi memandang mata Jeremy dan kepalanya sakit kerana didatangi memori dulu. Lelaki yang mengaku Jeremy ini lebih tua dari dirinya dan Honggi dapat melihat dengan jelas yang membunuh ahli keluarganya sebelum ni ialah pemandu keluarganya iaitu JEREMY!! Honggi mengepalkan penumbuknya dan memukul Jeremy sekuat hati. Jeremy membiarkan saja..

Tak lama kemudian kedengaran pengumuman pihak polis dah mengepung gudang tersebut. Jeremy dan semua ahli Black Dragon terkejut. Jeremy mengeluarkan pistol dan menembak Honggi mujur Honggi dapat mengelak. Tembakan itu kena pada ahli Black Dragon yang lain. Honggi menghampiri Kwangja yang ditempatkan dikerusi itu. Jeremy mengambil bom tangan dari pinggang Bongsun dan membaling pada Honggi. Kwangja yang nampak lebih dulu menolak Honggi sejauh mungkin dan letupan berdarah itu memercikkan pada Honggi. Jeremy ketawa, Bongsun dan Honggi terkejut kerana Kwangja mati dengan letupan tadi. Honggi mengambil selaras senapang dari ahli Black Dragon yang mati itu dan mengacukan Jeremy. Jeremy berlari melalui Bongsun. Tembakan itu terkena Bongsun membuatkan Honggi berhenti menembak dan berlari mendapatkan Bongsun.. "Nuna..bertahan nuna.."Honggi menekan tempat yang kena tembak oleh itu dengan tangannya berharap pendarahan itu berhenti. Jeremy dan ahli Black Dragon yang lain ditahan polis. Honggi menemani Bongsun ke hospital. "Hh..ho..hong..g.ggi.. ah.. n.nnu..nu.nuna m..m.mmin..ntt..a.m.mm.aaf."Bongsun bersuara dengan nada yang tersekat2. Honggi menggelengkan kepalanya dan menggenggam erat tangan Bongsun. "J..jj.ja..ng..a.n ri..i.s..au.. ini..k..kk.an nun,,a ka..m.mu."sebaik saja habis berkata macam tu Bongsun menghembuskan nafanya yang terakhir membuat Honggi menjerit kesedihan. Kehilangan 2 nuna yang sangat disayangi dan dihormatinya membuatkan satu tamparan yang terbesar buatnya selepas tragedy keluarganya sebelum ni..

Di hari pengebumian Kwangja dan Bongsun, Honggi menjadi lelaki yang tenang dan masih mampu mengukir senyuman bersama Jongsuk walaupun hati mereka berperang sesama sendiri. Jongsuk berjanji pada Honggi akan mengambil alih tanggungjawab Bongsun dan Kwangja untuk menjaga Honggi. Honggi mengangguk sambil memandang sayu gambar nunanya yang pergi dalam tragedi itu. Tak lama kemudian, Myung muncul bersama ahli keluarganya untuk bertegur sapa dengan Kwangja dan Bongsun. Setelah itu secara spontan Myung memeluk Honggi dengan rasa sedih yang amat. Honggi terkejut begitu juga dengan yang lain. Tangisan Myung membuatkan Honggi membalas pelukan Myung.. Ibubapa Myung tersenyum melihat adengan itu. Jongsuk mengajak ibubapa saudaranya itu makan dan membiarkan mereka berdua.

Myung tahu itu bukan hari dan waktu yang sesuai untuk meluahkan perasaannya tapi Myung terpaksa lakukannya juga kerana selepas itu dia akan menyambung pelajarannya ke UK untuk berdikari sendiri. Honggi tergamam dan meminta waktu untuk memikirkannya. Myung tak memaksa tapi hanya maklumkan penerbangannya lagi seminggu saja. jadi dia tak ada banyak masa..

6 Tahun Kemudian

"Chagiya!!!!"jerit Myung bila tengok bilik mereka macam tongkang pecah. Honggi yang leka bermain dengan anak-anak perempuan kembar mereka terkejut. "Ye sayang."kata Honggi sambil mengangkat sikembar ke biliknya. "Ini siapa punya kerja ni??"soal Myung sambil menunjukkan barang2 mekapnya bersepah diatas lantai. Dah 4 tahun Myung dan Honggi kahwin. Myung hanya belajar diluar negara selama 2 tahun dan balik semula ke Korea berkahwin dengan Honggi.
"Err.. Itu kerja Kwangja!"kata Honggi sambil menunjukkan si kakak yang memandang ibubapanya dengan senyuman yang comel. Myung naik geram mencubit pipi anaknya itu. Honggi dan Myung menamakan anak-anaknya dengan nama Kwangja dan Bongsun agar kedua2 mendian nunanya itu sentiasa hidup dalam diri anak-anaknya. Kwangja menangis minta dilepaskan dari dukungan Honggi. Bongsun memujuk Kwangja sambil memegang pipi Kwangja. Gelagat sikecik itu cukup mencuit hati mereka berdua. Kwangja dan Bongsun diletakkan dalam baby cort dan Honggi kena denda dengan Myung supaya kemas bilik mereka semula. Honggi ketawa senang kerana suka tengok Myung naik angin. Honggi mengemas dan Myung pula melayan kerenah Kwangja dan Bongsun.

Jongsuk kembali ke arena sukan sebagai pemain bola yang professional. Kesibukannya bertambah tapi turut gembira kerana setiap perlawanannya pasti Honggi dan Myung bersama sikembar akan datang tengok perlawanannya secara live. Jongsuk gembira kerana seolah-olah boleh nampak bayangan Kwangja dan Bongsun bersama mereka melalui sikembar itu..

TAMAT

*Lee Kwangja is Lee Kwangsoo
*Kim JongKok is Kim Jongsuk

Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️Where stories live. Discover now