Faizul mengherot senyum lebar lalu mengambil kucing berwarna kelabu dan berbulu kembang itu di kakinya. Macam kucing parsi aje. Lembut saja bulunya. Suka pula Faizul dibuatnya dengan kucing tersebut. Badan kucing tersebut diusap perlahan.
"Comelnya. Kenapalah kau ni comel sangat. Kepala bulat. Hidung kemik pulak tu. Alala... busuknya muka kau ni." Habis muka kucing itu diciumnya. Macam tak nak lepas aje si Faizul terhadap kucing tersebut.
Elok sahaja langkah Zahrah jejak ke luar rumah, dia tersenyum lebar. Macam biasa udara di kampung tetap nyaman. Bukan macam udara di bandar. Nak hirup pun tak boleh. Habis tercemar dengan asap kenderaan. Itu belum dicampur dengan asap dari sektor perkilangan. Memanglah kualiti udara semakin merosot. Elok saja dia menoleh ke kiri, dia tergamam.
"Call me Faizul. Boleh?" ujar Faizul kepada kucing tersebut.
Mata Zahrah masih tidak berkelip. Liur ditelan pula.
"Kucing juga merupakan ciptaan Allah. Umat islam di dunia ni kira beruntung dapat memegang kucing. Anjing yang tak boleh pegang. Tapikan.... Awak ni memang comellah. Kalau awak nak tahu, saya ni memang sukakan kucing. Dulu pun arwah papa suka sangat dengan kucing." Terasa sebak pula di hati apabila bercakap pasal papanya. Dia pantas mengukir senyum mengatasi rasa sebak tersebut.
Telinga Zahrah tak silap dengar ke? Faizul sukakan kucing? Memang sukar hendak percaya. Ini mimpi? Dia pantas menggeleng. Sudahlah pertanyaannya semalam tak dijawab. Sampai sekarang dia masih berasa pelik kenapa suaminya tiba-tiba berubah menjadi seorang suami yang baik dan penyayang.
Elok sahaja Faizul memandang ke belakang, semakin melebar senyuman dia. Zahrah tidak berkelip melihat dirinya. Dia tahu sangatlah apa yang berlegar di dalam kepala Zahrah. Dia mengatur langkah ke tempat Zahrah. Zahrah pula masih memaku pandangan ke muka Faizul.
"Saya tahu apa yang awak fikir."
"Poyonya..."
"Awak cakap suami awak ni poyo? Cakaplah handsome."
"Handsome? Tang mana handsome nya tu?"
"Fikirlah sendiri. Once again I said, awak cakap saya poyo? But why?"
"Yalah. Macamlah awak boleh baca fikiran saya. Jangan bajet hebat sangat!"
"Mestilah suami sayang ni tahu. Kata kita ni ada chemistry."
"Ini memang dah terlebih poyo. Kalau tahu sangat apa yang saya fikir, apa dia? Beritahu saya sekarang! Saya nak dengar!" Kedua-dua kening Zahrah mula turun naik.
"Rahsia." Jawab Faizul seperti berbisik.
Faizul mengenyitkan mata kirinya. Dia beranggapan yang isterinya pasti terkejut melihat dia mendukung kucing dan menyukai binatang berkaki empat itu. Tapi dia memang dah lama tak terjumpa dengan kucing. Serius macam jakun sikit.
Zahrah buat muka kelatnya. Jawapan yang membosankan. Selalu sangat mendengar jawapan yang sebegitu. Rahsia konon. Tunggu sajalah sampai bila lelaki itu hendak berahsia dengannya.
"Ni kucing siapa?" soal Faizul.
"Hah?! Awak tanya saya?"
"Jangan nak hah sangatlah! Saya tanya aje kut."
"Suka perlikan?! Ada juga yang nak kena mandi lumpur."
"Takkan saya tanya pokok kelapa tepi sawah tu kut."
YOU ARE READING
Cinta Roller Coaster -Ery Aieril
RomanceSebuah cerita suspense romance yang penuh dengan kejutan dan debaran. kisah pasal Faizul Arman dan Zahrah Imani. Sudah terbit. Terbitan december 2016. Boleh dapatkan di pasaran.