Part 11

439 12 0
                                    

Angin pantai menderu lembut ke tubuh. Adam masih dengan lagak santainya. Walaupun tampak santai, wajahnya tampak kusut. Kedua-dua tangan masih berada di dalam kocek seluar. Rambut berterbangan sedikit dek tiupan angin. Sekali lagi dia mengeluh.

"Encik! Saya nak cakap sikit boleh?"

Adam menoleh ke belakang. Dia terkejut.

"Ya. Saudari ni siapa?"

"Encik tahu hak pengguna tu apa?'

Adam berkerut dahi. Kenapa insan itu bertanya begitu kepadanya pula?

"Mestilah saya tahu. Ini resort saya. Kalau ada pengunjung tak berpuas hati dengan layanan pihak resort kami, hak pengguna tu boleh digunakan."

"Great! Saya sebagai pengunjung resort ni tak berpuas hati!" tangan terus bersilang di dada. Muka sedikit serius.

Dahi Adam terus berkerut. Apa yang perempuan di hadapannya itu tidak berpuas hati? Degupan jantung terasa laju. Dia rasa macam berdebar-debar pula hendak tahu apa yang perempuan itu hendak katakan. Ini tentang imej resortnya. Riak muka pantas dikawal supaya tampak tenang.

"Salah satu hak penggunanya ialah hak mendapat ganti rugi."

"So?"

"Pengguna berhak menuntut ganti rugi jika barang atau perkhidmatan yang dibeli atau didapatkan itu rosak, palsu, tidak bermutu atau berada dalam keadaan yang tidak sempurna. Pengguna juga boleh mengemukakan tuntuan ganti rugi melalui mahkamah tuntutan kecil. Melalu mahkamah tersebut, pengguna boleh mengemukakan aduan bagi mendapatkan ganti rugi yang tidak melebihi RM3000."

Adam terpana. Sampai begitu sekali perempuan itu beri keterangan. Insan di hadapannya itu menjawat pekerjaan sebagai apa? Dia tak rasa perempuan itu menggalas pekerjaan sebagai seorang peguam. Jikalau seorang peguam, kenapa tak ada macam rupa seorang peguam?

"Encik!"

"Ya, saya."

Adam tersentak dan pantas mengawal riak muka.

"Kenapa staff encik tak mesra alam?"

"Tak mesra alam?"

"Ya. Kenapa dia orang susah sangat nak senyum? Dipendekkan cerita perkhidmatan yang dia orang beri kepada saya, tak memuaskan. Saya tak suka. Sepatutnya dah kerja dekat sini, kenalah mesra alam sikit. Berdepan dengan orang luar kut. Janganlah nak muka ketat sangat! Encik sebagai pemilik resort ni, kenapa boleh ambil staff macam tu?"

Adam terus tertelan liur. Benarkah apa yang perempuan itu katakan? Dia rasa macam susah pula hendak percaya. Takkan hendak mempermainkannya pula? jikalau betul, department mana pula yang buat hal? Dia kena cari tahu juga. Ini melibatkan imej resortnya. Tak boleh ada persepsi buruk daripada pengunjung.

"Cik. Saya..."

"Saya apa? Nak minta maaf?"

"Lebih kurang macam tulah. Saya akan bertanggungjawab dalam hal ni. Kalau boleh saya tahu, staff saya yang mana cik maksudkan? Cik boleh tunjukkan kepada saya?"

"Huh! Tak payah."

Adam berkerut dahi lagi. Tak payah pula. Perempuan itu memaling tubuh ke arah pantai. Kalau tak nak memanjangkan cerita, kenapa hendak bercakap hal tadi kepadanya? Dia berasakan ada sesuatu yang pelik tentang perempuan yang masih tidak diketahui nama itu. Belum sempat dia hendak membuka mulut untuk membuah kata, perempuan itu menyambung lagi kata-katanya.

Cinta Roller Coaster -Ery AierilWhere stories live. Discover now