Part 3

695 20 2
                                    



Malam mengambil giliran menggantikan siang. Zahrah memandang langit malam. Nampak sangat wajah kekusutannya. Dia berpeluk tubuh. Setiap masa otaknya berfikir bagaimana lagi cara untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk Faizul. Apa yang dia takutkan adalah perceraian. Dia tak nak perceraian berlaku. Dia hanya mahukan pernikahan yang terjadi hanya sekali dalam hidupnya. Bukan dua atau tiga kali. Allah teramat benci dengan perceraian.

"Zahrah..."

Zahrah tersentak dan pantas menoleh ke kiri.

"Mama..."

"Buat apa dekat luar ni? Kenapa tak masuk?"

"Nak tenangkan fikiran. Rasa macam malam ni tenang aje."

"Malam sebelumnya tak tenang?"

Lidah Zahrah terus kelu nak menjawab. Bukan selama ini setiap malam tak tenang tapi rasa tenang tu sikit saja. Nak rasa tenang dengan sepenuh hati, suaminya berubah menjadi seperti dulu. Jadi seorang yang mesra alam, kelakar dan penyayang. Baru dia berpuas hati. Zahrah macam faham saja apa maksud Puan Hafizah ketika itu. Dia tersenyum nipis. Puan Hafizah memegang tangan Zahrah dengan lembut. Zahrah terus melihat pegangan wanita itu.

"Mama minta maaf bagi pihak anak mama."

"Maksud mama?"

"Kamu fahamkan apa maksud mama?"

"No, ma. Mama tak salah."

"Faizul tetap anak mama. Mama tetap rasa bersalah."

"Selagi Zahrah boleh bertahan, Zahrah bertahan. Zahrah kuat."

"Mama berharap sangat kamu jangan berputus asa. Mama tak nak tahu apa permasalahan di antara kamu berdua. Mama yakin hal ni takkan lama. Percayalah! Mama kenal anak mama tu. Hatinya lembut. Teruskan berusaha. Tunjukkan kesungguhan kamu untuk berbaik dengan dia. Tunjukkan kamu ni seorang isteri yang terbaik untuk dia. Tunjukkan segala kelebihan apa yang kamu ada dekat dia. Jangan mudah mengalah."

"Zahrah cuba, ma. Zahrah takkan pernah berputus asa."

Puan Hafizah tersenyum lebar lalu memeluk tubuh Zahrah dengan sedikit erat. Air mata Zahrah jatuh ke pipi. Biar air mata yang jatuh, jangan suara terkeluar. Kalau keluar, kantoi yang dia sedang menangis. Apa pun, dia takkan berputus asa untuk menjernihkan keadaan di antara dia dengan Faizul.

+++++

Faizul duduk di birai katil dan tertunduk. Di dalam bilik itu hanya ada dia seorang saja. Dia malas nak ambil tahu di mana si Zahrah berada. Sebenarnya hendak menguji isterinya adalah hal nombor dua. Ini bermaksud hal pertama adalah dia hendak tahu adakah si Zahrah benar-benar mencintainya. Hari ketiga dia bergelar suami, meranapkan segala kebahagiaan yang tercipta. Bibir terus tak boleh hendak mengukir senyum. Hal lalu mengetuk tirai mata.

Dia bangun pagi saja, tersenyum lebar. Sungguh teruja memegang gelaran suami. Dia bangun dan menuju ke almari baju. Macam biasa apabila pagi menjelma saja, dia perlu mandi. Pintu almari dibuka. Faizul pelik melihat sebuah kotak berwarna coklat. Semalam tiada, pada pagi itu ada pula. Kotak tersebut diambil lalu dibuka. Kelihatan sepucuk surat. Faizul pelik. Lipatan kertas dibuka. Dahi pantas berkerut.

Zahrah Imani,

Tak mungkin awak roses saya lagi. Tak mungkin! Tak mungkin awak sunshine saya lagi. Tak mungkin! Walaupun roses dan sunshine tu boleh menggembirakan hari saya, bukan lagi seperti dulu. Jika dulu roses menghiasi siang hari saya, sunshine menghiasi petang hari saya, sekarang roses dan sunshine tu memberi duka di hati saya. Jika dulu bintang menghiasi malam hari saya, bintang itu sudah berlalu pergi. Jika bintang lain muncul, ia tak sama seperti bintang yang saya mahukan. I love the star! I love the roses! I love the sunshine!

