Zera bersama Ein sedang bekerja di dapur. Menyiapkan makanan sementara yang lain berlatih. Mereka tidak perlu berlatih di luar kerana kuasa mereka tidak digunakan dalam perlawanan. Jadi mereka akan bekerja di dapur.
"Guys!!! Haus~~~~" kelihatan Iman dan Sophia merangkak ke dapur.
"Penat sangat korang ni." cepat-cepat Zera mengambil gelas dan memenuhinya dengan air lalu diberi kepada mereka.
"Dah tamat ke latihan?" soal Ein apabila Iman sudah habis minum air.
"Untuk harini. Ya" balas Iman pendek.
"Bersyukurlah yang kita tak perlukan latihan macam diorang~" kata Ein kepada Zera. Zera memandang Ein lalu tersenyum sinis. Ada betul juga kata Ein.
"Heh! Untunglah!" Kini Aina juga sudah berada di dapur. Dia terus duduk di meja makan berhadapan dapur bersama Iman dan Sophia. "Lambat lagi ke makanan siap?" rungut Aina.
"Kejap lagi. Dah nak siap ni" kata Zera sambil meletakkan beberapa rempah ke dalam masakan itu. "Mana yang lain?" soal Zera.
"Diorang nak teruskan latihan. Kitorang dah penat tu yang datang sini" balas Aina.
Zera hanya mengangguk dengan balasan Aina.
"Korang tak rasa ke Kemal dah lain sekarang?" tiba-tiba soalan itu dibangkitkan oleh Iman.
"Kenapa kau tanya soalan tu pulak ni?" balas Sophia dengan soalan. Dia rasa tiada rasionalnya soalan yang diaju.
"Takdalah, aku bukan apa. Rasa sunyi pulak dia tak perangai macam dulu. Boleh kata aku rindu dengan yang dulu. Aspa, Muaz. Sekarang semua serius je" terang Iman. Entah apa yang merasuk dia. Tiba-tiba sahaja mahu berdrama.
"Tak boleh nak kata apa. Kemal dah junpa identiti dia yang sebenar. Mungkin dia rasa ada tanggunggjawab sekarang." terang Ein, cuba untuk menerangkan kenapa keadaan Akmal sebegitu. "Lagipun dia anak ketua Puak ni dulu. Mesti dia rasa beban" sambung Ein.
"Betul tu. Dah la tak payah cakap pasal ni lagi" pintas Sophia sebelum Iman mula bertanya lagi.
"Dah dah. Pergi panggil yang lain makan. Dah siap dah ni" kata Zera.
----------------------------------------------------------
"Semua setuju?" soal Jimmy.
Yang lain hanya terdiam. Memikirkan jawapan yang paling tepat.
Malam ini mereka berkumpul di ruang tamu. Jimmy hanya berdiri sambil menunggu jawapan.
"Tak bahaya ke?" soal Myza
"Lagipun kitorang belum mahir lagi" kata Ain menyokong Myza.
Jimmy mengeluh. "Kita kena juga keluar dari sini untuk cari yang lain. Ada lagi 4 orang kan. Takkan nak biarkan diorang" balas Jimmy. Dia cuba mengawal nada suaranya. "Anggap ini sebagai latihan korang" ujar Jimmy.
"Betul tu. Sampai bila korang nak sembunyi" kali ini Ell pula bersuara.
"Ok. Iman setuju" balas Iman.
Yang lain merenung Iman. Iman berasa tidak selesa dengan renungan itu. Sepertinya renungan itu adalah pisau yang tajam.
"Lek guys. Kawan kita kat luar sana. Takkan nak biarkan diorang macam tu?" Iman sudah berdiri. Gayanya seperti seorang Pemidato.
Tiba-tiba Ein menepuk tangan. "Bravo, bravo. Kalau macam tu aku ikut Iman" kata Ein. "Korang?" Ein memandang ke arah yang lain.
Yang lain hanya mengangguk lemah, tanda setuju.
"Tapi malangnya,.." kata Jimmy menarik perhatian, "Ein, Rin, Nurlin, Zera, Ain. Korang tak boleh keluar dari sini" sambung Jimmy.
"ahhhhhhh~~~~~why cannot~~~~~" rengek Ein.
"Ein stop la gedik tu" tegur Iman yang menyampah. Yang lain hanya bergelak. Mereka tahu Ein hanya bergurau.
