Masing-masing memegang senjata ditangan. Apa sahaja yang boleh dijadikan senjata digunakan untuk berlawan. Mereka tidak pasti bahawa mereka akan selamat atau tidak. Tiada jaminan untuk itu.
"Sedia?" Soal Aspa kepada yang lain.
Mereka mengangguk sedikit. Tidak pasti sama ada sedia atau tak. Tapi yang pasti, mereka kena selamat.
Aspa membuka pintu membuatkan Wendigo memandang ke arah mereka. Satu persatu menyeringai garang dan mula menyerang.
Aspa memulakan dengan mencampak pisau tepat menusuk ke kepala Wendigo. Kemudian dia memukul semua Wendigo yang berada di depannya dengan palang besi.
Akmal pula menikam Wendigo yang dipukul Aspa tadi apabila Wendigo itu tercampak ke arahnya. Begitu juga dengan Ein yang berada di sebelah kiri Aspa.
Manakala Rin dan Ain berjaga-jaga di bahagian belakang jikalau terdapat Wendigo yang menyerang dari arah itu.
Semua berjalan lancar sehinggalah...
"Arghhhhh!!" Jerit Aspa.
Tangannya sempat dicakar oleh salah satu Wendigo menyebabkan palang besi terjatuh.
"Shit!" Carut Aspa.
"Lindungi Aspa. Aku akan uruskan yang selebihnya" Akmal memberi arahan.
Satu persatu Wendigo itu ditusuknya dengan pisau menggunakan kuasa Telekinesis. Namun, semakin lama semakin banyak Wendigo yang datang. Entah dari mana puncanya. Dia sendiri tidak tahu.
"Kita kena buat sesuatu. Aku tak boleh tahan lagi lama!" Akmal semakin lemah.
"WATER!!"
Satu gelombang lutsinar mengelilingi mereka. Kemudian datang ombak yang besar menghanyutkan semua Wendigo itu pergi dari tempat mereka. Gelombang lutsinar tadi melindungi mereka daripada terkena ombak yang datang.
"Kak Ell!! Kak Nyda!!" Jerit Ain. Jelas terpancar riak gembira di wajahnya.
Ell dan Nyda mula menunjukkan diri disebalik bangunan yang tidak jauh dari situ.
"Hi guys. Lama tak jumpa" sapa Ell.
"I miss you all" kata Nyda pula.
"Kitorang rindu Kak Ell dan Kak Nyda" balas Ain.
Kaum wanita di situ berpelukan. Rindu dengan ahli yang paling tua.
"Apa yang korang fikir korang buat? Berlawan dengan pisau? You think you are good enough, huh?" Bebel Ell.
Dia nampak dari jauh cara mereka berlawan. Sungguh dia tidak puas hati. Bertahun-tahun mereka dilatih olehnya, namun itu yang dilakukan.
Mereka yang muda hanya berdiam diri. Dah biasa dengan leteran si tua.
"Hah Aspa?! Tengok tangan tu kan dah luka" kali ni Nyda pula yang membebel.
"Alaaaa kak Nyda, Ein dah rawat la. Tak payah risau" lawan Aspa.
"Banyaklah Aspa. Lepas ni, do not ever think nak lawan dengan pisau, without using your powers. Ingat Aspa, Kemal" pesan Ell.
Mereka berdua mengangguk.
"Let's go. Kita perlu cari yang lain. Masa dah tak banyak" kata Ell.
"Apa maksud Kak Ell 'masa dah tak banyak'?" Soal Ein.
"Takde masa nak terangkan. Kita cari yang lain dulu" balas Kak Ell.
------------------------------
"Macam mana ni?" Kata Rin dalam nada berbisik.
Hanya beberapa meter saja lagi mereka akan sampai ke Rumah MF, tapi banyak pula Wendigo yang berkeliaran di depan rumah mereka. Sepertinya Wendigo itu tahu akan kedatangan mereka.
"Hmmmmmmm" keluhan dilepaskan. Mereka kembali menyorok disebalik van yang terdapat tidak jauh dari rumah mereka.
"Kita mesti alihkan perhatian mereka dulu" balas Nyda.
"Tapi macam mana?" Soal Rin.
Diam lagi. Tidak pula keluar idea untuk itu.
"Let me try" kata Akmal.
Dia cuba mencari sesuatu yang boleh digunakan. Kereta swift yang berhampiran diangkat menggunakan Telekinesis lalu dicampakkan ke arah bertentangan daripada Wendigo itu.
Bunyi hentakkan kereta itu menarik perhatian Wendigo untuk melihat ke arah bunyi itu. Akmal sudah tersenyum apabila terfikirkan bahawa Wendigo itu akan mengikut bunyi itu. Namun hampa, itu semua hanya berlaku difikirannya. Wendigo itu kembali berkeliaran tanpa menghiraukan bunyi itu. Akmal monyok.
"Apa kau fikir diorang tu Zombi?"tanya Aspa.
"Aku cuba je" balas Akmal sambil mencebik.
"Tak ada cara lain. Kita lawan" ujar Ell.
"Alaaaaaaaa... Penatlah~~~" balas Aspa serta-merta.
"Habistu nak tunggu?" Nyda pula menyampuk.
"Tapi, baru je lawan tadi kan" kata Akmal menyokong Aspa.
"Kalau nak tunggu korang punya penat, sampai esok la kita duduk sini. Tak sampai kat rumah tu" Ell dah mula dengan bebelannya.
"Betul tu. Sampai bila kita nak tunggu lagipun? Sampai diorang jumpa kita? Pastu? Lari lagi? Hah?" Nyda pula sambung.
Aspa dan Akmal sudah mula membuat muka. Dah tahu mereka tak akan menang melawan mereka yang tua itu. Rin, Ein dan Ain hanya tersengih. Mereka tak boleh kata apa-apa kerana bukan mereka yang berlawan. Jadi lebih baik senyap.
"Yela~~ yela~~ Kita lawan la" Aspa menyerah kalah. Tak sanggup dia berlawan kata dengan mereka yang tua. Akmal hanya menurut.
"Baiklah, ini rancangannya"
------------------------------------------------------
Ell berkuasa Water dan Nyda berkuasa Shield. Rasanya kuasa Ell dah ditunjukkan di Michi Family cuma Nyda je yang belum. Apa-apa pun diorang dah jumpa lagi dua orang. So, siapa pula lepas ni? Any guess? Apa pula kisah Ell dan Nyda?
Semua kisah akan terungkai. So jangan risau. Just tunggu je.
YOU ARE READING
The Survivor
FantasyA sequel of Michi Family. Please read Michi Family first before you read this. Mereka yang terselamat terpaksa mencari cara untuk terus selamat. Musuh selama ini yang disangkakan lemah rupanya kuat. Kuasa yang selama ini disangkakan boleh menyelamat...