Rembulan menjadi saksi malamku yang sering menjadi igauan para manusia di kawasan ini. Selangkah aku menapak di kawasan ini, tiada sesiapa yang berani menampilkan diri mereka di hadapan aku. Malam sangat bermakna bagiku kerana malam ialah waktu untuk aku mencari mangsa bagi kepuasan nafsu ini. Ini ialah malam yang kedua aku memasuki lorong perumahan yang terletak jauh dari rumahku. Mangsa aku kali ini ialah seorang gadis jelita yang bernama Eiza Aqma. Aku sangat mengenalinya kerana dia ialah rakan sejawatku di sebuah syarikat penerbitan buku.
Perlahan-lahan aku mengekorinya dari belakang ketika dia keluar dari keretanya. Aku memerhati dan mengekori tanpa diperasaninya. Kemudian, dia masuk ke dalam rumah. Disaat ini aku juga masuk bersamanya dengan menyorok di belakangnya. Pintu dikunci dari dalam dan dia menapak naik anak tangga menuju ke bilik. Aku mengekori sehingga masuk ke dalam biliknya.
Setelah masuk ke dalam bilik, aku segera menyorok di celah ruangan almari pakaiannya. Dari sini aku dapat melihat tudung merah yang dipakainya tadi di tanggal. Rambut lembutnya dilepaskan. Sungguh jinjang lehernya. Rasa enak jika disantap malam ini.
Langkahnya menuju ke bilik mandi. Mahu sahaja aku ekori tetapi terlalu pantas pintu ditutup dan dikunci.
Aku menantinya selama lima belas minit di hadapan pintu bilik mandi. Aku segera menyorok di sebalik pintu tersebut apabila pintu dibuka. Dia melangkah masuk dan pintu ditutup kembali.
Aku memerhanti setiap inci tubuhnya. Kain tuala yang membaluti tubuhnya tidak cukup untuk menutup dirinya. Sungguh indah dirinya. Rambutnya. Wajahnya. Badannya. Kakinya. Kalau aku dapat semua ini aku tidak dapat lupakannya.
"Indah sungguh dirimu, wahai cintaku. Sungguh untung diri ini jika dapat memiliki tubuhmu yang mengiurkan ini. Sudah lama I menantikan you yang sebegini rupa. Indah di mata, indah lagi jika I miliki you." Aku bersuara sambil mendekatinya.
Dia tampak terkejut lalu segera mencapai. "Amirul? Macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku? Keluar sekarang." Marahnya sambil menutup tubuhnya dengan selimut.
"I masuk bila you masuk." Aku menghampirinya yang berdiri di tepi katil.
"Pergi!" Dia menghalau aku sambil naik ke atas katil.
Aku merangkak naik atas katil setibanya aku di situ. "Sampai hati you halau I macam ni. You dah tak sayang I lagi ke?" Aku menarik kaki kanannya.
Kaki kirinya menandang aku. "Aku tak pernah sayang kau. Kau siapa? Buat apa aku nak sayang kau?" Jeritnya.
"Nampaknya, you sangat ganas. Jadi, tak ada gunanya kalau I berlembut dengan you." Aku menolaknya sehingga terlentang.
Bahu kanannya aku cengkam sementara kain tuala yang membaluti tubuhnya aku tanggalkan. Dia menjerit.
Maka, segalanya bermula di sini dan berakhir di sini.
Keesokkannya akan terpapar pada muka surat akbar dan berita utama, 'SEORANG GADIS DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN YANG MENGERIKAN'.
Setelah segalanya selesai. Aku kembali merantau membawa diri ke mahligai sepi yang tiada sesiapa pun tahu di mana. MISI SELESAI.

ANDA SEDANG MEMBACA
PSIKO
Mystery / ThrillerApakah itu psiko? Psiko ialah sesuatu yang berkaitan dengan jiwa seperti tekanan mental.