MESEJ

414 34 24
                                    

Pernahkah anda berhadapan dengan keadaan sedemikian? Bermesej dengan seseorang yang psiko atau anda ialah orang itu sendiri?

12 September 2017, 00:00 a.m

Asus milik seorang gadis berbunyi menandakan mesej whatapps diterima. Dicapainya telefon bimbit tersebut dari atas meja mini di sebelah kanan katil lalu dilihatnya mesej tersebut. Ternyata mesej itu berada dalam Prunus Group.

Mika : Hello sweet heart😙

Anri : Hai, Mika. Eh? Tadi kau kata nak tidur. Kenapa tak off lagi phone?

Yun : Yela.

Mika : Did I said like that?

Yun : Ya. Dah lupa ke?

Anri : Kau dah nyanyuk ke, Mika?

Mika : Mika? I'm not😆

Yun : Kalau kau bukan Mika. Kau siapa?

Mika : Akim.

Anri : Setahu aku. Mika ni anak tunggal je. Mana ada adik-beradik yang lain.

Yun : Ya la. Mika, kau saja nak kenakan kitaorang, kan?

Mika : No. It's real.

Yun yang berada di atas katil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Apa yang dia merepek ni? Aku tak faham." Bengangnya.

Yun :Wei, kitaorang dah lama kenal kau. Pernah jumpa kau. Kitaorang kawan kau. Kitaorang tahulah kau ni tipu je, kan.

Mika : Princess Yun. Do you want to know the real me?

Yun : Tak payah la. Hari-hari aku dah jumpa kau.

Anri : Sebab kau bosan. Sebab tu kau merepek macam ni, kan. Kau pergi la tidur sana, Mika.

Mika : Queen Anri. Can you sleep with me to night. I can't sleep alone at here.

Anri : Jangan nak merepek la. Malam-malam macam ni aku nak pergi rumah kau. Memang tak la.

Mika : So, wait for me on your bed.

Yun : Wei, Mika. Seram la aku baca ayat kau ni.

Mika : Sayang. Kan saya dah cakap tadi. Saya Akim bukan Mika. Kalau nak tahu. Dia tengah tidur sekarang ni. Fly to fantasy.

Yun : Geli la ayat kau.

Anri : Aku rasa macam nak termuntah. Hahahaha.

Yun menghempas Asus di atas katil. "Sayang? Sejak bila dia panggil aku 'sayang' ni? Gelinya."

Kemudian, Yun mengabaikan mesej tersebut. Hanya Mika @ Akim dan Anri sahaja yang bermesej pada malam itu.

12 September 2017, 08:30 a.m

Yun berlari ke arah Mika apabila terlihat gadis itu melintasi kelasnya. Mika berpaling kepada rakannya. "Kenapa?"

"Semalam kau memang saja nak kenakan aku dengan Anri, kan?" Soalnya dengan wajah serius.

Mika tampak hairan. " Eh? Semalam? Aku tak faham. Kenakan apa ni?"

"Tak payah nak berdalih la. Aku tahu, kau yang mesej kitaorang malam tadi. Bersayang-sayang bagai." Tegasnya.

"Kejap. Aku masih tak faham. Pukul berapa mesej yang kau cakap tu? Semalam aku tidur awal, okey." Mika masih tampak blur.

"12:00 tengah malam."

Mika terdiam.

"Kenapa diam? Betul la kau yang sengaja mesej aku guna ayat geli-geli macam tu, kan?" Marah Yun. Anri pun keluar apabila terdengar suara sahabatnya itu.

PSIKOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang