Bab 14

799 14 0
                                    

"Itu apa yang saya fikir?"

Ruby menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Ya, itulah baby skuadron kami. Sukhoi Su-30MKM antara aset tercanggih yang pernah dimiliki oleh TUDM dan ATM. Pesawat ni jenis Heavy MRCA - MultiRole Combat Aircraft."

"Pasti hebat."

"Yup. Kelajuan maksimanya Mach 2.0 yakni dua kali ganda kelajuan bunyi di udara. Ia dilengkapi dengan beberapa jenis peluru berpandu udara ke udara dan peluru berpandu udara ke permukaan di samping persenjataan lain. Fungsi-fungsi avioniknya canggih. Antaranya dapat melumpuhkan radar musuh." Bersinar mata Syed Hilal.

"Wah!"

Ruby tidak dapat menyembunyikan rasa kagum.

"Negara kita perlukan reliable airspace power. Selepas komunis letak senjata, era modenisasi dalam TUDM bermula. Kini kami miliki more capable and up-to-date fighters, pengangkutan udara dan pesawat pejuang serta peralatannya."

Ruby melopong.

"Malaysia kecil. Perlu ke semua tu?"

Syed Hilal mengangguk.

"Lihat Singapura. Mereka jauh lebih kecil tapi bagaimana tahap keupayaan pertahanan mereka? Keselamatan negara tak boleh dikompromi. Selagi hayat dikandung badan, tiada apa jadi sempadan. Kami, TUDM, ada objektif-objektif jangka masa panjang."

"Okey... Tapi kita tak boleh melawan takdir Tuhan."

"Sekurang-kurangnya kita berusaha. Dan bercakap tentang takdir, awak salah satu daripada takdir saya." Nafas dihembus lembut ke arah mata Ruby.

Terkelip-kelip sekejap Ruby.

"Semoga nama awak tercatat dalam lipatan sejarah sebagai seorang patriot." Ruby berpaling ke sisi apabila Syed Hilal terus merenungnya.

"Bukan itu yang saya kejar."

Berubah air muka Syed Hilal.

"Komitmen yang mendalam, kesetiaan yang tak berbelah bahagi, pendirian yang teguh, disiplin yang kukuh, itu ciri-ciri kepahlawanan sebenar."

"Maaf." Ruby memeluk Syed Hilal.

Kedua-duanya senyap. Pandangan masing-masing tertumpu ke arah pesawat.

"Hilal, tempat duduk belakang tu... Untuk co-pilot?"

Syed Hilal tertawa.

"Ruby, pesawat pejuang tak sama dengan helikopter dan pesawat pengangkut macam Charlie, Airbus A400M atau mana-mana pesawat komersial. Dalam jet tak ada co-pilot. Tempat duduk kedua tu untuk jurumalim atau weapon sensor officer, bergantung kepada pesawat. Sesetengah juruterbang fly dengan jurumalim. Sesetengah pula fly dengan weapon sensor officer."

"Oh..."

"Tak ramai mampu jadi juruterbang pesawat pejuang. Tapi pegawai bertauliah yang gagal jadi juruterbang berpeluang bertugas di dalam pesawat dalam dua posisi itu," jelas Syed Hilal.

Ruby mengangguk.

"Orang setinggi awak tak terhantuk ke pada bumbung kaca tu?"

"Yang awak gelar bumbung kaca tu dipanggil canopy." Syed Hilal ketawa lagi.

Salah lagi! Ruby menekup muka.

"Bawa saya terbang," bisik Ruby dari celah jari.

"Kata nak jadi srikandi samudera. Nah, ini untuk hilangkan kempunan awak nak jadi tentera!" Syed Hilal memindahkan beretnya ke kepala Ruby.

Neredesin? Awak Di Mana?Where stories live. Discover now