7

28 2 2
                                    

Dulu dan sekarang amatlah berbeza. Kehidupan yang dulunya dijalani dengan tenang, tetapi terpaksa ditempuhi dengan sukar pada waktu sekarang.

Entah macam mana perkara ini boleh terjadi. Yang peliknya, kemana semua manusia yang wujud di bumi ini. Takkan seorang pun tidak ada? Semuanya tidak masuk dek akal.

Tiada apa yang boleh dijadikan sebagai jawapan. Teori yang selama ini dipelajari langsung tidak berguna. Yang berguna pada masa sekarang hanyalah kebolehan masing-masing untuk terus hidup dan selamat.

Jimmy, Zura dan Nurlin bergegas masuk ke dalam sebuah rumah usang itu. Tercungap-cungap mereka. Semua penghuni di dalam tertanya-tanya apa yang berlaku kepada mereka.

"Kenapa ni?" Tanya Iman.

"Kita kena pindah sekarang" kata Jimmy.

"Lagi sekali?" Myza tidak puas hati. "Berapa banyak kali kita kena pindah ni? Tak boleh ke kita semua duduk satu tempat je?"

"Myza, kalau kita kekal satu tempat kita takkan selamat" terang Jimmy. "Aku tak tahu macam mana makhluk-makhluk tu boleh ada kat sini. Macam ada yang mengarahkan mereka ke sini"

"Dah dah. Cepat siap" kata Iman. "Kita gerak lagi 30 minit"

Semua bergegas mengemas apa yang patut. Begitulah mereka. Sehari tidak berada dalam keadaan cemas tidak sah. Ada sahaja dugaan yang datang. Ke mana mereka pergi, pasti makhluk itu ada. Seperti diekori. Tapi siapa?

Nurlin merenung Muaz. Rasa kasihan. Sudah dua bulan lebih dia tidak sedarkan diri. Sejak dari peristiwa di kilang itu, tiba-tiba sahaja dia tidak sedarkan diri daripada tidurnya. Hendak dikatakan mati, tetapi jantungnya masih mengepam darah.

"Kesan daripada kuasa dia"

Nurlin memandang ke arah suara itu. "Apa"

"Kuasa kita ada hadnya. Kita tak boleh guna kuasa lebih dari had. Nanti akan jadi macam dia" kata Yana.

"Macam mana akak tahu?" Soal Nurlin.

"Heh, akak kan penggodam terhebat abad ini." Lagak Yana.

"Cih" Nurlin tersengih. "Saja la tu nak berlagak"

"Hahahahaha. Tapi betul. Akak pernah masuk dalam sistem MF. Dan akak terbaca pasal ni." Terang Yana.

"Patutlah akak tahu semua tentang MF ni" balas Nurlin.

"Tak semua" Yana menafikan kata-kata Nurlin. "Ada satu perkara yang MF sembunyikan dari kita. Dan akak tak dapat nak tahu apa ia"

"Kata penggodam terhebat abad ini" saja Nurlin memprovok Yana.

"Macam akak kata, ada had" Yana berlalu pergi.

Nurlin hanya kebingungan.

--------------------

"Akmal. Akmal"

Akmal terjaga dari tidurnya. Suara berbisik memanggil namanya, mengganggu tidurnya.

"Hmmmmmmm" jawab Akmal namun matanya masih tertutup.

"Bangunlah. Bahaya ni"

Seperti direnjat elektrik, terus sahaja dia bangun apabila perkataan 'Bahaya' menyapa telinganya.

"Apa yang bahaya?!" Soal Akmal dalam nada yang agak kuat.

Malang sekali, kepalanya dihempuk.

"Apa ni Ein?" Akmal tidak berpuas hati.

Malas Ein ingin menjawab. Dia mengatur jari telunjuknya ke arah tingkap bilik Akmal. Terus Akmal terdiam apabila terlihat beberapa Wendigo berada di luar.

"Turun bawah. Kak Ell suruh" Akmal mengangguk.

---------------------

"Aduh, tak sampai 24 jam pun kita kat sini dah kena pindah" rungut Akmal.

