PERASAAN TERPENDAM

81 4 1
                                    

Pertama,
Benarkan aku senyum.

Kedua,
Benarkan aku ketawa.

Ketiga,
Benarkan aku merenung wajah kau.

Keempat,
Benarkan aku bisik pada telinga kau.

Kelima,
Benarkan aku gigit telinga kau.

Keenam,
Benarkan aku cucuk jari kau dengan jarum.

Ketujuh,
Benarkan aku rasa darah kau.

Kelapan,
Benarkan aku peluk tubuh kau.

Kesembilan,
Benarkan aku kucup dahi kau.

Kesepuluh,
Jangan tinggalkan aku.

Aku ialah... Cuba teka siapa aku. Jika dapat jawab soalan ini, kau sangat bijak. Ya. Siapa nama aku?

Kalau kau tanya aku "siapa nama?" Aku tak akan jawab sebab aku tak tahu jawapannya. Kalau aku tahu, tetap rahsia.

Aku hanyalah manusia biasa. Tapi benarkah aku manusia? Aku hanya mampu ketawa. Ya. Sekarang aku ketawa. Kalian dengar aku ketawa?

Aku seorang lelaki. Ya ke? Perempuan? Atau ...? Apa agaknya jawapan aku, ya?

Aku rasa aku tak boleh berhenti ketawa. Dah seminggu. Mungkin. Sebab aku rasa benda tu lawak. Sikap manusia. Aku suka memerhati dan ketawa.

Apa kalian boleh bayangkan tentang diri aku? Tinggi? Rendah? Kurus? Gemuk? Kacak? Cantik? Hodoh?

Kalau tanya aku. Aku akan jawab. "Aku tak suka tengok cermin. Sebab aku rasa diperhatikan. Bagaikan aku boleh lihat apa yang berada disebalik imej cermin."

Apa agaknya situasi yang aku suka? Panas? Sejuk? Hujan? Tumbuhan? Cahaya? Tanah? Bintang? Laut? Langit? Matahari?

Jawapan aku ialah "Kegelapan dan bulan penuh." Kenapa? Sebabnya ialah... Apa ya sebabnya? Sebabnya aku sentiasa sendirian dalam kegelapan.

Bunga apa yang aku suka? Aku suka bunga yang jarang ada. Tapi selalu nampak cantik. Tak semua orang suka. Aku suka 'black rose' - 'I always think about death'

Cuba teka warna apa yang aku suka? Mesti kalian fikir 'hitam' sebab aku suka kegelapan dan black rose. Jawapannya ialah betul tapi kurang tepat. Warna kegamaran aku ialah merah. Merah yang sangat indah - merah darah. Kenapa merah? Sebab merah buatkan aku senyum bahagia. Ya. Sekarang aku sedang pakai baju merah. Ya ke?

Cuba teka aku pakai baju warna apa? Kalau tanya aku. Aku akan jawab. "Fikirlah sendiri sehingga jumpa jawapannya."

Adakah aku kejam? Mungkin ya. Mungkin tak.

Sebelum kisah bermula, aku mahu katakan "I can love someone I love but I can't love someone I hate."

👏👏👏

Aku tidak pernah kenal siapa diri aku. Sentiasa sendirian bagaikan tidak pernah wujud. Aku sering memerhati kawasan luar melalui tingkap. Aku tidak pernah keluar dari rumah aku kerana tiada apa yang aku perlu lakukan di luar.

Suatu hari, seorang gadis berdiri di hadapan rumah aku. Dia lihat rumah aku. Aku pula melihat dirinya sambil menyorok disebalik langsir hitam.

Setiap hari dia datang ke rumah aku. Berdiri betul bertentangan dengan tingkap bilik aku. Selepas puas dia berdiri. Dia akan duduk di hadapan tiang pagar rumah aku. Dia keluarkan sebuah buku dan pen. Dia menulis sesuatu di dalam buku itu.

Sudah sebulan dia di sini. Melakukan hal yang sama setiap hari. Aku pula mula rasa ingin tahu siapakah dirinya.

Aku keluar dari rumag dan menghampirinya di pagar rumah aku. Aku menyorok dis belakang dinding pagar. Aku letak sekuntum bunga mawar hitam di atas kepalanya. Dia terkejut. Aku juga terkejut. Aku terus menyorok di belakang pokok berhampiran tiang pagar. Dia pula segera ambil mawar hitam itu.

PSIKOWhere stories live. Discover now