DENGKI

288 23 7
                                    

Sebilah kapak telah dijumpai di dalam sebuah bilik yang dipenuhi darah. Tiada manusia yang bernyawa di dalamnya. Yang ada hanya tiga orang mayat yang terkulai di atas lantai. Ada yang masih berkepala dan ada yang kepalanya hilang entah ke mana. Sebilah pisau pada tangan kanan mangsa masih kemas dan ada beberapa titis darah. Siapakah mereka ini sebenarnya?

20 Februari 2017, 08:00 a.m

Eng atau gelaran bagi dirinya ialah budak nerd. Dia berjalan sendirian di kawasan pembunangan sampah yang terletak di belakang sekolah sambil membawa sebuah tong sampah hitam. Matanya melilau melihat tiga orang pelajar lelaki. Mereka berbisik sambil tersenyum melihat ke arah Eng. Eng membuang sampah di kawasan longgokan sampah tersebut.

"Oi, budak nerd. Ke mari kau. Kitaorang ada benda nak cakap." Panggil Bob yang berbadan lebih sado daripada dua orang rakannya.

Eng akur dan menuju ke arah mereka. "Kenapa?"

Rambut Eng ditarik dan wajahnya dihentam ke dinding. "Siapa suruh kau ni perfect sangat, ha? Sepatutnya aku yang menang dalam pertandingan robotik tu." Marah Bob yang masih menekan kuat wajah Eng pada dinding.

"Mana la aku tahu. Juri yang pilih." Jawab Eng yang mula cuak.

"Ceh, konon. Pergi mampus la. Aku dah bosan hadap kau hari-hari. Aku dan kau dah tak ada apa-apa hubungan lagi lepas ni. Jangan cari aku dah." Marah Bob. Dia sempat menghempuk wajah Eng sekali lagi pada dinding sebelum dia melepaskan kepala Eng.

Eng jatuh terduduk dan hidungnya berdarah. "Bob, aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau. Maafkan aku." Pohon Eng sambil menarik hujung kaki seluar Bob.

Bob pandang dingin kepadanya lalu menendang kepala Eng. Kepala Eng terkena dinding dan dia terus pengsan di situ.

Ley dan Don menghampiri Bob. "Kalau dia mati macam mana?" Soal Ley yang tampak cuak apabila melihat Eng terkulai selepas kepala Eng ditendang kuat oleh Bob.

"Setakat sepak macam tu mana boleh mati. Lainlah kalau aku tikam dia. Memang la dia mati. Dah. Jom bla. Nanti cikgu jumpa kita pula kat sini." Bob mendahului rakan-rakannya. Langlah mereka menuju ke kelas.

22 Februari 2017, 10:30 a.m

Eng sendirian di tempat duduknya. Ya, sendirian. Dia memang sendirian. Tiada teman yang sudi duduk di sampingnya. Tempat duduk dia juga terletak di belakang dan sendirian. Tetapi hakikatnya dia seorang pelajar cemerlang yang dipulaukan kerana mereka dengki terhadap dia.

Eng melihat Bob masuk ke dalan kelas. Bob langsung tidak pandang ke arah Eng. "Apa salah aku? Kenapa semua ni selalu berlaku dekat aku? Kenapa hiduo aku macam ni?" Dia mempersoalkan tentang dirinya sambil menundukkan kepada di atas meja.

"Bob, kau gaduh dengan Eng ke?" Soal Amliy kepada Bob yang berada jauh di tepi dinding pintu berbanding tempat duduk Eng.

Dengan perasaan amarahnya dia menjawab, "Aku tak pernah mengaku dia kawan aku dan aku tak ada kawan macam dia." Sengaja dia bercakap dengan nada yang kuat seperti dia memang sengaja memerli dan menyakitkan hati Eng.

Eng sentap. "Apa salah aku? Kenapa dia makin bencikan aku? Dekat mana salah aku? Salahkah aku nak berkawan dengan dia?" Air matanya mula menitis di atas meja.

Pada petang itu, seperti biasa Bob dan kawan-kawannya melepak di kawasan padang bola. Manakala, Eng pula hanya memehati mereka dari jauh kerana dia sedar bahawa dirinya sudah tidak diperlukan oleh mereka.

"Bob, sampai hati kau buat aku macam ni. Dulu kau kawan aku. Sekarang kau... Kenapa kau berubah macam ni? Kau biarkan aku sorang-sorang macam ni." Hatinya menangis ketika melepaskan perasaanya sambil berdiri berhampiran padang tersebut.

*

23 Februari 2017, 21:57 p.m

Bob dan dua orang rakan baiknya datang ke rumah Eng. Kehadiran mereka ke sini bukan untuk berdamai tetapi untuk cari gaduh. Bob memerhati halaman rumah Eng, tiada kereta ayah Eng di halaman itu. Hal ini bermaksud ayah Eng masih belum balik kerja. Maksudnya, Eng sendirian di dalam rumah tersebut. Tambahan pula ibu Eng telah tinggalkan Eng kepada ayah Eng selepas mereka bercerai.

