Part 9

508 12 6
                                    

Adam Imran tersenyum melihat deretan anak patung yang berada di atas rak. Hanya dengan melihat anak patung, mampu menggariskan senyuman di bibir. Di dalam bilik yang sedang dia beradai itu khas untuk anak patung saja. Anak patung banyak tak terkira. Setiap minggu, dia pasti akan membeli anak patung bersaiz sederhana untuk diletakkan di dalam bilik tersebut. Tujuannya untuk memenuhi satu tanggungjawab.

Ada sesuatu mengetuk kotak fikiran.

"Papa..."

"Yes, my dear. Nak patung lagi?"

"Kali ni Iesya nak patung yang berbulu lembut pulak."

"Sayang... dalam bilik Iesya tu kan dah ada banyak anak patung. Itu pun Iesya tak larat nak main semua tu. Kalau dah banyak sangat, takkan papa nak join main sekali kut. Apa kata Iesya minta yang lain. Okay?"

Iesya buat muka merajuk dan tertunduk. Walaupun baru berumur lima tahun, sudah pandai minta macam-macam. Kalau tak beri apa yang diminta, mulalah menangis dan merajuk. Adam sudah menggeleng dan mula menunduk melihat si anak yang disayangi itu. Kalau anaknya sudah buat muka begitu, dia memang lemah sangat. Nak buat kerja pun tak boleh fokus. Mulalah rasa kasihan bertandang dalam diri.

"Iesya... tengok papa." Adam mengangkat wajah Iesya memandang ke arahnya. Mahu atau tidak si anak melihatnya juga.

"Nak anak patung jugalah ni?"

"Yes, papa. I love teddy bear."

"Papa nak tanya sikit, boleh?"

"Papa nak tanya apa?"

"Kenapa Iesya suka sangat dengan anak patung?"

"Bila Iesya tengok anak patung, Iesya mesti teringat dekat papa, mama dan tok ma. Bila Iesya dah teringat, Iesya akan peluk patung tu kuat-kuat. Iesya akan cakap, papa... mama... tok ma... Iesya sayang sangat dekat papa dan mama. Iesya tak nak papa, mama dan tok ma tinggalkan Iesya. Kalau papa, mama dan tok ma dah tak ada, Iesya akan menangis kuat-kuat."

Serta merta air mata Adam jatuh teringat hal lalu. Matanya merah kemerahan menahan rasa sedih di hati. Hati sudah menangis dengan kuat. Dia pantas menyeka air mata yang jatuh tapi semakin banyak pula air mata yang jatuh. Deretan anak patung di hadapannya itu dilihat lagi.

Ya Allah... aku rindu sangat dekat anak aku. Aku nak peluk dia. Aku nak cium pipi dia. Aku nak dia sentiasa berada di depan mata aku. Tapi... kenapa Engkau berlaku kejam dengan aku? Engkau tak sayang aku ke? Hanya Iesya lah harta yang paling berharga dalam hidup aku. Iesya... papa rindu sangat dekat Iesya. Luah hati Adam.

Tangisan yang keluar semakin kuat kedengaran. Kedua-dua lutut jatuh ke badan lantai. Anak patung besar berwarna merah jambu yang berada di depan mata, diambil dan dipeluk erat. Bagai tak mahu dilepaskan aje.

"Papa..."

"Ya, sayang. Iesya nak cakap apa lagi?"

"Papa tahu tak kenapa Iesya suka sangat anak patung berwarna merah jambu?"

"Tak tahu. Iesya nak beritahu papa lah ni sebabnya apa?"

"Pink is love, papa."

Adam tergamam.

"Tok ma ada cakap dekat Iesya, kalau rasa sayang tu macam warna merah jambu. Merah jambu tu sweet. Bila dah sweet, rasa sayang tu melekat di lubuk hati. Bila dah lekat di lubuk hati, orang yang disayangi tu akan diingat sampai bila-bila. Iesya akan ingat papa, mama dan tok ma sampai bila-bila. Iesya sayang papa, mama dan tok ma."

Air mata Adam semakin laju jatuh ke pipi. Badannya jatuh di atas deretan anak patung yang berada di lantai. Anak patung yang berada di dalam dakapan semakin erat didakap. Sungguh dia merindui si anak yang dicintai. Hanya Allah saja yang tahu macam mana perasaannya setiap hari terhadap insan yang dicintai dan disayangi.

Cinta Roller Coaster -Ery AierilWhere stories live. Discover now