"Shhhhhhhhuuuuu~"

Akmal tersangatlah berasa menjengkelkan. Dari tadi mereka semua bersembunyi di balik pintu depan. Entah berapa lama lagi mereka perlu berada disitu.

"Macam mana benda tu boleh ada dekat sini? Bukan semalam kita dah hapuskan semua ke?" Soal Ain.

"Tak tahu. Tapi Kak Ell rasa ada orang ekori kita" balas Kak Ell.

"Siapa Kak Ell?" Soal Ain lagi.

Ell memandang Ain. Kemudian matanya beralih ke arah Nyda. Nyda mengangguk menyetujui apa yang akan dilakukan Ell.

"Sini" Ell membawa mereka ke sebuah bilik untuk bersembunyi. "Ada sesuatu yang korang perlu tahu"

------------------------

"Kita nak pergi mana?" Tanya Myza.

Sudah berjam-jam mereka berjalan di dalam hutan itu, namun, destinasi yang tidak diketahui masih belum terjumpa.

"Betul tu Jimmy. Mana kita nak pergi ni?" Kini Zera pula yang naik rimas

"Penatlah asik jalan je dari tadi" Zura juga merungut.

Jimmy tiba-tiba berhenti. Diikuti yang lain. Kedengaran bunyi guruh dilangit berdentam-dentum. Mereka sudah menelan liur.

"Errr, Jimmy. Kitorang gurau je la" kata Zera.

Bukan dia tak tahu, apabila Jimmy marah keluar lah bunyi guruh dilangit.

"Betul betul. Kitorang boleh jalan lagi ni" kata Zura tergagap-gagap sambil berlari setempat menunjukkan yang dia tidak penat.

Jimmy berpusing ke belakang. Tangannya dihalakan ke hadapan.

"Eh eh, Jimmy. Rilek la. Takkan la nak bunuh kitorang pulak" Iman juga sudah bersiap sedia ingin berlawan.

Satu sambaran petir betul-betul berada di belakang mereka. Mereka pandang kebelakang. Terkejut dengan apa yang dilihat.

Berpusu-pusu Wendigo berlari ke arah mereka.

"Lari cepat!!!" Arah Jimmy.

Terus mereka berlari selaju mungkin. Iman menghentakkan tangannya ke atas tanah lalu benteng terbentuk.

"Iman cepat!!!!" Panggil Myza.

Iman sambung berlari. Selaju yang boleh. Akar-akar pokok melilit Wendigo itu sehingga ianya terhapus.

"Boekk Aina!!!" Laung Myza apabila melihat Aina menggunakan kuasanya.

Aina tersengih.

"Jimmy!!!" Panggil Zera. "Sampai bila nak lari ni??!"

"Tahan sekejap!! Sikit je lagi!!" Balas Jimmy.

Mereka tak henti-henti menyerang Wendigo itu. Tenaga digunakan untuk berlawan dan berlari.

"Arghhhhh!!!" Nurlin terjatuh.

"Nurlin!!" Iman dan Aina terus meluru ke arah Nurlin.

Yang lain berhenti untuk melihat keadaan Nurlin.

"Korang pergi dulu. Biar kitorang settle yang ni" kata Iman.

"Tak. Bawak Nurlin ke sana" Jimmy menunjuk ke arah sebuah rumah agam.

Mereka memandang ke arah rumah agam itu lama.

"Cepatlah!!!" Jerit Jimmy apabila mereka tidak langsung bergerak.

Terkejut mereka apabila terdengar pekikan Jimmy. Terus Iman mendukung Nurlin dan berlari sepantas mungkin ke arah rumah agam itu.

Jimmy berhenti apabila sampai dihalaman rumah itu lalu jatuh terbaring. Tercungap-cungap nafasnya keran penat.

"Jimmy!! Pintu berkunci!!" Jerit Yana.

"Takpa" balas Jimmy. "Diorang takkan nampak kita kat sini"

Mereka yang lain berhenti bergerak. Tidak faham dengan apa yang dikatakan Jimmy.

"Rumah ni dah dilindungi"

---------------------------------------------------------

Saja update cepat sebab lepas ni busy sebab nak final exam. So wish me luck kay guys!!!!!

The SurvivorWhere stories live. Discover now