"ZARA!!!"
Satu jeritan kuat kedengaran di seluruh pelosok rumah. Mereka kenal suara itu. Itu suara Amelin. Zera yang sedang menyiapkan makan malam segara berlari naik ke atas dan terus menuju ke bilik yang menempatkan Amelin.
Kelihatan Amelin seperti orang hilang arah. Dia mundar- mandir di tepi katil seperti orang gila.
"Amelin!" Panggil Zera.
Amelin memandang ke arah Zera. "Zera!" Terus sahaja Amelin berlari ke arah Zera lalu memeluk kawannya itu. Dia menangis teresak-esak dibahu Zera.
"Kenapa ni?" Soal Zera kerisauan. Amelin masih menangis.
Ahli yang lain turut sampai ke situ. Masing-masing tidak tahu apa yang berlaku.
"Amelin kenapa ni?" Soal Ell.
Amelin memandang pemilik suara itu. "Kak Ell" katanya perlahan. Kemudian dia memandang pula manusia yang berada di belakang Ell. "Korang" katanya lagi. Kemudian dia menangis lagi.
Zera hanya menepuk-nepuk bahu Amelin agar dia tenang. Lama-kelamaan, Amelin menunjukkan tanda-tanda dia sudah tenang.
"Kenapa ni? Kenapa kau jerit tadi?" Soal Zera apabila dia pasti Amelin sudah tenang.
"Zara. Aku mimpi Zara mati" mengalir lagi air mata Amelin. Dia takut. Dia takut sangat. Zara di dalam mimpinya mati kerana ingin menyelamatkannya.
Zera memeluk Amelin semula agar dia tenang.
"Apa yang jadi sebenarnya Amelin?" Soal Nyda. "Boleh ceritakan?"
-----------------------------------------------------------------
Sesampainya Amelin di rumah MF, semuanya kacau bilau. Api bertebaran di lantai, ketulan ais berselerak dan angin yang kuat. Kelihatan Rin terbaring di lantai sambil dilindungi oleh Zara. Amelin bergegas ke arah mereka.
"Zara kenapa ni?!" Soal Amelin.
"EXO! EXO lah yang buat semua kacau bilau ni!" Jawab Zara. "Amelin tunduk!!" Jerit Zara.
Amelin buat seperti yang diarahkan. Lalu tangan Zara diarahkan ke arah belakang Amelin lalu satu sinar cahaya keluar dari tangannya.
"Kita kena selamatkan Rin" kata Zara.
"Amelin!!" Amelin memandang ke arah pemanggil itu. "Bawa Zara dan Rin ke tempat selamat. Biar Aspa dan yang lain uruskan kat sini" Amelin mengangguk dan teleport entah kemana bersama Zara dan Rin.
Apa yang berada di fikirannya hanyalah tempat yang selamat. Dia sampai ke dalam sebuah bangunan yang dia tidak tahu bangunan apa. Apa yang dia tahu bangunan ini sepertinya sudah hancur. Dia terfikir apa yang membuatkan bangunan ini jadi seperti ini?
"Amelin" panggil Zara. "Rasanya kat sini dah selamat. Amelin mengangguk. Rin yang pengsan diletakkan di bawah. "Ini Amelin bawa kita ke mana?" Soal Zara.
"Entahlah Zara. Amelin cuma fikir tempat yang selamat je." Balas Amelin.
Zara bangun. Dia melihat kawasan sekeliling. "Ni macam kawasan dapur. Mungkin kita dekat restoran."
"Apa yang jadi sebenarnya Zara?" Soal Amelin. Dia masih lagi tidak tahu apa yang terjadi.
"Zara tak tahu. Tiba-tiba angin bertiup dengan kencang. Kami ingatkan Sara, jadi kami suruh dia berhenti. Tapi Sara tak mengaku. Makin lama angin makin kuat. Kami dah tak tahan, kami nak keluar nak tengok apa yang jadi. Tiba-tiba muncul dinding ais kat depan pintu. Kami ingat Qurratu. Tapi bukan dia. Rupanya Xiumin. Masa tu diorang dengan Sehun dan Kyungsoo. Diorang serang kami. Rin terkena serangan Xiumin" terang Zara.
YOU ARE READING
The Survivor
FantasyA sequel of Michi Family. Please read Michi Family first before you read this. Mereka yang terselamat terpaksa mencari cara untuk terus selamat. Musuh selama ini yang disangkakan lemah rupanya kuat. Kuasa yang selama ini disangkakan boleh menyelamat...