"Kita nak mula mencari dari mana?" Tanya Ain.
Akmal meletakkan jari-jemarinya di bawah dagu. Memikirkan dari mana mereka patut mula. Begitu juga dengan Ein.
"Mungkin SMF?" Cadang Ein.
"Emmmmm... Ok" Akmal bersetuju.
Mereka berjalan keluar daripada kawasan rumah agam itu.
"Ingat. Lepas kita keluar dari kawasan ni, tiada lagi perlindungan. Bermakna musuh akan serang kita. Jadi aku nak korang berdua berhati-hati. Sentiasa peka dengan sekeliling." Pesan Akmal dalam perjalanan keluar.
Kawasan hutan yang menempatkan rumah agam itu telah dilindungi oleh kaum keluarganya sejak dulu lagi. Tapi perlindungannya akan terhenti seketika apabila berlakunya gerhana bulan dan matahari.
Akmal berhenti apabila sudah sampai di penghujung hutan.
"Ain, sentiasa peka dengan sekeliling. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan, bagitahu. Ein,..." Akmal memandang ke arah Ein. Dan Ein melakukan yang sama. "Tolong jaga diri"
Buat masa sekarang kumpulan mereka sangat lemah. Dengan hanya kuasa Telekinesis yang dimiliki Akmal, hanya kuasa itu sahaja yang boleh digunakan untuk menyerang buat masa ini.
Mereka menarik nafas panjang sebelum melepasi sempadan perlindungan hutan itu.
"Mula"
------------------------------
Satu jam perjalanan. Akhirnya mereka sampai di SMF.
"Berpecah?" Cadang Ein.
"Tak. Kita sangat lemah sekarang" balas Akmal. Ein menurut.
Mereka melangkah masuk ke dalam. Mencari apa sahaja yang boleh dijadikan sebagai petunjuk.
"Tengok tu!" Ain menujukkan ke arah bagunan yang pernah terbakar dulu. Terdapat sekumpulan; seperti raksasa atau manusia. Mereka juga tidak pasti apa itu.
"Apa tu?" Tanya Ein.
"Wendigo" jawab Akmal.
"Wen- what?" Soal Ain tidak faham.
"Wendigo" jawab Akmal sekali lagi.
"Makhluk apa tu?" Tanya Ein.
"Wendigo adalah sejenis makhluk yang memakan daging manusia. Sangat ganas dan bahaya. Ia makan daging manusia untuk terus hidup"
"Tapi kenapa Wendigo tu macam manusia?" Soal Ein lagi.
"Entah. Aku pon tak pasti kenapa. Yang penting makhluk tu ialah Wendigo" jawab Akmal. "Kita kena hati-hati. Mereka ramai."
"Aku dengar suara" kata-kata Ain menarik perhatian Akmal dan Ein.
"Kat mana?"
"Tak pasti. Jom" Akmal dan Ein hanya mengikut Ain.
"Ain!!!" Pekik Akmal apabila beberapa Wendigo datang ke arah mereka. "Lari!!" Arah Akmal.
Mereka berpatah balik dan lari.
"Ke mana?" Tanya Ein. "Kita kena cari tempat sembunyi"
"Sana!" Akmal menunjukkan ke arah kantin yang kosong. "Kita sorok dekat belakang sana!" Ein dan Ain hanya menurut.
Akmal menghalakan tangannya kehadapan lalu 2 buah meja di kantin terapung. Dia mencampakkan meja itu ke arah Wendigo tadi untuk menganggu perhatian mereka.
Mereka sorok di belakang kantin. Tercungap-cungap mereka apabila berhenti.
"Apa kita nak buat sekarang?" Soal Ain yang sudahpun terduduk. Penat berlari. Ini adalah kali pertama dia berhadapan dengan benda ini.
"Kau pasti yang kau dengar tadi suara orang? Bukan Wendigo?" Ein mempertikaikan Ain.
"Aku pasti tu suara orang" Ain mempertahankan dirinnya.
