Part 8

544 14 2
                                    

"Termenung jauh nampak?"

Suara seseorang mula menembus ke gegendang telinga Zahrah. Zahrah terkejut. Dia terus menoleh ke kanan. Ingatkan siapalah tadi. Dia mula buat muka kelat dan memandang ke hadapan kembali. Dasar suami angin malam! Memanglah tiba-tiba hendak menjadi seorang suami yang penyayang. Biasanya panggilan di antara mereka, saya dan awak saja. Kini nak bersayang dan berabang pula. Terasa janggallah pula.

"Boleh saya duduk?" soal Faizul tersenyum.

"Kalau saya larang pun, awak tetap nak duduk juga kan?"

"Memang pun!"

Faizul terus mencubit pipi Zahrah. Geram! Tengah marah pun nampak comel aje. Zahrah buat-buat tidak tahu saja. Anggap saja tiada apa-apa yang berlaku. Punggung Faizul mula melabuhkan di pangkin.

"Awak marah saya ke?"

"Mana ada."

"Kalau tak marah, kenapa muka tu masam aje. Marah sayalah tu."

"Suka hati awaklah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan."

"Orang yang malas berusaha, memanglah orang tu rugi tapi awak tak. Awak seorang yang rajin. Usaha awak tu patut dipuji."

"Perli saya lah tu?"

"Ish! Taklah. Saya cakap yang betul. Bertuah saya dapat isteri macam awak ni."

"Oh... kalau seorang isteri tu tak pandai buat ketupat, kira bertuah jugalah ya?" perli Zahrah pula. Sengaja dia berkata begitu. Ketika itu bercakap pasal ketupat. Esok? Entahlah. Pasal lemang kut. Pelita ke, apa ke.

"Tapi... sekarang awak dah pandaikan?" soal Faizul pula.

Zahrah hanya diam memendam perasaan dalam hati. Geram? Sakit hati? Pelbagai perasaan mula menapak dalam diri. Asyik nak menang aje si Faizul. Bertambah geram si Zahrah dibuatnya. Dia sendiri pun pelik kenapa dia nak berasa geram aje dengan Faizul. Orang kata kalau geram ni tandanya suka?

Gulp!

Zahrah terkedu. Tak mungkin! Geram bukan tandanya suka tapi sakit hati.

Faizul masih tersenyum. Angin malam ketika itu memanglah sejuk. Banyak saja angin. Kalau rumah di tengah-tengah sawah padi, memanglah ada untungnya. Pada waktu malam, angin memang banyak. Satu hal dia berasa gembira ketika itu adalah isterinya sudah pandai membuat ketupat. Tahun depan bolehlah buat lagi untuknya.

"Pagi raya nanti saya nak rasa ketupat tu. Boleh?"

"Okay." Jawab Zahrah acuh tidak acuh saja.

Faizul mula berdiri. Tangannya berada dalam poket seluar. Zahrah pantas melihat lelaki itu yang sedang berdiri di hadapannya.

"Kenapa pulak ni?" soal Zahrah.

"What do you think?"

"Manalah saya tahu."

Faizul tersenyum nakal dan mengenyitkan mata kirinya. Membulat besar mata Zahrah. Dia terus menginjak ke belakang. Senyum tu lain macam. Kenyitan mata tu pun sama. Lelaki itu mahu apa? Faizul mula mengatur langkah.

"Awak nak buat apa ni? Awak jangan macam-macam."

"Saya peduli apa. Suka hati sayalah nak buat apa pun."

Cinta Roller Coaster -Ery AierilWhere stories live. Discover now