17

5 1 0
                                    

Selepas makan malam, semua berkumpul di ruang tamu termasuk Amelin dan Qurratu. Akmal menceritakan apa yang terjadi. Termasuk apa yang diberitahu oleh Chanyeol, Baekhyun dan Chen.

"Aku tak pernah tahu pula tentang tu. Yang aku tahu tentang pemberian kuasa adalah dipilih oleh dia" kata Jimmy.

"Mungkin hanya mereka ahli sihir sahaja yang tahu caranya. Mungkin hanya mereka yang boleh buat" balas Aspa.

"Mungkin juga" balas Jimmy.

Keadaan menjadi diam. Jimmy dan Aspa sudah berada dalam dunia sendiri untuk merungkai masalah ini.

"Oh ye!" Jimmy memecah kesunyian. "Aku ada baca pasal ni. Kuasa kita boleh dikongsi. Tapi dia tak bagitahu bagaimana. Dan yang penting. Kuasa ketua puak tidak boleh dicuri. Tetapi boleh dirampas." Terang Jimmy.

"Dirampas?" Soal Akmal. Takut pula apabila terdengar pernyataan itu.

"Ya. Dirampas. Kena bunuh ketua puak baru boleh dapat kuasanya. Selain daripada keturunan dan pemilihan, cara itu juga boleh digunakan." Terang Jimmy lagi.

"Maksudnya, mereka tiada kuasa ketua puak lah kan?" Soal Ell.

"Ya, betul." Balas Jimmy. "Faham semua?" Soal Jimmy. Yang lain mengangguk. "Jadi mungkin sasaran mereka adalah Kemal. Jadi kita kena lindungi ketua puak kita" kata Jimmy.

"Seterunya, tentang Muaz. Aku dah kaji bagaimana nak pulihkan dia. Hanya dengan berjumpa dengan penjaga kuasa itu baru Muaz boleh dipulihkan." Kata Jimmy lagi.

"Jadi di mana dia?" Soal Yana. Dia memang sedikit sensitif berkenaan Muaz. Dia menyalahkan dirinya ke atas apa yang terjadi terhadap Muaz.

"Ikut apa yang dikaji, dia berada di bahagian Utara. Tempat yang tersorok. Tempat yang sunyi. Berbatu-batu. Dan banyak pohon merah. Di sana juga ada binatang buas yang menjaga kawasan itu. Senang kata, tempat tu menyeramkan." Terang Jimmy.

"Takutnya nak pergi" kata Nurlin.

"Ya. Memang betul. Hanya yang terpilih je boleh pergi. Tapi masalah sekarang, aku tak tahu berapa jauh ke Utara." Ujar Jimmy lagi.

"Jadi macam mana?" Soal Nyda.

"Aku rancang untuk jalan sehingga kita jumpa tempat tu. Mungkin mengambil masa berhari-hari. Mungkin juga lama dari itu. Jadi macam mana? Korang setuju?"

Yang lain diam seketika. Memikirkan apa yang terbaik untuk mereka. Mendengar cerita Jimmy membuatkan mereka takut. Tempat yang menyeramkan dan hanya yang terpilih sahaja boleh masuk. Tempat yang mereka tidak dapat bayangkan.

"Yana ikut!" Kata Yana dengan semangat.

Jimmy tersenyum. "Ada yang setuju. Kalau semua setuju, aku akan aturkan kumpulan. Dan kita akan gerak pagi esok."

"Aku setuju. Kita kena jumpa dia." Kata Aspa.

Yang lain juga mengangguk tanda setuju.

"Nampaknya, itu sahaja cara yang kita ada kan?" Kata Aina.

"Macam tulah gayanya" balas Jimmy. "Baiklah kalau semua setuju. Aku akan tetapkan kumpulan. Malam ni berehat secukupnya dan siap sedia untuk esok. Bersurai" kata Jimmy.

Lalu mereka semua beredar.

-----------------------------------------------------------------

"Kemal, Nyda, Iman, Aina, Myza dan Sophia. Korang semua akan ikut aku untuk cari penjaga kuasa. Yang lain akan tinggal di sini untuk cari ahli yang lain" kata Jimmy. "Nah" Jimmy menghulurkan beberapa buah beg kepada mereka yang pergi. "Dalam beg ini aku ada sediakan beberapa barang yang penting macam kompas, maklumat tentang tempat tu dan lakaran peta. Jadi senang untuk korang bertindak kalau jadi apa-apa kat aku." Terang Jimmy. "Ada apa-apa soalan sebelum kita bertolak?" Soal Jimmy.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 31, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The SurvivorWhere stories live. Discover now