1

44 3 0
                                    

" 'Penduduk setempat dinasihatkan agar sentiasa berada di dalam rumah. Hal ini kerana, keadaan di luar amat membimbangkan bagi pihak berkuasa' kata Perdana Menteri.

' Kami masih lagi mencari cara untuk menghentikan perkara ini dari terus merebak' "

Kata-kata dari pemberita tv itu menarik perhatian tiga orang remaja di dalam rumah kayu itu.

"Apa dah jadi dekat luar sana?" Kata seorang perempuan. Sepertinya dia tidak percaya apa yang dah berlaku.

"Semestinya musuh kita yang buat semua ni" kata lelaki yang baru keluar dari dapur. Dia sudah selesai masak untuk makan malam. "Jom makan" ajaknya.

Mereka bertiga bergerak ke meja makan.

"Dah 2 bulan kita kat sini. Bila kita nak keluar?" Tanya seorang lagi lelaki.

"Belum tiba masanya lagi Ein" kata lelaki pertama tadi.

"Takkan nak biarkan mereka semua macam tu!" Tengking Ein. Dia hilang kesabaran.

"Ein, musuh kita bukannya lemah. Dan kita pon tak tahu berapa ramai ahli kita yang ada. Mungkin mereka semua dah..." Lelaki itu tidak dapat meneruskan kata-katanya.

"Betul cakap Akmal tu, Ein" perempuan tadi menyokong kata-kata Akmal.

"Habis tu sekarang macam mana?" Tanya Ein.

"Buat masa ni kita duduk sini. Bila dah tiba masanya-"

"Bila masa yang sesuai?" potong Ein.

Perempuan tadi hanya diam. Begitu juga dengan Akmal. Lama dia terdiam; memikirkan sesuatu.

Sejak haritu, mereka terpaksa bersembunyi di suatu rumah agam kayu yang terletak di tengah hutan. Di situ ialah rumah peninggalan mendiang Ayah Akmal. Terdapat pelbagai kelengkapan yang masih lagi berfungsi walaupun telah ditinggalkan selama 13 tahun.

Ayahnya merupakan manusia yang sama sepertinya. Mempunyai kuasa. Dan dia adalah manusia yang berdarah pure yang mempunyai kuasa. Juga terdapat lagi beberapa orang yang berdarah pure tetapi masih tidak dapat dikenalpasti kedudukannya.

"Esok. Kita akan mula esok" kata Akmal. "Ain, aku nak kau sediakan barang untuk esok" arahnya.

Ain hanya mengangguk.

---------------------------------------------------------

Ini hanya prolog bagi book 2. In case korang lupa, Akmal ialah Kimdo.

Apa jadi kat Ain, Akmal dan Ein sebelum ni? Any guesses?

The SurvivorWhere stories live. Discover now