Part 5

807 12 2
                                    


Tanpa sedar, puasa yang mewajibkan umat islam berpuasa selama sebulan bakal berakhir tak lama lagi. Dalam tempoh itu juga, kehidupan Zahrah bagai tiada nampak kemajuan yang dimahukan. Dia bertambah buntu sampai tak tahu hendak berbuat apa lagi untuk mewujudkan kemesraan dan keserasian di antara dia dengan Faizul.

Sudah seminggu tinggal di kampung, teramat pasti ibu dan ayah sudah syak sesuatu. Dia perasan lirikan mata ibu terhadapnya. Lirikan mata yang seperti dia fahami apa maksudnya. Tak lama selepas itu, dia seperti terdengar suara seseorang yang sedang memanggilnya. Dia sudah pelik. Kelihatannya suara itu dari luar rumah. Takkan suara ayah sudah berubah? Kenapa muda semacam? Dia bangun perlahan-lahan dan melangkah perlahan ke jendela lalu menyelak tirai langsir. Dia macam bermimpi. Ternyata Faizul yang memanggilnya? Senyuman lelaki itu menggetarkan lagi hatinya.

Tiba saja di hadapan lelaki itu, dia diam. Tak tahu nak beri reaksi apa. Suka? Gembira? Meluat? Dia sendiri tak tahu. kadang-kadang rasa sakit hati apa yang dilakukan oleh Faizul dulu, masih terasa.

"Awak nak tahu sesuatu tak?"

Zahrah diam dan mula menoleh ke arah Faizul sambil menyimpul tangan di dada. Simpul tangan di dada bukan hendak bertindak kurang ajar tapi sekadar memuaskan hati sendiri.

"Awak sayang saya tak?" Faizul senyum lebar.

"Soalan tahap ke berapa ni? SPM? STPM?" Zahrah buat muka meluat.

"Jawablah dulu."

"Penting ke?"

"Ya! Memang penting!"

"Selama kita berkahwin sejak hari ketiga tu, rasa sayang tu penting?"

Faizul terdiam. Lidah terus kelu. Selamba saja si Zahrah ni buat muka kelat macam jeruk petai dalam balang kaca. Jeruk yang dah tamat tempoh. Tiba-tiba saja lelaki itu hendak berbuat baik kepadanya.

Faizul cuba kelihatan tenang. Kalau tak tanya, asyik rasa tak tenang saja. Kalau dah tanya, beginilah jadinya. Jawapan yang diharapkan, langsung tak menjadi. Dia harus melakukan perubahan. Dia tak nak menjadi seperti dulu lagi. Dia harus melupakan semuanya apa yang dah terjadi. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sudah cukup selama ini dia menyakiti hati seorang perempuan yang dicintainya.

Surat?

Dar?

Anggap saja dia tak tahu apa-apa dan akan cuba melupakan apa yang dah berlaku. Faizul yang sedang berdiri di sebelah pelita masih tersenyum. Alangkah indahnya zaman kanak-kanak dapat diulang kembali. Memang takkan dapat dilupakan. Pengalaman yang hanya dapat rasa sekali saja dalam seumur hidup. Apabila dapat bunga api aje, memang tak ingat dunia. Asyik main aje sampai penat.

"Tolong jangan main-main boleh tak!" kasar sedikit suara Zahrah.

"Main apanya?"

"Sebenarnya awak nak cakap apa? Tolonglah jangan membuang masa saya dekat sini. Saya tak berminatlah nak tengok awak tenung pelita tu. Bosan! Bukannya boleh berubah pun pelita tu. Lainlah kalau boleh berubah. Jadi teddy bear tak apalah juga. Boleh dipeluk."

"Awak peluk ajelah saya. Saya kan teddy bear awak. Teddy bear yang sah dipeluk. Tak haram pun kan?"

Gulp!

Muka Zahrah terus berona merah. Malu! Lelaki itu memang dah tak betul. Cakap main lepas aje. Sedar ke tidak apa yang dicakapkan tu? Malas hendak fikir. Dia yang berdiri di belakang Faizul masih berpeluk tubuh. Kalau setakat panggil nak tengok pelita, lebih baik tak payah. Buat penat aje. Faizul diam. Sakit pula hati Zahrah dibuatnya. Mahu aje dia mencubit lelaki itu sekuat mungkin. Biar menjerit sampai satu kampung dengar.

Cinta Roller Coaster -Ery AierilWhere stories live. Discover now