Burung-burung berkicauan. Matahari pagi menyinari hutan disitu. Jimmy tersedar apabila matahari menyapa matanya. Dia menggeliat dan terus bangun menuju ke bilik air. Selepas itu, dia bersiap-siap untuk turun. Dia memandang cermin. Penampilannya kemas hari ini. Mujur dia sampai ke rumah ini.
Jimmy turun ke bawah. Bau yang enak menyinggah hidungnya.
"Eh! Jimmy? Morning." sapa Zera dengan suara yang ceria. "Awal kau bangun. Duduklah dulu. Dah nak siap dah aku masak ni."
"Mana kau dapat bahan nak masak ni?" soal Jimmy.
"Ouhhh. Bahan ni aku dapat dalam peti sejuk tu. Tak ada lah banyak sangat. Tapi aku rasa cukuplah untuk tahan dalam semingu." Jawab Zera. "Takkan kau tak tahu?" soal Zera kembali.
Jimmy terdiam. Rasanya kali terakhir dia tingalkan rumah ini, semua kosong termasuk bekalan makanan.
"Aku rasa ada orang dah singgah ke sini." kata Jimmy perlahan tapi masih dapat didengari Zera.
"Ada orang singgah? Siapa?" soal Zera kehairanan.
Jimmy tidak menjawab soalan Zera dan membiarkan dirinya di alam fikirannya sendiri.
------------------------------------------------------------------------------
"Aduh~Penatnya~" keluh Akmal.
"Bukan kau sorang je" balas Aspa.
"Dah dah. Tak ada masa nak berehat. Kita kena cari tempat berlindung sekarang" arah Ell.
"Alaaaaaa~ Kak Ell~" balas Akmal selepas mendengar arahan Ell.
"Tak ada ke tempat yang kita boleh duduk dengan tenang untuk sementara?" kali ini Rin pula yang mengadu.
"Ada. Kalau kita pergi rumah agam tu" balas Ein.
"Rumah agam?" soal Nyda.
"Yup. Rumah agam Akmal" jawab Ain.
--------------------------------------------------------------------------------
"Mana kau tahu rumah ni?' soal Aspa apabila mereka sampai di hadapan rumah agam itu.
"Entah." balas Akmal. " Macam ada sesuatu yang bagitahu rumah ni ada dekat sini" sambungnnya lagi. "Kenapa?" soal Akmal kembali.
"Kau tahu ke ni rumah siapa?" Balas Aspa dengan soalan.
"Errmmmmmmm... Keluarga aku?" balas Akmal.
"Ma- macam mana kau tahu?" soal Aspa lagi. Terkejut bagaimana Akmal dapat mengetahui hal ini.
"Kita masuk dulu boleh tak? Penat dah ni" pintas Ein sebelum sempat Akmal menjawab.
Akmal berdiri di hadapan pintu dan meletakkan tangannya dihadapan pintu. Keliling pintu itu bercahaya dan terbuka sendiri.
"KEMAL!!!"
----------------------------------------------------------
"Semua ada kat sini ke?" tanya Aspa. Dia memandang keliling.
Semua ahli sudah turun berkumpul di ruang tamu. Zera dan Ain datang membawa makanan dan minuman.
"Belum cukup lagi. Qurratu,Sara, Zara dan Amelin masih tak dapat jumpa" jawab Zera seraya meletakkan jag air yang dibawanya.
"Dah cuba cari?" Soal Aspa lagi.
"Dah. Bukan senang nak cari diorang" jawab Zera lagi lalu duduk di sebelah Iman.
"Ok. Jadi ni rumah apa?" Tanya Kak Ell.
Medengar soalan itu, baru Aspa teringat soalannya yang masih tak terjawab. "Kemal, macam mana kau tahu ni rumah keluarga kau?"
Jimmy yang terdengar soalan itu memamlingkan mukanya terhadap Akmal. Begitu juga dengan yang lain.
"Ouh, ye. Pasal tu, masa aku sampai sini, aku, Ein dan Ain. Aku meronda dalam rumah ni. And, ada satu bilik di hujung tingkat 2, bilik tu ada banyak buku dalam tu. Buku lama. Aku baca buku-buku dalam tu masa tu lah sesuatu terjadi." Terang Akmal.
"Apa yang jadi?" Soal Aspa.
Akmal tidak menjawab lalu memandang Ein dan Ain silih berganti.
"Kami jumpa Kemal pengsan dalam tu. Dia tak sedarkan diri beberapa hari." Sambung Ein. "Dan bila dia sedar, dia jadi lain. Sifat dia. Lebih serius dan tak macam dulu yang suka main-main. Dia cakap dia ahli puak ni. Mula- mula memang kami tak faham. Tapi bila tunjuk buku yang dia baca, dia terangkan apa ada dalam buku tu, baru kami percaya."
"Akhirnya, aku dah jumpa kau?"
Serentak semua memandang Jimmy. Jimmy dengan senyuman penuh makna memandang Aspa sekilas lalu mengangguk. Aspa seperti tidak percaya. Riak wajahnya nampak terkejut. Yang lain hanya bingung menyaksikan mereka berdua.
"Boleh tak korang berdua bagitahu apa yang jadi.?" Soal Iman berang dengan mereka berdua.
"Dia adalah Ketua Puak kita" balas Jimmy. Semua terekejut dengan kenyataan Jimmy.
"A..aku. Ketua puak ni?" Balas Akmal. "Hahahahahaha lawak apa ni?" Akmal sepertinya tidak percaya.
"Ya. Kau ketua puak ni. Bilik yang kau kata tadi, bilik tu hanya ketua puak sahaja yang boleh buka. Dan rumah ni, macam yang kau kata, rumah keluarga kau, rumah Ketua Puak." Terang Jimmy.
Akmal terdiam sebentar. Cuba memproses apa yang dikatakan Jimmy dan Aspa. Dia cuba mengingati apa yang dia baca daripada buku-buku di dalam bilik itu.
"Jadi..." Akmal berhenti sebentar, cuba untuk mengatur ayat. "Rumah ni rumah aku, dan aku ketua Puak ni?" soal Akmal.
"Ya" balas Jimmy. Aspa mengangguk.
Akmal berdiri. Dia berjalan menuju ke arah satu potret besar yang tergantung di satu sudut. Direnung gambar itu lama. Yang lain hanya menyoroti langkah Akmal dengan pandangan.
Akmal tersenyum memandang gambar itu, lalu berkata,
"I'm back"
-----------------------------------------------------------Finally, dapat pun update. Lama dah tak sentuh buku ni. Busy memanjang. So sorry
YOU ARE READING
The Survivor
FantasyA sequel of Michi Family. Please read Michi Family first before you read this. Mereka yang terselamat terpaksa mencari cara untuk terus selamat. Musuh selama ini yang disangkakan lemah rupanya kuat. Kuasa yang selama ini disangkakan boleh menyelamat...