"Eng! Wong Eng! Keluar kau. Aku ada hal nak bincang dengan kau. Eng! Kau dengar tak?" Pekek Bob di hadapan pintu rumah.

Eng yang berada di dalam biliknya hanya berdiam diri di hadapan komputer ribanya.

"Wong Eng! Kau pekak ke, ha?" Jerit Bob diikuti panggilan daripada dua orang rakannya. "Budak nerd! Keluar kau."

Eng panas hati apabila mereka memanggilnya sedemikian lalu dia segera bangun dari kerusi. Langkah menuju ke pintu bilik dan terus ke pintu utama. Pintu dibuka. Bob menolak kuat bahu Eng sehingga Eng jatuh terduduk di atas lantai apabila dia melihat Eng di hadapan pintu. Kemudian, mereka bertiga masuk ke dalam rumah Eng.

Bob menumbuk wajah Eng. "Berani kau rampas awek aku! Kau memang binatang la. Kau pun tahu aku dengan Amliy dah lama couple. Kenapa kau nak rampas dia? Dah tak ada perempuan lain ke kau nak jadikan awek kau?" Maki Bob.

"Salah aku jugakah Amliy tu suka dekat aku? Kenapa kau..."

"Aku tak nak dengar satu perkataan pun keluar dari mulut kau. Aku dah meluat dengan kau. Pergi mampuslah." Marah Bob. Yang lain hanya memerhati mereka berdua.

Eng bangun dan dia segera larikan diri ke dalam biliknya apabila melihat Bob keluarkan pisau dari poket seluar. Dua orang pengikut Bob segera mengejar Eng sehingga ke bilik dan mereka menahan pintu bilik daripada ditutup oleh Eng. Bob datang dan menendang pintu tersebut sehingga Eng jatuh terduduk di atas lantai.

"Selama ni aku kawan kau, ni kau balas dekat aku. Kau rampas awek aku. Sebelum ni kau pernah cuba rampas kawan aku. Kau ni memang perampas." Maki Bob lagi.

Eng tampak cuak ketika Bob menghampirinya dengan pisau pada tangan kanan. Dia mengesot ke belakang dengan menggunakan kedua-dua tapak tangannya. "Apa salah aku? Aku tak pernah cintakan dia pun. Aku tak pernah cuba rampas kawan kau pun. Aku cuma nak berkawan je. Salah ke? Kalau salah, aku minta maaf."

"Maaf. Maaf. Kau ingat dengan maaf tu semua boleh selesai ke? Sila meninggal dengan 'Maaf' kau tu." Galak dia memaki seseorang yang dulu pernah diakuinya sebagai sahabat baik.

Ley menutup pintu bilik. "Kau memang cari mati sebab kau dah buat Bob marah. Kau nak tahu sesuatu tak? Kitaorang memang dah lama benci dengan kau. Bencikan sikap kau yang lagak perfect sangat tu. Disanjung cikgu. Pandang orang lain macam sampah je. Ei, muka kau tu lagi muka sampah, jijik." Giliran Ley pula yang mencemuh Eng.

Bob bertindak secara tiba-tiba. Dia cuba menikam dada Eng dengan pisau tetapi tindakan Eng lebih pantas dengan mencapai kapak di bawah katilnya lalu memenggal kepala Bob dengan sekali libas. Kepala mangsa tergolek di hadapan kaki Don. Mereka berdua cuak.

Eng berdiri. "Sebenarnya, aku dah lama sabar dengan korang. Selama ni aku cuba layan korang baik-baik. Aku nak kawan dengan korang tapi makin lama korang makin abaikan aku. Korang pijak kepala aku!" Marah Eng. Itu bukan Eng yang mereka kenal selama ini. Dia menghampiri mereka berdua dengan kapak pada tangannya.

Ley cuba membuka pintu tetapi tidak sempat kerana belakangnya telah dikapak oleh Eng. Bunyi tulang belakang patah dapat didengar dengan jelas. "Kenapa korang benci sangat dekat aku? Apa salah aku?" Soalnya seraya menarik kapak dari belakang Ley. Ley jatuh terkulai di atas lantas.

Don berundur sehingga terperangkap pada dinding bilik. Eng melihat ke arah Don. "Kau pun sama. Kau selalu buruk-burukkan nama aku dekat semua orang. Kau ingat aku tak dengar? Kau ingat aku tak tahu? Kau ingat aku bodoh? Kau memang dasar batu api." Dibalingnya kapak pada dada kiri Don. Mata kapak itu terbenam sangat dalam. Darah dari jantung terpancut keluar dengan banyaknya.

Eng puas. "Aku lagi rela hidup sorang-sorang daripada dapat kawan macam korang. Kenapa semua orang dengki dengan aku? Salahkah aku jadi pandai?"

Eng kembali pada kerusinya. Ditatapnya komputer riba lalu dia menyambung semula karyanya yang tertangguh sebentar tadi. Seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam hidup dia. Mayat yang berada di dalam biliknya hanya dibiarkan seperti itu.

PSIKOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang