NORMAL ATAU PSIKO

555 27 6
                                    

Morning or night?
Light or dark?
Kind or bad?
Love or hate?
Smile or smirk?

Which one?

19 Januari 2018, 23:40 p.m

Ruangan bilik tidur yang indah tadinya telah bertukar menjadi kusam dan dibanjiri darah. Siapa yang lakukannya? Seorang lelaki berselubung selimut sedang tersenyum sendirian sambil memegang sebilah pisau lipat pada tangan kanannya. Matanya terlindung di sebalik selimut tersebut. Mayat lelaki yang dibunuhnya itu dibiarkan terbaring di atas katil di sebelah kanannya tanpa pakaian. Siapa mangsa itu? Kawan atau lawan?

18 Januari 2018, 07:50 a.m

Raiz sedang leka bermain game melalui Lenovo merahnya. Mata Fauzal pula asyik memerhati jejaka yang berada di hadapannya itu sambil tangannya perlahan-lahan melilit mee goreng menggunakan garfu.

"Raiz, kau nak makan atau kau nak aku makan kau sekarang ni?" Ujarnya dengan pandangan serius terhadap sahabatnya yang leka bermain Lenovo di hadapan rezeki.

"RAIZ!" Tegas Fauzal. Raiz segera letak telefon bimbitnya di atas meja makan.

"Haih. 24 jam game. Makan pun kau nak hadap game ke?" Bebel Fauzal macam mak kepada Raiz.

Raiz merajuk. "Ye. Aku makan. Kau ni tak payah la membebel." Dicapainya garfu dan sudu di dalam pinggan lalu dia menyantam sarapan tersebut.

"Fauzal. Aku ada benda nak cakap dekat kau ni. Tapi aku risau kalau kau tak terima." Ujarnya sambil memintal sisa mee di dalam pinggan.

"Cara kau cakap ni, aku rasa aku dah tahu. Boleh tak kalau kau tak buat kerja bodoh. Ada akal,kan? So, fikir sikit." Bicara Fauzal seperti tahu sahaja apa yang bakal diungkapkan oleh Raiz.

Garfu diletakkan di dalam pinggan. "Perasaan. Kalau dah suka aku cakap je la suka. Aku nak tolak pun tak boleh. Kau tak rasa apa-apa ke? Yelah. Tiga tahun tu kira lama dah kita tinggal serumah. Kau tak rasa apa yang aku rasa?"

Fauzal letakkan garfu dengan kasar di dalam pinggannya lalu berdiri. "Raiz. Aku dah ada awek. Dr. Iffah tu awek aku. Kau je yang tak nak guna akal. Nafsu, doh. Nafsu. Kau tu....Argh! Boleh sakit jiwa aku tinggal dengan kau ni. Dah la. Lepas ni aku fikir aku nak cau je dari sini." Fauzal berlalu pergi.

Raiz sempat mencapai pergelangan tangan kanan Fauzal. "Fauzal. Aku dah agak kau akan marah. Tapi tolonglah faham aku. I'm..."

"Gay? Kau nak cakap benda tu, kan? Fikirla sikit, Raiz. Tak ada istilah gay kalau manusia guna akal. Ingat Tuhan, Raiz. Dosa semua tu. Aku tak nak bersubahat." Tegas Fauzal sambil cuba meleraikan pegangan tangan Raiz yang erat itu.

Raiz berdiri. Wajah kacaknya dirapatkan pada telinga Fauzal lalu berbisik. "Tak kisahla kau terima atau tidak sebab aku tetap akan buat sampai aku dapat. Walaupun aku terpaksa korbankan sesuatu yang aku sayang." Pergelangan itu dilepaskan dan dia berlalu pergi meninggalkan Fauzal yang terpinga-pinga itu.

"Kenapa dengan dia hari ni? Tak pernah pun jadi macam ni sebelum ni." Fikir Fauzal sambil melihat Raiz pergi dari situ.

19 Januari 2018, 23 :00 a.m

Fauzal baru pulang daripada temu janjinya dengan teman wanitanya di restoran lima bintang. Wajahnya tampak ceria ketika masuk ke dalam rumah. Raiz yang berada di ruang tamu memerhati Fauzal menapak naik anak tangga menuju ke bilik.

"Dia abaikan aku dekat sini. Dia tak nampak aku dekat sini ke?" Geram Raiz dalam hati lalu bangun dari sofa. Televisyen ditutup. Langkahnya menuju ke arah bilik Fauzal.

Pintu dibuka. Fauzal yang baru tanggalkan baju kemeja itu terkejut. Dia hampir menjerit. "Raiz. Kau ni tak reti beri salam ke? Main terjah bilik aku je."

"Assalammualaikum. Puas layan awek tadi sampai tak nampak aku dekat ruang tamu? Bahagia je muka kau aku tengok. Apa cer, ha?" Dia melangkah masuk ke dalam bilik Fauzal.