"Habistu macam mana Wendigo pulak yang ada?!" Ein mula meninggikan suara.
"Aku tahu bezakan suara orang dengan Wendigo!" Ain cuba mengawal kemarahannya. "Dan aku pasti itu ialah orang"
Ain yakin bahawa apa yang dia dengar adalah suara orang. Tapi... "Wendigo boleh bercakap ke?"Ain memandang Akmal untuk mendapatkan jawapan.
"Itu... Aku tak pasti. Ada sejarah mengatakan puak Wendigo hanya boleh bercakap sesama mereka sahaja. Tetapi, ada pula yang mengatakan yang puak Wendigo memang boleh bercakap" terang Akmal panjang lebar. "Tapi, untuk yang ni... Wendigo campur manusia... Aku tak pasti" sambungnya lagi.
"Jap jap" potong Ein. Mana kau tahu banyak benda ni?" Ein pelik mana datangnya segala penerangan itu. "Wendigo la. Apa la. Aku tahu kau pandai. Tapi tak tahu sepandai ni"
Akmal tersenyum sinis. "Nampaknya dah tiba masa aku bagitahu kau sesuatu"
Ein dan Ain memandang sesama sendiri. Pelik dengan ungkapan yang dikekuarkan Akmal.
"Sesuatu apa ni?" Ein mula naik rimas.
"Aku sebenarnya Pure Blood"
"Pure Blood?" Serentak Ein dan Ain mengatakan frasa itu.
"Apa benda tu?" Soal Ain.
"Aku memang dilahirkan dengan kuasa ni. Aku bukan macam ahli yang lain menerima kuasa. Kuasa aku turun temurun dari moyang. Boleh dikatakan aku ni generasi dari puak Pure Blood. Ada ramai lagi macam aku, cuma aku tak tahu kat mana mereka. Mungkin mereka ada dalam kalangan kita. Tapi aku tak tahu." Terang Akmal.
Ein dan Ain hanya berdiam mendengar segala kata yang keluar dari mulut Akmal.
"Aku masuk MF sebab aku nak cari puak aku. Tapi aku terlupa semua tu bila aku jumpa korang semua. Aku tak tahu kenapa. Dan sekarang aku dah ingat, aku nak cari balik mereka."
"Kau still lagi tak jawab soalan aku" kata Ein.
"Oh ya. Puak kami pernah berhadapan dengan Wendigo. Macam-macam lagi puak kami pernah hadap. Semuanya tertulis dalam buku sejarah puak kami"
"Macam tu" Ein dan Ain hanya mengangguk. "Tapi macam mana nak cari puak kau?" Soal Ein.
Akmal mengangkat baju lengan kirinya. Menampakkan suatu macam tattoo berbentuk yang sama sekali tidak dapat ditafsirkan. "Puak kami semua ada bentuk kat lengan mereka. Cuma berbeza bentuk. Bentuk yang ada kat tangan aku ni menunjukkan kuasa aku. Telekinesis."
"Ok... Sekarang ni nak buat apa? Sebab benda tu dah jumpa kita" kata Ain membuatkan Akmal dan Ein terkejut.
Mereka menoleh ke arah tempat yang ditunjukkan Ain.
ROOOAAARRRGGGGHHHHHH!!!!!!
Kumpulan Wendigo itu menyeringai garang.
"Pergi!!" Arah Akmal. "Cari orang tu. Aku akan uruskan yang ni" Ein dan Ain menurut. Mereka berlalu pergi.
"Sedia untuk mati" Akmal tersenyum sinis.
-----------------------------------------------------------
Sila komen dan vote.
YOU ARE READING
The Survivor
FantasyA sequel of Michi Family. Please read Michi Family first before you read this. Mereka yang terselamat terpaksa mencari cara untuk terus selamat. Musuh selama ini yang disangkakan lemah rupanya kuat. Kuasa yang selama ini disangkakan boleh menyelamat...