Pandangan terus jatuh ke bahagian bawah surat. Dia hendak tahu siapa yang menulis surat tersebut. Hatinya dah sakit membaca sebahagian isi surat tersebut. Dia kena tahu juga sebabnya surat itu berkenaan dengan isterinya. Hal Zahrah, hal dirinya juga.

Dar?

Faizul mengeluh. Dia cuba buang hal itu dari kotak fikirannya tapi tak boleh. Sehingga ke detik itu, asyik teringat saja. Dia teramat pasti surat itu daripada seorang lelaki. Buktinya nama lelaki itu, Dar. Siapa Dar? Bingung! Lagi satu membuktikan yang penulis surat itu lelaki adalah roses. Hanya lelaki yang boleh menuturkan kata itu. Roses boleh membawa erti cinta. Ayat-ayat dalam surat itu seperti ayat-ayat cinta. Ayat luahan perasaan. Dirinya lelaki, dia tahulah dan teramat faham.

Wajah diraup. Sehingga ke detik itu, Zahrah masih tidak tahu yang dirinya sudah tahu akan kewujudan surat tersebut. Kalau isterinya tahu, pasti kena marah. Ambil tahu hal peribadi orang lain. Tapi takkan dia sebagai seorang suami, tak boleh hendak mengambil tahu? Dia ada hak untuk mengambil tahu perihal seorang isteri. Surat itu kisah cinta dan bukannya kisah persahabatan. Kalau kisah persahabatan, dia memang tak kisah.

"Itu kisah silam, aku pun ada kisah silam. Salahkah aku nak rasa cemburu? Kenapa Zahrah masih simpan surat itu? Itu maknanya apa? Masih suka? Masih cinta? Masih sayang? Kalau lelaki itu datang balik, macam mana?"

Faizul mendongak. Otak buntu. Macam-macam dia fikir. Tak boleh nak fikir hal yang baik, semuanya yang buruk saja. Dia bangun pula dan mula mundar-mandir di sisi katil. Tangan masuk ke dalam kocek seluar. Satu helaan nafas dilepaskan sedikit payah. Sebenarnya dia pun tak suka hendak menyeksa isterinya tapi disebabkan ego. Bila teringat surat itu, dia akan jadi sakit hati.

"Dia berkahwin dengan aku itu bermakna dia sukakan aku? Dia pernah cakap yang dia suka dan cinta dekat aku. Tak mungkin Zahrah berani tipu aku. Kalau dia dah cakap suka dan cinta, itu bermakna juga dia sudah putus dengan lelaki itu. Tak ada apa-apa hubungan lagi."

Wajah Faizul mula tampak sedikit tenang. Logik juga alasan yang keluar dari mulutnya. Kalau tak suka dan cinta, takkan berkahwin. Kalau suka dan cinta, berkahwin. Senang konklusi yang dibuat oleh Faizul. Takkan kalau suka dan cinta terhadap orang lain, nak berkahwin dengan orang lain pula? Mungkinkah kalau dah putus dan berkahwin dengan orang lain, dapat memuaskan hati? Dapat membalas dendam? Dapat membuktikan yang diri itu bahagia?

Wajah Faizul tampak kusut lagi. Bukan setakat rambut saja yang kusut, muka pun boleh jadi kusut. Dia memandang cermin di hadapannya. Apa pun yang terjadi, dia mula membuat satu tekad. Dia hendak tahu adakah isterinya benar-benar mencintainya atau tidak. Kalau setakat berkahwin dengannya untuk membalas dendam terhadap kisah silam, untuk membuktikan diri itu bahagia atau tidak, dia akan cari cara bagaimana untuk membuatkan si isteri rasa suka dan cinta kepadanya.

Perkahwinan hanya sekali dalam hidup.

Bukan dua atau tiga kali.

Cinta Roller Coaster -Ery AierilWhere stories live. Discover now