PART 22

2.1K 164 5
                                    

5 tahun kemudian,

"Jihyo mana Setiausaha Park ni?? "Tanya Tiffany yang menarik beg rodanya.

"Haa... Tu dia. "Kata dia sambil melambai-lambai setiausaha Park. Setiausaha Park terus menyambut mereka dan mengambil beg roda Jihyo dan Tiffany. Mereka terus menuju ke pintu depan lapangan terbang Incheon.

Semasa mereka keluar, mereka dikepung oleh para wartawan.

"Adakah kepulangan Cik Jihyo dan Cik Tiffany akan menjejaskan perniagaan cik berdua di Australia"

"Adakah Cik Jihyo dan Cik Tiffany akan duduk menetap di sini? "

"Benarkah yang Cik Jihyo dan Cik Tiffany akan membina cawangan baru di Korea? "
"Kami mungkin akan menetap di sini. Tapi adakalanya kami akan pergi ke Australia atas urusan perniagaan. Tapi urusan syarikat di Australia saya akan perhatikan dari jauh. Juga saya bukan nak membina cawangan baru tetapi saya perlu meneruskan legasi omma dan appa saya yang berada di korea ini. "Kata Jihyo setelah lama berdiam diri.

"Siapakah omma dan appa Cik Tiffany dan Cik Jihyo?" Tanya salah seorang wartawan tersebut. "Itu rahsia. "Kata Tiffany sebelum mereka berdua menaiki kereta yang dipandu oleh Ji Chang Wook. Manakala Setiausaha Park duduk di sebelah tempat duduk pemandu.

"Jadual Cik Jihyo Agak padat kerana jam 12:00 tengahari nanti Cik Jihyo perlu bertemu CEO kepada Oh Holdings iaitu encik Oh Sehun" Kata Setiausaha Park sambil meneliti jadual Jihyo.

Manakala Jihyo dan Tiffany terkejut kerana Setiausaha Park menyebut nama Oh Sehun yang dibenci oleh Jihyo. "Dekat mana saya perlu berjumpa dengan dia? "Tanya Jihyo. "Dekat Secret Recipe di depan pejabat Encik Oh. "Kata Setiausaha Park.

"Sekarang ni baru pukul 8:00 pagi. Sempat lagi nak singgah rumah baru. So destinasi kita ke rumah baru. "Kata Jihyo.

*****

Setelah sampai ke rumah baru, ramai maid yang menunggu di hadapan pintu masuk untuk menyambut kedatangan Tiffany dan Jihyo. Manakala Setiausaha Park mengangkat bagasi Jihyo dan Tiffany untuk di bawa masuk ke dalam rumah.

Setelah mereka masuk ke dalam rumah, mereka segera merehatkan badan di sofa di ruang tamu. Maklumlah ada lagi jetlag.

Setelah memastikan bilik Jihyo dan Tiffany bersih dan meletakkan pakaian mereka di almari, maid tersebut memanggil Jihyo dan Tiffany supaya berehat di bilik masing-masing.

Jihyo dan Tiffany segera menuju ke bilik mereka di tingkat ketiga banglo tersebut. Bilik mereka dilengkapi dengan televisyen ltd 50 inci, sebuah bilik air, clothes room serta balkoni yang menghadap taman di halaman rumah mereka.

Walaupun bilik mereka berlainan, tetapi reka bentuk serta susunan perabot hampir sama. Setelah puas melihat susunan serta reka bentuk bilik, Jihyo segera menuju ke katil dan cuba melelapkan mata. Percubaan Jihyo berjaya kerana selepas beberapa minit berbaring, dia sudah pun terlelap. Sebelum menuju ke bilik Jihyo sempat mengingatkan bibik-bibiknya supaya mengejutkannya dalam pukul10:00 pagi.

———————————————————————————————

Author kembali. Author akan cuba mengupdate cerita ni selalu sebab esok dengan selasa ni author cuti bergilir untuk exam pt3. Minggu depan pula author ada final exam so tak boleh nak update.

[C] Egoistic | OshWhere stories live. Discover now