"Waalaikummusalam." Fauzal duduk di atas katil dan biarkan butang bajunya dibuka semuanya. "Sorry la pasal tadi. Aku malas nak ganggu kau tengok tv. Serius, hari ni aku happy sebab aku dah lamar dia. Aku nak kahwin dengan dia bulan depan." Jelasnya dengan wajah bahagia.

Raiz sentap. Dia mengetap bibir. "Kahwin. Tapi sebelum tu...." Raiz berhenti di hadapan Fauzal. "Bagilah aku peluang untuk tunjukkan rasa cinta aku dekat kau."

Meremang segala bulu yang ada dekat Fauzal apabila mendengar kata-kata Raiz yang berada di hadapannya ini. "Kau dah gila ke? Dosa la, bodoh." Tengking Fauzal.

Raiz menolak bahu Fauzal jatuh di atas katil. "Suka hati kau la nak panggil aku bodoh pun asalkan aku dapat apa yang aku nak. Untuk pengetahuan kau. Aku dah lama simpan perasaan dekat kau. Tiga tahun. Kau tahu, tiga tahun. Sekarang aku dah tak tahan." Raiz rakus menanggalkan pakaian Fauzal.

Fauzal menendang Raiz pada perutnya. Raiz jatuh terduduk. "Ingat Tuhan la, Raiz. Kau dah kenapa? Selama aku hidup dengan kau ni tak ada pula kau nak tunjuk perangai macam ni. Tapi hari ni... Kau memang gila la, Raiz." Marah Fauzal.

Raiz bangun. Dia naik ke atas katil sebelum sempat Fauzal lari dari situ. "Sebab aku tak nak hilang kau awal sangat. Aku gila pun sebab kau. Sebab kau dah curi hati aku. Cinta tak kenal sesiapa,kan?"

"Stop! Raiz. Please. Jangan la buat aku macam ni." Air mata jantannya mula berguguran.

Raiz menghempap tubuhnya di atas Fauzal. "I love you." Pinggang Fauzal dirabanya. Fauzal tidak mampu lakukan apa-apa kerana tubuh sasa Raiz lebih berat daripadanya. Abang sado la konon.

Setengah jam berlalu dalam pergelutan nafsu Raiz. Fauzal masih tidak mampu melarikan dirinya sehinggalah dia terlihat laci meja mini di sebelah katilnya. Segera laci itu dibuka ketika Raiz leka dalam lenanya. Pisau lipat dicapai lalu dada Raiz ditikamnya.

Raiz terjaga. Dia melihat ke arah Fauzal. "Kau... Kenapa?"

"Sebab kau dah hancurkan maruah aku. Aku benci kau! Kau mati lagi bagus daripada kau hidup menyusahkan hidup aku." Tengking Fauzal seiring dengan tikaman pada perut Raiz tanpa rasa ragu-ragu.

"Aku benci kau. Aku benci orang yang hidup tak guna akal. BODOH!" Jarit Fauzal macam orang gila.

Setelah puas dia tikam Raiz, dia tersandar pada katil sambil berkelumbung selimut. Pada tangannya masih digenggam pisau lipat. Pandangan kebencian terhadap Raiz jelas dapat dilihat walaupun air mata yang mengalir itu menghalang pandangannya.

Air mata dikesat dengan menggunakan selimut. Dia senyum tanpa diduga. "Morning or night? Light or dark? Kind or bad? Love or hate? Smile or smirk?" Bagaikan sedang mendendangkan lagu tidur untuk mayat disebelahnya.

20 Januari 2018, 09:30 a.m

Dr. Iffah menghampiri pesakitnya lalu dia duduk di atas kerusi yang terletak di sebelah kanan katil. Wajah lelaki itu ditatapnya sambil menguntumkan senyuman manis. "Fauzal. Awak sihat?" Soalnya kepada pesakit yang sudah lama menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga jejaka itu.

"Sihat.Syukurlah sebab Tuhan masih sayangkan saya." Ujarnya seperti orang normal.

Dr. Iffah tampak gembira. Tangan kanan jejaka itu dipegang dan diusap lembut. "Jangan stress sangat nanti awak sakit. Saya risau." Pujuknya lembut.

"Terima kasih, sayang." Dikucupnya lembut tangan gadis itu.

"Nampak normal tapi mental. Tapi mereka tak minta pun untuk jadi macam ni. Semua ni sebab kisah silam. Tekanan. Emosi tak stabil. Semuanya berkaitan dengan emosi, mental, situasi dan fizikal seseorang. Tapi aku sendiri pun tak faham dengan diri sendiri. Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan lelaki mental macam dia ni?" Bicara hati Dr. Iffah yang masih mencari kebenaran terhadap perasaannya kepada Fauzal.

PSIKOWhere stories live. Discover now