14

7 0 0
                                    

Kali ini Aspa, Ein, Yana, Sophia dan Akmal keluar untuk misi mencari. Pencarian pada kali ini agak sukar kerana keadaan cuaca yang tiba-tiba sahaja hujan. Mereka terpaksa berteduh di sebuah bangunan kecil.

"Haish. Hujan la pula." rungut Yana.

"Janganlah merungut. Dah lama tak hujan tau." nasihat Sophia. Yana hanya mengeluh.

"Rasanya kita kena balik ni. Susah nak cari dalam keadaan cuaca macam ni" kata Aspa

"Nak balik macam mana pula? Hujan kat luar tu" balas Akmal.

Semua memandang ke luar. Masih lagi hujan. Hujan semakin lebat menyukarkan mereka untuk bergerak. Hari juga semakin gelap. Mereka risau tidak dapat pulang hari ini.

"Macam mana ni Aspa? Dah nak gelap dah ni?" Tanya Yana kerisauan.

"Kita redah je nak?" Cadang Ein kepada yang lain.

"Tapi lebat la hujan ni" bantah Sophia.

"Paling kurang pon basah kuyup je" balas Akmal menyokong cadangan Ein.

"Kita tunggu sekejap lagi, kalau masih tak reda kita kena bersedia untuk bermalam di sini" kata Aspa dengan tegas meberi kata putus. Yang lain cuma berdiam diri tidak mahu membalas.

Sudah satu jam mereka menunggu, namun hujan tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Masih lagi lebat seperti sebelumnya.

"Nampaknya kita bermalam saja di sini" kata Akmal. Dia bangun untuk melihat keadaan bangunan itu untuk mencari tempat yang sesuai untuk bermalam.

"Tak boleh nak buat apa dah" ujar Ein lalu bangun mengikut Akmal.

"Yana, Sophia. Cari apa-apa yang boleh dibuat bahan bakar." Arah Aspa.

"Ok" balas Yana.

Yana dan Sophia bangun dan terus bergerak entah kemana untuk mencari bahan bakar.

Aspa juga bangun dan meninjau keadaan sekeliling. Mencari apa sahaja yang boleh membantu mereka untuk bertahan semalam di sini. Aspa terjumpa banyak kain, baju dan seluar.

"Macam kedai baju je" ujar Aspa seorang diri. Dia mengambil beberapa pasang baju dan seluar untuk dijadikan alas tempat tidur.

"Ada apa-apa nak tolong?" Tegur Akmal dari belakang Aspa.

Aspa menoleh dan bertanya, "dan jumpa tempat yang sesuai?"

"Dekat belakang tu ok kot. Tak kotor sangat. Tak payah nak kemas" balas Akmal.

"Kalau macam tu, ambil kain-kain ni. Buat alas tidur" arah Aspa.

Akmal dan Ein menurut tanpa kata. Yana dan Sophia datang dengan sebatang pohon kayu besar yang sudah patah.

"Ni nak letak mana?" Tanya Sophia yang memegang kayu itu.

"Mana dapat tu?" Balas Ein dengan soalan.

"Ada kat luar tu. Pokok kat luar tu patah." Jawab Sophia.

"Letak kat belakang tu" kata Akmal.

Mereka semua bergerak ke tempat yang dikatakan Akmal. Tidak banyak yang perlu dikemaskan. Tempat itu cukup bersih. Akmal dan Ein membentangkan kain-kain yang dibawa tadi ke atas lantai. Yana dan Sophia pula berhempas pulas untuk mematahkan pohon kayu yang besar tadi menjadi kecil. Selepas itu, Aspa menggunakan kuasanya untuk membuat unggun api.

Seusai siap semuanya. Mereka duduk mengelilingi unggun api.

"Guys, aku penat ni. Aku tidur dulu" kata Akmal selamba lalu baring.

Yang lain juga mengikut kerana sudah penat kecuali Aspa. Dia akan berjaga mana tahu ada apa-apa bahaya yang datang.

--------------------------------------------------------
"Mana diorang ni? Tak balik balik lagi?" Tanya Ell kepada Nyda. Mereka di luar menunggu ahli yang keluar untuk pulang. Ell mundar mandir kedepan, kebelakang sambil menggigit kukunya. "Risau lah macam ni. Macam mana kalau-"

"Dah, dah. Tak payah negatif sangat. Hujan lagipon kat luar tu, mesti diorang bermalam kat mana-mana." Kata Nyda cuba untuk menenangkan Ell.

"Tapi-"

"Dah, dah. Jom masuk. Pandailah diorang jaga diri" Nyda menarik Ell masuk sebelum dia dapat menghabiskan kata-katanya.

-------------------------------------------------------

TUP!

Aspa terjaga.

"Aku tertidur ke?" Soal Aspa dalam hati

TUP!

"Bunyi apa tu?" Fikir Aspa.

Dia memandang ahli yang lain. Semua masih nyenyak tidur.

Hah~

Kali ini kedengaran seperti orang melepaskan nafas. Bunyi itu datang dari arah depan tempat mereka menunggu hujan tadi. Aspa perlahan-lahan bangun tidak mahu membuat sebarang bunyi. Siapa tahu mungkin makhluk yang ganas akan menyerang mereka.

Perlahan-lahan Aspa merapatkan belakang badannya pada tembok yang menjadi pemisah bahagian depan dan belakang. Bunyi nafas itu makin kuat kedengaran. Aspa pasti bunyi itu berada di sebalik tembok itu. Dengan berhati-hati, kepalanya dijengukkan ke sebalik tembok untuk melihat apa yang ada di situ.

Keadaan gelap menyukarkan Aspa untuk mengenalpasti identiti makhluk itu. Bentuk seperi seorang manusia, tapi masih belum dipastikan. Aspa melihat dengan lebih lama. Matanya cuba ditajamkan setajam mungkin. Tiba-tiba makhluk itu menoleh ke arahnya. Cepat-cepat Aspa mengembalikan kepalanya di belakang tembok.

Kali ini Aspa pula tercungap-cungap. Dadanya seperti ombak, berdebar-debar.

"Si-siapa tu?" Soal suara itu.

Aspa kenal suara itu. Ya, dia pasti siapa pemilik suara itu. Dia adalah...

"Qurratu?" Kata Aspa lalu memunculkan diri dari sebalik dinding itu.

"A-aspa?" Soal suara itu.

"Ya. Ni Aspa" balas Aspa.

Qurratu cuba bangun. Kakinya lemah. Apbila dia sudah bangun, dia jatuh kembali. "Ouchh" keluh Qurratu.

"Takpe, takpe. Aspa tolong."

Aspa memapah Qurratu dan bergerak ke arah unggun api. Qurratu didudukkan.

"Qurratu tak apa-apa kan?" Soal Aspa.

Qurratu hanya mengangguk.

"Berehatlah dulu. Esok Ein rawat"

Qurratu patuh dan baring. Aspa tersenyum.

Nasib baik bermalam disini. Fikir Aspa.

**********

The SurvivorWhere stories live. Discover now