Tak lama lagi sem baru akan bermula. Kembali ke universiti. Hidup baru di rumah sewa. Entah la macam mana nanti. Belajar dan kerja.
Q : Kerja? Kenapa?
A : Sebab nak tampung kos sara hidup dan perbelanjaaan pendidikan.
Q : Tak minta bantuan atau pinjaman kewangan?
A : Dah. Dalam proses. Sem lepas-lepas sibuk sangat dan tak berapa tahu sangat pasal pinjaman. Masa cuti sem baru nak kaji semua tu. Tak tahu la dapat atau tak. Lagi pun aku kerja bukan untuk aku je. Untuk adik-adik.
Q :Sebab?
A : Sebab aku dah tak ada sesiapa. Hanya adik-adik aku je. Aku tak nak la harapkan pakcik makcik aku tanggung sebab mereka pun ada ramai anak yang sekolah. Sebagai seorang kakak yang telah berjanji kepada arwah ibu. Maka, itulah pilihan aku. Walaupun ada di KL mereka di Pahang. Tak ada banyak masa untuk bersama. Lagipun cuti sem deorang sekolah. Duduk asrama pula.
Q : Macam mana dengan yuran sem lepas-lepas?
A :Yuran? Tanggung sendiri menggunakan hasil duit insuran kemalangan arwah ayah. Tapi hasil tu aku bahagi untuk adik-adik aku sekolah. Sebab bahagian mereka masih belum dapat. Tak cukup umur. Dan wang penutupan bank ibu punya. Keluarkan semua dan tutup. Tapi rasanya ada bagi yang belum selesai. Tertangguh sebab aku kemalangan masa nak pergi teruskan urusan pemindahan wang. Terpaksa berkerusi roda dan bertongkat untuk 4 bulan lebih sehingga majikan tempat kerja aku dulu tolong bawa jumpa pakar tulang kampung. Betulkan semula sendi dan tulang yang patah. Ibu jari dan anak jari kaki je. Tapi kesannya sampai tak boleh jalan. Nasib la masa masuk U dah boleh berjalan. Seminggu sebelum masuk U. Bertongkat. Tapi ada hikmahnya. Segala urusan dipermudahkan.
Q : Masa cuti sem ni buat apa?
A : Lepak dekat rumah. Dah puas cari kerja. Tak ada yang terima kerja sementara sebab nak pekerja tetap. Kedai makan pula macam dah full sebab student balik musim cuti ni cari kerja. Kalau kerja pagi buta... aku bukan jenis bangun awal sejak masuk U. Sebab dah jadi tabiat tidur jam 4-5 pagi. Entah la bila masa nak pusing masa semula jadi normal. Minggu depan kot. Risau tak bangun pergi kelas pagi je. Dan lepak aku bukan lepak saja2. Sambil melepak sambil baca buku ilmiah dan dapatkan idea untuk penulisan. Habiskan masa dengan seni (tengoklah apa benda yang ada dalam bilik yang boleh jadi mangsa pengubahsuaian) sarung bantal kosong pun boleh jadi berbunga XD.
Q : Ada terfikir nak jadi penulis?
A : Entah. Aku menulis kerana minat dan rasa nak tulis bila ada idea. Dan rasa selalu rasa cerita sendiri macam 'apa ni? Aku tak faham'. Padam. Buat yang lain. Macam tak serius kan? Jadi, rasanya tak layak jadi penulis. Nak jadi penulis kena serius dan boleh beri motivasi. Setakat fantasi. Mungkin boleh. Tapi penulisan realiti. Rasanya tak mampu. Dan penulisan realiti tu la yang banyak dah padam. Tapi aku sendiri pelik, mengapa bila stress banyak pula idea keluar walaupun merepek dan tak logik. Boleh siapkan cepat dan lengkap. Bila masa rasa serius dan tulis dengan tenang. Idea selalu sangkut. Misteri di situ. Mungkin sebab aku menulis dengan perasaan yang tak menentu? Apa aku merepek ni? Aku masih lagi perlu belajar banyak benda tentang dunia penulisan.
Q : Kenapa suka sesuatu tentang psikologi dan cerita thriller?
