1. Minda manusia mudah dipengaruhi dengan perkara yang negatif berbanding perkara yang positif, mengapakah sedemikian?
2. Mengapakah manusia sering mengeluh apabila diberi tugasan walhal mereka belum mencubanya? Manusia hanya tahu makan suap sahajakah?
3. Mengapakah manusia berfikiran ringkas dan tidak matang biarpun umur manusia semakin lanjut? Adakah kerana mereka malas memikiran sesuatu itu dengan lebih mendalam?
4. Apakah bukti bahawa tiada manusi yang bodoh di dalam dunia ini? Wujudkah istilah BODOH sebenarnya?
5. Setiap manusia mempunyai permikiran yang pelbagai dan berbeza mengikut individu tersebut? Benarkah? Jika tidak mempercayainya cuba anda lihat sebuah grafiti yang asasnya hanyalah beberapa huruf. Apa yang anda dapat tafsirkan daripada situ?
6. Adakah permikiran kembar adalah sama 100% atau ada perbezaan? Jika ada, mengapa sedemikian?
7. Motivasi memberi kesedaran kepada seseorang tetapi mengapakah masih ada manusia yang tidak pernah berubah biarpun berpuluh-puluh kali motivasi yang sama diberi kepadanya?
8. Mengapakah manusia sering berhadapan dengan masalah salah faham terutama apabila seseorang itu mengajak mereka ke arah kebaikkan? Kebanyakkan daripada mereka akan menganggap perkara itu adalah sindiran, perlian dan seangkatan dengannya. Apa pendapat anda?
9. Bunuh diri? Adakah cara itu merupakan cara yang terbaik dalam menyelesaikan tekanan perasaan yang melampau? Mengapakah manusia berfikiran cetek dalam hal tekanan perasaan? Tidakkah mereka fikir tentang azab selepas mati?
10. Apakah kaitannya gaya dengan personaliti seseorang? Adakah orang yang kacak atau cantik ialah seorang yang bijak dan baik?
11. Jika anda ditinggalkan di dalam sebuah bilik bersama-sama dengan berpuluh-puluh buah buku, apa yang akan berlaku? Apakah pendapat anda jika anda berada dalam salah satu jenis buku yang disenaraikan?
a) Buku aliran sains
b) Buku aliran sastera
c) Buku masakan
d) Buku teknikal
e) Buku motivasi
f) Buku sejarah
g) Buku sukan
h) Buku aliran bahasa
i) Buku automobil
j) Buku perniagaan
k) Buku lukisan
[Manusia sememangnya ciptaan yang sangat unik dan terlalu banyak perkara yang dapat dikaji mengenai manusia. Jadi, apakah maksud perkataan MANUSIA itu sendiri? Apa pendapat anda?]
YOU ARE READING
PSIKO
Misteri / ThrillerApakah itu psiko? Psiko ialah sesuatu yang berkaitan dengan jiwa seperti tekanan mental.