"Perempuan lain tak boleh mencintai dan mengambil cinta abang selain sayang. Sayang aje yang berhak untuk mencintai dan mengambil cinta abang. Only you!"
Masih terngiang-ngiang kata-kata Faizul terhadapnya sebentar tadi. Zahrah hanya berpeluk tubuh di bersebelahan pangkin. Angin malam memang jelas terasa di tubuh. Dia masih tak percaya apa yang berlaku tadi. Satu keluhan perlahan dilepaskan. Aku yang layak mendapat cinta dia? Soal suara hatinya pula.
Bingung!
Zahrah sendiri tidak tahu hendak mempercayai sepenuhnya atau tidak terhadap kata-kata Faizul tadi. Tak tahu hendak mengulas apa lagi. Dia mula duduk di pangkin. Satu lagi keluhan dilepaskan. Peristiwa lepas menerjah masuk ke kotak fikiran.
"Awak kena kahwin dengan saya." Suara Faizul mula kedengaran. Nada suaranya kelihatan serius. Tajam pandangan anak mata memandang wajah Zahrah.
"What?"
"Marry me."
"Awak dah gila ke apa?! Saya kena kahwin dengan awak?"
"Yes! I'm serious!"
"Awak dah gila ke?! Awak memang dah tak betul!"
Zahrah melepaskan keluhan geram. Ingatkan setelah berjumpa dengan lelaki itu, dia dapat apa yang diimpikannya. Suatu perjumpaan yang indah. Ajak pergi makan ke, tengok wayang ke. Ternyata lain pula jadinya.
"Awak tak boleh terima saya? But why?" soal Faizul, tenang.
"Awak dengar sini apa yang saya nak cakap."
"I'm listening to."
Zahrah menapak beberapa langkah ke hadapan. Dia berdiri tegak di hadapan Faizul. Muka lelaki itu ditenung dalam-dalam. Mata dikecilkan tanda geram.
"Awak tahukan saya ada dekat sini kenapa?"
"Ya. Saya memang tahu. Saya yang suruh awak datang sini."
"Jadi, inilah....."
"Kali pertama saya jumpa awak. Betul?" celah Faizul.
Zahrah terdiam sejenak. Geram pula dia melihat muka lelaki itu. Dia belum habis bercakap lagi, lelaki itu sudah buka mulut. Kalau ya pun hendak bercakap, tunggulah dirinya habis bercakap dulu. Sebal betul! Dia paling pantang kalau ada orang memintas apa yang dia hendak cakap.
"Memang saya akui, selama ni saya kerap chat dengan awak dekat facebook. Twitter. Saya senang hati dapat chat dengan awak. Saya terima pelawaan awak untuk berjumpa dengan saya ni pun bukan kerana terpaksa tapi dengan kerelaan hati. Saya pun teringinlah juga nak berjumpa dengan awak. So, I follow my conscience. Saya merelakan diri dan ikhlas untuk berjumpa dengan awak."
Faizul diam. Dia ingin mendengar apa yang diperkatakan oleh Zahrah. Berpeluk tubuh pula. Nasib baiklah cuaca ketika itu tidak panas. Redup saja. Mentari berselindung di sebalik awan yang berarak.
"Kita berdua kawan." Sambung Zahrah lagi.
"Memang kita kawan tapi saya nak berkahwin dengan awak."
"But why me? Kenapa bukan perempuan lain?"
"Saya yakin awak adalah jodoh saya."
"Ridiculous!"
Faizul bergerak ke sisi Zahrah. Dia mengukir senyum nipis dan tekad dengan niatnya. Dia akan pastikan niatnya itu tercapai. Tak boleh tak tercapai.
YOU ARE READING
Cinta Roller Coaster -Ery Aieril
RomanceSebuah cerita suspense romance yang penuh dengan kejutan dan debaran. kisah pasal Faizul Arman dan Zahrah Imani. Sudah terbit. Terbitan december 2016. Boleh dapatkan di pasaran.