Serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai dan ditenggelami darah menjadi pandangan indah bagi seorang jejaka di dalam bilik itu. Di sudut sana dapat dilihat dengan jelas mayat seorang gadis yang baru menghembuskan nafas terakhirnya pada detik 12:00 malam. Ketika ini, jejaka itu kelihatan ketakutan sambil memegang telefon pintarnya dan menelefon seseorang.
12 Julai 2018 menjadi saksi kejayaan seseorang korporat dalam perniagaannya. Namun, siapa tahu kisah silamnya yang menakutkan itu. Selepas kejayaannya itu, dia terus menjalankan misi syarikatnya yang seterusnya. Cawangan barunya kini berada di sebuah negara yang terletak jauh dari Malaysia iaitu Rusia.
"Aku akan kembali menuntut bela." Kata-kata itu menerjah fikiran seorang korporat yang sedang terlena di rumah barunya.
Matanya dibuka luas. Dilihatnya sekeliling dengan pandangan yang cemas. Kemudian, dia ketawa. "Tak mungkin. Dia dah mati. Mana boleh tuntut bela. Lagipun aku tak percayakan hantu." Namun, di hatinya masih ketakutan sejak kejadian tersebut.
Bunyi shower yang kuat di dalam bilik mandi menarik perhatiannya. "Armiza, lama lagikah? Abang pun nak mandi juga ni." Ujarnya yang berada di atas katil.
Tiada sebarang balas dari orang tersebut. Shower berhanti menghujani bilik mandi. Disangkakannya Armiza sudah siap mandi.
Dia berdiri dari katil dan berjalan ke arah pintu bilik mandi. Pintu diketuknya. "Sayang. Sudah siapkah?" Soalnya sambil mengetuk pintu bilik mandi.
Namun, masih tiada jawapan. Hal ini menyebabkan dia berasa hairan.
Tiba-tiba pintu dibuka. Seseorang berhoodie keluar dari bilik mandi bersama sebilah pisau yang berdarah.
"Hai, syukri. Dah lama kita tak jumpa. Kan?" Suara itu milik seorang wanita.
Dia ketakutan apabila mendengar kata-kata itu. "Siapa kau?" Langkahnya berundur ke belakang dan terlanggar almari pakaian.
Dia cuba melarikan diri. Namun, wanita itu lebih pantas. Pisau yang dibaling oleh wanita itu tepat mengena kepala mangsanya.
Dia rebah ke lantai. " Siapa kau?" Tanyanya lagi.
"Aku Afina. Perempuan yang kau dah bunuh dua tahun lepas." wanita itu menarik hoodie yang menutup wajahnya.
Alangkah terkejutnya apabila melihat wanita yang telah dibunuhnya dua tahun yang lalu sedang berdiri di hadapannya.
"Tak mungkin." Ungkapnya sebelum menghembuskan nafas terakhir di situ.
Wanita itu senyum. "Kalau tidak disebabkan kau bunuh kakak aku, ibu aku tak akan mati terkejut. Terkejut sebab berita kakak aku dibunuh dipaparkan pada akhbar. Sekarang kau terima balasannya."
"Kau memang bodoh sebab terperdaya dengan lakonan aku sebagai girlfriend kau. Tak ingin aku bersuamikan pembunuh kakak aku sendiri." Diludahnya ke arah mangsa tersebut sebelum dia meninggalkan bilik itu.
YOU ARE READING
PSIKO
Mystery / ThrillerApakah itu psiko? Psiko ialah sesuatu yang berkaitan dengan jiwa seperti tekanan mental.