"Korang tak boleh keluar sebab korang tak boleh berlawan dengan kuasa yang korang ada. Jadi lebih selamat kalau korang berada di rumah ni" terang Jimmy
"Dah dah. Semua rehat. Esok Aspa, Iman dan Myza akan keluar. Yang lain akan berlatih"
"ahhhhhhhhh~~~~~~" keluhan kuat kedengaran.
-----------------------------------------------------------
"Sentiasa hati-hati. Kita tak tahu musuh akan serang bila. Jadi, bersedia" pesan Aspa sebelum mereka keluar dari kawasan hutan.Iman dan Myza menunjukkan riak risau. Risau bahawa mereka mungkin tidak akan pulang semula ke rumah agam itu dengan selamat.
"Sentiasa sedia untuk guna kuasa korang" pesan Aspa lagi.
Myza mecapai kayu yang dia nampak lalu menukarkan kayu itu menjadi sebilah pedang untuk perlindungan dirinya. Mereka berjalan dengan berhati-hati sambil memerhati keadaan sekeliling. Berwaspada agar tiada musuh yang kelihatan.
Suasana pada ketika itu sangat sunyi. Tiada satu makhluk pun yang kelihatan kecuali mereka. Beberapa buah kereta berselerak di atas jalan raya. Ada yang terbalik, ada juga yang hancur berkecai. Kesan darah juga kelihatan di atas jalan.
"Bunyi apa tu?" kata Iman lalu berhenti. Dia memerhati sekeliling, mana tahu ada makhluk yang akan menyerang mereka.
Aspa dan Myza juga turut berhenti. Mereka juga melakukan perkara yang sama seperti Iman.
"Bunyi apa Iman?" tanya Myza dalam keadaan berbisik. Entah kenapa dia berbuat demikian. Dia sendiri ketawa dalam hati apabila terfikirkan tingkahnya itu.
"Tak tahulah. Kalau aku tahu, takdalah aku tanya 'bunyi apa tu'," balas Iman kegeraman.
"Tapi aku tak dengar bunyi apa pun" balas Myza pula.
"Ada la" balas Iman lagi.
"Takda" Myza juga membalas.
"Ada"
"Takda"
"Ada"
"Dah la korang ni! Bergaduh pula!" marah Aspa. Sakit pula telinganya mendengar petengkaran dua wanita itu. Sepertinya telinganya akan bernanah dan berdarah.
"Hati-hati, mungkin ada sesuatu kat kawasan ni" pesan Aspa. "Dah, jom kita sambung" ujar Aspa.
Myza dan Iman menurut kata Aspa. Tiada sesiapa yang berani melawan. Mereka berjalan semula. Namun, kali ini lebih berhati-hati.
OARRRGGGGGGHHHHHH!!!!!
Ketiga-tiga mereka terkaku. Mereka berdiri membelakangkan satu sama lain. Sedia untuk berlawan. Tangan Aspa sudah mengeluarkan api. Myza sudah bersedia dengan pedangnya. Iman pula hanya bersedia untuk mengeluarkan kuasanya.
Sekumpulan makhluk ganas itu muncul dari arah Aspa. Bilangannya yang banyak mengejutkan Aspa dan yang lain-lain.
"Sedia guys!!!" laung Aspa memberi semangat.
Aspa melepaskan api ditangannya ke arah makhluk itu. Sasarannya tepat kena. Makhluk yang terkena api itu habis hangus terbakar menjadi abu.
Myza pula berlari ke arah makhluk itu lalu menikam satu persatu makhkuk itu dengan pedangnya. Hanya sekali tikam makhluk itu hancur.
Iman pula menyokong Myza yang menyerang secara dekat. Dia membunuh makhluk yang cuba mendekati Myza dari arah yang Myza tidak mampu untuk menyerang.
Satu persatu makhluk itu hancur menjadi debu. Semakin lama semakin berkurang bilangan makhluk itu dan akhirnya habis. Mereka bertiga tercungap-cungap mengambil nafas.
"Tengok tu!" laung Iman lalu menunjukkan ke arah tempat munculnya makhluk itu. Terdapat sekujur badan yang terbaring. Tanpa melengahkan masa, terus mereka pergi ke arah itu.
"Amelin"
-----------------------------------------------------------
Manage to update. even busy pon. thanks kepada yang vote dan baca. i really appreciate. Walaupon lambat update. Sorry ya.
YOU ARE READING
The Survivor
FantasyA sequel of Michi Family. Please read Michi Family first before you read this. Mereka yang terselamat terpaksa mencari cara untuk terus selamat. Musuh selama ini yang disangkakan lemah rupanya kuat. Kuasa yang selama ini disangkakan boleh menyelamat...