A : Sebab aku suka sesuatu yang berbentuk pemikiran. Lagipun minda merupakan senjata yang 'hebat' kalau tahu manfaatkan. Tapi bagaimana pula dengan cara berfikir? Berbeza antara manusia dengan manusia yang lain. Psikologi dan masalah mental? Sesuatu yang menarik. Sebab ada pengalaman pergi wad tu. Bukan aku. Hanya melawat. Tapi sebenarnya orang tu bukan sakit mental tapi dia mampu melihat sesuatu yang orang lain tak mampu lihat (deria keenam). Dan dicop mental sebab 'sains' dan demi nama baik dia kerana terpaksa. Risau benda lain pula jadi. Sixth sense? We're special. From eyes, dream, feeling, mind, and whatever. Atau lebih mudah dikatakan sebagai 'kuasa'. Yes. I know it. Ianya bagaikan suatu cerita fantasi tapi ianya realiti. Bila dah rasa sendiri baru faham. Kadang diri sendiri tak percaya. Apa ni? Hanya mimpi? Kebetulan? Nothing. Ada hikmah di sebalik kejadian. Sebab saya suka thriller ialah mencabar. Pemikiran yang mencabar dan di luar kotak. Cara penulis sampaian sesuatu penulisan thriller yang dapat tarik pembaca sertai kehidupan dalam kisah itu buatkan aku rasa 'wow'. Imaginasi yang sangat tinggi dan logik. Permainan psikologi yang bagus. Sebab itu juga aku cuba cipta kisah sedemikian dengan kreativiti saya sendiri. Kerana itu juga AKU (Artistic, Killer, Unbend) wujud. Tapi rasa macam tak menarik bila banyak benda dah melencong ke lain.
Q : Apakah pendapat anda tentang DID? Adakah ianya menarik dan seronok?
A : Jawapannya ialah tak. Kerana pesakit DID tak dapat jalani kehidupan yang normal. Bukan 24 jam ialah diri sendiri. Mungkin ada alter lain yang akan ambil alih. Ya. Ada orang orang kata 'hebat.' Tapi terseksa. Sebab mereka tak merasai. Mereka hanya melihat. Pertukaran watak diri seseorang kelihatan hebat pada pandangan orang lain tetapi bukan si pesakit sendiri. Sama juga macam six sense. 'Hebat' tapi yang mengalami hal itu 'sakit'. Orang lain kata 'Aku nak jadi macam kau. Hebat' tapi si berpengalaman kata 'Aku tak suka semua ni. Kenapa kau suka?' DID bukan sesuatu yang mudah untuk diubati kerana ianya akan bertambah alter berbanding alter berkurang. Tak perasan pula kalau ada mana-mana artikal yang kata alter berkurang. Melainkan ianya sepi dalam jangka masa panjang dan kembali tiba-tiba. Ada juga alter yang tidak diketahui pernah wujud sebelum alter-alter yang dikenali oleh pemilik badan tersebut.
Q : Mengapakah tak pilih bidang psikologi dan pilih bidang lingusitik?
A : Siapa kata aku tak pilih psikologi? Pilih tapi tak dapat. Diri ini tak diterima. Tapi linguistik pilihan pertama sebab motivasi daripada seorang guru BM dan rasa berminat. Nak fahami dan kaji lebih mendalam tentang bahasa. Masalahnya dari dulu sampai sekarang BI aku tak pernah okey. Harap lulus je. Tu yang buatkan aku makin risau. Siapa cakap Linguistik Melayu tak perlu hadap buku BI? (Aku cakap) Masalahnya buku rujukan linguistik banyak dalam BI. Lagi pun ada bahasa tambahan. Aku pilih bahasa Perancis walaupun garu kepala masa nak jawab exam. Alhamdulillah lulus. Dan ada juga bahasa Inggeris untuk subjek umum. Semua pelajar wajib ambil ikut band MUET. Masalahnya aku tak dapat masuk ME sebab kouta pelajar untuk ME2 dah penuh. Haraplah tahun ni dapat masuk. Kalian tahu tak linguistik ni menarik sebenarnya. Mencabar minda dan banyak subjek dalam linguistik Melayu kalian dah belajar dalam buku BM tingkatan 6. Nasib baik aku tak jual buku tu dulu sebab gerak hati berbicara 'itu untuk masa depan'. Buku rujukan lain dah habis jual. Tinggal BM dengan Pengajian Perniagaan je. PP kenapa aku tak jual? Sebab nak siapkan modul yang dah dijanjikan kepada cikgu dua tahun lalu. Lama kan? Haa, ni la bila buat kerja tangguh-tangguh. Dah la banyak pecahan. Tapi nasib tingkatan 6 sem 2 je. Kalau buat semua sampai sem 3. Tak tahulah berapa tahun baru siap.
YOU ARE READING
PSIKO
Mystery / ThrillerApakah itu psiko? Psiko ialah sesuatu yang berkaitan dengan jiwa seperti tekanan mental.